You are on page 1of 14

MAKSUD KOKURIKULUM PERSATUAN DAN CIRI-CIRI AKTIVITI DALAM BERPESATUAN.

Persatuan adalah adalah membawa maksud sebagai sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang

dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai citacita serta matlamat yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan masing-masing. Tujuan penubuhan persatuan adalah untuk menyediakan peluang dan ruang kepada rakan pelajar yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama untuk bergabung dan menggembeling tenaga, ilmu dan idea dibawah satu pimpinan dan pertubuhan. Kemudian berkongsi mengadakan aktiviti yang lebih besar,sihat dan bermakna supaya boleh dimanfaatkan oleh semua ahli dan komuniti.

Usaha menubuhkan persatuan di sekolah adalah usaha kependidikan yang penting, khususnya untuk menyemai dan memupuk prinsip, kaedah dan kemahiran kepimpinan dikalangan murid di samping membangunkan diri mereka menjadi sumber yang mewarisi dan menghayati keseluruhan sumber ciri kecemerlangan murid yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sehingga kini insiatif dan usaha sekolah menubuhkan persatuan yang dipimpin, dianggotai dan digerakkan oleh murid-murid amatlaj menggalakkan. Insiatif dan usaha ini akan memberi impak yang lebih besar dalam mengangkat kegiatan kokurikulum sebagai sebahagian daripada program pendidikan di sekolah apabila pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran murid-murid memimpin, mengurus dan mengoperasikan persatuan yang ditubuhkan itu dipertingkatkan secara bersepadu dan berterusan.

Tujuan sesuatu persatuan ditubuhkan adalah bagi menggabungkan muridmurid yang mempunyai minat, kegemaran hasrat dan kecenderungan yang sama supaya murid-murid berpeluang dan berkesempatan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti dan kegiatan secara berkumpulan, berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diminati dan digemari, menetapkan matlamat yang dipersetujui dan dilaksanakan bersama, berkongsi sumber dan peralatan, mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi kepimpinan dan mewujudkan wahana kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi.

Objektif Am penubuhan persatuan bagi guru-guru dan murid-murid adalah untuk mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin, mengurus dan mengope rasikan kelab atau persatuan di sekolah, mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan kelab atau persatuan secara berkesan dan mengetahui dan memahami kaedah dan stategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli kelab atau persatuan yang dipimpin. Selain itu, para guru dan murid juga akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan menilai aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan yang dipimpin dan mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan berwawasan.

Manakala objektif khususnya pula ialah, menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di sekolah dalam konteks kependidikan dan kepimpinan, menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan kelab atau persatuan,

menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan kelab atau persatuan, menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan di sekolah berdasarkan perancangan dan undang-undang, membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan dan akhir sekali, menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara berdasarkan Rujunegara, perlembagaan negara dan

Wawasan 2020.

Penubuhuan sesuatu persatuan dapat membantu murid untuk melatih diri mereka untuk menjadi insan yang mempunyai pelbagai bakat. Berdasarkan hakikat kejadian insan, setiap murid mempunyai bakat dan potensi untuk memimpin, sekurang-kurangnya untuk memimpin diri sendiri menjadi apa yang diinginkan. Walau bagaimanapun pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran memimpin, mengurus dan mengoperasikan sesuatu kelab atau persatuan bukanlah warisan semula jadi. Pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran ini sebaliknya boleh diperolehi melalui proses-proses pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal, pengalaman secara langsung, perkongsian pemikiran, pengalaman dan latihan yang boleh diperolehi daripada pengurusan penubuhan persatuan.

