You are on page 1of 22

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMIL (3)

PASIR PUTEH, KELANTAN.

KERTAS CADANGAN
PENUBUHAN PERSATUAN KECERIAAN
LANDSKAP
SK KAMIL (3)

1
1.0 PENDAHULUAN
Keceriaan di kawasan sekolah merupakan satu aspek yang penting dalam menjamin
keselesaan murid, guru dan staf di sekolah. Oleh sebab itu, penglibatan murid dalam
memastikan keceriaan di kawasan sekolah secara berterusan amatlah diharapkan.
Bersempena dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia yang melancarkan program
3K ( Keceriaan, Kebersihan dan Keselamatan ) menampakkan lagi bahawa aspek ini amat
penting terhadap perkembangan murid-murid di sekolah. Perkara ini menjadi tanggungjawab
semua murid dan kakitangan sekolah beserta jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) untuk memastikan agenda keceriaan sekolah ini dapat dilaksanakan secara
berterusan.

Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih juga memberi keselesaan dan
mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah.
Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu
pendidikan murid-murid. Sekolah yang mempunyai iklim yang ceria, tenang dan selesa
penting ke arah tercapainya visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, tenteram sangat diperlukan bagi
meningkatkan keselesaan pelajar dengan tujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari
segi emosi, rohani ,jasmani dan intelek. Murid-murid juga akan lebih bersemangat untuk
datang ke sekolah dek persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan tenang. Dalam
memastikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu program 3K tercapai di sekolah
ini, kami berhasrat untuk menubuhkan satu persatuan iaitu Persatuan Keceriaan Landskap (
PKS ) dalam memastikan kawasan sekolah sentiasa bersih, ceria dan tenang serta
memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia.

Persatuan Keceriaan Landskap ( PKS ) SK Kamil (3) (SKK (3)), Pasir Puteh Kelantan
merupakan suatu wadah dalam membentuk generasi yang cinta akan persekitaran yang
bersih, sihat, ceria dan selamat selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dan
hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Persatuan ini memasang azam dalam
memperkenalkan seta memperkukuhkan pengetahuan yang mendalam kepada murid
sebagai generasi muda tentang kepentingan hidup dalam suasana yang bersih, ceria dan
harmonis. Memandangkan SKK(3) merupakan sebuah sekolah yang terletak di bandar, jadi
betapa pentingnya murid-murid mempunyai pengetahuan tentang kepentingan hidup dalam
suasana yang bersih, ceria dan harmonis terutama di sekolah dan rumah mereka. Maka,
dalam memastikan perkara ini tercapai, kami telah mengambil kesempatan tersebut untuk
menubuhkan sebuah persatuan yang mampu memperkenalkan keindahan suasana yang
2
bersih, ceria dan harmoni kepada murid-murid tersebut serta membantu murid-murid
melakukan aktiviti bermanfaat pada masa lapang dalam masa yang sama mereka dapat
mengamalkan sifat yang cinta akan kebersihan dan keceriaan dalam kehidupan harian
mereka.

2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF


2.1 Matlamat

Penubuhan Persatuan Keceriaan Lanskap ini bermatlamat untuk memberi


pengetahuan konsep, amali kemahiran dan pengalaman mengenali keceriaan dan
kebersihan di sekolah kepada murid-murid untuk memupuk semangan kecintaan
kepada sekolah di samping dapat menceriakan lagi kawasan sekolah. Hal ini adalah
untuk menjadikan Persatuan Keceriaan Landskap sebagai medium untuk melahirkan
generasi muda yang cinta akan suasana yang bersih, ceria dan harmoni.

2.2 Objektif

Objektif penubuhan Persatuan Keceriaan Landskap SKK (3) adalah untuk :

2.2.1 Mewujukan kawasan persekitaran sekolah yang lebih ceria dan harmonis
2.2.2 Memupuk sikap bertanggungjawab murid terhadap sekolah
2.2.3 Menjadikan kawasan sekolah selesa serta mendorong pembelajaran di
kalangan murid.
2.2.4 Mewujudkan kawasan taman baru serta menceriakan kawasan taman yang
sedia ada di sekolah
2.2.5 Memupuk kerjasama antara murid dan kakitangan sekolah
2.2.6 Memupuk semangat cinta akan persekitaran sekolah.

