You are on page 1of 7

1

TEKS PENGACARA MAJLIS


MAJLIS PERSARAAN PUAN JUNAIDAH BINTI SULAIMAN
GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RENGIT, PENGERANG JOHOR
“BAKTIMU SEJUTA ERTI, BUDIMU SEJUTA MEMORI”

MASA EVENT TEKS PENYA


MPAI
8:30pg Perarakan masuk GPK Mengumumkan ketibaan yang diraikan Cikgu Junaidah binti Sulaiman diringi dif-
tunggu sampai semua dif kehormat ke majlis. Semua hadirin diminta berdiri.
duduk
Mukadimah Pagi yang indah penuh ceria, hari yang berbahagia penuh bermakna, kami
bawakan kepada anda Majlis “Baktimu Sejuta Erti, Budimu Sejuta Memori”
sempena persaraan Cikgu Junaidah binti Sulaiman, GPK HEM SK Sungai Rengit.

Bismillahir Rahmanir Rahim . Alhamdulillahi Rabbi Alamin, Wassolatu wassalamu


Ala Asyrafil Anbiya’i wal mursalin wa ala alihi wasohbihi ajmain.

Assalamu `Alaikum W.B.T dan salam sejahtera

Melayang serindit di atas permatang,


Merbuk berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Dengan Bismillah lafaz dimula,


Kepada Allah restu dipinta,
Selawat dan salam junjungan mulia,
Agar majlis beroleh berkatNya.

1.Ucapan Aluan Yang Berbahagia,


Pengerusi Majlis Encik Baharudin bin Aziz
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
- Salutasi Unit Pembangunan
Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi

Yang Berusaha,
Cikgu Sharifah Mastura binti Syed Idris,
Guru Besar SK Sungai Rengit,

Yang Dikasihi dan Diraikan,


Cikgu Junaidah binti Sulaiman,
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SK Sungai Rengit,

Yang Dihormati,
Encik Abdul Hadi bin Sydee,
Naib Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK Sungai Rengit,

Yang Dihormati,
Tuan-tuan dan puan-puan mantan guru besar, GPK dan guru-guru,
Barisan Guru Penolong Kanan SK Sungai Rengit
Rakan-rakan guru, staf-staf sokongan, AJK PIBG dan PIBK SK Sg. Rengit serta
anak2 didik SK Sg. Rengit yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian.

Saya bagi pihak Jawatankuasa Pelaksana mengucapkan Selamat datang ke :


Majlis “Baktimu Sejuta Erti, Budimu Sejuta Memori” sempena persaraan
Cikgu Junaidah binti Sulaiman, GPK HEM SKSR.
2

Bagi pihak majlis, terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-
alukan kehadiran para hadirin ke majlis pada pagi yang berbahagia ini.

2. Nyanyian lagu Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,


bangsa Johor, Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu bangsa Johor dan lagu Negaraku.
Negaraku Hadirin diminta berdiri.

*********************************************************************************************
Hadirin dipersilakan duduk.

Pada pagi nan syahdu ini, berkampung kita bersama-sama untuk meraikan serta
merestui pemergian kerana persaraan seorang insan yang telah banyak menabur
jasa bakti selama satu dasawarsa nan lalu tanpa mengenal erti penat lelah,
cabaran dan halangan demi memartabatkan pencapaian gemilang anak bangsa
dalam dunia pendidikan khususnya di Sekolah Kebangsaan Sg. Rengit. Bahkan
majlis ”Baktimu Sejuta Erti, Budimu Sejuta Memori” ini diadakan sebagai tanda
menghargai akan segala sumbangan serta kegigihan yang diraikan, Cikgu
Junaidah binti Sulaiman sebagai pendidik dan pentadbir dalam dunia pendidikan
selama 32 tahun. Mudah-mudahan segala budi dan jasa bakti yang ditabur
kepada Allah s.w.t jua dipohonkan balasan sebaik-baiknya.