Matlamat bagi penubuhan persatuan adalah agar dapat membantu guru dan murid-murid merancang dan melaksanakan dengan bermatlamat untuk melahirkan insan yang berwibawa, berketrampilan dan berkeyakinan tinggi sebagai pemimpin di sekolah dan berpotensi mengembangkan bakat dan upaya kepimpinan masingmasing ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang diceburi pada masa akan datang.Penubuhan Persatuan yang ditubuhkan di sekolah terdapat dua jenis iaitu berbentuk akademik dan kedua mengikut minat, kecenderungan, hobi atau perkhidmatan. Penubuhan Persatuan yang berasaskan akademik adalah bertujuan menambahkan minat dan kemahiran dalam pelajaran tersebut. Antara persatuan yang boleh ditubuhkan adalah Persatuan bahasa, Sains, Matematik, Seni lukis, Muzik, Komputer dan sebagainya. Manakala Penubuhan Persatuan berasaskan minat pula adalah bertujuan untuk menarik minat dan ilmu pengetahuan murid terhadap bidang yang mereka minat. Persatuan yang boleh ditubuhkan di sekolah adalah Persatuan perpustakaan, koperasi sekolah, pencinta alam, pengguna, seni foto dan lain-lain lagi.

Maka pada tahun ini, kami pelajar unit pemulihan sem 6 telah menubuhkan Persatuan Bahasa 2013. Bahasa merupakan alat untuk membentuk minda, perasaan dan keinginan. Selain penanda bangsa, bahasa juga dapat merefleksikan latar budaya. Bahasa juga merupakan sistem tabiat yang amat rumit. Bahasa juga

dapat dikatakan sebagai sistem syarat yang berupa gabungan makna dengan bayangan bunyi yang bersifat psikologi. Bahasa mencakup sistem komunikasi, alat berfikir dan pemangkin untuk pembinaan manusia. Bahasa digunakan bukan sahaja untuk berkomunikasi malah untuk penyatakan perasaan dan pernyataan fikiran. Pelbagai definisi bahasa telah diutarakan oleh pelbagai golongan sarjana tempatan mahupun sarjana luar Negara daripada pelbagai disiplin ilmu, akan tetapi definisi yang diberikan oleh sarjana linguistik ataupun pengkaji bahasa lebih tepat dan diutamakan di sini.

Menurut Kamus Dewan, edisi keempat, bahasa didefinisikan sebagai sistem Lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Ia berlaku diantara seorang individu dengan individu yang lain.Yunus Maris dalam Kamus Fajar mendefinisikan bahasa sebagai tutur kata, pertuturan, bunyi yang dituturkan oleh manusia menjadi perkataan, rangkai kata, ayat, apa-apa yang tertulis, adab dan budi pekerti. Beliau lebih menekankan tiga unsur utama, iaitu pertuturan yang terangkum di dalamnya bunyi, perkataan dan ayat, manuskrip atau bahan bertulis dan adab atau sopan santun.

A.S. Hornby dan E.C. Parnwell dalam The Progressive English Dictionary pula mendefinisikan bahasa sebagai perkataan dan penggunaannya yang diwujudkan oleh sesuatu bangsa dan digunakan oleh negara tersebut. Dengan perkataan lain bahasa ialah cara penggunaan perkataan yang tertentu oleh penutur atau bangsa atau Negara tersebut.

Bahasa digunakan oleh manusia untuk dua tujuan utama, iaitu untuk menyampaikan maklumat yang difikirkan atau diterbitkan daripada akal manusia. Selain itu, ia membolehkan mereka menerima maklumat daripada persekitaran, sama ada dalam bentuk rangsangan lisan ataupun tulisan. Struktur masyarakat juga terbina berasaskan skema perhubungan yang saling memahami melalui bahasa yang digunakan oleh masyarakat yang berbilang bangsa. Bahasa merangkumi pelbagai komponen dalam bidang kajian yang formal bahasa Melayu dalam bidang aplikasi atau interdisiplin. Menurut Zulkifley Hamid et.al (2007), bidang kajian formal melibatkan aspek-aspek yan berkaitan fonologi, morfologi, sintesis dan semantik. Manakala bidang aplikasi atau interdisiplin yang melibatkan kajian psikolinguistik,

sosiolinguistik, dialektologi, linguistik sejarah dan lain-lain lagi. Kesemua bidang kajian ini, mempunyai hubungan rapat antara bahasa dan masyarakat.

