You are on page 1of 6

Lakaran pelan lantai bilik darjah yang mesra budaya

Aspek-Aspek
Pembinaan
Persekitaran
Bilik Darjah
Yang Mesra
Budaya

Bilik darjah yang


mesra budaya
harus dilengkapi
dengan pelbagai kemudahan dan pengurusan yang sistematik agar suasana
pembelajaran kondusif dan seimbang dapat diwujudkan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung.
FIZIKAL

Aspek Fizikal

Berdasarkan pelan lantai di atas, murid-murid berbilang kaum dan bangsa


dapat duduk secara kumpulan kecil di mana guru mempunyai kuasa veto untuk
PEMBINAAN
PENGURUSAN
meletakkan murid pelbagai budaya
PENGAJARAN DAN
dan sosial dalam satu kumpulan. SOSIO-
PERSEKITARAN Ini bertujuan
EMOSI
PEMBELAJARAN
untuk BILIK
mengelakkkan murid daripada DARJAH
duduk secara berkelompok sesama kaum. Jika
keadaan ini dibiarkan oleh guru, ia boleh menyebabkan sifat perkauman di dalam diri
murid semakin menebal kerana duduk, berbincang dan bergaul sesama kaum. Meja
dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubahsuai mengikut keperluan
aktiviti. Susunan kerusi meja disusun secara berkumpulan, disusun mengikut
HUBUNGAN
ETNIK
taburan yang terdiri daripada 4-6 orang daripada beberapa etnik yang berbeza.
Susunan mengikut taburan etnik bertujuan memupuk suasana mesra budaya.
Susunan sebegini juga memudahkan perbincangan, dapat menjalankan kolaborasi
dalam pelbagai etnik sekiranya terdapat aktiviti berkumpulan. Situasi sebegini
memudahkan murid pelbagai etnik berinteraksi dan mewujudkan persahabatan

Untuk mendapatkan kedudukan fizikal kelas yang ideal, pertamanya meja


guru tidak boleh membelakangkan murid. Meja guru perlu diletakkan di hadapan
kelas. Guru perlu berada sentiasa di hadapan kelas kerana murid-murid amat
memerlukan tunjuk ajar daripada seorang guru dalam menjalankan sesuatu aktiviti.
Justeru, tidak wajarlah untuk guru berada di belakang kelas kerana murid tidak
dapat untuk melihat danmeneladani guru tersebutHal ini bersesuaian dengan ciri-ciri
seorang guru yang ditekankan oleh Falsafah Pendidikan iaitu menjaga keterampilan.
Pengajaran yangbercorak amali juga amat memerlukan tumpuan terhadap guru
sebagai pemudah cara. Meja guru juga diletakkan di penjuru hadapan supaya tidak
mengganggu pergerakan aktiviti kelas. Di samping itu, guru dapat menggunakan
papan tulis serta memberikan sepenuh perhatian terhadap semua murid di dalam
kelas.

Dengan adanya hubungan yang rapat dalam kalangan murid, perpaduan dan
kesefahaman dapat dieratkan dan kepelbagaian budaya tidak lagi menjadi masalah
untuk guru mengawal kelas dan memastikan semua murid mendapat hak pelajaran
yang sama. Pelan lantai ini juga mengandungi kelengkapan pembelajaran yang
pelbagai seperti sudut bacaan, sudut maklumat, kemudahan LCD dan perpustakaan
kelas dapat menjadikan pelajar aktif untuk mengikuti pengajaran guru. Dinding juga
dicat dengan warna ceria dan menarik serta terdapat lukisan mural. Aktiviti
mengecat dinding dan melukis mural bertemakan budaya pelbagai kaum dilakukan
bagi menggalakkan toleransi dan kerjasama sesama murid.

Sudut ruang kerja membolehkan murid bergerak secara aktif dan


menyelesaikan tugasan yang diberikan bersama-sama. Penyusunan sumber
maklumat murid dan rekod serta fail murid diletakkan di sudut yang bersesuaian bagi
memudahkan guru merujuk mengenai latar belakang, pencapaian serta tahap
keterlibatan serta pencapaian setiap murid.

Ruangan di hadapan kelas perlu diwujudkan supaya pengajaran yang


bercorak amali dan aktiviti dapat dijalankan. Hal ini dapat menjadikan murid cergas
dan aktif berbanding dengan hanya duduk di tempat masing-masing. Murid-murid
juga menjadi lebih tertarik dengan kaedah pengajaran guru.

Sudut Budaya

Sudut budaya diwujudkan bagi mendedahkan kepada murid kepelbagaian


agama, adat resam, kebudayaan dan kepercayaan pelbagai kaum. Menyediakan
ruang untuk mempamerkan artifak pelbagai budaya seperti pakaian pelbagai kaum.
Contohnya, pakaian tradisional kaum Melayu, Cina, India, etnik Sabah dan Sarawak.

Contohnya, di sudut budaya ini, Haikal dapat mengetahui tentang


kebudayaan serta agama Cong Wei dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman
yang jelas dan tidak ada prasangka. Kesannya, sesuatu kaum tidak akan menyentuh
isu-isu sensitif serta dapat menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik.

Sudut Sejarah Dan Patriotik

Sudut ini memaparkan maklumat tentang sejarah kemerdekaan, tokoh-tokoh


pejuang dan sebagainya. Sudut yang disediakan ini dapat menyedarkan murid-
murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum dari pelbagai latar belakang etnik
untuk mewujudkan sebuah negara aman dan makmur. Kesannya, secara tidak
langsung, akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah.

