You are on page 1of 15

TEKS PENGACARA LAMBAIAN KASIH DAN SANJUNGI BUDI

MAJLIS PERSARAAN CIKGU AZMAN BIN ABDULLAH


TARIKH: 27 JUN 2023 (SELASA)
TENTATIF SKRIP CATATAN

Mengumumkan ketibaan……. cue (tunggu


FM…
Duduk bila
KETIBAAN kompang
YANG Yang Diraikan…. dan dayang
DIRAIKAN selesai…)
En Azman bin Abdullah
(arikah) Tuan Guru Besar SK Seri Gemilang

Diiring dengan hulubalang dan dayang-dayang untuk bersemayam


di atas takhta yang telah disediakan..

……………………………………….

Turut mengalukan kehadiran tetamu jemputan untuk masuk ke


dewan dan mengambil tempat yang disediakan.

Hadirin dijemput duduk.

Bismillahirahmanirahim …. .
Assalammualaikum….
SALUTASI
Salam sejahtera …
(arikah)
dan Salam Malaysia Madani..

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Yang dihormati,

1
1. En Yusof bin Shaari
Pegawai Pejabat Pendidikan
Daerah Seberang Perai Utara

2. En Abd Rahman bin Mohamad


Timbalan Pegawai
Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara
Sektor Perancangan

3. Tn Hj Zainuddin bin Abdul


Timbalan Pegawai
Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara
Sektor Pembelajaran

4. En Abu Shofian bin Hussin


Timbalan Pegawai
Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara
Sektor Pengurusan Sekolah

5. Tn. Hj Asri bin Majlan


Pengerusi Majlis Guru Besar
Daerah Seberang Perai Utara
merangkap Guru Besar SK Telok Ayer Tawar

6. Barisan Guru-Guru Besar

7. Penolong-penolong Kanan, Penyelaras Pendidikan Khas


PPKI Daerah Seberang Perai Utara

2
Yang dihormati,

6. Encik Azhar bin Baba


Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Seri Gemilang

Yang berusaha,
En Muhamad bin Ibrahim
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Seri Gemilang

En Che Mohd Zukri bin Ibrahim


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Seri Gemilang

En Mohd Jamil bin Karim


Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Seri Gemilang

Barisan guru-guru dan murid-murid SKSG

Seterusnya hadirin yang dimuliakan…

Selamat datang di ucapkan, ke “Majlis Lambaian Kasih &


Sanjungan Budi” sempena Majlis Persaraan Tuan Guru Besar En
Azman bin Abdullah…

Semoga dengan kehadiran tuan puan sekalian, dapat memeriahkan


lagi majlis, dan akan menjadi memori indah buat yang diraikan.

Pakat Bersama menunggang kuda


Biarpun seketika masanya cuma
UCAPAN
3
ALUAN Sisihkan sengketa kiranya ada
Bertemu berpisah perencanaan dariNya
PENGERUSI
MAJLIS

(hafizoh) Anak cina main gelombang


Terlihat jauh di tanjung jeti
Tuan umpama bunga yang kembang
Sentiasa hidup di dalam hati

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah


SWT Yang Maha Berkuasa kerana dengan limpah kurnianya
dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat
bermakna dan penuh erti pada hari ini.

Kita berkumpul pada hari ini adalah untuk meraikan persaraan yang
dihormati Cikgu Azman bin Abdullah, Guru Besar Sk Seri Gemilang

Hadirin yang dihormati, 

Sudah menjadi lumrah kehidupan


Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Dan pastinya setiap
perpisahan pasti akan meninggalkan rasa sedih di dalam hati. 

Kami berasa terharu kerana akan kehilangan seorang pendidik


yang telah mengharungi tempoh perkhidmatan selama 34 tahun 3
bulan dan 24 hari pada hari ini. Beliau di ibaratkan sebagai seorang
ketua, ayah dan penjaga kepada semua warga kerja dan murid-
murid Sekolah Seri Gemilang

Hadirin yang dikasihi,

En Azman Bin Abdullah merupakan seorang yang tegas dan


tenang namun tetap berdedikasi dalam melaksanakan
tanggungjawabnya. Sentiasa mahukan yang terbaik. Itulah butir-
butir kata yang dapat digambarkan mengenai tuan guru
besar kita ini. 

