You are on page 1of 10

Kelab Bimbingan Rakan Sebaya

Aktiviti Tahunan

1. Mengadakan aktiviti lanjutan bagi latihan asas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
dari segi:

a/ Kesedaran kendiri

b/ Asas berkomunikasi

2. Mengadakan latihan berkomunikasi antara Kelab PRS dengan rakan sebaya di


sekolah

Masa

2.00p.m. - 3.30p.m.

Tempat

Block E , Bilik darjah 4 Belian

Pendahuluan

Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah satu kelab akedemik yang merupakan
kelab sokongan kepada Unit Bimbingan dan Kauseling .

Tujuan

Tujuan kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ialah untuk menolong mengurangkan
masalah disiplin di sekolah . Selain itu, para pelajar dapat memupuk yakin diri dan nilai-
nilai serta membina kasih mesra . Ahli-ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dapat
bantu-membantu antara satu sama lain.

Keahlian

Keahlian terbuka kepada semua murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara


Jaya . Kebanyakan ahli juga adalah ahli Kelab Kerjaya , iaitu lembaga yang juga
merupakan unit sokongan Bimbingan dan Kaunseling .Pada tahun 2007, keahlian Kelab
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sesi pagi adalah ____ orang murid .

Guru Penasihat

Pn. Mary Ann Louis


Ahli Jawatankuasa

Pengerusi
Yeoh Jin Huat

Naib pengerusi

Sarah Yeoh Ee Lyn

Setiausaha
Lee Sher Min

Naib setiausaha
Simon Khoo Tian Yin

Bendahari
Tan Pei Fang

Naib bendahari
Nigel The Jae Shing

AJK

 Ashton Yap
 Fong Zhi Hao
 Tan Lyn Meng

HSarah Yeoh Ee Lyn

Setiausaha
Lee Sher Min

Naib setiausaha
Simon Khoo Tian Yin

Bendahari
Tan Pei Fang

Naib bendahari
Nigel The Jae Shing

AJK

 Ashton Yap
 Fong Zhi Hao
 Tan Lyn Meng
 Hillary Ang Yee Tung

Aktiviti-aktiviti tahun 2007

1. Membantu dengan program maju diri - 9th January ~ 10th January 2007
2. Mengatur Kem Kepimpinan dan Latihan - 12th March ~ 14th March 2007
Pembimbing Rakan Sebaya.
3. Project mengutip derma untuk mangsa Johor - Bulan February 2007
4. Lawatan sambil belajar ke Institusi Pengajaran - 7th April 2007 Tinggi ( Cth :
Sunway University College )
5. Mengatur pertandingan Minggu Anti-Dadah - 26th Jun ~ 29th Jun 2007
6. Membantu dalam Hari Kerjaya - 13th Julai 2007
7. ‘Treasure Hunt’ - Bulan April 2007
8. Jamuan perpisahan kelab dan Tingkatan 5

 illary Ang Yee Tung

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA


(PRS)
 

 
PENGENALAN
 
Pembimbing Rakan Sebaya adalah suatu kumpulan pelajar yang dibentuk melalui
latihan dan kursus khas bagi meningkatkan kecemerlangan diri dalam aspek
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk membantu diri bagi membantu
rakan lain. Berteraskan prinsip sedia dan rela membantu rakan yang memerlukan
bantuan tanpa mengira agama,bangsa,kedudukan,perlakuan dan fizikal.
 
" BANTU DIRI UNTUK MEMBANTU RAKAN LAIN "
 
 
AHLI JAWATANKUASA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA(PRS)
 
Penyelaras:Pn Hasnah Nik Hassan
Pengerusi :Mohd Haffiz Fazwari Mahadi
Naib Pengerusi:Nurul Syazwani Mat Riffin
Setiausaha:Norliyana Samsuddin
Pen Setiausaha:Siti Nurul Syuhada Mohamad
Bendahari:Nur Syamimi Mamat
Pen bendahari:Mohd Khusairul Hafiza Johari
 
AJK:
Noor Khairunnisa Abd Ghani
Amira Rosli
Nor Aziana Abd Wahab
Siti Zaleha Abd Wahab
Nurdiana Md hanafi
Nor Azlini Mohd Nawi
 
