You are on page 1of 1

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua guru dan rakan-rakan.

Saya INDRA
SYAHMIE BIN SHAHROL, PRS anda pada hari ini ingin berkongsikan tentang….

APA ITU PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang
kemahiran asas kaunseling dan komunikasi. Ia berfungsi sebagai seorang
pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang
memerlukan pertolongan.

Falsafah PRS ialah


“Bantu diri supaya berupaya membantu orang lain”

Kawan-kawan, sekarang, saya kongsikan pula Prinsip PRS


Prinsip PRS adalah bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan
tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal

Apa pula ya peranan kami sebagai PRS? Peranan PRS ialah


1) Menjadi rakan yang peka terhadap perasaan orang lain
dan keadaan sekeliling.
2) Sebagai khidmat sokongan dalam membantu
menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
di sekolah.
3) Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk
mendapatkan bantuan.
4) Sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain.

Penyampai : INDRA SYAHMIE BIN SHAHROL

Tarikh :

You might also like