You are on page 1of 4

Kertas kerja majlis

penyampian watikah
pembimbing rakan
sebaya 2022

PENGENALAN
Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang
kemahiran asas kaunseling dan komunikasi. Ia berfungsi sebagai seorang pembimbing yang
berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan.
Program ini telah diperkenalkan di sekolah – sekolah seluruh Malaysia pada tahun 1987.

PRINSIP PERKHIDMATAN PRS


Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama,
bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal.

FALSAFAH
“BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN”
VISI
Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan
berkualiti.

MISI
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek
dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.

PERANAN PRS
Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. Sebagai
khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkkan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di sekolah serta sebagai satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.
PRS juga berperanan sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling
seperti membuat rujukan jika perlu.

MATLAMAT
Antara matlamat program ini diadakan adalah untuk :
i. Membina budaya kasih sayang, mesra dan saling bantu membantu dalam kalangan
pelajar.
ii. Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni.
iii. Memupuk potensi / bakat kepimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbang
rasa, rela, taat dan menolong.
iv. Dapat memainkan peranan dalam membantu guru mengurangkan masalah dalam
kalangan pelajar.

OBJEKTIF
Objektif program ini diadakan adalah untuk :
i. Memperkenalkan barisan PRS kepada semua warga sekolah.
ii. Memberi peluang kepada PRS memberanikan diri untuk tamppil ke hadapan.
iii. Mendedahkan kepada warga sekolah tentang kewujudan PRS sebagai agen khidmat
sokongan kaunselor.

PELAKSANAAN
Tarikh :
Hari : Isnin
Masa : 7.40 padi
Tempat : Dataran Ilmu SK Sungai Rawang
SASARAN
37 orang PRS lantikan 2022

AHLI JAWATANKUASA
Penasihat : Puan Arinawati Bt Ab. Rahman
Pengerusi : Encik Affendy Bin Abdul Rasid
Naib Pengerusi 1 : Puan Norlina Bt Harun
Naib Pengerusi 2 : Encik Mohd Zuki Bin Yaakub
Setiausaha : Cik Farizan Bt Mohd Taib
Bendahari : Puan Nor Afida Bt Adnan

PERBELANJAAN
Anggaran perbelanjaan

BIL PERKARA PENGIRAAN JUMLAH


1.
2.
JUMLAH

Sumber Kewangan

BIL SUMBER JUMLAH


1.

PENUTUP
Diharapkan dengan perlantikan tersebut, ahli PRS akan dapat menjalankan tanggungjawab
mereka dengan baik dan lancar. Selain itu, mereka juga diharapkan dapat menjadi pelajar
contoh dan ikutan pelajar lain dari segi akademik dan kokurikulum serta turut sama
membantu guru dalam aspek pengurusan sekolah.

Disediakan oleh Disemak oleh

……………………. …………………………
Farizan Binti Mohd Taib
Kaunselor SK Sungai Rawang
Disahkan oleh

……………………………..

You might also like