Murid merupakan modal insan yang sangat berharga dalam menentukan arah pembangunan negara pada masa akan datang. Dalam konteks pendidikan kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting demi membangunkan potensi murid secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah membina disiplin murid dan meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian, masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi muda yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan murid yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

Menyedari hakikat bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting dan diberi penekanan pada masa ini, Persatuan Bahasa Melayu di sekolah wajarlah digerakkan dengan lebih aktif bagi memenuhi tuntutan tersebut. Selain

meningkatkan kemahiran komunikasi murid, pelbagai aktiviti yang dilaksanakan dapat menyuburkan minat dan mencambahkan bakat mereka dalam berbagai-bagai bidang seperti puisi, penulisan, lakonan dan seumpamanya. Selain itu, masa terluang murid sebagai modal insan dapat diisi dengan kegiatan yang bermanfaat dan masalah salah laku dalam kalangan remaja seperti budaya hedonisme, buli, peras ugut, lumba haram, ponteng sekolah dan sebagainya dapat diatasi. Oleh hal yang demikian, aktiviti Persatuan Bahasa Melayu diharap menjadi pemangkin dalam mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah murid yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di samping itu, usaha untuk membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan bahasa kebangsaan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dapat direalisasikan.

Ciri-ciri aktiviti sebuah kelab/persatuan pelajar yang berkualiti berdasarkan pendapat dan pengalaman saya. Saya akan membentangkan hujah-hujah saya berdasarkan empat isu dibawah, iaitu keberkesanan, jangka masa dan berterusan, peluang pembelajaran dan interaksi/pendedahan. Apabila saya katakan

keberkesanan saya ingin mengatakan bahawa jika sebuah kelab melakukan sebuah aktiviti, ia perlu mempunyai satu kesan jangka panjang. Contohnya apabila kelas kami menubuhkan persatuan bahasa Malaysia, tujuannya supaya kami dapat memperbaiki kemahiran kami dalam berbahasa melayu dan memartabatkan bahasa Malaysia . Di sini kita dapat melihat keberkesanan sesuatu persatuan.

Selain itu, Aktiviti persatuan perlulah konsisten, contohnya seperti kelas bahasa Melayu diadakan sekali setiap dua minggu dan ia pun sudah dikira cukup bagus. Dan bagi aktiviti besar, ia perlu dilakukan berterusan setiap tahun. Perjumpaan antara semua ahli jawatankuasa perlu dijalankan secara berterusan dan tidak boleh dibatalkan sesuka hati untuk memastikan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. Aktiviti persatuan perlulah konsisten, contohnya seperti mengadakan perjumpaan sekali seminggu. Bagi aktiviti besar seperti carnival kebudayaan, ia perlu dilakukan secara berterusan setiap tahun. Suatu projek di kendalikan persatuan pelajar haruslah dilakukan secara berterusan, tetapi kini ia semakin sukar untuk dikekalkan dari tahun ke tahun yang seterusnya. Kenapa? Kerana budaya kita buat semata-mata untuk mendapat nama dan tiada inisiatif untuk berfikir lagi jauh dari itu. Aktiviti persatuan perlulah konsisten, contohnya seperti kelas bahasa Melayu sekali setiap dua minggu dan ia pun sudah dikira cukup bagus. Justerunya, ahli jawatankuasa bagi sesuatu persatuan haruslah melatih keupayaan kognitif sebagai persediaan untuk merancangkan sesuatu aktiviti.

Seterusnya adalah peluang pembelajaran. Apabila suatu aktiviti dijalankan siapa yang akan mendapat paling banyak ilmu? Peserta bukan? Sepatutnya keduadua peserta dan ajk akan mempunyai perkembangan sama ada dari segi ilmu ataupun kemahiran. Apabila suatu aktiviti dijalankan, kedua-dua pihak peserta mahupun AJK persatuan perlulah bekerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Pemimpin harus mengenal pasti pelajar yang mahir dan mampu mengendalikan

