You are on page 1of 33

SOALAN 1- INDIVIDU ( ABDUL RAHMAN BIN AMRAN ) Warga sekolah yang berkesan mempercayai bahawa setiap anggotanya mesti

i memahami dan mempunyai visi yang sama terhadap apa yang hendak dicapai dalam pembudayaan sekolah. Jika tidak wujud kesefahaman ini, maka guru hanya mengejar matlamat masing-masing dan juga pelajar. ( Stoll dan Fink, 1996 ) Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda semasa menjalani praktikum, bincangkan usaha-usaha pembinaan bilik darjah yang mesra budaya bagi menyokong penyataan di atas dalam konteks untuk mewujudkan pengajaran yang menarik, berkesan dan mewujudkan iklim sekolah yang selesa. Perbincangan anda harus mengandungi pembudayaan yang telah sedia wujud sama ada di dalam kelas dan keseluruhan sekolah serta usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk mencapai tujuan di atas.

SJK ( C ) TAMAN TAS VISI SJK ( C ) Taman Tas menjadi sekolah cemerlang pada tahun 2018 MISI Menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, berakhlak mulia dan berwawasan. Mempertingkatkan prestasi PdP ke tahap kecemerlangan. Melengkapkan prasarana sekolah bagi mewujudkan iklim sekolah yang selamat dan menyeronokkan. Meningkatkan pencapaian sekolah ke satu tahap yang lebih membanggakan lagi dalam bidang Kurikulum, Kokurikulum dan Bina Insan.

Pengenalan Definisi mesra budaya sekolah dan iklim sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), keterbukaan dan bentuk hubungan yang wujud antara pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar menyumbang kepada pembentukan iklim sekolah. Walau bagaimana pun, budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk yang saling berkaitan. Namun begitu, iklim sekolah lebih merujuk kepada kesan persekitaran sekolah ke atas pelajar manakala, budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan.

Budaya Sekolah Terry Deal dan Kent Peterson (1993) mentakrifkan budaya sekolah sebagai "realiti dalaman". Robbins dan Alvy (1995) pula meluaskan definisinya sebagai "This inner reality reflects what organizational members care about, what they are willing to spend time doing, what and how they celebrate, and what they talk about." Manakala Gary Phillips (1993) menyatakan budaya sekolah sebagai,"beliefs,attitudes, and behaviours that characterizes a school in terms of: how people treat and feel about each other; the extent to which people feel included and appreciated; and rituals and traditions refelecting collaboration and collegiality." Roucek dan Warren (1979) melihat kebudayaan adalah satu cara hidup yang dikembangkan oleh sesuatu masyarakat untuk memenuhi keperluan asasinya untuk hidup, meneruskan zuriatnya dan mengatur pengalaman sosialnya. Perkara-perkara tersebut adalah seperti pengumpulan bahan-bahan kebendaan, pola organisasi sosial, cara tingkah laku yang dipelajari, ilmu pengetahuan, kepercayaan dan aktiviti lain yang berkembang dalam pergaulan manusia. Oleh itu, kebudayaan adalah sumbangan manusia kepada alam sekelilingnya. Manakala Noran Fauziah (1987) merumuskan budaya sebagai satu takrifan yang komprehensif bahawa kebudayaan itu dipelajari dan diturunkan kepada generasi baru secara artifak, ilmu pengetahuan, kepercayaan, nilai dan harapan masyarakat yang memberi panduan kepada ahliahlinya tentang bagaimana menghadapi masalah.

Sharifah (2000) memetik pendapat Reid dan Holly (1988), melihat budaya sekolah ialah hasil daripada cara individu di sekolah berinteraksi, bagaimana mereka berkelakuan antara satu sama lain dan harapan mereka untuk hidup dengan harmoni antara satu sama lain. Budaya sekolah juga mempunyai pengaruh yang kuat terhadap hidup warganya dari segi kemajuan akademik, sosial dan personal yang dicapai oleh individu di sekolah. Seperti mana yang dinyatakan oleh tokoh-tokoh ini, kita dapat lihat bahawa budaya adalah sesuatu yang diwarisi atau diperturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Agen yang memperturunkan budaya itu mungkin masyarakat itu sendiri dan sekolah. Sekolah sebagai satu agen penting yang ditubuhkan masyarakat demi penerusan budaya kepada generasi baru akan memainkan fungsinya sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakatitusendiri Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat. Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Pendidikan nilai amat diutamakan.Pembudayaan di sekolah dilaksanakan menerusi kurikulum formal dan kurikulum tidak formal. Budaya formal sekolah adalah apa yang telah dirancang seperti aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum. Pelajar yang pandai dan aktif akan mendapat sanjungan puhak guru dan sekolah. Manakala pelajar yang lemah dan kurang cerdik akan tesisih. Budaya ini menyebabkan pelajar ini akan melakukan gelaja negatif bagi menarik perhatian pihak tertentu atau pun untuk melepas naluri yang terhimpit. Mereka bebas memilih budaya-budaya yang dianjurkan oleh rakan sebaya, media massa atau keluarga.Sekiranya mereka memilih budaya negatif, maka akan wujudlah masalah sosial. Di dalam budaya sekolah ini, terkandungnya corak idea, norma, pemikiran, dan nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu. Guru Besar dan Pengetua sebagai ketua di sekolah haruslah mempelopori atau menjadi juara sesuatu budaya yang positif dan kesannya, ini akan menjadi ikutan dan akan dikenang sepanjang zaman. Terdapat beberapa contoh budaya yang perlu disemai seperti Budaya Penyayang, Budaya hormat-menghormati, Budaya berani menyoal dan Budaya Membaca. Setiap budaya yang dinyatakan perlulah diiringi dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan contohnya Budaya Membaca dimana, Projek Nilam diadakan pada setiap hari sebelum sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dijalankan. Di dalam Projek Nilam ini, setiap pelajar yang telah habis membaca sesebuah buku, haruslah mencatat laporan ringkas buku yang telah dibaca itu tadi.

Konsep Mesra Budaya Maksud mesra daripada Kamus Pelajar ialah sangat rapat atau karib benar (bkn persahabatan dll): Persahabatan mereka ~ sekali. kasih ~ cinta kasih yg erat. bermesra bergaul atau

bersahabat dgn mesra. Jika diibaratkan kepada manusia, seorang sahabat karib yang berpisah selama sepuluh tahun kerana meneruskan kehidupan dan kejayaan masing-masing, apabila mereka bertemu keadaan mereka sangat mesra dan perasaan kasih sayang terserlah dengan perbualan dan perbuatan mereka sebagai sahabat. Konsep kebudayaan sangat meluas, merangkumi pelbagai komponen dan boleh dianalisis melalui pelbagai cara (Berry, 2000). Perkataan budaya adalah berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit, budhi dan perkataan Melayu iaitu daya. Perkataan budhi membawa maksud kecergasan fizikal dan akal, manakala perkataan daya bererti kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Cantuman perkataan-perkataan ini, budaya boleh memberi maksud gabungan kecergasan pemikiran, kuasa, tenaga serta pengaruh seseorang individu boleh mencetuskan buah fikiran yang mampu memahami seterusnya menyelesaikan sesuatu permasalahan. Penyelesaian ini seterusnya menjadi amalan sekelompok masyarakat yang kemudiaannya dijadikan sebagai sebahagian daripada budaya setempat yang diwarisi daripada satu generasi ke generasi seterusnya. Keseluruhannya, budaya merupakan cara hidup yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat merangkumi cara pemikiran, tingkah laku, kepercayaan, adat resam, sistem sosial, ekonomi, politik dan pendidikan. Kebudayaan turut diwarisi daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan dalam masa yang sama budaya itu boleh mengalami pengubahsuaian mengikut persekitaran semasa. Oleh itu, Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan takrif diatas ialah mesra budaya ini merupakan suatu budaya yang dipersetujui oleh semua ahli dalam suatu komuniti dan mereka mengiktiraf budaya tersebut sebagai suatu amalan murni bersama yang mana melaluinya masyarakat dapat menjalinkan hubungan erat sesama mereka.

