You are on page 1of 3

Matlamat, Visi, Misi, Ikrar, Etika Pembimbing Rakan Sebaya

同侪学会的宗旨:
Melahirkan PRS yang berkemampuan membantu rakan sebaya secara positif,
berkesan, berkemahiran dan berketrampilan antaranya :
培养出可以以正能量,有效率,有技能与敏捷性的学生去帮助需要帮助的同
学。

1. Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid.

建立同学之间互相帮助的友好关系。

2. Membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni.

建立学生的自信心与道德价值观。

3. Memupuk potensi / bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbang

rasa, rela, taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.

培养学生的领导能力与愿意对社会作出贡献及帮助他人的精神。

4. Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan
    peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar.

透过正能量的活动来减少学生的纪律问题

Falsafah Pembimbing Rakan Sebaya ialah :

同侪的哲理 :

                BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN


帮助自己的同时也可以帮助到其他人

✔ PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran,


     kreativiti dan keimanan.
Visi Pembimbing Rakan Sebaya ialah :

✔ Sistem pengurusan Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan


berkualiti.

Misi Pembimbing Rakan Sebaya ialah :

✔ Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.

Ikrar Pembimbing Rakan Sebaya ialah :

Saya / Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras
perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sesi 2013.

✔ Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan
     tanpa mengira tempat, masa dan rakan.
✔ Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
✔ Berusaha menjadi pelajar contoh.
✔ Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
✔ Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
✔ Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS.

You might also like