4
Setiap tugasan yang beliau lakukan adalah setulus hati dan
mementingkan kebajikan murid. Sikap beliau yang berterus terang
dalam memberi nasihat membuatkan guru-guru mudah
bekerjasama dan sentiasa berusaha untuk mencapai kualiti yang
terbaik demi SK Seri Gemilang yang disayangi.
Hadirin para jemputan yang dihormati,

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
BACAAN
DOA Bersama kita memohon rahmat,

(hafizoh) Moga majlis mendapat berkat.

Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan,

Al- Fadhil Ustaz Mohd Auladi bin Ramli untuk memimpin bacaan
doa.

Majlis mempersilakan.

**************************

Amin, amin ya Rabbal A’lamin. Majlis merakamkan ucapan terima


kasih di atas bacaan doa itu tadi.

Pakaian dipakai cantik berseri,


Majlis keraian kita semua,
Majlis kita bertambah berseri,
PERSEMBA
HAN Dengan persembahan multimedia.
MULTIMEDI
A Hadirin yang dihormati sekalian,

/ Seterusnya kita akan saksikan persembahan tayangan multimedia


sekelumit nostalgia episod-episod dalam pelayaran bahtera yang
BACAAN di raikan, bermula langkah yang pertama sebagai pendidik
PROFIL DIRI
sehinggalah menamatkan perkhidmatannya di Sekolah Seri
GURU
BESAR Gemilang..

(arikah) Marilah kita sama-sama saksikan.

5
****************************************

(baca profile GB)

58 tahun yang lalu, pada tanggal yang sama hari ini,


27 JUN 1965, Hasil perkongsian hidup En Abdullah bin Busu dan
Puan Khatijah bt Mad Ali maka lahirnya insan yang di ra’ikan…
Encik Azman bin Abdullah..

Anak jati yang dilahirkan di Bumi Kelantan.

Memulakan persekolahan di bangku sekolah rendah

pada tahun 1971 - 1977 di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail


Satu, Kota Bharu, Kelantan.

Kemudian pada tahun 1977 - 1980 :


Bersekolah tingkatan 1- 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan
Sultan Ismail, Kota Bharu

pada tahun 1980 - 1982 : Tingkatan 4 dan 5


Di sekolah di Kolej Sultan Ismail, Kota Bharu.

tidak hanya terhenti di situ,


tahun 1988 : Beliau menyambung Pengajiannya di Institut Bahasa
Kuala Lumpur
Institut Perguruan Darul Aman, Kedah dan seterusnya di
Institut Aminuddin Baki.

Bertemu jodoh dengan pilihan hati dengan Puan Norliza binti


Ibrahim dan ikurniakan 5 orang cahaya mata, 2 perempuan 3 lelaki.

*************************************************
Begitulah tadi tayangan multimedia yang disediakan oleh En
Muzaffar bin Masor dan Puan Siti Aishah bt Md Yasin.

6
Dari Kedah ke Kuala Perlis
PERSEMBA
HAN ARTIS Singgah bersantai di tepi jeti
JEMPUTAN
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis
(arikah)
Semoga hadirin terhibur di hati.

Hadirin sekalian,

Buat julung kalinya kita bawakan undangan artis jemputan dari luar
………

Dilahirkan di Pulau Langkawi, berumur 20 tahun dan sedang


menempah nama di arena seni tanah air.

Minat yang mendalam tentang seni ditambah pula dengan bakat,


didikan dan dorongan dari keluarga menjadikan laluan seni ini
begitu sebati dengannya.

Buat pengetahuan hadirin sekalian, Artis jemputan kita pada hari ini
pernah bersekolah di SK Seri Gemilang pada tahun 2013 ketika
berada di tahun 4 Zamrud.

