You are on page 1of 3

APA ITU PRS?

PENGENALAN

Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas
kaunseling dan komunikasi. Ia berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan kepada
rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan.Program ini telah
diperkenalkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia pada tahun 1987.

PRINSIP PERKHIDMATAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA


Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa,
jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal.

FALSAFAH
“BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN”

VISI
Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.

MISI
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.

MATLAMAT
Membina budaya kasih mesra dan saling membantu di kalangan pelajar. Membina pelajar yang
yakin diri dan menghayati nilainilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa,
rela,taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk. Melalui pengaruh
positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu
mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar.
PERANAN PRS
1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. Sebagai
khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling di sekolah.
2. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.
3. Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan
jika perlu.
4. Sebagai Role Model kepada pelajar lain.
5. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan
berempati. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
6. Memberi sokongan dan galakkan untuk rakan mengambil langkah positif.
7. Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh di atasi.

PERANAN PRS
1. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.
2. Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
3. Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.

ETIKA PRS
1.
Amanah dan menyimpan rahsia.
Melapor kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh
merosakkan diri atau orang lain.
2. Tahu batasan dan keupayaan diri.
3. Merujuk kes rumit kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling. Sentiasa berusaha
meningkatakan diri dari pelbagai aspek
4. Menerima dan menghormati rakan dan orang lain
5. Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.

PROSEDUR PELAKSANAAN MEREKAYASA PROGRAM PRS DI SEKOLAH

PELANTIKAN PRS
KRITERIA PEMILIHAN PRS
Antara kriteria murid yang boleh dipilih sebagai PRS di sekolah adalah seperti yang
berikut :
1. Menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi untuk membantu diri dan orang
lain
serta boleh berkomunikasi dengan baik.

2. Mempunyai ciri dan personaliti PRS (mendengar dengan penumpuan,


memahami,
menerima tanpa menilai atau melabel, mengambil berat, komited, terima tanpa
syarat,
jujur dan tulen)

3. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan diri.


Trampil dalam aspek akademik, sahsiah, ko kurikulum dan spiritual.

You might also like