3.Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Ahamd Amirul Ridzwan bin Ahmad Zuki. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

********************************************************************************************
Aamiin Ya Rabbal ‘alamin. Terima kasih diucapakan kepada Ustaz Ahmad Amirul
atas bacaan doa itu tadi.

4. Persembahan Terbang bebas si rama-rama,


Teratai mekar di tengah lembah,
Persembahan 1 : Jamuan makan diiringi irama,
Persembahan Tarian Zapin bakal dipersembahkan.
pembukaan
Zapin Untuk itu, majlis menjemput Kumpulan Tarian Sekolah untuk mempersembahkan
tarian zapin selamat datang.

**************************************Tarian Zapin***************************************
Begitulah tadi persembahan tarian Zapin yang telah dipersembahkan oleh murid-
murid SKSR di bawah bimbingan En. Norul Izzat bin Nasir.

5.Ucapan wakil murid Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat sekalian

Majlis pada pagi yang syahdu ini diteruskan dengan ucapan daripada wakil
pelajar. Majlis dengan ini menjemput Adik Norafiqah binti Abu Bakar Sidek dari
kelas 6 Success untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
****************************Ucapan Wakil Murid******************************************
Terima kasih kepada adik Norafiqah binti Abu Bakar Sidek atas ucapan itu tadi.
3

6.Ucapan Pn Sharifah Hadirin dan Hadirat yang dikasihi,


Mastura binti Syed
Idris (Guru Besar Anak muda mengalun qasidah
SKSR) Tiada kekok tampil ke depan
Pembuka kata berlalu sudah
Mari kita mendengar ucapan.

Majlis dengan ini mempersilakan , Cikgu Sharifah Mastura binti Syed Idris, Guru
Besar SKSR untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.
************************************Ucapan Guru Besar***********************************
Terbang melayang si anak kedidi, Terima kasih Cikgu Sharifah Mastura binti Syed
Idris atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

7. Ucapan En Abdul Hadirin dan hadirat sekalian,


Hadi bin Sydee (NYDP
PIBG SKSR) Guru menggembleng tenaga untuk mendidik,
Ibu bapa bermuafakat sama
Tidak dapat dipisahkan PIBG dan sekolah.

Majlis dengan ini mempersilakan , En. Abdul Hadi bin Sydee ,NYDP PIBG SKSR
untuk menyampaikan ucapan beliau.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


************************************Ucapan NYDP PIBG**********************************
Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Hadi bin Sydee selaku wakil PIBG atas
ucapan itu tadi.

8. Ucapan Tuan PPD Anak muda mengalun qasidah


Kota Tinggi Tiada kekok tampil ke depan
Ucapan NYDP berlalu sudah,
Kini giliran Tuan PPD memberi ucapan.

Majlis Persaraan , Pn Junaidah binti Sulaiman diteruskan lagi dengan


mempersilakan Yang Berbahagia, Encik Baharudin bin Aziz, Penolong Pegawai
Pendidikan Daerah Kota Tinggi untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan tuan.

******************************************Ucapan PPD**********************************
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Baharudin
bin Aziz, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi atas ucapan itu tadi.

9. Tayangan Hadirin Sekalian,


Multimedia
Jasamu dikenang
Tayangan Slide 1 Budimu tak terbilang
Biografi Pn. Junaidah Semangatmu dijulang
binti Sulaiman Kepimpinanmu gemilang

Sebentar lagi kita akan menyaksikan persembahan multimedia yang mengisahkan


rentetan sejarah hidup Yang diraikan Cikgu Junaidah binti Sulaiman, sedari kecil
sehingga tempoh beliau akan menamatkan perkhidmatannya selaku Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan. Sepanjang persembahan multimedia ini berlangsung
akan diiringi dengan pengucapan biodata tentang diri beliau.