 
AKTIVITI PRS
 
1.Seminar Pembimbing Rakan Sebaya(PRS)Peringkat Kebangsaan 2004
   Dua orang PRS SMK Berangan telah terpilih untuk mengikuti Seminar PRS   
    Kebangsaan 2004 yang diadakan di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan,
   Kota Bharu, Kelantan pada 02 Ogos hingga 05 Ogos 2004.
   Peserta tersebut ialah:
  1. Mohd Haffi Fazwari Mahadi
  2. Nurul Syazwani Mat Riffin
 
2.Perjumpaan Mingguan PRS
  Perjumpaan diadakan pada setiap Sabtu bagi memperkemaskinikan perjalanan PRS
  untuk memantapkan lagi gerakan PRs bagi membantu Unit Bimbingan dan
Kaunseling 
  dalam usaha mengenalpasti pelajar yang memerlukan bimbingan dan kaunseling di
  sekolah.
 
 
 

©Hakcipta 2002-2004 Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan,


Tumpat, Kelantan, Malaysia.
Last Updated: 12/18/2006 09:26:20
ORGANISASI PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

GURU PENASIHAT : CIKGU MOHD OTHMAN YUNUS


     USTAZAH SYARIFAH MAHMOOD

PENGERUSI           : NIK HUZAIMI NIK HUSSIEN


NAIBPENGERUSI : SARAH ABDUL AZIZ
SETIAUSAHA 1     : MOHD FITRI AB. HALIM 
SETIAUSAHA 2     : ROBEATUL ADAWIYAH MOHD SAUFI
BENDAHARI 1      : SITI RUHMA AZIZ
BENDAHARI 2      : MAHANISLIDA MOHD DAUD
 
BIRO-BIRO:

MAKLUMAT DAN KERJAYA : SALWANI ABD. MANAN


PENGIKLANAN   : CHE MOHD AFIFI CHE ZAKARIA
SOSIAL DAN KEBAJIKAN  : ZARFAN OTHMAN
PERHUBUNGAN   : NUR SADRINA SEMAN

JUMLAH AHLI  : 25 ORANG


 
 

AKTIVITI-AKTIVITI:
· MELANTIK AHLI JAWATANKUASA BARU
· MENGANJUR KURSUS MOTIVASI
· MENGADAKAN SESI KAUNSELING KEPADA PELAJAR BERMASALAH
· MENGANJUR CERAMAH MOTIVASI BERSAMA PELAJAR UIA
· MENGUMPUL DATA-DATA MENGENAI IPTA/ IPTS
· JAMUAN AKHIR TAHUN.
 
 

“ BERHIJRAHLAH KE PARADIGMA YANG LEBIH BAIK “

KELAB PEMBIMBING RAKAN DINAMIK.

Kelab Pembimbing Rakan Dinamik merupakan sebuah kelab di bawah penyeliaan Unit Kaunseling dan Kerjaya. Kelab
Pembimbing Rakan Dinamik ialah kesinambungan daripada Kelab Pembimbing Rakan Sebaya yang ada di sekolah-
sekolah menengah. Kelab ini ditubuhkan dengan mempunyai beberapa matlamat yang tertentu. Antaranya ialah untuk
melahirkan individu pelajar yang seimbang dari segi kecemerlangan akademik dan penglibatan dalam aktiviti
kokurikulum. Selain itu, kelab ini juga bertujuan melahirkan individu pelajar yang berketrampilan, bersahsiah tinggi
serta melahirkan sifat kepimpinan di kalangan pelajar.Kelab ini juga bertujuan untuk melatih pelajar agar dapat saling
membantu rakan di dalam apa jua perkara di dalam usaha mencepai matlamat masing-masing iaitu cemerlang di
dalam pelajaran. Kelab ini menggunakan pendekatan yang pelbagai di dalam usaha mencapai matlamatnya.Antaranya
ialah mengadakan Kursus Asas Kepimpinan kepada ahli kelab, menganjurkan pelbagai program untuk para pelajar
seperti Hari Kerjaya,Hari Keusahawanan dan Karnival Sihat Tanpa Dadah.Selain itu, kelab ini juga turut mengadakan
pelbagai aktiviti luar seperti lawatan ke universiti-universiti tempatan di dalam usaha mendedahkan pelajar ke suasana
dan alam universiti. Lawatan-lawatan juga turut diadakan di dalam usaha memberi gambaran kepada pelajar tentang
suasana dan alam pekerjaan.

IKRAR PEMBIMBING Kami, PRS Sekolah Menengah Islam Hidayah berjanji


RAKAN SEBAYA dan berikrar akan membentuk diri kami menjadi dua't
multazimin.
 
