You are on page 1of 10

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2022 PERINGKAT SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGERANG

PERKARA TEKS MC CATATAN

PENGUMUMAN Assalamualaikum w.b.t.,


AWAL
Selamat datang diucapkan kepada hadirin
sekalian ke Dewan Sri Pengerang
bersempena Majlis Sambutan Hari Guru
Sekolah Kebangsaan Pengerang bagi tahun
2022

Hadirin yang dimuliakan,

Untuk melicinkan perjalanan majlis ini, izinkan


saya membacakan beberapa pengumuman
penting:

1. Pihak majlis memohon kerjasama


hadirin untuk mematikan atau
menukarkan deringan telefon bimbit
masing-masing kepada mode senyap
sebagai menghormati majlis.
2. Hadirin juga diminta berada di tempat
duduk masing-masing sehingga majlis
tamat.
3. Hadirin juga dijemput berdiri semasa
perarakan masuk dan keluar tetamu
kehormat.

Terima kasih diucapkan atas kerjasama hadirin


sekalian.

Mengumumkan ketibaan,

[Type here]
PENGUMUMAN
KETIBAAN DAN Yang berusaha Guru Besar Sekolah
PERARAKAN Kebangsaan Pengerang, Tuan Sharuza bin
BARISAN GURU Hasim
serta barisan guru yang berdedikasi dan
penyayang Sekolah Kebangsaan Pengerang.

NYANYIAN LAGU Hadirin yang dimuliakan,


BANGSA JOHOR
DAN NEGARAKU Dijemput untuk sama-sama berdiri bagi
menyanyikan lagu Bangsa Johor dan lagu
Negaraku

[Lagu Bangsa Johor dan Negaraku]

Majlis mengucapkan terima kasih

Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahirrahmanirrahim
SALUTASI
1. Yang Berusaha Tuan Sharuza bin Hasim
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pengerang

2. Yang Dihormati Encik Anuar bin Yusof


Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Pengerang

3. Yang Dihormati Encik Lazawardi bin Abdul


Manap
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Pengerang

4. Yang Dihormati Encik Rahim bin Mohd


Shareff
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Pengerang

[Type here]
5. Ketua-ketua panitia
6. Anggota kumpulan pelaksana
7. serta murid-murid Sekolah Kebangsaan
Pengerang yang disayangi sekalian.

Assalamualaikum
warrahmatullahiwabarakatuh, salam sejahtera
dan salam pendidik berjiwa unggul.

ALUAN MC
Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jujur dan ikhlas engkau berbakti


di kota dan desa atau di huj'ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.

Dari Dewan Sri Pengerang, majlis mengalu-


alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke
Majlis Sambutan Hari Guru Sekolah
Kebangsaan Pengerang bagi tahun 2022.

Menyelak kembali lembaran sejarah, tarikh 16


Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada
haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis
Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu
MC 2 (Federal Legislative Council) telah menerima
cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa
Pelajaran (Report of the Education Committee)
sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai
LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah

[Type here]
menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan
semenjak hari itu.

Saban tahun sambutan Hari Guru mempunyai


tema yang pelbagai, dan pada tahun ini, 2022,

GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA,

Guru merupakan tunjang terpenting dalam


sistem pendidikan negara. Peranan dan
kefungsian guru bukan sahaja menyampaikan
ilmu kepada murid, guru juga memastikan
murid yang lahir daripada sistem pendidikan
negara mempunyai sahsiah serta daya saing
yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik
yang diterapkan di sekolah secara semula jadi.

Penjiwaan amalan baik merupakan


pembudayaan nilai murni, kemahiran dan
sikap positif yang dibangunkan dalam diri
murid. Peranan guru ialah mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang menerapkan
14 elemen SEJAHTERA di dalam dan luar
kelas untuk dijadikan amalan dalam kehidupan
murid di sekolah dan luar sekolah.

Biar penat berdiri;


Jangan penat memberi.

Biar lelah terduduk;


Jangan lelah membentuk.

Biar penat bercakap;


Jangan penat berharap

BACAAN DOA Hadirin yang dimuliakan,

[Type here]
Dengan bismillah mula dikata,
Mengingati kebesaran Allah Yang Mulia;
Kerana wajib telah ternyata,
Segala perbuatan haruslah diserta.

Majlis kita akan dimulakan dengan bacaan


doa. Untuk itu, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan, Al Fadhil Ustaz
Ahmad Muaz bin Mat Yusoff untuk memimpin
bacaan doa.

Dipersilakan.
[Bacaan doa}

Majlis mengucapkan terima kasih.

BACAAN Tuan-tuan dan puan-puan,


PERUTUSAN
KPPM Ustaz Anuar nama diberi,
Sopan orangnya kemas bergaya;
Dijemput ke pentas tampilkan diri,
Membaca perutusan pembuka acara.

Sebagai pembuka persada acara, majlis


dengan segala hormatnya mempersilakan,
Yang Dihormati Encik Anuar bin Yusof untuk
membacakan perutusan Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia.

Dengan sukacitanya dipersilakan.

[PERUTUSAN]

Majlis mengucapkan terima kasih.