Iklim Dan Budaya Sekolah Iklim dan budaya sekolah merupakan elemen penting dalam pembinaan persekitaran bilik darjah yang kondusif. Ia menjadi penanda awal dalam proses pembentukan para pelajar bagi mencapai kualiti pendidikan secara menyeluruh seterusnya dapat melahirkan modal insan sebagai produk negara yang produktif. Sehubungan dengan hasrat dan aspirasi pendidikan di atas, maka guru dan sekolah sebagai jentera pembina dan pemangkin akan menjadi penentu awal hala tuju para pelajarnya yang terdiri daripada pelbagai etnik, ragam, sosiobudaya dan latar belakang. Seorang guru yang berinovatif dan kreatif perlu membina dan mendidik para pelajar dengan pelbagai elemen kemahiran, pengetahuan, pemikiran dan nilai yang selari dengan kandungan Falsafah Pendidikan Negara. Semua agenda di atas bermula di bilik darjah yang mempunyai iklim dan budaya sekolah yang positif dibantu dengan pembinaan persekitaran bilik darjah yang kondusif. Keadaan atau suasana sekolah yang tenang dan nyaman, sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran dianggap sebagai mempunyai iklim sekolah yang berkesan. Halpin & Croft ( 1963 ), menyatakan iklim dan budaya sekolah menggambarkan personaliti seseorang guru itu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Howard ( 1974 ), mendefinisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Pusat Perkembangan Kurikulum ( 1981 ), mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar. Abdul Rahman an-Nahlawi ( 1995 ), pula menyatakan iklim sekolah yang berkesan mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajarnya yang berbeza status sosio-ekonomi mereka. Selain itu, sekolah juga mampu mengurangkan perbezaan-perbezaan sesama mereka. Hubungan yang mesra di antara sekolah dan keluarga akan membentuk pendidikan yang lebih sempurna bagi pelajar-pelajarnya. Ting Len Siong & Dr. Hj. Muhamad Sidek Said ( 2007 ), iklim sekolah juga dapat dikenali sebagai budaya sekolah yang mengandungi empat komponen utama dalam mencirikannya sebagai budaya sekolah iaitu aspek fizikal, sosial, perkembangan intelek dan penggunaan bahasa.

Berdasarkan kajian beberapa tokoh di atas mengenai pembentukan iklim dan budaya sekolah yang positif, maka saya dapat simpulkan beberapa ciri iklim dan budaya sekolah yang dinamik yang menjuruskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran berkesan. Antaranya : 1. Guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan 2. Guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil perhatian tentang kemajuan pelajar-pelajarnya. 3. Guru Besar merasa penuh yakin terhadap kerjanya serta bertimbang rasa. 4. Pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.

Hubungan Iklim Dan Budaya Apakah hubungan iklim dan budaya seperti yang diterangkan di atas? Iklim dalam konteks pendidikan membawa maksud suatu suasana persekitaran yang tenang, nyaman, selesa, dan menarik untuk dimanfaatkan oleh para pelajar, guru, malah seluruh warga sekolah. Antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi menggambarkan iklim pembelajaran seperti yang dimaksudkan termasuklah pembinaan taman-taman sains, rekreasi, kolam yang lengkap isinya, sudut-sudut pembelajaran, hiasan mural pada bangunan, keceriaan, menetapkan peraturanperaturan untuk seluruh warga sekolah, dan sebagainya yang boleh membawa kepada suasana positif ke arah budaya pembelajaran yang kondusif. Budaya pula sebagaimana pendapat beberapa tokoh di atas merupakan suatu amalan berterusan para pelajar dengan mengekploitasikan iklim pembelajaran yang diwujudkan. Antara budaya pembelajaran diterapkan ialah pembentukan hubungan mesra antara guru dengan murid, murid dengan murid, murid dengan pekerja, amalkan budaya salam dan pengucapan bertatasusila, program buku ditangan, meneroka maklumat di persekitaran sekolah, menggunakan tempat-tempat khas yang disediakan untuk belajar, kuatkuasakan peraturanperaturan yang telah ditetapkan supaya murid terdidik dengan disiplin dan sebarang program yang boleh membentuk budaya positif pelajar. Kerajaan harus meletakkan budaya pembelajaran, analitikal dan intelektual sebagai keutamaan dalam agenda negara jika mahu membangunkan modal insan, kita perlu kurangkan pendekatan yang hanya memberi penekanan kepada aspek membaca, menulis dan

peperiksaan kerana budaya pembelajaran sebenar lebih luas. ''Rakyat negara ini perlu digalak 'memburu' maklumat daripada sekadar menerimanya secara pasif sahaja," ( Raja Dr. Nazrin Shah, Utusan Malaysia, 5 Mei 2009 ) Pembinaan persekitararan sekolah yang mempunyai iklim dan budaya yang positif dan efektif sahaja belum cukup sempurna untuk melahirkan para pelajar berkemahiran seperti yang dinyatakan pada awal tadi. Semua sudah maklum bahawa proses pengajaran dan pembelajaran formal bermula di bilik darjah. Oleh itu, pembentukkan persekitaran bilik darjah yang kondusif amat penting kerana di sinilah para pelajar mula mengenali dunia persekitaran mereka secara langsung. Sebagai guru, lebih-lebih lagi guru kelas yang bertanggungjawab penuh dalam usaha mewujudkan sebuah bilik darjah yang kondusif.

Usaha Pembinaan Bilik Darjah Mesra Budaya

Pengurusan Persekitaran Fizikal

Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan muridmurid dari pelbagai latar belakang etnik dan budaya. Konsep pengurusan fizikal harus ditekankan bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal malah hasil dari pengurusan persekitaran fizikal itu akan dapat mewujudkan satu

suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dan berkesan dengan mengambil kira aspek latar belakang budaya dan etnik masing-masing. Konsep pengurusan fizikal bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial. Pengurusan bilik darjah perlu dilihat sebagai bidang yang lebih luas daripada hanya kawalan bilik darjah dan peraturan. Hal ini termasuklah semua perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang guru untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama dalam aktiviti bilik darjah serta membentuk persekitaran yang produktif. Menurut kamus Dewan edisi keempat, persekitaran fizikal merujuk kepada persekitaran yang menjurus kepada perkara yang bukan kebendaan dan boleh dilihat secara terus. Suasana fizikal bilik darjah menjadi rangka yang akan menentukan keadaan pembelajaran, iaitu samada menggalakkan atau mengganggu pembelajaran. Oleh sebab itu. guru haruslah bijak mengawal dan mengendalikan kelas mereka. Perancangan dan penyusunan fizikal bilik darjah melibatkan proses mengorganisasi, merancang dan menggunakan perkara-perkara yang berkaitan dengan penyusunan kerusi meja, tempat duduk murid, alat bantu mengajar, alat-alat pandang dengar, sudutsudut aktiviti dan pemeran, papan tulis dan pelbagai perabot lain dengan sempurna. Guru perlu mengambil inisiatif untuk menguruskan kelas mereka supaya ia dapat menggalakkan suasana yang kondusif dan mesra budaya.

