You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PENUBUHAN PEMBIMBING

RAKAN SEBAYA (PRS)


SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN HISAMUDDIN
ALAM SHAH

ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KERTAS KERJA PROGRAM PENUBUHAN PEMBIMBING RAKAN
SEBAYA (PRS) SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN HISAMUDDIN
ALAM SHAH

1.0 PENGENALAN
Khidmat pelajar bantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Oleh sebab pelajar adalah lebih
mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka
lebih mudah dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong
sangat penting untuk menguatkan lagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

2.0 RASIONAL
Khidmat pelajar bantu pelajar merupakan satu khidmat sokongan yang penting dalam
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Oleh sebab pelajar adalah lebih
mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka
lebih mudah dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong
sangat penting untuk menguatkan lagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

3.0 MATLAMAT
Membina satu kumpulan pelajar ( PRS ) yang mempunyai kemahiran asas untuk
membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya
mempraktikkannya dengan rakan-rakan, guru, keluarga, dan orang lain.
4.2 Memahami dan menguasai teknik-teknik asas dalam kemahiran kaunseling
supaya mereka dapat berfungsi sebagai PRS yang peka kepada perasaan
rakan.
4.3 Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan
kelemahan diri.
4.4 Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan mengurangkan
kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif.
4.5 Memahami sifat-sifat remaja dan aspirasi mereka dan dapat membantu diri
dan rakan-rakan untuk membina matlamat hidup yang positif.
4.6 Membina daya dorongan untuk membina budaya saling membantu, hormat,
dan kasih mesra antara rakan-rakan dan masyarakat sekolah.

5.0 KUMPULAN SASARAN


Murid yang berminat :
 Kumpulan Perintis - Tahun 3, 4 dan 5 seramai 6 orang pelajar lelaki dan
perempuan tahun 2018.

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bagi tahun ini, kursus melatih kumpulan PRS akan diadakan pada peringkat dalaman
sahaja iaitu dikendalikan oleh Guru Kaunseling dengan menjalankan aktiviti-aktiviti asas
dalam bidang Perkembangan Diri dan Kemahiran Asas Komunikasi. Selain itu, PRS akan
memiliki identiti diri dengan memakai ‘Vest’ yang akan digunakan setiap hari bila hadir ke
sekolah. Anggaran perbelanjaan untuk ‘Vest’ itu adalah seperti berikut:

i. Vest PRS – RM 32.00 sepasang X 10 pasang = RM 320.00

7.0 PENUTUP

Membina program memerlukan perancangan dan perbelanjaan. Ini merupakan titik mula
untuk memperkembangkan PRS dalam sekolah sebagai sebahagian daripada pasukan
yang dapat memberikan manfaat kepada sekolah. Pengorbanan, minat yang berterusan,
kerjasama serta komitmen yang tinggi sangat diperlukan daripada semua warga SK
Sultan Hisamuddin Alam Shah agar potensi dan daya yang ada pada PRS dapat
memberi banyak kebaikan melalui moto ‘bantu diri untuk membantu orang lain’.
Janganlah dibiarkan PRS hidup segan mati tak mahu atau mereka akan memikul bahu
tiada, akan menjunjung kepada luncung bermakna tidak berdaya mengerjakan tugas
kerana tiada ilmu. Akronim keramat PRS nanti terus diperolok-olokkan dengan pelbagai
jolokan dan gelaran yang menyakitkan telinga seperti perosak rakan sebaya ataupun
pengedar rokok sekolah.

Disediakan oleh:

………………………………..
(PUNESWARY A/P RAMES)
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sk Sultan Hisamuddin Alam Shah

Disemak oleh:

………………………………..
(EN.NAZERI B. MOHAMAD NOR)
GPK Hal Ehwal Murid
Sk Sultan Hisamuddin Alam Shah

Disahkan oleh:

………………………………..
(CIK HJH NORAISHAH BINTI ZULKIFLI)
Guru Besar
Sk Sultan Hisamuddin Alam Shah

You might also like