Dengan ini,marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia ini

***************************************baca biografi*************************************
4

10. Tayangan Slide 2: Pihak sekolah juga ada membuat rakaman ucapan selamat bersara kepada yang
Ucapan warga SKSR diraikan. Mari sama-sama kita saksikan tayangan video berikut ini khas ditujukan
dalam bentuk untuk puan yang diraikan,Cikgu Junaidah binti Sulaiman.
Tayangan Video
**********************************rakaman selamat bersara*****************************

Berdiri melihat denai-denai kenangan,


Berbunga mesra dalam jambangan ingatan,
Barangkali terdengar nanti,
Ucap salam anak-anak remaja,
Tegur sapa, senyum tawa, rakan sekerja,
Padang perhimpunan dan dewan kantin,
Bilik darjah dan anak-anak keletah,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,
Ruang kantin tempat mesra terjalin.

11. Ucapan Yang Tiap pertemuan pasti ada perpisahan, itu adat lumrah kehidupan, begitulah
Diraikan rentetan perjalanan, walau sukar untuk ditelan, tapi kaki tetap mengorak jalan,
selagi hayat dikandung badan.

Kini,tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan
Cikgu Junaidah binti Sulaiman GPK HEM SKSR. Majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan.

*******************************Ucapan Yang Dirai**************************************

12. Acara potong kek Hendak membeli sebekas bawang,


Bawa bertih habis dimakan;
Demikian tadi rasa hati Puan Junaidah binti Sulaiman,
Terima kasih kami ucapkan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


diraikan Puan Junaidah binti Sulaiman atas ucapan itu tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan Puan Junaidah binti Sulaiman untuk naik ke


atas pentas bagi acara memotong kek.

13.Penyampaian Hadirin dan hadirat sekalian,


Hadiah dan
cenderahati Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian watikah persaraan dan
hadiah sebagai tanda kenang-kenangan dan sebagai tanda sanjungan
budi,untaian kasih kepada insan Yang Diraikan, Cikgu Junaidah binti Sulaiman.

Dengan ini, majlis dengan segala hormat mesranya menjemput dan


mempersilakan Pn Sharifah Mastura binti Syed Idris untuk mengiringi yang
diraikan Puan Junaidah binti Sulaiman untuk menerima hadiah.Dipersilakan.

*********************************************************************************************

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata dan watikah persaraan


Sijil ppenghargaan daripada pihak PPD. Dipersilakan Yang Berbahagia Encik Baharudin bin Aziz,
drpd Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi untuk naik ke atas pentas bagi
-PPD menyampaikan sijil penghargaan kepada Yang Diraikan.

*********************************************************************************************
5

Seterusnya majlis mempersilakan Puan Sharifah Mastura binti Syed Idris untuk
-drpd sekolah plaque menyampaikan cenderamata daripada Pihak Sekolah kepada yang diraikan

*********************************************************************************************
Sekarang kita jemput En.Abdul Hadi bin Sydee,NYDP PIBG SKSR untuk
PIBG menyampaikan cenderamata kenang-kenangan daripada PIBG SKSR kepada
yang diraikan Puan Junaidah binti Sulaiman.

*********************************************************************************************
Seterusnya adalah sesi penyampaian cenderahati daripada pihak pentadbiran
Guru Besar dan GPK sekolah kepada yang dirai. Majlis mempersilakan Puan Sharifah Mastura binti
Syed Idris selaku Guru Besar SK Sungai Rengit.

Dipersilakan En. Haslin bin Hasbollah, GPK Tadbir dan Kurikulum.


Dipersilakan En. Rostam bin Aziz, GPK Ko-kurikulum.

********************************************************************************************
Seterusnya dipersilakan Pn. Wan Nordini bt. Wan Mamat, Pengerusi Kebirus naik
Kebirus ke pentas untuk menyampaikan hadiah kepada puan yang diraikan

********************************************************************************************
Seterusnya adalah sesi penyampaian hadiah daripada barisan mantan-mantan
Mantan guru besar, guru besar, GPK dan guru-guru yang pernah berkhidmat bersama-sama yang
GPK dan guru-guru dirai. Dipersilakan

*******************************ikut senarai nama******************************************

Seterusnya adalah sesi penyampaian hadiah daripada barisan guru-guru dan staf
Warga SKSR sokongan. Dipersilakan

*******************************ikut senarai nama******************************************

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada yang diraikan Puan Junaidah binti
-selesai penyampaian Sulaiman atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan
cenderamata ribuan terima kasih di atas kesudian yang dihormati Puan Sharifah Mastura binti
Syed Idris mengiringi yang diraikan sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai


cenderamata sebentar tadi.

