You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BUIT HILL

PETI SURAT 147,


89507 PENAMPANG,
SABAH.
TEL NO: 088-764369

KERTAS KERJA
PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID DAN PENDIDIKAN
PENCEGAHAN JENAYAH (ANTI BULI)
SEKOLAH KEBANGSAAN BUIT HILL, PENAMPANG
TAHUN 2018

TARIKH

DISEDIAKAN OLEH:
PN. NOORAIDY MUTANG
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KERTAS KERJA
PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID DAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN JENAYAH
(ANTI BULI)
SEKOLAH KEBANGSAAN BUIT HILL, PENAMPANG
TAHUN 2018

1.0 PENDAHULUAN

Dalam melahirkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang, kita perlu melahirkan kendiri
murid yang berkualiti. Kendiri pelajar sangatlah penting untuk menghasilkan murid yang seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Salah satu langkah awal adalah dengan mendedahkan
pelajar sekolah rendah dengan pendidikan pencegahan jenayah dan pendidikan seks. Murid-murid yang
mempunyai masalah disiplin di sekolah seperti merokok, gengsterism, berpasangan, melepak, tidak
menghormati guru-guru dan pelbagai masalah disiplin lain, perlulah dibimbing agar kesalahan disiplin di
sekolah dapat diminimumkan. Sehubungan dengan itu, adalah penting kecemerlangan kendiri individu
dibina dan diperkukuhkan lagi bagi melahirkan murid yang berwibawa dan berkepimpinan.

2.0 MATLAMAT

Memberi pendedahan kepada semua murid tentang pendidikan pencegahan jenayah anti buli.

3.0 OBJEKTIF

1. Menimbulkan perubahan sikap dan pembangunan sahsiah murid.


2. Memupuk kesedaran dan keinsafan dalam kalangan murid.
3. Memberikan kesedaran awal tentang pencegahan jenayah.
4. Mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

4.0 SASARAN

50 orang murid berisiko tinggi menjadi pembuli dan menjadi manga buli

5.0 TARIKH / TEMPAT

Tarikh :
Tempat : Makmal Komputer SK Buit Hill, Penampang

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : En. Awang Lai


Guru Besar SK Buit Hill
Pengerusi : Pn. Christine R. Amandus
GPK Hal Ehwal Murid
Tim. Pengerusi 1 : Pn. Rita John
GPK Kurikulum
Tim. Pengerusi 2 : En. Jasni bin Hassan
GPK Ko-Kurikulum
Penyelaras : Pn. Nooraidy Mutang

AJK Kecil :
Pengurus penceramah : Pn. Nooraidy Mutang
Juru gambar : En. Fancey Sami
PA Sistem : En. Masri Gukin
Pengurusan tempat :
Cenderahati Penceramah :
Jamuan :
Kawalan Murid :

7.0 ANGGARAN KOS

Bil. Perkara Unit Jumlah


1. Jamuan Ringan RM4 x 50 orang RM 200.00
2. Bayaran Penceramah RM100 x 1 RM 100.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 300.00

Sumber Kewangan
Semua perbelanjaan program ini menggunakan PCG Bimbingan dan Kaunseling SK Buit Hill, Penampang

8.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh / Hari Masa Aktiviti


7.00 pagi Semua murid berkumpul di dalam makmal
Ceramah 1: Pemantapan Sahsiah Diri Murid
8.00 pagi
Oleh: Pn. Nooraidy Mutang
9.30 pagi REHAT
Ceramah 2: Jenayah Juvana (Anti Buli)
10.00 pagi
Oleh: Jabatan Polis Daerah Penampang
Jamuan Ringan
12.00 T/ Hari
Bersurai

9.0 PENUTUP

Diharapkan dengan terlaksananya program ini, ianya dapat memberi pendedahan kepada semua murid
mengenai pendidikan pencegahan jenayah anti buli serta mengubah sikap murid dari murid yang
bermasalah disiplin kepada murid yang mempunyai sikap dan sahsiah baik serta berkualiti dalam semua
aspek terutama dalam intelek dan rohani. Kerjasama daripada semua pihak sangat dihargai dan sangat
diperlukan dalam melaksanakan dan menjayakan program ini.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

NOORAIDY MUTANG CHRISTINE R. AMANDUS


Guru Bimbingan dan Kanuseling, Guru Penolong Kanan HEM
SK.Buit Hill, Penampang SK. Buit Hill, Penampang

Disahkan Oleh :

AWANG LAI
Guru Besar,
SK Buit Hill, Penampang

You might also like