Kami juga berjanji dan berikrar akan melaksanakan
tanggungjawab amar ma'ruf nahi munkar dengan penuh
amanah dan dedikasi.
 
Kami juga berjanji dan berikrar akan membimbing
rakan-rakan kami dengan penuh iltizam dan beretika.
 

APAKAH PRS ITU


PRS bermaksud Pembimbing Rakan Sebaya. PRS ditubuhkan di setiap
sekolah menengah di Negara Brunei Darussalam. PRS dianggotai oleh
penuntut itu sendiri. Brunei Darussalam bukanlah satu-satunya negara
yang menubuhkan organisasi ini tetapi negara yang juga tidak
ketinggalan seperti Malaysia, Singapura dan juga negara-negara barat
dengan tujuan yang sama. Penuntut selalunya malu atau tidak berani
untuk menceritakan masalahnya kepada guru. dengan adanya PRS ini
yang memainkan peranan untuk menolong rakan yang bermasalah,
kerana penuntut lebih berani menceritakan dan berkomunikasi
masalahnya sesama rakan yang lebihy kurang seumur dengannya.
Inilah tujuan PRS ditubuhkan. Sebelum penuntut itu diiktirafakan PRS
yang professional, mereka telah menghadiri bengkel-benkel PRS yang
diadakan disetiap Daerah dan juga tidak ketinggalan sekolah Muda
Hashim ini sendiri.

MATLAMAT PRS
Antara matlamat PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ialah

 Menolong penuntut memberikan jalan penyelesaian bagi


masalah penuntut itu.
 Memberikan nasihat bagi penuntut yang memerlukannya
 Menolong guru disiplin dalam hal disiplin penuntut
 Menolong guru-guru, jika ada sambutan atau majlis di sekolah.
 Menolong dan bekerjasama dengan Prefek-prefek bagi meningkatkan disiplin
sekolah.

Pembimbing Rakan Sebaya   


Program Pembimbing Rakan Sebaya secara formal diperkenalkan dalam tahun 1987 setelah dijalankan projek
rintis di 4 buah sekolah di Petaling Jaya dan Wilayah Persekutuan.
Berasaskan kepada andaian bahawa remaja mempunyai pengaruh yang kuat terhadap rakan sebaya sama ada
dari segi positif atau negatif, maka penulis berpendapat bahawa remaja berupaya mempengaruhi rakan secara
positif jika mereka dilatih dengan teknik-teknik bersahabat dan berkomunikasi dengan berkesan, di samping
menjadi contoh teladan yang baik.

Hasil projek ini telah dibentangkan dalam seminar pertama Pembimbing Rakan Sebaya dalam bulan Januari
1987.

Peserta seminar telah sebulat suara bersetuju menggunakan nama Pembimbing Rakan Sebaya atau lebih dikenali
sebagai PRS yang berpayung di bawah perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

Yang membezakan program PRS dengan program lain yang menggunakan pengaruh rakan sebaya ialah, PRS dilatih
mengikut modul latihan yang terancang dalam bidang asas komunikasi dan kaunseling.

Tujuannya bukan menjadikan mereka sebagai kaunselor tetapi membekalkan mereka dengan kemahiran penting
dalam perhubungan manusia. Guru kaunseling diberi tugas melatih mereka dengan lengkap sebelum mereka
diiktiraf sebagai PRS.

PRS dilatih mengalami proses memahami, memotivasi dan menghormati diri sebelum mereka dapat membantu
dan membimbing rakan-rakan mereka. Nilai-nilai murni seperti toleransi, hormat, menyimpan rahsia, bersikap
positif dan sentiasa memajukan diri menjadi prinsip program ini.

Dalam bidang akademik, PRS dimestikan meningkatkan prestasi atau sekurang-kurangnya mengekalkan prestasi
akademik mereka.

Melalui pencapaian akademik yang baik mereka berupaya membantu rakan bukan saja dalam mengatasi masalah
emosi bahkan juga membantu diri dari segi akademik, jika diperlukan.

Dari segi psikologi, peringkat remaja merupakan peringkat yang paling berpengaruh dalam kehidupan mereka.

Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan perasaan kepada rakan-rakan mereka dari ibu bapa, guru atau
orang dewasa lain.

Pada peringkat inilah pengaruh rakan sebaya paling kuat dan paling diterima.

Oleh itu pendekatan yang logikal ialah menggunakan remaja ini untuk mempengaruhi remaja lain.