BACAAN Hadirin yang dimuliakan,


PERUTUSAN
MENTERI Tak molek, jika ada alu, tiada lesungnya

[Type here]
PENDIDIKAN Tak berguna, jika ada dayung, tiada perahunya
MALAYSIA Tak lengkaplah majlis, jika tiada yang
berbicara

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan,


bacaan perutusan Menteri Pendidikan
Malaysia. Majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan, Yang
berusaha Tuan Sharuza bin Hasim, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Pengerang untuk
membacakan perutusan Menteri Pendidikan
Malaysia.

Dipersilakan.

[PERUTUSAN]

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan


setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang
berusaha Tuan Sharuza bin Hasim atas
kesudian membacakan perutusan sebentar
tadi.

NYANYIAN LAGU Hadirin yang dimuliakan, ** habis nyanyian


KAMI GURU terus cue untuk
MALAYSIA Dijemput untuk sama-sama berdiri bagi bacaan ikrar.
menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia.

BACAAN IKRAR Sidang hadirin yang dihormati,


GURU
Paluan gendang pembuka majlis,
Moden tradisional bersatu senada;
Seterusnya, bacaan ikrar jadi perintis,
Barisan guru tersenyum bangga.

Untuk itu, dijemput kepada ______________


untuk memimpin acara melafazkan ikrar hari
guru.

[Type here]
Dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih

PERSEMBAHAN Hadirin yang dihormati,


KUMPULAN
MURID. Paduka sukma setia menanti,
Berseri dihati pinangan dibawa;
Seketika cuma majlis berhenti,
Mari nikmati halwa telinga.

Majlis kita akan diserikan lagi dengan


persembahan murid.

Untuk itu, dipersilakan :


1. Persembahan Murid Tahun 3
2. Persembahan Murid Lelaki Tahap 2
3. Persembahan Murid Perempuan Tahap
2

Untuk makluman hadirin, persembahan murid-


murid sebentar tadi adalah hasil bimbingan
Cikgu Umi Syakirah dan Sir Nabhan.

Majlis mengucapkan terima kasih.

PERSEMBAHAN Tuan-tuan dan puan-puan,


KUMPULAN
GURU Guruku insan mulia
Mengajar tanpa rasa jemu
Mendidik tanpa rasa penat
Mencurahkan kasih sayang
Sepenuh rela
Demi melihat
Anak muridnya berjaya.

Majlis diteruskan dengan persembahan oleh


barisan para guru Sekolah Kebangsaan
Pengerang. Untuk makluman hadirin sekalian,
guru-guru telah dibahagikan kepada 4

[Type here]
kumpulan dan setiap satunya akan
mempersembahkan sesuatu yang istimewa.

Untuk itu, dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih

PENYAMPAIAN Tuan-tuan dan puan-puan,


SIJIL/HADIAH/
CENDERAMATA Seterusnya adalah sesi penyampaian hadiah
bagi acara sukaneka dan beberapa anugerah
khas guru.

Bagi menyempurnakan acara, majlis


menjemput dan mempersilakan ,

Yang Berusaha Tuan Sharuza bin Hasim.,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pengerang

Untuk menyampaikan hadiah dan anugerah


khas guru.

Dipersilakan.

[Penyampaian Hadiah dan Anugerah]

Majlis mengucapkan terima kasih.

ACARA Si anak dara berasa cantik,


MEMOTONG KEK Hingga tersangkut dihujung penjuru,
SUMBANGAN Untuk majlis memotong kek,
PIBG Jemput bangun barisan guru.

Majlis dengan segala sukacitanya menjemput


dan mempersilakan guru-guru untuk hadapan
pentas bagi upacara memotong kek.

[Type here]
Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Pisau diangkat, tangan digenggam,


Kata sepakat, jiwa tenteram,
Kilau sepotong menyimpan pisau,
Kek sepotong menyimpan gula,
Manis gula,
Cantik dan manis lagi guru guru kita,

UCAPAN Sidang warga dewan yang dihormati sekalian,


PENGHARGAAN
Dengan berakhirnya sesi pemotongan kek itu
tadi, maka berakhirlah sudah Majlis Sambutan
Hari Guru Sekolah Kebangsaan Pengerang
bagi tahun 2022.

Baik-baik menaiki penarik,


Penarik diikat di pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada


semua pihak yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam menjayakan majlis
pada kali ini.

UCAPAN Tuan-tuan dan puan-puan,


PENUTUPAN
Umpama belayar telah sampai ke pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai ke muara
Umpama berjalan telah sampai ke
destinasinya

Kami berdua mewakili pihak urus setia,


menyusun sepuluh jari mohon ampun dan
maaf sekiranya terdapat silap dan salah
semasa menjalankan majlis sebentar tadi.

[Type here]
Sebarang kelemahan harap dimaafi,
Segala kerjasama sangat dihargai;
Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,

Mudik ke hulu mencari palas,


Buat ketupat di hari raya,
Jasa guru tidak terbalas,
Mendidik kami sehingga berjaya.

Pergi ke hutan hendak berburu,


Pulang ke rumah singgah di kota,
Kalau kita sayangkan guru,
Jagalah adab dan tutur kata.

Bunga melati bunga kemboja,


Harum mewangi di ruang tamu,
Jasa guru tidak terkira,
Mendidik kami tanpa jemu.

The Way You Teach


The Knowledge You Share
The Care You Take
The Love You Shower
Makes You The World’s Best Teacher

Guru,
Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam tawanya ada mesra
Dalam diamnya ada kebijaksanaan
Dalam tangannya sahsiah kita terbina.

[Type here]

You might also like