Sejak di bangku sekolah lagi beliau telah menunjukkan bakat dalam


bidang nyanyian dan kesenian. Beliau telah menyertai pelbagai
pertandingan, bermula dengan pertandingan syair dan nyanyian
dan telah memenangi Johan dan Naib Johan dalam kebanyakkan
pertandingan tersebut.

Beliau sentiasa dipilih oleh guru-guru untuk membuat persembahan


di majlis-majlis rasmi dan pelbagai sambutan di sekolah.

Untuk tidak mensia-siakan bakat yang dimiliki, beliau menyambung


pembelajaran menengah di Sekolah Seni Malaysia Perak. Dan Kini
beliau sedang menuntut di Management & Sciense University
7
(MSU).

Antara kejayaan membanggakan yang pernah dicapai ialah


● pernah dijemput sebagai penyanyi jemputan di Majlis
Mesyuarat Raja-Raja ke 225 di Istana Negara.
● Anugerah Pelakon Wanita terbaik dalam drama theater
bahasa Inggeris.
● dan Pernah memenangi “Tingkah Zapin” dalam pertandingan
tarian, kategori terbuka peringkat Kebangsaan.

Baiklah semua, tanpa melengahkan masa lagi, Majlis dengan


segala hormatnya mempersilakan….
Kasih Lia Bishara
untuk menyampaikan persembahannya yang bertajuk :
__________________

Dipersilakan.

******************************************************

Begitulah tadi persembahan pembukaan istimewa dari artis


jemputan kita Kasih Lia Bishara. Terima kasih di ucapkan.

8
Para tetamu yang dihormati

Duduk sekawan si burung unta,


UCAPAN
ALUAN Tepi keramat di waktu malam,
Guru
Padamu tuan kami meminta,
Penolong
Kanan Kata azimat pembuka kalam.
Pentadbiran

(hafizoh) Pihak majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan


mempersilakan, Yang berusaha En. Muhamad B Ibrahim, Guru
PKP SKSG juga mewakili barisan guru-guru dan murid-murid
SKSG untuk menyampaikan ucapan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian


menyampaikan ucapan alu-aluan sebentar tadi.
—---------------------------------------------------------------------------------------
Para tetamu yang dikasihi
UCAPAN
YDP PIBG
(En Azhar Pergi ke kota beli selasih,
Bin Baba)
Sayang si dara dibuat halwa,
(hafizoh) Berilah kata simpulan kasih,
Susunan mesra satukan jiwa.

Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati En Azhar Bin


Baba, YDP PIBG SKSG untuk menyampaikan ucapan.

UCAPAN
VIP Majlis mempersilakan.

(hafizoh)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan itu tadi.
—-------------------------------------------------------------------------------------
Para hadirin yang dikasihi sekalian,

9
Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Bagi meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, Pihak majlis dengan
penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan,
PERSEMBA Yang dihormati,
HAN ARTIS
JEMPUTAN ___________________________________________ (nama)
________________________________________ ( jawatan)
(hafizoh)

untuk tampil menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan ucapan terima kasih


atas kesudian En ________________________________
menyampaikan ucapan alu-aluan sebentar tadi.

—--------------------------------------------------------------------------------------
UCAPAN
Seterusnya majlis akan disajikan sekali lagi dengan persembahan
GURU
BESAR dari artis jemputan kita pada hari ini.

(hafizoh)
Dipersilakan Kasih Lia Bishara untuk mempersembahkan 2 buah
lagu lagi iaitu ……………………………. dan ………………………
Cukup istimewa persembahan dari artis jemputan kita tadi.

Untuk makluman semua lagu-lagu yang disampaikan tadi adalah


daripada album single pertama beliau.

Album Kasih Lia Bishara adalah di bawah terbitan Kelarai Sakti


Production dan digubah oleh composer LY Baiduri.