pelan lantai susun atur tempat duduk kebersihan, pengudaraan dan pencahayaan

Persekitaran fizikal
ruang hiasan ruang multimedia

ruang bacaan

Pada asasnya, saya berpendapat bahawa proses mewujudkan sebuah bilik darjah yang kondusif perlu mendapat kerjasama semua pihak, yakni pentadbir guru-guru lain dan muridmurid dalam kelas itu sendiri. Ini kerana tidak semua yang dinyatakan dapat diterjemahkan sepenuhnya. Terdapat pelbagai kekangan seperti sumber kewangan, masa dan tenaga, idea, kemudahan fizikal bangunan dan peralatan. Lihat saja sekolah-sekolah yang berada di pedalaman yang masih jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek. Walaubagaimanapun kita sebagai guru perlu menggunakan segala kepakaran yang ada dengan cara berhemah. Jika guru terus menerus dengan segala macam alasan, maka hasrat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif akan terbantut dan gagal. Siapakah yang akan rugi? Siapakah anda yang diberi nama guru itu? Saya tingalkan persoalan itu dengan pendapat Daoed Yoesoef ( 1980 ), menyatakan bahwa seorang guru mempunyai tiga tugas pokok iaitu tugas profesional, tugas manusiawi, dan tugas kemasyarakatan (sivic mission). Sama-sama kita renungkan.

Pelan lantai Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh guru adalah membuat satu pelan lantai. Tujuannya adalah untuk memudahkan guru untuk membuat susun atur perabot dan peralatan dalam bilik darjah. Melalui pelan lantai tersebut, guru akan mendapat gambaran awal tentang apa yang perlu ada di dalam bilik darjah dan bagaimana untuk membuat susun atur yang sesuai. Sebagai contoh, guru perlu membina satu bilik darjah yang mempunyai susun atur yang sesuai dengan keperluan semua murid dan mata pelajaran. Selain itu, semasa merancang, guru mestilah mengambil kira unsur-unsur hubungan sosial murid dan pemupukan nilai-nilai perpaduan dan persefahaman antara pelbagai kaum.

Aspek kebersihan, pengudaraan dan pencahayaan Aspek kebersihan juga perlu dititikberatkan dalam bilik darjah. Jika sesebuah bilik darjah itu bersih, ia akan dapat memberikan ketenangan kepada murid yang berada di dalam kelas. Kebersihan menjadi faktor utama kepada murid untuk berasa seronok dan selesa ketika mengikuti sesi pembelajaran. Guru boleh mendidik supaya murid- murid di dalam kelasnya menjaga kebersihan dengan membuat jadual giliran bertugas harian. Dengan itu, budaya menjaga kebersihan dapat diterapkan dalam diri murid-muridnya. Di kebanyakan sekolah, pertandingan bilik darjah bersih merupakan satu usaha yang baik untuk menggalakkan murid menjaga kebersihan bilik darjah masing-masing. Selain kebersihan, aspek pencahayaan dan juga pengudaraan juga memainkan peranan penting dalam bilik darjah. Jika sesebuah bilik darjah tidak mempunyai tingkap dan kipas, murid akan berasa tidak selesa berada di dalamnya. Secara tidak langsung mereka tidak dapat menumpukan perhatian semasa belajar. Guru perlu memastikan suasana bilik darjah berada dalam keadaan yang paling selesa seperti tidak terlalu gelap atau terang dan pengudaraan yang segar dapat dinikmati oleh murid-muridnya.

Susun atur tempat duduk Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya. Sebagai contoh, guru menyusun tempat duduk antara murid melayu dengan murid yang berbangsa cina. Oleh itu, murid melayu dapat belajar adat dan budaya masyarakat cina dan begitu juga sebaliknya. Sebagai cadangan guru boleh menyusun atur kedudukan tempat duduk murid seperti yang telah dicadangkan dalam pelan bilik darjah KBSR yang mana murid diletakkan dalam satu kumpulan. Oleh itu guru boleh mempelbagaikan kelompok kumpulan tersebut dengan murid yang pelbagai. Pada masa yang sama, semasa menyusun tempat duduk murid, guru juga perlu mengambil kira keperluan murid. Guru perlu memastikan semua murid di bawah perhatiannya. Hal ini supaya mudah untuk guru bertindak sekiranya murid memerlukan bantuan daripadanya. Penyusunan kerusi juga perlu sesuai dengan jenis aktiviti yang akan dijalankan dan fleksibel. Dalam bilik darjah yang bercampur murid lelaki dan perempuan, penyusunan kerusi meja perlu mengelakkan daripada berlakunya kenakalan. Oleh itu, dicadangkan supaya kedudukan murid lelaki dan perempuan dicampur adukkan supaya masalah disiplin dapat dikurangkan. Walau bagaimanapun kedudukan murid-murid hendaklah menggalakkan mereka dapat berinteraksi bersama dalam sesuatu aktiviti kumpulan, bekerjasama serta dapat bertolernsi semasa proses pembelajaran berlaku. Susunan perabot dan peralatan pengajaran pembelajaran juga perlu disesuaikan dengan suasana dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu memastikan perabot yang terdapat di dalam bilik darjah tidak menyempitkan ruang. Di samping itu, ruang penyimpanan barang yang disediakan memudahkan murid untuk menyimpan barang-barang peribadi mereka.

Ruang multimedia Selain itu, alat-alat ICT serta alat pandang dengar disediakan di dalam bilik darjah. Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelbagai latar belakang etnik dapat menggunakan perisian software yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi. menggalakkan murid-murid berkongsi menggunakanya serta Guru perlu

menggalakkan

murid meneroka dengan sendiri. Ia menggalakkan murid untuk menjadi lebih kretif dan berinovasi. Ruang bacaan Ruang-ruang di dalam kelas boleh dimanfaatkan dengan sebaiknya sekiranya guru tahu untuk memanipulasikan ruangan tersebut dengan pengisian yang bermakna. Sebagai contoh mengadakan satu ruang bagi sudut bacaan. Guru boleh menyediakan beberapa bahan bacaan yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan tempatan yang merangkumi semua kaum. Selain itu, guru boleh memberi kebebasan kepada murid untuk membawa bahan bacaan yang ilmiah untuk diletak di bahagian sudut bacaan. Selain itu juga, banyak lagi sudut-sudut pembelajaran yang boleh dibuat seperti sudut sejarah dan geografi. Melalui sudut-sudut ini, guru boleh menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat cintakan tanah air, dan menghargai keamanan negara. Guru boleh memberi kesedaran kepada murid bahawa pentingnya untuk bersatu padu antara satu sama lain untuk membentuk negara yang aman dan sejahtera Selain aspek-aspek yang telah dinyatakan di atas, terdapat banyak lagi cara yang boleh digunakan oleh guru untuk memanipulasikan persekitaran fizikal bilik darjah agar dapat membentuk budaya yang positif. Bagi memupuk iklim bilk darjah yang progresif dan dinamis, nilai bilik darjah seperti kerajinan, ketekunan, daya usaha, menghargai masa, kecekapan belajar, kebersihan, tanggungjawab, kerjasama perlu dipupuk dan diamalkan di dalam bilik darjah.