Program PRS dapat memenuhi hasrat ini dengan syarat mereka dilatih dan diselia dengan teratur.

Prinsip asas program PRS ialah Bantu Diri supaya Dapat Membantu Orang Lain menggalakkan PRS sentiasa
meningkatkan diri dan bersikap positif.

Mereka merupakan contoh teladan yang baik kepada rakan sebaya dari segi akademik dan juga perhubungan
manusia. Antara bidang latihan yang dititikberatkan ialah;

Membina perhubungan mesra dengan keluarga, rakan sebaya, sekolah dan masyarakat PRS disedarkan tentang
kesan sikap, cara bercakap, nada suara, mimik muka, pilihan perkataan, dan bahasa bukan lisan tatkala
berinteraksi dengan orang lain.

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran penting bagi mereka untuk mendapatkan rasa hormat dan percaya
dari rakan-rakan dan orang lain. Kemahiran ini menggalakkan PRS bersifat hormat, toleran, positif serta berfikir
dengan matang.

Kemahiran asas kaunseling seperti mendengar dengan aktif, bertanya, memahami perasaan rakan, memupuk,
menyimpan rahsia, serta membuat keputusan yang memberi manfaat kepada diri mereka. Dengan ini, rakan
yang bermasalah berasa selesa untuk berkongsi kebimbangan dengan PRS dan mencari jalan penyelesaian yang
terbaik baginya.

Kemahiran berfikir dengan rasional, membina keyakinan diri, memimpin, bersifat asertif serta tidak mudah putus
asa.

Melatih pelajar sebagai PRS bukanlah untuk menjadikan mereka sebagai penyelesai masalah rakan tetapi mereka
memainkan peranan sebagai pendengar dan pembantu dalam perbincangan dengan rakan tentang kebimbangan
mereka
serta menggalakkan mereka membuat keputusan yang bijak.

Remaja tidak begitu rela berbincang tentang masalah emosi atau peribadi mereka dengan orang dewasa seperti
ibu bapa, guru dan orang dewasa lain.

Orang pertama mereka mengadu dan berkongsi perasan ialah rakan rapat mereka.

Di sinilah PRS boleh memainkan peranan membantu dengan merapatkan diri dengan rakan-rakan dan menjadi
satu sumber penting bagi rakan mencurahkan perasan.

Disamping itu, di sekolah PRS boleh menjadi sebagai penyambung kepada khidmat kaunseling dengan
berbincang dan menggalakkan rakan bertemu dengan kaunselor supaya masalah mereka dapat dibantu dengan
lebih berkesan.

Hasil dari pengalaman menjadi PRS, mereka dapat mempelajari kemahiran berhubung dengan berkesan.

Melalui berinteraksi dengan rakan-rakan, PRS menjadi lebih matang berfikir dan berupaya menimbang buruk baik
sesuatu tindakan.

Perkongsian pengalaman dan masalah rakan membantu mereka melihat diri sendiri dan bersyukur dengan segala
anugerah Tuhan sambil menghargai ikatan kekeluargaan.

PRS juga menjadi lebih yakin dengan diri, bijak berkomunikasi dengan orang lain, lebih toleransi serta tidak
berputus asa. Pengalaman sebagai PRS membantu mereka dalam membina perhubungan manusia yang sihat
apabila
mereka bekerja dan menjadi lebih dewasa.

Walau bagaimanapun guru kaunseling yang melatih PRS perlu selalu menyelia mereka dan mengingatkan mereka
bahawa sebagai pelajar mereka mempunyai tugas penting terhadap diri sendiri iaitu pencapaian akademik.

Mereka digalakkan membahagi masa supaya proses membantu rakan yang bermasalah tidak mengganggu masa
pembelajaran mereka.

PRS juga perlu diingatkan bahawa faktor kerahsiaan sangat penting dan jika mereka bertemu rakan yang
bermasalah rumit mereka harus merujukkannya kepada kaunselor.

Kepada guru-guru, PRS boleh menjadi pelajar yang dipercayai sebagai pemimpin dan pembantu.

Ini tidak bererti guru melepaskan tanggungjawab tetapi guru menjadi penggerak kepada sesuatu aktiviti, dengan
PRS sebagai pembantu.

Ibu bapa pula akan mendapati anak-anak mereka menjadi lebih bertimbang rasa, matang dan
bertanggungjawab. Kadang-kadang ibu bapa atau orang dewasa sendiri berasa senang menceritakan
kemusykilan mereka kepada PRS.