seminar. Pelajar ini akan mengajar dan berkongsi pengalaman mereka kepada junior-junior mereka. Kemudian, ilmu ini boleh para junior kembangkan dan perbaiki untuk digunakan ke atas junior mereka, pada tahun hadapan. Inilah konsep sustainability. Jangan asyik bergantung kepada orang lain. Saya selalu lihat manamana persatuan kepimpinan berkata bahawa persatuan mereka dapat membentuk sifat pemimpin. Bagaimana? Mereka selalu akan menjawab degan menjalankan projek. Saya mahu tanya pula, Bagaimana degan menjala nkan projek dapat say membentuk sifat kepimpinana saya? Jawapan saya adalah cara projek itu dijalankan. Saya lihat ajk di peringkat kolej bagaikan tenga buruh. Kami tidak belajar cara penurusan dan kepimpinan yang baru. Cara kami menjalankan projek sama sahaja macam sekolah menengah, aktviti yang dijalankan pun pernah kami buat di sekolah menegah. Sebagai pelajar universiti, jauhilah mentaliti sekolah menengah dan cuba mencapai mentaliti korporat/profesional.

Akhir sekali ialah Interaksi/Pendedahan. Saya perhatikan aktiviti kolej saya selalu diadakan dikalangan pelajar kolej saya sahaja. Keadaan ini tidak membatu pelajar memperkayakan minda mereka. Lagi sedikit kepelbagaian yang terdapat di dalam pergaulan, lagi sedikit minda kamu akan bekembang. Maksudnya, jika kami sentiasa bergaul dengan pelajar yang sama pengajian dengan kami sendiri, maka pemikiran kamu kekal sama dan tidak dinamik atau dinamakan one track mind. Sedangkan, terdapat pelbagai personaliti dan gaya pemikiran yang berbeza diluar sana. Kita perlulah menambahkan interaksi atau pergaulan dengan pihak luar bagi mendapat ilmu pengetahuan. Kita juga perlu mengelakkan ahli daripada berada dalam kumpulan yang sama dalam semua aktiviti kerana pemikiran akan menjadi kurang dinamik dan pengulangan idea kerap berlaku.

REFLEKSI PELAKSANAAN TUGASAN

Saya Gunavathy a/p Kunaseharan (910427-05-5266) dari Pemulihan Bahasa Tamil semester 67. Saya diberikan tugasan projek bagi matapelajaran Kokurikulum persatuan (WAJ3113). Pada kali ini kerja kursus yang diberikan oleh pensyarah iaitu Pada mulanya, saya menghadapi masalah kerana kurang faham dan keliru mengenai tajuk kerja kursus ini. Walau bagaimanapun, setelah En.Jamhari dan Pn.Erana memberikan penerangan tentang tajuk tugasan ini, saya dapat satu kesedaran tentang tugasan ini. Kami ditugaskan untuk mengelola dan

melaksanakan projek mini secara kumpulan. Maka saya dan rakan sekelas saya telah mengelola satu bengkel bercerita di sekolah Kebangsaan Sega Rantau. Pada 11 Julai 2011, Unit Pemulihan Sem 6 telah mengikuti lawatan sambil berkongsi ilmu pengetahuan Pendidikan Pemulihan ke Sekolah Kebangsaan Sega Rantau, Negeri Sembilan. Objektif lawatan ini ialah mengadakan lawatan sambil berkongsi ilmu pengetahuan dan kemahiran membina bahan bantu mengajar di samping menimba pengalaman mengurus program pendidikan pemulihan di Sekolah Kebangsaan Sega Rantau Negeri Sembilan. Seramai 19 orang guru pelatih dari unit PISMP Pemulihan BT Semester 6 telah melaksanakan projek ini di SK Rantau. Kami dibimbing oleh pensyarah pemulihan kami iaitu En. Jamhari bin Saari. Melalui sesi ceramah yang diberikan oleh guru pemulihan SK Sega Rantau, saya telah mendapat ilmu tentang ciri-ciri dan masalah murid pendidikan pemulihan serta isu-isu terkini yang berkaitan dengan pendidikan pemulihan terutamanya tentang program LINUS. Seterusnya, melalui sesi ceramah saya telah mengetahui tentang strategi menangani masalah penguasaan bahasa di kalangan murid pemulihan Ceramah yang diberikan telah merangsangkan minda saya dan saya lebih bersemangat untuk menjadi seorang guru pemulian. Di samping itu, saya telah belajar untuk mengendalikan sesuatu program seperti ini. Saya juga belajar untuk menyediakan kertas kerja dimana ia merupakan satu pengalaman yang baik bagi saya untuk lebih berdedikasi melalui projek mini ini. dan ini merupakan kekuatan yang saya perolehi