Ruang hiasan Guru boleh memberikan tanggungjawab menghias kelas kepada murid-murid. Murid diberikan kebebasan untuk menghias kelas mengikut kreativiti mereka sendiri. Murid akan bekerjasama untuk memberikan yang terbaik. Mereka akan berkongsi idea untuk menghias dan bekerjasama sesama mereka. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah aktiviti mengecat dinding dengan melukis lukisan mural biasanya dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. adalah sesuai sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini. Dengan itu murid-murid didedahkan dengan kebudayaan masyarakat lain secara tidak langsung. Selain itu, hiasan-hiasan dinding dan ruangan bilik darjah untuk meningkatkan keceriaan bilik darjah boleh mencorakkan daya kreatif, inovatif dan menjadikan bilik darjah tempat belajar yang menarik minat murid. Meja pelajar yang kelihatan usang umpamanya boleh dihiasi untuk menjadikan ia lebih menarik dan tidak lagi kelihatan usang dan buruk. Murid juga akan berasa lebih selesa untuk menjalani proses belajar seharian di sekolah. Antara kebebasan yang boleh diberikan kepada murid untuk menghias kelas adalah seperti menyediakan sendiri jadual bertugas, menggantung langsir, menghias dinding dan papan kenyataan dengan info-info yang menarik dan lain-lain. Boleh juga disediakan ruangan hasil kerja murid agar murid rasa dihargai dan menjadi pemangkin untuk mereka berusaha lebih baik pada msa yang akan datang.

Cadangan Pelan Bilik darjah yang mesra budaya

1 4

3 T I N G K A p

10 11

9 8

Rajah 1: Pelan lantai fizikal bilik darjah.

Petunjuk 1

2 3 4 5

8 9 10

11

Penerangan Papan lembut- untuk menampalkan info-info terkini tentang kelas. Contohnya rekod ujian bulanan. Maklumat di bahagian ini akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa Papan putih- untuk sesi pengajaran dan pembelajaran berada di hadapan kelas. Papan kenyataan menampal maklumat kelas seperti jadual bertugas, peraturan kelas, biodata murid dan lain-lain. Meja guru- berada di hadapan kelas supaya guru dapat melihat keseluruhan kelas dan mengawal pergerakan murid. Ruang pembelajaran meliputi ruangan sudut-sudut ilmiah seperti sudut sejarah dan geografi, matematik dan lain-lain. Di ruangan ini, ditampal nota-nota berkaitan dengan mata pelajaran. Selain itu, murid diberi kebebasan untuk akses kendiri bahan dan nota yang disediakan. Murid akan diberi tugas secara bergilir untuk mengemaskini bahagian ini. Sudut bacaan- disediakan dengan rak buku dan juga beberapa bacaan yang sesuai seperti buku-buku sejarah, buku cerita dan majalahmajalah. Tujuan ruangan ini untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan murid. Circle time- kawasan untuk bermain. Sesi pembelajaran bebas. Di kawasan ini murid diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti mereka secara bebas. Contohnya aktiviti mewarna semasa pendidikan seni ataupun tempat belajar sendiri. Kawsan ini juga sesuai untuk melakukan aktiviti permainan ataupun pergerakan. Hiasan kelas: hasil kerja murid akan dipamerkan di ruangan ini. ini akan memberi rasa penghargaan kepada murid. Almari : disediakan untuk murid menyimpan barang-barang peribadi mereka Pusat ICT: murid boleh mengakses maklumat di ruangan ini. juga terdapat peralatan lain seperti radio, layat lcd dan lcd. Guru boleh gunakan sebagai alat bantu mengajar. Tempat duduk murid secara kumpulan iaitu enam orang satu kumpulan. Setiap kumpulan akan bercampur lelaki dan perempuan selain tidak kira bangsa dan agama. Susunan meja dan kerusi memudahkan guru bergerak antara meja dan kerusi itu.

Sosioemosi Persekitaran Sosio-Emosi yang baik di dalam kelas dapat menjadi perangsang bagi membangkit dan mengekalkan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Woolfolk (1990 ) menyatakan bahawa, motivasi atau kuasa dalaman akan membangkitkan, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Antara langkah yang boleh dilakukan oleh guru bagi memastikan persekitaran sosio emosi yang baik adalah : i. Memberi pujian dan galakkan pada murid supaya murid merasa dihargai dan diberi perhatian. ii. Mengurus emosi murid dengan berkesan supaya mereka dapat menerima hakikat terhadap kekuatan dan kelemahan diri. iii. Perhubungan antara kelompok etnik perlu dititikberatkan supaya setiap murid dapat bergaul dan melakukan aktiviti dengan baik tanpa mengira kaum dan adat resam.Murid perlu belajar bertoleransi dan menyesuaikan diri dengan rakan-rakan dari pelbagai etnik. iv. Perlembagaan Negara perlu difahami dan dihayati oleh setiap murid agar tidak timbul salah faham dalam pergaulan dari pelbagai kaum. v. Murid perlu memahami Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat Malaysia. vi. Emosi murid perlu diuruskan dengan penuh kebijaksanaan agar mereka tidak sentiasa berada dalam kebimbangan apabila berada di dalam kelas dan berhadapan dengan guru semasa melakukan aktiviti pembelajaran. vii. Hubungan yang baik antara guru dan murid juga harus dibina terlebih dahulu yang mana guru perlu mengamalkan kepemimpinan demokraksi dan tidak terlalu mengongkong muridmurid mereka. viii. Hubungan yang positif dengan rakan sekelas juga perlu dibina.Murid perlu dibimbing agar dapat berinteraksi dengan semua kaum tanpa mengira kelas social dan budaya.Mereka perlu diberi pendedahan tentang adat resam dan amalan budaya setiap kaum di Malaysia. ix. Murid digalakkan untuk berfikir mengenai hubungan etnik di Malaysia dari segi sejarah, latar belakang ekonomi dan politik serta aspek lain. x. Kesedaran murid untuk mengenalpasti bahawa wujud kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia khususnya dalam kelompok etnik atau dalam bentuk lain seperti agama, budaya, kedudukan ekonomi, politi dan sosial

Sosiobudaya Kepelbagaian sosiobudaya akan memberi impak ataupun implikasi tersendiri kepada sesebuah organisasi. Kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di peringkat pengurusan kelas meliputi implikasi terhadap guru, murid dan sekolah. Statistik merekodkan murid yang berdaftar di sekolah ini menunjukkan bilangan murid berbangsa Cina paling tinggi manakala hampir menyamai bilangan tersebut ialah murid berbangsa Melayu dan seterusnya bangsa India dan lain-lain turut serta sebagai murid yang memilih Sekolah Jenis Kebangsaan ini. Hal ini demikian telah mewujudkan satu budaya baru di mana bangsa lain telah memilih Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sebagai tempat mereka menuntut ilmu. Dengan itu, secara tidak langsung telah wujud kepelbagaian budaya dan agama di dalam satu sekolah yang disebut sosiobudaya. Hal ini demikian, salah satu faktor yang mewujudkan persekitaran pembelajaran yang mesra budaya dan iklim sekolah yang selesa.
250

