You are on page 1of 4

Pelan Lantai 

Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Yang Mesra Budaya


       Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah
amat penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan
lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik.Pengurusan
fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan
fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu
suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan
perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial.
       Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah dirumuskan oleh Fred
Steele(1973) sedemikian “ the effects of physical setting in a classroom is a setting for
social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”.
Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang
menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana
pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang
lingustik dan kebudayaan yang berbeza.
Kriteria-kriteria Fizikal Umum Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra
Budaya
3.1 Aspek Fizikal :-
       Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai
mengikut  keperluan aktiviti. Murid diletakkan dalam kumpulan  yang sama, terdiri
daripada etnik yang berbeza,· Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam
bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai
kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu
kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli
kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian
kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan akan dapat diwujudkan serta memupuk satu
suasana mesra budaya,.Pembelajaran dalam persekitaran fizikal yang mesra budaya
akan merangsang pelajar untuk menimba ilmu secara berkesan
3.2  Sudut-Sudut Pembelajaran:-
       Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat
membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta
sudut kreativiti dan sebagainya.Di samping itu, terrdapat sudut-sudut bacaan seperti
buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen
dan multimedia.
       Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh
guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah sesuai
sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan
perihal pelbagai kaum etnik di negara ini.Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu
aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang
kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka.
Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat
memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung
guru telah berjaya secara tidak langsung untuk memujudkan persekitaran mesra
budaya.
       Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong
menolong antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya.Tugasan yang di berikan
oleh guru dapat di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung Atan, Kumari
serta Kim Sengi dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk
tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau “work space” ini disokong
oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa “ the physical environment
of the classroom such as use of space, classroom setting and cocial dimensions
interact to shape classroom culture”

3.3  Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan:-


       Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru
seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat
mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta
kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-murid
dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati
yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum .Guru juga
boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut
pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid.Contohnya di sudut budaya ini
Ali dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama Samy dan sebaliknya agar
terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu
sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik.Begitu juga dengan murid-murid
dari Sabah dan Sarawak.Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong
oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian “keep in mind to
include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and
discover knowledge”.
       Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana sudut-
sudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum-
kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman
dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya
dalam bilik darjah. Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh
menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau
risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi informasi
mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik.
       Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar
belakang etnik dapat menggunakan perisian “software” yang di sediakan oleh guru
seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam
kumpulan.Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati
nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.

3.0  Kesimpulan
       Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran akan terus meningkat setanding
dengan mutu pendidikan di negara-negara maju yang lain. Budaya sekolah dan iklim
sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan
struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses
pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Kaedah pengajaran dan
pembelajaran (P&P), keterbukaan dan bentuk hubungan yang wujud antara pentadbir,
guru, ibu bapa dan pelajar menyumbang kepada pembentukan iklim sekolah.Walau
bagaimanapun, budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk yang saling
berkaitan.
       Namun begitu, iklim sekolah lebih merujuk kepada kesan persekitaran sekolah ke
atas pelajar manakala, budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan
staf bekerja dalam satu kumpulan. Maka jelaslah di sini bahawa iklim sekolah serta
budaya sekolah  memainkan peranan yang sangat penting di dalam mewujudkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Untuk mewujudkan suasana
interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui peranan yang sebenarnya
yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri
dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk
keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media massa.
       Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial dan
pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan keberkesanan
interaksi di dalam bilik darjah. Usaha dari segi perubahan pengajaran dan
pembelajaran, meningkatkan  teknologi, infrastruktur dan perkakasan di sekolah
seterusnya peranan dan tingkahlaku guru yang menggalakkan proses pengajaran dan
pembelajaran, mengenalpasti perbezaan antara pelajar serta mempertingkatkan
persekitaran fizikal bilik darjah harus dilaksanakan dengan berkesan supaya tidak ada
lagi pelajar-pelajar yang akan tercicir dari arus pendidikan yang yang akan memberi
impak kepada pembangunan negara. Peluang pendidikan yang sama rata perlu 
diambil kira.

You might also like