You are on page 1of 5

TEKS PENGACARAAN BENGKEL FORMULA PDPC UPSR (TAHUN 4,5 & 6) DAN

MEMAHAMI DSKP TAHUN 4


SK KEM SYED SIRAJUDDIN
TAHUN 2020
(1 FEBRUARU 2020)

Masa Que Ann

8.00 Tetamu Duduk berlunjur menganyam raga,


am mengambil Untuk dijual di Pasar Sedili,
tempat Beramai-ramai kita bersua,
Hadirnya tuan kami hargai.

Salutasi Bismillahirahminarhim...

- Yang Berbahagia, En. Mohd Noor Bin Ibrahim


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kem Syed Sirajuddin

Yang Berusaha, Guru Penolong Kanan Kokurikulum merangkap

Pengerusi Bulan Sukan Negara SK Kem Syed Sirajuddin

Yang Dihormati, Pn. Noresah Binti Hj Maarof

Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran

Yang Dihormati, Encik Nuzulhakim Bin Mohd Ali

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

- Tetamu-tetamu jemputan,

Ahli Jawatankuasa SK Kem Syed Sirajuddin,…………………….,

- Guru-Guru, - Para ibu bapa,

- serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi.

1
Hadirin sekalian, Alhamdulillah,

Ucapan Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinnya,
dapatlah kita bersama-sama berkumpul di pada pagi ini bagi
alu-aluan
menjayakan Program Bulan Sukan Negara SK Kem Syed Sirajuddin
bagi tahun 2019.

Bacaan Anugerah dikecap si anak watan,


Doa Mengangkat senjata bidalan suara,
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu majlis sejahtera.

Hadirin yang dirahmati Allah,

Bagi memuliakan dan memberkati majlis kita pada hari ini, dipersilakan
Alfadil Ustaz
………………………………………………………………………. bagi
mengetuai bacaan doa. Majlis mempersilakan.
(Doa Dibaca)
Amin amin amin ya robbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada
Alfadil Ustaz ……………………………………………………. atas bacaan
doa itu tadi.

Sudilah tuan jalan berlapan,


Ucapan
Jalan berlapan di malam kelam,
alu-aluan
Sudilah tuan memberi ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Daun semulur di pekan sari,


Daun jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur senyuman diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian. Untuk itu, majlis

2
mempersilakan Yang Berbahagia,En. Mohd Noor Bin Ibrahim Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Kem Syed Sirajuddin tampil ke persada
majlis bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Program Bulan Sukan Negara SK Kem Syed Sirajuddin.
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
………………………(ucapan GB)………………………………………
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia En. Mohd
Noor Bin Ibrahim atas kesudian merasmikan Bulan Sukan Negara
peringkat Sk Kem Syed Sirajuddin.

.
S

Penyampai Budak bermain di atas permatang,


an sijil Nampak dari Tanjung Gawai,
Semua sudah berhimpun datang,
Bulan Sukan menutup tirai.

Bismillahirahminarhim...

- Yang Berbahagia, En. Mohd Noor Bin Ibrahim


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kem Syed Sirajuddin

Yang Berusaha, Pn. Aishah Binti Sulaiman

3
Guru Penolong Kanan Kokurikulum merangkap

Pengerusi Bulan Sukan Negara SK Kem Syed Sirajuddin

Yang Dihormati, Pn. Noresah Binti Hj Maarof

Guru Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran

Yang Dihormati, Encik Nuzulhakim Bin Mohd Ali

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Ahli Jawatankuasa Bulan Sukan Negara, murid SK Kem Syed


Sirajuddin serta peminat sukan sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Salam Anak Baik Lagi Cerdik
Hadirin sekalian,

Alhamdulillah setelah sepagi kita bersukan, kini tibalah masa yang


dinanti-nantikan iaitu Majlis Penyampaian Hadiah sempena Program
Bulan Sukan Negara SK Kem Syed Sirajuddin bagi Tahun 2019.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan penuh takzim mempersilakan


En. Mohd Noor Bin Ibrahim (Guru Besar SK Kem Syed Sirajuddin)
dengan diiringi Pn. Aishah Binti Sulaiman (Guru Penolong Kokurikulum)
tampil ke persada majlis untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.
(RUJUK KEPUTUSAN)
…………………………………………………………………………………
…………………………………….
Sekalung penghargaan dirakamkan kepada En. Mohd Noor Bin Ibrahim
dan Pn. Aishah Binti Sulaiman atas kesudian menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah sebentar tadi.

Penutup Tuan puan dan peminat sukan sekalian,


Agenda Bengkel Formula PdPc Tatabahasa UPSR (Tahun 4,5 & 6) Dan

4
Memahami DSKP Tahun 4 kini sampai di penghujungnya, majlis
merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ahli
Jawatankuasa Program Bulan Sukan Negara dan warga sekolah dalam
menjayakan program ini.

Bunga dedap di atas para,


Anak Dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Saya akhiri dengan kalam suci, wabillahitaufiq walhidayah


Assalamualaikum w.b.t.

You might also like