200

150

Cina Melayu India

100

Lain-lain

50

Graf: Statistik bilangan pelajar mengikut kaum di SJKC Taman Tas

1. Guru. Menurut Mok Soon Sang (2002), guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan sematamata,tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat. Bertepatan dengan itu, guru perlu bersedia dengan kepelbagaian sosiobudaya murid yang datangnya daripada pelbagai kelas sosial dan kaum. Roland Meighan (1986) berpendapat kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Manakala menurut Kamus Dewan, kaum didefinisikan sebagai puak, suku bangsa ataupun jenis bangsa seseorang. Oleh hal demikian, guru perlu bijak bagi menangani murid yang berasal daripada kelas sosial dan kaum yang berlainan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perbezaan kelas sosial dan kaum ini perlu diketepikan dan semua murid perlu di layan dengan sama rata tanpa mengambil kira kelas sosial dan kaum mereka. Guru juga perlu peka terhadap pembentukan kumpulan agar tidak berlaku kumpulan yang berasaskan kelas sosial dan kaum. Ini kerana kumpulan yang mempunyai murid yang berlainan kelas sosial dan kaum akan menggalakan interaksi serta pergaulan yang sihat. Latar belakang serta budaya hidup mereka yang berbeza akan mempengaruhi pemikiran serta pandangan mereka. Maka, hasil daripada perbincangan dalam kumpulan akan menghasilkan sesuatu pandangan yang lebih unik dan kreatif kerana percampuran pengaruh budaya dan fahaman murid-murid. Lahir daripada latarbelakang dan pengaruh persekitaran yang berbeza,pastinya mempengaruhi pemikiran serta fahaman murid pada sesuatu perkara. Sebagai contoh, murid yang beragama islam dan murid beragama budha pastinya mempunyai pandangan tersendiri terhadap agama dan budaya mereka. Oleh hal demikian, guru perlu peka dengan perbezaan pemikiran itu dan mendengar segala pandangan atau idea yang murid sampaikan. Guru pelu memberi respon dan ulasan yang positif yang boleh menyebabkan mereka saling menghormati dan sedia mendengar pandangan sahabat mereka. Respon yang baik daripada guru akan meningkatkan pemahaman mereka dan meningkatkan perasaan ingin tahu dalam diri murid. Di samping itu, guru juga perlu menekankan budi bahasa dan tutur kata yang sopan ketika menyampaikan pandangan bersesuaian dengan nilai-nilai murni yang dinyatakan dalam konsep 1Malaysia. Tembok perkauman perlu diruntuhkan bagi mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatupadu. Di dalam kelas, guru perlu mengelakkan diskriminasi kaum agar murid daripada kaum lain tidak merasakan diri mereka dipinggirkan oleh guru dan muri-murid lain. Guru juga perlu mengelakkan daripada menyentuh atau mempertikai agama dan kepercayaan

yang dianuti oleh murid-murid. Perancangan proses pengajaran dan pembelajaran perlulah seiring dan sesuai dengan semua agama,nilai dan kepercayaan mereka. Bahasa pengantar juga perlu diberi penekanan serius oleh guru. Murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latarbelakang ini menyebabkan berlaku pertembungan dialek yang memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru haruslah menggunakan dan menekankan penggunaan bahasa standard yang mampu difahami oleh semua agar penglibatan murid di dalam aktiviti pembelajaran dapat dioptimumkan dan lebih berkesan.

2. Murid. Kepelbagaian sosio budaya ini turut memberi kesan kepada murid. Murid-murid mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh budaya, agama dan persekitaran. Oleh itu, kewujudan murid pelbagai kaum dan sosio budaya di dalam kelas menjadikan mereka prejudis terhadap murid yang berbeza daripada gaya hidup mereka. Maka, murid perlu dibersihkan minda dan fahaman mereka terhadap rakan-rakan mereka yang berlainan agama, budaya dan jantina agar tidak ada jurang antara mereka bagi memudahkan proses pembelajaran. Penggunaan bahasa standard perlu diamalkan oleh murid ketika di dalam kelas ataupun ketika berada di kawasan sekolah. Penggunaan bahasa ibunda ataupun dialek di dalam kelas seharusnya di kawal bagi memastikan proses pembelajaran berjalan lancar. Penggunaan laras bahasa yang betul juga perlu ditekankan dalam kalangan murid bagi mengelakkan pergaduhan dan salah faham antara satu sama lain. Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut membantu murid mencapai kematangan sosial. Murid perlu mengambil peluang daripada kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas untuk berinteraksi antara kaum dan jantina berlainan. Corak pemikiran antara lelaki dan perempuan adalah berbeza dan interaksi yang sihat seperti belajar secara berkumpulan dapat memberi gambaran kepada murid tentang sesuatu perkara dengan lebih jelas. Dalam masa yang sama, batas pergaulan antara jantina perlu diberikan penekanan agar tidak bertentangan dengan tuntutan agama. Agama dan kepercayaan merupakan sesuatu isu yang amat sensitif. Oleh hal demikian, agama dan kepercayaan murid tidak harus dipertikaikan. Proses sosiolisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.

Kelas yang mempunyai pelbagai kaum dan sosio budaya memerlukan sikap percaya antara satu sama lain. Aktiviti yang di rangka mestilah berupaya untuk menanam semangat saling mempercayai dalam jiwa murid. Semangat kepercayaan yang tinggi akan meruntuhkan tembok perkauman dan secara tidak langsung perpaduan antara kaum akan terjalin. Kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas turut merangsang kewujudan masalah didiplin. Rakan sebaya amat mudah mempengaruhi tingkah laku seseorang. Sebagai contoh, seorang murid yang baik akan terpengaruh dengan tingkah laku sahabatnya yang bermasalah apabila sering berinteraksi dan bergaul. Guru perlu peka terhadap perubahan murid agar tingkah laku yang tidak dingini dapat di bendung dan murid bermasalah dapat di kawal dan di ubah sikapnya. 3. Sekolah Sistem pendidikan negara mempunyai pelbagai jenis pilihan sekolah yang boleh diikuti oleh murid. Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah kebangsaan untuk semua kaum, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Oleh itu, aktiviti-aktiviti di sekolah dirancang dengan teliti bagi mengatasi kepelbagaian sosio-budaya ini. Sekolah merupakan ruang untuk guru menerapkan kepercayaan dan nilai dalam masyarakat. Oleh itu, murid perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira latar sosio-budaya mereka. Murid juga harus sentiasa diingatkan agar sentiasa mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Selain daripada meningkatkan pengetahuan murid, hubungan di antara setiap murid dapat dijalinkan melalui aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam membina perhubungan tersebut selain daripada sekolah. Program Intergrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu aktiviti yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan perpaduan dipupuk di kalangan murid tanpa mengira latar belakang, agama, kaum, jantina dan sebagainya. Pihak-pihak berwajib boleh menyumbangkan sokongan samada dalam bentuk moral ataupun material bagi mengembangkan lagi pengetahuan dan perpaduan di kalangan murid. Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Apabila murid-murid yang berlainan latar belakang dapat berinteraksi sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu masa depan akan lahir satu generasi yang hormat dan bertoleransi di antara satu sama lain. Oleh itu, penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum perlu dipupuk sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah kerana ia akan lebih memudahkan mereka untuk menghadapi masyarakat di masa akan datang.

4. Kurikulum Tersirat Kurikulum merujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan. Kurikulum tersirat pula merujuk kepada norma, nilai dan kepercayaan yang disebarkan melalui pendidikan formal dan interaksi di sekolah. Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud di kalangan warga sekolah. Budaya akademik di sekolah boleh dikatakan sebagai kurikulum tersirat. Kurikulum tersirat juga boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan sebagainya. Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah. Ianya dijalankan secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik guru, guru mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan baik di antara warga sekolah dan sebagainya. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa di dalam persekitaran sekolah akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna terhadap amalan hidup murid Namun demikian, sesetengah kurikulum tersirat kadang-kadang mempunyai konotasi negatif kerana nilai-nilai yang disebarkan mungkin menjurus kepada halhal seperti menyokong perbezaan kelas di mana murid dibahagikan kelas mengikut tahap kepandaian, kaum dan jantina dan ini akan menjurus kepada pengagihan modal pendidikan secara tidak sekata. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan dan memberikan perhatian kepada kurikulum tersirat sewajarnya supaya bersifat positif ke arah membina keadilan sosial berlandaskan kepada kepelbagaian sosio-budaya masyarakat setempat.