------------------------------------------------------------------------------------------

10
Buah mengkudu buah bidara
Mari disimpan didalam dulang
Hari ini tuan genap bersara
Jasa baik tuan tetap dikenang

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan


daripada Yang Diraikan Tuan Guru Besar, En Azman bin Abdullah.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

*********************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Yang Diraikan En Azman bin Abdullah.
atas ucapan itu tadi.

…………………………….. (ulasan dari ucapan gb)

* sesi
fotografi
ACARA guru dan
MEMOTONG (KEK MASUK) staff
PULUT SKSG
KUNING Bersama
DAN KEK GB
HARI LAHIR Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan

(hafizoh) ______________________________________ untuk mengiringi


Yang diraikan, En Azman bin Abdullah bagi menyempurnakan
acara memotong kek.
Dipersilakan.

**********************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
……………………………………. dan Yang diraikan, En Azman bin
Abdullah.

11
Dijemput semua guru SK SERI GEMILANG untuk turut sama naik
ke pentas untuk sesi fotografi merakamkan memori dan tanda
ingatan akhir Bersama-sama yang di ra’ikan tuan Guru Besar kita.

****
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata


PENYAMPAIAN
CENDERAHATI
sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada
hari ini iaitu En Azman bin Abdullah.
(arikah)

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan En Muhammad bin Ibrahim,
untuk mengiringi Yang Diraikan En Azman bin Abdullah untuk
menerima cenderamata kenang-kenangan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada:

1. ______________________________

Dipersilakan …………………………………… (nama, jawatan)


untuk menyampaikan cendamata kenang-kenangan kepada yang
diraikan.

2. Seterusnya menjemput …………………………… (nama,


jawatan)

3. Sekarang dijemput ………………………………. (nama, jawatan)

4. Hadiah dari ……………. dijemput

12
5.
Seterusnya Hadiah dari kelas-kelas.
Dijemput wakil kelas : …………………
pra sekolah,
tahun 1A,1B,1C,
tahun 2A,2B,2C,
tahun 3A,3B,3C
tahun 4A, 4B, 4C
tahun 5A, 5B, 5C
tahun 6A, 6B, 6C

6.
Akhir sekali dijemput mana-mana individu dan hadirin yang berhajat
untuk memberikan hadiah kepada yang dira’ikan..

*************************************
Begitulah tadi berakhirnya sesi penyampaian cenderahati.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En


Azman bin Abdullah atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada En.
Muhammad bin Ibrahim.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


penyampai cenderamata sebentar tadi.
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

PERSEMBAH
AN PENUTUP
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di Pelabuhan.
(arikah) Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi

13
Sebelum kita mengakhiri majlis, Marilah kita tumpukan perhatian
kepada persembahan penutup oleh Kasih Lia Bishara.

Lagu yang terakhir ini bertajuk ___________________

Dipersilakan.
Hadirin sekalian,

Tuai padi antara Nampak


Esok jangan layu-layuan
LAMBAIAN Intai kami antara Nampak
TERAKHIR
Esok jangan rindu-rinduan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan


En Azman bin Abdullah kerana sudi untuk bersama kita pada hari
yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang
Diraikan En Azman bin Abdullah bertambah ceria dan bahagia di
dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu


dan hadirin yang sudi meluangkanmasa bersama-sama
memeriahkan Majlis “Lambaian Kasih dan Sanjungan Budi” ini.

*****

Sebelum bersurai, kita akan Bersama-sama menyempurnakan


babak terakhir dalam majlis kita hari ini iaitu Lambaian terakhir
warga SK Seri Gemilang mengiringi perjalanan pulang Yang
Dira’ikan En Azman bin Abdullah.

Semoga sesi ini tersemat dalam ingatan kita yang tidak akan luput
terhadap yang diraikan En Azman bin Abdullah di SKSG ini.

14
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah
Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi WaBarakatuh.

Kami serahkan majlis kepada Penyelaras Program, Cikgu Hamdan.

15

You might also like