3.0 RASIONAL
3.1 Persatuan ini berperanan sebagai satu-satunya tempat untuk murid-murid memupuk
sikap cinta akan persekitaran yang bersih, ceria dan harmonis.
3.2 Persatuan ini dapat memberi pendedahan kepada para murid tentang kepentingan
kebersihan dan keceriaan persekitaran.
3.3 Persatuan ini dapat membentuk generasi yang cintakan suasana yang bersih dan
ceria serta sentiasa memeliharanya.
3.4 Penubuhan persatuan ini merupakan satu inisiatif bagi guru mencungkil kreativiti
murid dalam menghias dan menceriakan kawasan sekolah.

3
4.0 KUMPULAN SASARAN

Keahlian Persatuan Keceriaan Landskap ini adalah terbuka kepada semua murid tahun 4, 5
dan 6 SKK(3) yang berminat untuk mengembangkan pengetahuan mengenai kepentingan
suasana yang bersih dan ceria serta berminat untuk bekerjasama dengan guru dalam
mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang ceria.
5.0 LOKASI

Lokasi yang dicadangkan untuk melakukan aktiviti adalah di Dewan Utama Sekolah
Kebangsaan Kamil (3)

6.0 IDENTITI PERSATUAN


6.1 Cadangan Nama
Persatuan Keceriaan Lanskap, Sekolah Kebangsaan Kamil (3), Pasir Puteh, Kelantan.
6.2 Logo Persatuan

PERSATUAN KECERIAAN
LANDSKAP

Bil. Simbol Makna

1 Garisan bulatan berwarna biru Garisan bulatan berwarna


biru yang digunakan
melambangkan peredaran
masa yang membawa
warisan melayu dari zaman
berzaman yang cinta akan
kebersihan dan keceriaan

2 Gambar Pemandangan Keindahan pemandangan


yang juga boleh diwujudkan

4
di sekolah ini

3 Gambar Guru dan Murid Kerjasama antara guru dan


murid yang akan terjalin
dalam mewujudkan sekolah
yang ceria dan bersih.

4 Bangunan yang Terdapat Dalam Bulatan Bangunan yang terdapat


dalam bulatan memaparkan
bahawa bangsa melayu kaya
dengan keindahan seni bina
yang tersendiri.

6.3 Moto Persatuan


‘Sekolah Ceria, Maruah Terpelihara’

6.4 Misi Persatuan


● Membangunkan jati diri pelajar melalui aktiviti membersihkan dan menghias
kawasan sekolah.
● Menyemarakkan dan melahirkan semangat cinta akan sekolah melalui
penglibatan aktif murid dalam aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan.
● Memupuk rasa bangga menjadi warga SKK (3) yang mewujudkan persekitaran
sekolah yang ceria, bersih dan harmoni.

6.5 Visi Persatuan

Melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berbakat dalam segenap bidang bukan
sahaja bidang akademik tetapi juga bidang kesenian ke arah negara bangsa yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.

5
6.6 Lagu Persatuan

Di sini kita,

Sama-sama berdiri,

Mendokong cita-cita,

Harapan Kelab Landskap.

Langkah diatur,

Janji sudah terpatri,

Kami putra dan putri,

Ahli PKL.

Berganding bahu,

Mencapai hasrat murni,

Bersih dan indah,

Pastikan ceria.

7.0 RANCANGAN AKTIVITI


Bulan Bil Aktiviti

Mesyuarat Agong
1 - Lantikan AJK
Januari - Sesi Ramah Mesra

Pengenalan Persatuan Keceriaan Landskap


2
- Pemberitahuan tentang aktiviti yang akan dijalankan

Penerangan tentang konsep dan kepentingan kebersihan dan keceriaan


Februari 1
kawasan sekolah.