Pengajaran berkesan Terdapat pelbagai pendapat mengenai maksud pengajaran berkesan. Pengajaran berkesan bermaksud seorang pengajar atau guru yang harus memiliki pengetahuan yang luas dan mendalam mengenai sesuatu ilmu pengetahuan serta mempunyai kemahiran atau teknik profesional yang tinggi (Dunne, R. & Wragg, T., 1994). Mereka berpendapat yang pengajaran berkesan menuntut guru untuk memahami isi kandungan sesuatu mata pelajaran dan memiliki ilmu pengetahuan mengenai topik dan perkara yang hendak diajar serta perlu menyiapkan diri dengan kemahiran tertentu dari aspek pengurusan kelas, menyoal soalan, penerangan yang jelas dan pemantauan proses pembelajaran. Leblanc (1998) pula berpendapat bahawa pengajaran berkesan bermaksud pengajaran oleh guru yang penyayang, mengambil berat terhadap kebajikan pelajar, memberi sokongan kepada pelajar, dan berpengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar. Manakala menurut Hunter (1995), pengajaran berkesan merupakan pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar. Antara pendapat lain pula menyatakan bahawa guru berkesan dan boleh membantu pelajar (Cruickshank, 1995). Jika diperhatikan di sini, terdapat persamaan antara pandangan yang diberikan oleh Cruickshank dan Hunter di mana mereka berpendapat bahawa pengajaran boleh meningkatkan pembelajaran pelajar. Pengajaran berkesan dapat disimpulkan sebagai pengajaran yang menyedia dan mewujudkan suasana yang sihat bagi menggalakkan pelajar untuk terus belajar. Perkara ini disokong oleh Shahril (2004) yang mendefinisikan pengajaran berkesan sebagai kebolehan dan kemampuan guru untuk menyampaikan maklumat pengajaran dengan baik dan juga berkesan, di mana secara tidak langsung dapat memotivasikan diri pelajar untuk terus cemerlang mencapai kejayaan. Guru berkesan merupakan keupayaan guru dalam

menyampaikan pengajaran yang memberi kesan terhadap beberapa aspek termasuklah dapat memotivasikan pelajar seperti dinyatakan oleh Malikow, M. (2006). Ianya dapat diaplikasikan dengan pelbagai kaedah pengajaran, bahan bantu mengajar, dan kemahiran melaksanakan aktiviti. Dalam konteks ini, guru seharusnya merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang sesuai dengan kebolehan sedia ada dan minat pelajar.

Ciri-ciri Pengajaran Berkesan Terdapat beberapa ciri-ciri pengajaran, di antaranya adalah guru sebagai pengajar dan murid pula merupakan pelajar. Pengajaran bermakna jika pembelajaran berlaku. Pengajaran akan melibatkan latihan atau tugasan, pemikiran dan penggunaan simbol serta melibatkan pelbagai aktiviti antara guru dan pelajar. Ciri-ciri pengajaran meliputi rancangan mengajar, objektif pelajaran, tempat belajar, ABBM, kaedah dan teknik mengajar serta proses yang melibatkan interaksi dua hala antara pelajar dan guru. Strategi pengajaran mengandungi unsur sains dan unsur seni. Dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran, guru haruslah memainkan peranan yang penting agar objektif pengajaran yang telah ditetapkan dapat dicapai pada akhir sesi pengajaran. Menurut Brown, G. & Atkins, M (1988) pengajaran berkesan menuntut kepada tenaga pengajar untuk mengetahui dan mendalami sesuatu mata pelajaran yang diajar. Antara ciri-ciri guru berkesan adalah guru yang mempunyai kepakaran dan kecekapan dalam subjek yang diajar, boleh mempelbagaikan kaedah mengajar, boleh memberi penerangan yang jelas tentang perkara yang hendak disampaikan dan enthusiasm. Guru juga perlulah memastikan bahawa proses pengajaran tersebut berlaku dengan melibatkan interaksi dua atau pelbagai hala dengan pelajar. Oleh itu, penglibatan pelajar dalam pengajaran perlu ditiitkberatkan. Menurut Slavin (1984), beliau telah memperkenalkan beberapa elemen dalam model pengajaran berkesan berdasarkan perkara seperti berikut:

(a) Kualiti Pengajaran Pengajaran yang berkualiti terjadi apabila maklumat yang disampaikan boleh diterima, menarik minat, dan mudah untuk diingati serta dilakukan oleh pelajar. (b) Tahap Kesesuaian Pengajaran Tahap keupayaan pelajar dalam penerimaan pembelajaran perlu dipertimbangkan. Kebolehan pelajar adalah berbeza-beza dengan mengambil kira latar belakang pendidikan, tahap kecerdasan dan lain-lain. Guru harus bijak menggunakan kaedah dan strategi mengikut tahap penerimaan pelajar itu sendiri.

(c) Insentif Galakan dan insentif daripada guru adalah penting bagi menarik minat serta menggalakkkan pelajar agar terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara langsung atau tidak langsung. Pemberian pujian serta hadiah harus dipertimbangkan oleh guru bagi mewujudkan suasana yang bermotivasi. Guru perlu menunjukkan bagaimana pelajar boleh mencapai kemajuan. Galakan yang berterusan adalah lebih baik kerana proses pengajaran adalah secara berterusan serta puji-pujian perlu diberikan pada tempat yang sepatutnya supaya pelajar dapat mengenal pasti dan mengetahui kejayaan mereka. Dengan penghargaan yang diberikan, ianya dapat membantu menggalakkan penglibatan para pelajar di dalam kelas dan meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. (d) Masa Penggunaan masa yang betul dapat memastikan sukatan pelajaran dapat dihabiskan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Perancangan pengajaran yang bertepatan dengan objektif pengajaran dapat memastikan hasil yang berkualiti. (f) Perangcangan pengajaran Guru perlu membuat perancangan bagi sesi pengajarannya. Menurut Burden & Byrd (1999), perancangan sebelum proses pengajaran merujuk kepada keputusan yang dibuat mengenai mengelola, melaksana dan menilai pengajaran. Proses guru membuat keputusan tentang cara memilih dan menyusun pengalaman pembelajaran yang dapat memaksimumkan pencapaian serta kepuasaan guru dan juga pelajar (Cruickshank, 1995). Menurut Esah Sulaiman (2004), perancangan pengajaran merupakan keputusan yang harus dibuat oleh guru mengenai perkara yang hendak diajar dan bagaimana untuk diajarkan supaya dapat difahami pelajar.

Rancangan pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah atau makmal dalam satu jangka masa tertentu.

Kepentingan Perancangan Pengajaran Perancangan yang teliti dan komprehensif akan memberi kesan yang positif kepada pembelajaran pelajar. Melalui perancangan pengajaran yang teliti, guru dapat menentukan jarak, urutan dan penekanan kepada isi setiap pelajaran. Topik topik yang penting dalam peperiksaan akan diberikan keutamaan oleh guru dan diberi penerangan dengan lebih teliti.