Sudut Dan Ruang Bacaan


 Mewujudkan perpustakaan mini supaya memupuk semangat pengaulan
antara kaum.
 Menampal nota dan tugasan yang berkaitan dengan aktiviti pegajaran dan
pembelajaran.
 Menggantung kad-kad atau cogan kata yang menyeru ke arah perpaduan
kaum
 Melekatkan gambar yang menggambarkan pelbagai kaum di Malaysia.

Bahan bacaan yang disediakan untuk sudut ini terdiri dari buku-buku @ risalah-
risalah tentang kaum etnik termasuk di Sabah dan Sarawak. Kesannya, informasi
dari bahan bacaan ini dapat memberi lebih pengetahuan tentang sesuatu kaum atau
kumpulan etnik.

Sudut Pembelajaran Elektronik

Melalui sudut ini, murid dari pelbagai latar belakang etnik dapat menggunakan
pengisian “software” yang disediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan
multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Kesannya,
semasa membuat tugasan, murid-murid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai
seperti bekerjasama, tolong-menolong serta toleransi.

Guru juga perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif melalui


pembentukkan peraturan-peraturan kelas yang sesuai seperti saling menghormati
budaya yang berbeza, mengelakkan berlakunya prasangka, bersikap bertolak
ansur,perasaan kekitaan, mengamalkan nilai tolong-menolong, hormat-menghormati
danbekerjasama. Guru juga perlu memastikan bahawa peraturan-peraturan kelas
dan nilai-nilai yang ditetapkan diamalkan setiap masa supaya perasaan kekitaan
wujud dalam kalangan murid dari pelbagai etnik.

SOSIO-EMOSI

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-3 : Sosial ditakrifkan segala yang berkaitan dengan
masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.
Perkembangan sosial : Satu proses apabila kanak-kanak berhubung dengan dengan
orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya.

Emosi : Perkataan Greek iaitu “emovere” bermaksud untuk keluar. Ahli psikologi
mentakrifkan emosi melibatkan perasaan,gerak hati, tindak balas fisiologi dan
pernyataan emosi.

Pengurusan Persekitaran Emosi yang berkesan akan menjadi perangsang


dan membangkitkan minat, sikap, dan tingkah laku terhadap pembelajaran murid-
murid. Menurut Woolfook (1990), motivasi kuasa dalaman akan mengawal tingkah
laku murid-murid. Guru boleh memberi pujian, galakan, ganjaran dan lain-lain.
Peneguhan positif penting untuk menambah kebarangkalian gerak balas daripada
murid.

Berdasarkan pelan lantai di atas murid dapat duduk secara kumpulan kecil di
mana guru mempunyai kuasa veto untuk meletakkan murid pelbagai budaya dan
sosial dalam satu kumpulan. Dengan adanya kumpulan kecil seperti ini murid dapat
berinteraksi semasa mereka,mewujudkan persahabatan dan dapat menjalankan
kolaborasi serta kerja kumpulan secara baik. Dengan adanya hubungan yang rapat
dalam kalangan murid, perpaduan dan kesefahaman dapat dieratkan dan
kepelbagaian budaya tidak lagi menjadi masalah untuk guru mengawal kelas dan
memastikan semua murid mendapat hak pelajaran yang sama. Pelan lantai ini juga
mengandungi kelengkapan pembelajaran yang pelbagai seperti sudut bacaan, sudut
maklumat, kemudahan LCD dan perpustakaan kelas dapat menjadikan pelajar aktif
untuk mengikuti pengajaran guru. Murid bebas memperoleh maklumat daripada
sumber dan kemudahan di atas sekaligus mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan.
Guru dapat merebut peluang untuk menyediakan bahan-bahan bacaan yang
mengandungi kepelbagaian budaya di Malaysia dan murid akan sedar betapa
pentingnya menghormati antara satu sama lain dan mewujudkan interaksi yang baik
kepada murid pelbagai kaum di dalam bilik darjah.

Sudut ruang kerja membolehkan murid bergerak secara aktif dan


menyelesaikan tugasan yang diberikan bersama-sama. Penyusunan sumber
maklumat murid dan rekod serta fail murid diletakkan di sudut yang bersesuaian bagi
memudahkan guru merujuk mengenai latar belakang, pencapaian serta tahap
keterlibatan serta pencapaian setiap murid.
Suasana yang kondusif dan kelas yang ceria juga dapat memupuk semangat
kekitaan murid untuk kekal menjaga kebersihan, keceriaan dan kekemasan kelas
mereka. Dalam aspek sosial dan peraturan, guru berperanan besar dalam
mewujudkan rutin bilik darjah yang bersesuaian dengan keperluan murid. Guru
harus menjelaskan peraturan di dalam kelas bagi mewujudkan semangat kekitaan
dan toleransi di dalam kelas. Dalam masa yang sama guru boleh menggalakkan
murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya untuk menjaga disiplin serta
bergaul mesra dalam membina sahsiah yang diinginkan oleh guru.

Guru juga boleh memberi motivasi dan pujian secara langsung ataupun
penghargaan kepada murid yang bertindak sebagai pengukuhankepada murid yang
berjaya mengekalkan sikap positif antara satu sama lain. Ruangan di hadapan kelas
perlu diwujudkan supaya pengajaran yang bercorak amali dan aktiviti dapat
dijalankan. Hal ini dapat menjadikan murid cergas dan aktif berbanding dengan
hanya duduk di tempat masing-masing. Murid-murid juga menjadi lebih tertarik
dengan kaedah pengajaran guru ini. Kesimpulannya, pelan lantai perlulah
mempunyai ciri-ciri yang baik kerana ianya mempengaruhi amalan murid di dalam
bilik darjah.

You might also like