You are on page 1of 1

Apa itu Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)?

Ia adalah seorang pelajar yang berkhidmat dan membantu pelajar lain,


terutama mereka yang
memerlukan pertolongan di dalam mengendalikan masalah. Pembimbing Rakan
Sebaya akan dilatih di
dalam bidang perhubungan manusia supaya ia berupaya menggalakkan kawankawan berbincang
tentang masalah, pandangan, kebimbangan, dan lain-lain aspek lagi. Maklumatmaklumat yang diberi
akan dirahsiakan. Pembimbing Rakan Sebaya dilatih bagaimana menjadi seorang
kawan yang berkesan
melalui pembinaan hubungan yang berasaskan rasa hormat dan faham.
Pembimbing Rakan Sebaya akan diselia dengan teliti oleh Guru Kaunseling dalam
masa mereka
menjalankan tugas. Satu faedah yang didapati ialah dalam masa mereka menolong
kawan memahami
diri dan masalahnya, Pembimbing Rakan Sebaya sendiri akan belajar memahami
dirinya sendiri. Ini yang
dipanggil kesedaran-kendiri (self-awareness).
Ringkasnya Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) ialah:
seorang yang mesra dan senang bergaul dan berupaya menolong orang lain.
mempunyai sifat menerima, sabar, mengambil berat, berminat, dan boleh
dipercayai.
mempunyai sikap yang positif terhadap kawan-kawan sebaya, sekolah, dan juga
orang dewasa.
Apa tanggungjawab Pembimbing Rakan Sebaya?
Menjadi pendengar yang faham kepada masalah kawan.
Membantu Guru Kaunseling dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling.
Membantu pelajar baru dalam masa orientasi.
Memimpin kumpulan perbincangan.
Membantu Guru Kaunseling dalam kaunseling kelompok.
Menjadi tenaga pengajar kepada pelajar yang lemah dalam satu-satu mata
pelajaran.
Menjadi sebagai contoh / model.
Merancang projek membantu pelajar-pelajar yang memerlukan pertolongan dari
segi moral dan
material.
Menolong menjayakan kempen-kempen untuk faedah pelajar umumnya.

You might also like