14.Jamuan Kembang harum si bunga seroja


Buat hiasan penyambut tetamu
Terhidang sudah jamuan di meja
Dipersilakan semua hadirin menjamu.

Untuk itu dipersilakan hadirin dan hadirat sekalian untuk menjamu selera.

15.Persembahan guru Kenangan manis kekal selamanya,


dan murid Jasamu cikgu tak mungkin dilupa,
Pemergianmu cikgu kami redha,
Sudah suratan berpisah akhirnya.

Sukacita dipersilakan guru-guru SKSR untuk naik ke pentas dan


mempersembahkan sebuah lagu bertajuk Memori Tercipta sebagai tanda
kenangan kepada yang diraikan Cikgu Junaidah binti Sulaiman. Marilah sama-
sama kita saksikan.

*******************************persembahan guru*****************************************
6

Demikianlah tadi persembahan yang sangat menyentuh kalbu. Seterusnya,


marilah kita bersama-sama menumpukan perhatian kepada persembahan dari
murid-murid Tahun 6 Success yang akan mempersembahkan a’touna El Tofouli
Dan Ya Maulana. Dengan sukacitanya majlis mempersilakan.

*******************************persembahan Tahun 6*************************************

Hadirin dan hadirat sekalian, sudilah kiranya tuan puan meminjam mata telinga
untuk menyaksikan persembahan dari Adik Alyshatun Natijah dari kelas 5 Brilliant
yang akan mempersembahkan sebuah lagu bertajuk Kenang Daku dalam Doamu.
Majlis mempersilakan.

*******************************persembahan Alyshatun*********************************
Demikianlah tadi persembahan nyanyian dari Adik Alyshatun Natijah.

16.Sesi fotografi Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan sesi fotografi bersama yang dirai.


Dipersilakan Cikgu Junaidah binti Sulaiman bersama ahli keluarga untuk naik ke
atas pentas untuk sesi bergambar.
Seterusnya dipersilakan
1.______________________________________________________________
2.______________________________________________________________
3.______________________________________________________________
4.______________________________________________________________
5.______________________________________________________________

17. Penutup Selamat tinggal seribu kerenah,


Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah!

Selamat datang persaraan,


Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan,
Sebuah kehidupan!

Bak air yang mengalir,


Tiba juga kiranya di muara waktu,
Di sini kami pasti merindu,
guru penolong kanan,
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu!

Selamat berangkat dalam doa berkat,


Selamat istirahat dari segala muslihat,
Selamat bersara dengan senyuman mesra!
Senyumlah seindah suria,
Setelah mencurahkan segala-galanya,
Pasti beroleh keredaan-Nya.

Dengan itu sampai berakhirlah Majlis “Baktimu Sejuta Erti, Budimu Sejuta Memori”
sempena Persaraan CikguJunaidah binti Sulaiman, GPK HEM SKSR.

Kami mendoakan agar Yang Diraikan Cikgu Junaidah binti Sulaiman bertambah
ceria dan bahagia serta sentiasa dirahmati Allah.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin
7

yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan majlis ini.

Dalam kesempatan ini juga kami memohon sejuta kemaafan andai terdapat salah
silap sepanjang kami mengendalikan majlis.

Tumbang punggur dahan pun sekah,


Terkejut burung sedang makan;
Tersalah tutur tersilap tingkah,
Ampun dan maaf kami dambakan.

Sekian, salam rindu buat yang diraikan dan salam hormat buat semua.

Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wasalamu A’laikum wbrt

You might also like