Sebelum mengikuti lawatan ke sekolah ini, terlebih dahulu saya dan ahli kumpulan saya telah menghasilkan dua buah BBM yang agak menarik iaitu buku cerita berunsur big book kepada murid pemulihan. Kami telah menggunakan teknik pop-up untuk menghasilkan BBM ini bagi merangsang sensori deria murid-murid pemulihan. Setelah tiba di sekolah tersebut, kami telah diberikan sekumpulan murid pemulihan bagi kami mengaplikasikan BBM yang kami bawa. Kami menggunakan Big Book untuk sesi bercerita dengan murid-murid pemulihan. Semasa sesi bercerita kami telah membuat pelbagai intonasi, riak muka dan bunyi yang bersesuaian dengan watak yang terdapat dalam cerita tersebut untuk merangsang pengamatan penglihatan dan pendengaran murid-murid. Melalui penubuhan persatuan bahasa dan tugasan projek ini saya dapat mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan di sekolah. Saya juga telah mengetahui dan memahami kaedah, strategi dan prinsip pengurusan persatuan secara berkesan. Selain itu, saya juga dapat belajar merancang, mengelola, menyelia dan menilai aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan yang dipimpin. Sekarang saya telah mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan berwawasan. Ketika menyiapkan tugasan ini saya mendapat beberapa pengajaran yang perlu diingati pada masa hadapan. Pengajaran pertama yang saya perolehi, kita hendaklah sentiasa bekerjasama antara satu sama yang lain dan perlu sentiasa bermurah hati untuk berkongsi maklumat dengan orang lain. Kita juga harus sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain mengenai hasil kerja kita. Pengajaran kedua ialah, jangan suka melengah-lengahkan kerja. Kita harus menyiapkan

tugasan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan supaya ia tidak menjadi beban kepada kita pada masa hadapan. Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan menyemarakkan semangat keguruan untuk berkhimat dengan penuh tanggungjawab dalam

pembentukkan insan serta membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini. Akhir sekali, saya berasa amat bangga kerana dapat menyiapakan tugasan ini menepati masa dan menyediakannya mengikut format yang betul . Sekian, Terima Kasih

REFLEKSI

LAIN-LAIN

LOGO PERSATUAN BAHASA

PERSATUAN BAHASA
MAKNA LOGO : Buku yang terdapat dalam logo melambangkan ilmu bahasa yang kita pelajari dari muda. Segi lima yang bewarna biru melambangkan ilmu bahasa yang tiada penghujungnya. Bucu yang menajam ke atas melambangkan ilmu bahasa yang memuncak.

MAKNA WARNA : Warna perang melambangkan bahasa dan warna kuning pula melambangkan kesetiaan jitu kepada bahasa. Warna biru melambangkan perpaduan yang menjadikan persatuan ini berjaya.

LAGU PERSATUAN BAHASA

Inilah persatuan kita.. Persatuan bahasa.. Majukan bahasa kita.. Wahana ilmu mulia...

Bahasa pancaran minda.. Mari memajukan bahasa.. Bahasa ungkapan rasa.. Gemilang seluruh dunia..

Cintailah bahasa kita.. Bahasa kita bahasa ilmu.. Akal, budi dan amalan.. Bulatkan setiamu..

RUJUKAN

Ab.Alim Abdul Rahim, (2004). Pengurusan gerak Kerja Kokurikulum. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Dr.Tam Yeow Kwai, (2010). Pengurusan Kokurikulum. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Mok Soon Sang. (1997). Pengurusan Kokurikulum & Pendidikan Sukan. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Penubuhan Kelab Dan Persatuan. Dimuat turun pada Julai 2, 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/20782332/Penubuhan-Kelab-Dan-Persatuan

Definisi Kelab Dan Persatuan. Dimuat turun pada Julai 2, 2013 daripada http://www.slideshare.net/missqueserasera/62086767 definisikelabdanpersatuan

Definisi Persatuan. Dimuat turun pada Julai 11, 2013 daripada http://dplipersatuan.blogspot.com/2012/10/definisi.html

You might also like