6
Pembentangan

- Pembentangan murid tentang perkara yang dipelajari pada


2
perjumpaan yang lepas.

Mac 1 Lawatan sambil Belajar ke Taman Tengku Anis, Kubang Kerian, Kelantan.

Gotong-royong

- Kawasan Dataran Perhimpunan


- Kawasan Surau
April Gotong-royong

- Kawasan Surau
- Kawasan Taman
- Kawasan Padang Sekolah

Mei PEPERIKSAAN PENGGAL 1

Bulan - Perasmian Bulan Keceriaan


Jun - Pertandingan kelas paling ceria dan bersih
Keceriaan - Ceramah sifar sampah

- Pertandingan melukis poster


Bulan
Julai - Pertandingan melukis mural pada dinding sekolah
Keceriaan
- Perasmian Penutup Bulan Keceriaan

Keceriaan Kawasan
1 - Menghias kawasan dataran perhimpunan
- Menghias kawasan terbiar dengan menjadikan sebuah taman.
Ogos Keceriaan Kawasa

2 - Menghias Taman Prasekolah.


- Menghias Kawasan Dewan Utama

Sept 1 Refleksi

7
2 Jamuan Makan

Okt. PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

8.0 PERATURAN

8.1 Peraturan sekolah menjadi asas kepada peraturan persatuan.


8.2 Semua ahli persatuan wajib hadir setiap kali perjumpaan diadakan.
8.3 Pakaian yang dipakai semasa perjumpaan ialah pakaian sukan.
8.4 Tindakan akan dikenakan kepada ahli yang melanggar peraturan persatuan.
9.0 PERLEMBAGAAN

Pada mematuhi Sub peraturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah)
1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No.
41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan
Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Persatuan Keceriaan Landskap yang selepas ini disebut sebagai
‘persatuan’ sahaja.

Peraturan 1: Nama dan alamat

a) Nama Persatuan :
Persatuan Keceriaan Landskap

b) Alamat :
Sekolah Kebangsaan Kamil (3)
Pasir Puteh,
Kelantan

Peraturan 2: Matlamat

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang
dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Peraturan 3: Objektif

8
3.1 Supaya ahli dapat menganggotai Persatuan Keceriaan Landskap dengan lebih terpimpin
dalam menimba ilmu, kemahiran dan memupuk semangat bertanggungjawab serta disiplin
diri.

3.2 Ahli-ahli kelab akan sedaya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam
aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutiinya.

Peraturan 4: Keahlian

4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.

4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan
mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

Peraturan 5: Guru Penasihat

5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan
sesuatu aktiviti.

5.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.

Peraturan 6: Ahli Jawatankuasa

6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak
dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.

6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-

6.6.1 Pengerusi
9
6.6.2 Naib Pengerusi

6.6.3 Setiausaha

6.6.4 Penolong Setiausaha

6.6.5 Bendahari

6.6.6 Penolong Bendahari

6.6.7 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

6.6.8 Pemeriksa Kira-Kira (2 orang)

Peraturan 7: Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa

7.1 Pengerusi

7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas


kesempurnaan semua mesyuarat.

7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.

7.2 Naib Pengerusi

7.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang


diberi.

7.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

7.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.

7.3 Setiausaha

7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.

7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.

7.3.3 Mencatat kehadiran ahli.

7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.

10
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.

7.4 Penolong Setiausaha

7.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan


tanggungjawabnya.

7.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

7.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
kesemasa.

7.5 Bendahari

7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan.

7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan
bertanggungjawab di atas kesahihannya.

7.5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta


menandatanganinya.

7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli


jawatankuasa.

7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam


Mesyuarat Agung.

7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.

7.6 Penolong Bendahari

7.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

7.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa.

7.7 Ahli Jawatankuasa

7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.

7.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

11
7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa
ke semasa

7.8 Pemeriksa Kira-Kira

7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan


bertangungjawab keatasnya.

7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

Peraturan 8: Kewangan

8.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa
Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 5.00 seorang sebulan.

8.2 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.