Apa yang mereka perlukan ialah seseorang yang boleh mendegar curahan perasan mereka, faham perasan
mereka pada masa itu serta berbincang dengan rasional tindakan yang boleh mereka ambil untuk mengatasi
masalah yang
dihadapi. Pengalaman awal sebagai PRS di sekolah boleh menjadikan mereka sebagai pekerja atau ketua yang
prihatin terhadap perasaan orang lain.

Sama ada seorang PRS itu berfungsi dengan baik atau tidak banyak terpulang kepada cara mereka dilatih,
penyeliaan, pembantuan serta susulan kepada aktiviti mereka. Sebagai remaja, PRS masih perlukan bimbingan
dan panduan
guru, terutama guru kaunseling.

Di samping itu, mereka sangat perlukan kata-kata perangsang dan bukannya cemuhan supaya PRS dapat
membina keyakinan diri serta berupaya menerima teguran dengan positif. PRS tidak boleh dibiarkan terumbang-
ambing selepas
mereka diberi tugas.

Pelajar yang dipilih menjadi PRS tidak semestinya terdiri dari pelajar bijak sahaja. Walaupun pelajar bijak
mempunyai kemampuan yang lebih dalam mengimbangkan tuntutan akademik dan aktiviti sekolah, pelajar yang
sederhana atau lemah boleh dipupuk.

Kebaikan melatih pelajar lemah ialah, program ini memberi peluang kepada mereka mencungkil potensi diri
dengan bimbingan guru kaunseling.

Menjadi PRS memberi mereka peluang diiktiraf dan secara tidak langsung meningkat kesedaran kepada
pentingnya mereka meningkatkan pencapaian akademik supaya mereka dihormati dan dipercayai oleh rakan,
guru dan ibu bapa.

Pelajar sederhana atau lemah lebih mudah dirapati oleh rakan-rakan mereka yang senasib dengan mereka tanpa
berasa rendah diri. Malah pelajar yang bermasalah disiplin juga boleh dilatih sebagai PRS kerana mereka ini
mempunyai pengaruh yang kuat terhadap rakan-rakan seperti mereka.

Melatih pelajar sebegini memerlukan kegigihan dan kesabaran. Modul latihan mereka juga berbeza dengan
banyak menumpukan kepada pembinaan dan kesedaran diri.

Walau apa pun jenis pelajar yang dilatih menjadi PRS, jurulatihnya perlu lebih dedikasi dalam membentuk pelajar
menjalankan tugas sebagai PRS supaya kepercayaan yang diberi tidak disalahgunakan. Program ini perlu
diaktifkan semula supaya pelajar mendapat manfaat dari latihan yang diberi dan pengalaman yang dihadapi.

   

Latar Belakang PRS

Latar belakang penubuhan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya.


Kleab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah dituuhkan diatas persetujuan sebulat suara
dalam masyarakat agung Unit Bimbingan Dan Kaunseling. Kelab ini ditubuhkan untuk
melahirkan pelajar pelajar yang berfikiran positif, bestari, berdaya saing, dan memupuk
sifat kepimpinan.

Objektif penubuhan kelab ini boleh disenaraikan seperti berikut


melahirkan pemimpin di kalangan generasi muda
mengelakkan pelajar pelajar dari terjebak dalam benda benda yang negatif
melahirkan pelajar yang berfikiran positif, kreatif dan kreatis
membentuk masyarakat yang berwawasan
membentuk diri menjadi seorang yang menjadi contoh teladan kepada pelajar pelajar lain.
di bawah penyelarasan penaung Kelab Pembimbing Rakan Sebaya kini, kelab ini telah
berjaya dalam melaksanakan bebearapa perancangan dan aktiviti yang dirancangkan.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah Kursus Kepimpinan Kelab Pembimbing
Rakan Sebaya bertempat di Kiulu Malangang Tuaran. Disebabkan faktor faktor yang
tidak dapat dielakkan, Kelab Pembimbing Rakan Sebaya tidaklah seaktif pada tahun
2006. Ini didorong oleh sifat kepimpinan yang dimiliki oleh beberapa ahli baru
terutamanya dari tingkatan 6 Atas yang telah mengorbankan segala usaha dan tenaga
untuk memajukan kelab ini.

Semoga ahli ahli baru yang akan menjadi pelapis kelab ini akan mampu untuk
meneruskan perjuangan yang belum selesai...

You might also like