Perancangan juga akan memastikan setiap minit dalam tempoh pengajaran guru sepanjang setahun memberi kesan yang bermakna kepada guru dan pelajar. Ini dapat memberi panduan kepada guru agar dapat menggunakan masa yang diperuntukkan dengan lebih teratur. Menyusun atur masa dengan tepat juga dapat memastikan sukatan pelajaran dihabiskan pada masa yang telah ditetapkan mengikut perancangan. Melalui perancangan pengajaran, guru juga dapat menyediakan bahan bahan pengajaran yang bersesuaian dengan isi pelajaran mengikut minat dan kebolehan pelajar. Isi kandungan dan bahan yang hendak disampaikan perlu lengkap dan menepati kehendak sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, guru juga dapat menentukan strategi pendidikan, pemulihan dan pengajaran secara tersusun dan bersistem. Melalui perancangan pengajaran, objektif pengajaran dapat dicapai. Guru mengetahui sasaran yang ingin dituju dalam setiap subjek yang ingin diajar

Pengajaran merupakan aktiviti intelek. Ia melibatkan pemikiran, perasaan, dan penilaian. Pengajaran juga merupakan satu sistem aktiviti yang ditujukan kepada pelajar-pelajar dengan harapan akan membawa perubahan tingkah laku di kalangan mereka. Terdapat dua jenis pengajaran iaitu pengajaran terkini dan tradisional. Proses pengajaran sekarang adalah

berpusatkan kepada murid bersesuaian dengan era globalisasi yang menuntut perubahan dalam setiap aspek termasuklah dalam bidang pendidikan. Teknologi yang digunakan haruslah selari dengan perubahan semasa. Oleh itu, dalam perancangan pengajaran, pendekatan, kaedah, teknik dan alat serta sumber yang digunakan haruslah bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar zaman sekarang bagi memastikan objektif dan matlamat pengajaran dapat dicapai dengan cemerlang. Ianya bagi melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berbanding dengan pengajaran tradisional, ianya lebih berpusatkan guru. Guru banyak memberikan input serta ilmu tanpa memberi ruang kepada pelajar untuk berfikir dan melibatkan secara aktif. Komunikasi satu hala yang dilaksanakan oleh guru tidak bersesuaian memandangkan pengetahuan serta pengalaman pelajar tidak dapat dikembangkan dengan baik kerana pelajar tidak berpeluang untuk berfikir secara kreatif. Pelajar merupakan pembina ilmu yang aktif. Oleh itu, penglibatan pelajar di dalam satu-satu pengajaran adalah penting bagi membantu penerapan nilai-nilai murni di dalam diri pelajar itu sendiri dan memastikan proses pengajaran berlangsung secara efektif. Pendapat ini disokong oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) yang menyatakan bahawa pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkannya.

Iklim Sekolah yang Selesa Proses Interaksi Dan Komunikasi Berkesan Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, interaksi dan komunikasi antara guru dengan murid dan murid dengan murid memainkan peranan penting. Apa pentingnya interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran? Interaksi melibatkan guru dan murid dan sangat berkaitan dengan kaedah guru menyampaikan isi kandungannya (Gilbert dan Moore, 1998). Menurut Jones ( 1995 ), pencapaian akademik dan tingkah laku murid dipengaruhi oleh kualiti hubungan guru dengan murid. Lebih banyak berlaku komunikasi dan interaksi antara guru dengan murid, maka lebih banyak guru dapat membantu dan memahami murid. Hal ini seterusnya akan meningkatkan prestasi pembelajaran murid. Pembinaan interaksi dan komunikasi dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif akan memberikan implikasi positif kepada kedua-dua belah pihak. Bagi pihak guru, dapat melicinkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran, guru menjadi semakin bermotivasi, murid lebih senang dikawal, kerjasama antara guru dengan murid dapat melancarkan perjalanan aktiviti dan dalam masa yang sama dapat menaikan imef guru. Manakala di pihak murid pula, mereka akan lebih berminat untuk belajar, berani berdamping dan berhubung dengan guru, meningkatkan motivasi murid, dan prestasi akademik akan meningkat. Saya berpendapat proses pembinaan interaksi dan komunikasi yang berkesan ini mempunyai perkaitan dengan gaya kepimpinan seseorang guru. Terdapat beberapa gaya atau kaedah kepimpinan seseorang guru iaitu : a. Kepimpinan Aautokratik iaitu mewujudkan suasana tertekan, tidak menarik, dan tidak kondusif. b. Kepimpinan Demokratik iaitu berkongsi tanggungjawab dengan murid dengan memberikan galakan bukannya dengan desakan bagi menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan. c. Kepimpinan Laissez-Faire iaitu kebebasan sepenuhnya dalam apa jua aktiviti pembelajaran sehingga menjadikan bilik darjah tidak terurus, kucar kucir, dan perhubungan antara guru dan murid menjadi tidak akrab dan mesra. Selain itu guru juga perlu peka dengan tugasan yang di berikan kepada murid berorientasikan kepada peningkatan interaksi dan pertumbuhan kognitif di kalangan murid-murid ( Dr Ragbir Kaur, 2008 ).

Sebagai rumusannya dapat disimpulkan bahawa pembinaan hubungan yang mesra antara guru dengan murid, murid dengan murid akan menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam suasana yang harmoni tanpa tekanan malah objektif pengajaran dapat dicapai dengan mudah. Ini berkait rapat dengan gaya kepimpinan seseorang guru itu. Anda sendiri dapat menentukan apakah gaya kepimpinan yang ada pada diri anda. Tidak sukar untuk kita sebagai guru mengaplikasi proses interaksi dan komunikasi ini kerana kita telah dibekalkan ilmu sedemikian sewaktu berada di pusat pengajian. Sama-sama kita hayati pendapat Good & Brophy (2002), yang mengatakan bahawa guru yang dihormati dan mesra pelajar dapat bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik darjah.

Motivasi Dan Penerapan Nilai-Nilai Murni Penerapan nilai-nilai murni di kalangan murid-murid dalam bilik darjah sangat penting. Ia perlu dilaksanakan dan diamalkan sepanjang masa. Perkara ini perlu diberi perhatian serius memandangkan komuniti bilik darjah terdiri daripada berbagai etnik, sosiobudaya, tingkah laku, emosi, dan gaya pembelajaran. Perbezaan-perbezaan ini menjadi lebih ketara jika terdapat murid-murid berkeperluan khas dalam bilik darjah kita. Menurut Kirk & Kirk ( 1994 ), murid berkeperluan khas berbeza dari murid biasa dari segi mental ( kognitif ), fizikal ( keupayaan otot-otot dan sendi ), sosial ( interaksi dan komunikasi interpersonal ) dan emosi ( keupayaan menangani perasaan ). Menurut Woolfolk ( 1990 ), motovasi atau kuasa dalaman akan membangkit, mengarah dan mengawal tingkah laku murid. Tugas guru bukan hanya menyampaikan isi pengajaran sematamata. Banyak elemen lain yang perlu diberi perhatian. Antaranya ialah memberi motivasi dan penerapan nilai-nilai murni di kalangan murid-murid. Guru boleh memberi pujian kepada muridmurid yang melakukan sebarang perkara positif walaupun kecil, dalam masa yang sama elakkan guru menggunakan kata-kata negatif terhadap murid kerana ia boleh membunuh semangat dan keinginan untuk belajar. Guru perlu menggalakkan murid bekerjasama dan saling hormat-menghormati sesama mereka walaupun murid mungkin terdiri dari pelbagai etnik. Murid perlu saling tolong-menolong, kasih sayang di mana murid pandai membantu murid yang kurang pandai dan sama-sama belajar dalam suasana tenang dan gembira. Hal ini akan mewujudkan suatu suasana bilik darjah yang

kondusif dan membangkitkan semangat untuk belajar seterusnya murid tidak akan merasai dan sedar akan perbezaan yang wujud pada awal tadi.