8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh
dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

8.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah,


sekiranya mendapat kebenaran Pengetua.

Peraturan 9: Kehadiran / Penyertaan

9.1 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan
sepanjang tahun.

9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat
tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh
diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

Peraturan 10: Aktiviti

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.

10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.

Peraturan 11: Peraturan-Peraturan

11.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

12
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

Peraturan 12: Tindakan Disiplin

12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.

12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

12.2.1 Amaran lisan

12.2.2 Amaran bertulis

12.2.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat
rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru
Penasihat adalah muktamad

Peraturan 13: Pindaan Perlembagaan

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru
Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamer dan disahkan oleh
Pengetua/Guru Besar.

Peraturan 14: Pembubaran Persatuan

14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung
Tergempar.

Peraturan 15 : Hal – hal lain

15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yangdijalankan.

15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

13
10.0 LANGKAH-LANGKAH PENUBUHAN PERSATUAN

(Rujuk Lampiran 1)

11.0 CARTA ALIR PENUBUHAN PERSATUAN

(Rujuk Lampiran 2)

12.0 SURAT PEKELILING IKHTISAS

(Rujuk Lampiran 3)

13.0 PENUTUP

Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan yang pastinya dapat memberikan
manfaat kepada murid-murid yang akan menyertainya. Segala jasa baik dan perhatian pihak tuan
kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

.....................................................
.............................................................
(AZRA NASYWA BINTI AZMY)
(HILMAN HAZIF BIN ADIF ) Guru Penasihat,
Setiausaha Sementara, Persatuan Keceriaan Landskap,
Persatuan Keceriaan Landskap, SK Kamil (3).
SK Kamil (3). .

Disokong oleh : Diluluskan / Tidak Diluluskan :

.............................................................. .....................................................
(ZAMZURI BIN AHMAD)
(ISMAIL BIN ZAMBRUD) Guru Besar,
Penolong Kanan Kokurikulum, SK Kamil (3).
SK Kamil (3).

14
Lampiran 1

LANGKAH-LANGKAH PENUBUHAN PERSATUAN

15
Lampiran 2

CARTA ALIR PENUBUHAN PERSATUAN

16
Lampiran 3

SURAT PEKELILING IKHTISAS

17
18
LAMPIRAN 4
19
TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020

LAMPIRAN 5

20
SURAT UNTUK GURU BESAR

Hilman Hazif bin Hadif,

Setiausaha Sementara Persatuan Keceriaan Landskap,

Sekolah Kebangsaan Kamil (3)

16800 Pasir Puteh,

Kelantan

Zamzuri Bin Ahmad,

Guru Besar,

SK Kamil (3),

Kelantan. 2 JANUARI 2020

Melalui:

Guru Penasihat Persatuan Keceriaan Landskap.

Tuan,

PERMOHONAN KEBENARAN MENUBUHKAN PESATUAN KECERIAAN LANDSKAP

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dukacita dimaklumkan bahawa saya Hilman Hazif bin Hadif berdasarkan peraturan (4)
dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta
Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A) PU (A) 196, bertarikh
21 Mei 1998, dengan ini memohon untuk menubuhkan persatuan Keceriaan Landskap di SK
Kamil (3).

3. Sehubunitu, bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat berikut

3.1 Drad perlembagaan dan peraturan persatuan.

3.2 Senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan kepada permohonan ini.

4. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan daripada pihak tuan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

21
LAMPIRAN 6

Borang Permohonan Menjadi Ahli Persatuan Keceriaan Landskap

BORANG PERMOHONAN MENJADI AHLI

Guru Pemimpin,

Persatuan Keceriaan Landskap,

Sekolah Kebangsaan Kamil (3)

Tuan,

Saya……………………………………. memohon menjadi ahli PKL, SKK(3).

Keterangan mengenai diri saya adalah seperti berikut:

Nama Penuh :
__________________________________________
Tahun :__________________________________
________
Tarikh Lahir
:__________________________________________
Nama
ibubapa:_________________________________________
_
Sekian terima kasih.

Yang benar,

22

You might also like