You are on page 1of 5

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR PROGRAM GURU PENYAYANG MURID DIDAHULUKAN PENCAPAIAN MURID DIUTAMAKAN STRATEGI TINDAKAN BIL.

1 AKTIVITI Anda diutamakan STRATEGI Menyambut kehadiran semula murid ke sekolah TINDAKAN Semua pentadbir sekolah, pengawal keselamatan, guru cemerlang, guru bimbingan dan Kaunseling, PRS dan pengawas sekolah Dalam aktiviti ini : 1. Kain rentang digantung seminggu sebelum sesi persekolahan tahun 2012 bermula. Kain rentang dimasukkan logo JPNJ, PPD dan sekolah. 2. Personalia berada di laluan masuk sekolah untuk menyambut kehadiran murid. 3. Personalia mengucapkan salam dan selamat datang kepada murid dengan senyuman ikhlas / bersalaman / peluk murid. Contoh : a. Assalamualaikum / Selamat sejahtera b. Selamat kembali ke sekolah / Welcome back to our school c. Tahniah kerana hadir semula ke sekolah 4. Teguran dari aspek pelanggaran peraturan sekolah tidak dilakukan secara terbuka. TATACARA/KAEDAH

BIL. 2

AKTIVITI Pandangan pertama

STRATEGI Perhimpunan Khas Hari Pertama Persekolahan

TINDAKAN Semua Pentadbir, GPK HEM Pengacara Majlis Pemimpin Pelajar Dalam aktiviti ini :

TATACARA/KAEDAH

1. Murid-murid berhimpun di tapak perhimpunan. Majlis berjalan mengikut aturcara perhimpunan mingguan. 2. Pengacara majlis mengalu-alukan kehadiran murid-murid dengan kata-kata yang positif. 3. PK HEM mengingatkan murid tentang keperluan pematuhan peraturan sekolah dalam cara yang menyenangkan. 4. Pengetua / Guru Besar menyampaikan ucapan aluan dan turut memberi fokus kepada keprihatinan guru dan kasih sayang guru kepada murid.

Pimpinlah aku

Guru Kesayanganku, Kelas Kebanggaanku

Guru Kelas

Dalam aktiviti ini : 1. Guru kelas mengiringi murid ke kelas selepas perhimpunan. 2. Guru kelas memberi salam kepada murid. Ucapan salam dibuat dengan mesra dan ikhlas. 3. Guru kelas memperkenalkan diri dan bertanya khabar kepada murid. Murid diajak untuk memperkenalkan diri dan berkongsi pengalaman semasa cuti. 4. Guru kelas membincangkan perihal pentadbiran kelas bersama murid. pengurusan dan 2

BIL. 4

AKTIVITI Guru sumber inspirasi

STRATEGI Syoknya belajar !

TINDAKAN Guru Mata Pelajaran Dalam aktiviti ini :

TATACARA/KAEDAH

1. Guru memberi salam terlebih dahulu kepada murid. 2. Guru menyemak kehadiran murid dan menunjukkan sikap keprihatinan terhadap murid. 3. Guru memastikan kesesuaian persekitaran kelas dan kesediaan murid untuk memulakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran. 4. Guru perlu bersikap sensitif terhadap sebarang perkara yang berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran, dan mengambil tindakan positif yang sewajarnya. 5. Guru memberi pujian dan galakan kepada murid mengikut kesesuaian. 6. Guru menunjukkan penampilan diri guru yang mudah didampingi dan bersikap mesra. 7. Sebelum mengakhiri pembelajaran dan pengajaran, guru mengucapkan salam / ucap selamat / kata-kata positif dan bersemangat. Contoh : Jumpa lagi esok / See you tomorrow. 8. Guru waktu terakhir memastikan semua murid meninggalkan bilik kelas sebelum guru keluar dari kelas. 3

BIL. 5

AKTIVITI Pembudayaan sikap prihatin

STRATEGI Bersamamu, sayang !

TINDAKAN PIBG, Alumni, PK HEM, Guru Tingkatan, Guru Kebajikan, Guru Biasiswa, Guru Data Dalam aktiviti ini :

TATACARA/KAEDAH

1. Mengenalpasti murid yang berkeperluan. 2. Mendapatkan dan mengumpulkan sumber bantuan yang bersesuaian. 3. Menghulurkan bantuan : a. Lawatan ke rumah b. Lawatan ke hospital c. Bantuan makanan, pakaian, kewangan dan lain-lain 4. Pemantauan perkembangan sahsiah dan akademik murid secara berterusan.

Iklim Sekolah Penyayang

Komuniti prihatin, komuniti penyayang

Guru Media, Jawatankuasa 3K

Dalam aktiviti ini : 1. Menyediakan kertas cadangan perlaksanaan persekitaran penyayang. 2. Mewujudkan tempat untuk menampilkan rasa kasih sayang warga sekolah : a. tempat memaparkan kain rentang b. tempat berehat dan tempat aktiviti yang selesa untuk murid 4

BIL.

AKTIVITI

STRATEGI

TINDAKAN c. d. e.

TATACARA/KAEDAH tempat untuk menyediakan mural kasih sayang guru sudut penghargaan dan pengiktirafan kepada murid bersahsiah terpuji papan kenyataan untuk memaparkan sumbangan murid yang terlibat dengan masyarakat

3. Mempraktikkan budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah. Contoh : a. Amalan senyuman mesra b. Amalan ucapan terima kasih c. Amalan bersalam

You might also like