Menetapkan Disiplin Bilik Darjah. Menyedari hakikat bahawa sesebuah bilik darjah perlu mempunyai disiplinnya tersendiri, maka saya sebagai guru darjah mengambil inisiatif menggubal suatu disiplin bilik darjah yang afektif. Ini sekaligus dapat membantu sesebuah bilik darjah yang kondusif kekal berada dalam suasana yang menyenangkan. Brophy ( 1996 ), menegaskan guru-guru yang menjalankan aspek-aspek pengurusan bilik darjah dengan berkesan akan mengenalpasti dan mengelak konflik-konflik dan akan memastikan atau mengelak pertembungan atau gangguan dengan signifikan. Namun murid akan tetap membawa masalah ke kelas, dan guru-guru yang berkesan pengurusannya sekalipun akan menghadapi atau berdepan dengan sikap yang tidak menyenangkan yang memerlukan perhatian. Oleh itu saya telah merangka suatu strategi disiplin bilik darjah bagi menangani masalah sedemikian dan ia telah diputuskan bersama murid bahawa apa yang diperincikan dalam penggubalan disiplin bilik darjah ini mesti dipatuhi. Antara peraturan-peraturan yang ditetapkan ialah : i.Melantik ketua bagi setiap unit, bahagian atau sudut yang diwujudkan dalam bilik darjah. Contoh, sudut bacaan, sudut peralatan pembelajaran, keceriaan kelas, unit perabut, unit kebersihan, unit kawalan kelas, dan lain-lain. Setiap ketua bertanggungjawab memastikan unit, bahagian atau sudut masing-masing berada dalam keadaan baik dan terkawal. Ketua-ketua ini pula akan sentiasa bertukar agar semua murid berasa bertanggungjawab terhadap kelas mereka.

ii. Mengamalkan budaya pengucapan bertatasusila samada dengan guru atau sesama mereka. Penggunaan kata-kata bertatasusila ini ketika guru masuk atau keluar kelas, murid hendak keluar kelas atas sebab tertentu atau ketika minta pertolongan. Contoh, selamat pagi, Assalamualaikum, sila masuk, maafkan saya, dan sebagainya. iii. Mewujudkan slogan, cogan kata, dan kata-kata hikmat yang boleh mendorong murid mendisiplinkan diri. Contoh, JANGAN BISING, MARI MEMBACA, HORMATI RAKAN ANDA,

dan sebagainya. Kata-kata ini boleh ditampal atau gantung di tempat-tempat yang difikirkan sesuai. iv. Menentukan kaedah tertentu bagi murid yang ingin keluar dari kelas semasa waktu pembelajaran seperti menggunakan pas atau kad khas yang akan dibawa sepanjang berada di luar bilik darjah. v. Membina jadual bertugas untuk memastikan bilik darjah sentiasa berada dalam keadaan ceria. Pemantauan sepanjang masa dilakukan oleh guru-guru yang terlibat dengan kelas berkenaan. Segera ambil tindakan sewajarnya jika didapati keceriaan kelas tidak memuaskan. Proses mendisiplinkan murid dalam bilik darjah memerlukan usaha bersama dengan guru-guru lain. Ia tidak akan berjaya tanpa kerjasama semua pihak kerana guru kelas tidak berada dalam kelas sepanjang masa. Oleh itu sama-samalah kita berganding bahu mencapai matlamat untuk membentuk murid-murid yang produktif.

Membentuk Pengajaran Bestari Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah merupakan tugas utama atau core-business dalam profesion perguruan. Tidak ada makna segala tindakan untuk menjadikan iklim dan budaya sekolah serta bilik darjah yang kondusif sekiranya tugas perguruan sebenar diabaikan. Oleh yang demikian, seseorang guru mesti melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran sebaik mungkin dan bertepatan dengan objektif Falsafah Pendidikan Negara. Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama, iaitu untuk mengajar, mendidik dan merubah manusia yang bernama pelajar dari keadaan yang tidak mengenal huruf, tidak tahu memngira dan tidak boleh membaca kepada celif huruf, bijak mengira dan menjadi manusia yang berjaya ( Shuib & Johari, 2001 ). Saya boleh menjadikan pengajaran lebih berkesan dengan menggunakan bahan audio, video, perisian multimedia dan diikuti dengan penggunaan bahan cetak seperti dalam aktiviti perbincangan dengan rakan sebaya. Pengajaran pembelajaran boleh diteruskan lagi dengan menggunakan bahan daripada internet untuk mendedahkan maklumat yang terkini. Pada akhir pengajarannya pula, murid boleh digalakkan membuat persembahan hasil pembelajaran melalui komputer dan disebarkan kepada rakan sebayannya melalui classnet. Murid boleh berbincang dan berinteraksi antara satu sama lain dengan menggunakan komputer masing-

masing melalui classnet dalam bilik darjah bestari itu. Semua perancangan pengajaran dan pembelajaran saya akan tercapai dengan dibantu oleh suasana bilik darjah kondusif seperti yang dihuraikan sebelum ini. Crow & Crow ( 1983 ), melihat pembelajaran ialah satu proses yang cergas dan perlu dirangsang serta dibimbing ke arah matlamat yang diingini. Rangsangan luaran yang mendorong pembelajaran termasuklah pengaruh guru melalui tugasan yang dibuat, soalan yang ditanya, alat bantuan mengajar yang digunakan dan semua prosedur yang digunakan untuk membangkitkan minat dan kegiatan belajar. Saya melihat pandangan Crow & Crow ini dari perspektif kaedah pengajaran dan pembelajaran guru yang perlu aplikasikan bagi merangsang pembelajaran murid dan mempelbagaikan pengalaman murid. Sesuai dengan perkembangan teknologi pendidikan masa kini, maka wajar para guru memengeksploitasi teknologi terkini dalam bilik darjah.

Kesimpulan Sebagai rumusan, dapat dikatakan bahawa proses mewujudkan iklim dan budaya sekolah merupakan elemen penting dalam pembinaan bilik darjah yang kondusif. Kedua-dua item ini saling melengkapi dan memberi impak yang besar terhadap kualiti pembelajaran murid. Iklim dan budaya yang menarik akan melahirkan suasana yang tenang dan harmoni di kalangan ahli yang berada di dalamnya. Para guru dapat menjalankan tugasnya dengan baik manakala murid pula sentiasa berada dalam suasana belajar walau di mana mereka pergi dalam kawasan sekolah. Pembinaan hubungan mesra samada guru dengan guru atau guru dengan murid juga merupakan intipati dalam pembentukan iklim dan budaya positif di sesebuah sekolah. Watkins, C. & Wegner, P. ( 2000 ), menegaskan bahawa kolaborasi dalam kalangan guru juga dikaitkan dengan hubungan positif dalam kalangan murid. Sekolah juga perlu mengambil berat tentang prasarana yang diperlukan bagi murid-muridnya. Hal ini bukan sahaja merujuk kepada kecantikan taman atau kolah air terjun. Pengambilan murid yang ramai menyebabkan bilik darjah menjadi sesak mengakibatkan keadaan menjadi panas, pencahayaan yang tidak mencukupi, kebisingan bilik darjah menjadikan murid gelisah, kemudahan asas seperti tandas tidak sempurna, kantin yang kecil, kerusi meja tidak mencukupi, dan sebagainya. Fenomena ini merupakan kekangan utama yang akan membantutkan proses pembinaan iklim dan budaya sekolah serta gagal menghasilkan yang benar-benar boleh dikategorikan sebagai kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

You might also like