You are on page 1of 5

PENGENALAN PRS

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ialah seorang murid yang telah dilatih dalam bidang
kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang
berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan
pertolongan. PRS tidak berfungsi untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah
rakan-rakan tetapi menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang
lain, berminat dan mengambil berat serta rela memberi khidmat dalam sistem
sekolah.
 Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan
dari segi akademik, perlakuan, emosi dan peribadi.
 Memberi khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan

OBJEKTIF kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam


perkhidmatan PRS.
 Melatih murid dalam kemahiran asas yang membolehkan
mereka berinteraksi secara berkesan dengan rakan dan
individu lain.
ETIKA PRS

 Amanah dan menyimpan rahsia.


 Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
 Tahu batasan dan keupayaan diri.
 Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
 Melapor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tentang kes
yang boleh merosakkan diri atau orang lain.
 Merujuk kes kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.
 Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.
MATLAMAT
1. Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan
murid.
2. Membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni
berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
3. Memupuk potensi atau bakat kepimpinan dan menjadi individu yang
peka, bertimbangrasa, rela, menolong dan berupaya hidup selesa
dalam masyarakat majmuk.
4. Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS
dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah
salahlaku dalam kalangan murid.
Membentuk dan melahirkan insan
yang seimbang dari aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan

MISI cemerlang berdasarkan falsafah


dan etika Pembimbing Rakan
Sebaya.

Sistem pengurusan perkhidmatan


Pembimbing Rakan Sebaya yang
cemerlang dan berkualiti.
VISI

You might also like