Professional Documents
Culture Documents
Yang Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis
Perbandaran Pasir Gudang diiringi Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk Kota Masai,
Encik Hairul Nizam bin Zainol Abidin, Yang Dipertua PIBG Sk Kota Masai, barisan pentadbir dan ahli
jawatankuasa PIBG.
*********
Menyusul di belakang ialah kontinjen dari rumah ungu dengan perwira sejati Rosli Dhobi.
Dengan motto
"_________________________________________________________________________"
pasukan rumah ungu .
TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020
************
Menyusul seterusnya adalah dari kontinjen rumah meron bertunjangkan perwira bangsa dato
bahaman. Dengan bertunjangkan motto
"________________________________________________________________________"
Pasukan rumah meron .
***********
Tampil seterusnya, adalah kontinjen dari rumah biru yang setia bersama pahlawan Mat Kilau
berteraskan motto pasukan
Pasukan rumah biru .
************
Kontijen seterusnya yang memeriahkan acara perbarisan pada pagi ini adalah dari rumah
merah jambu berlaksamanakan perwira Rentap. Berpegang kepada motto pasukan
"_________________________________________________________________________"
Pasukan rumah merah jambu .
************
Kontinjen seterusnya, dari rumah merah dengan kemegahan pahlawan Dol Said. .
Dengan motto pasukan
"_________________________________________________________________________"
Pasukan rumah merah .
************
Seterusnya, kontinjen dari rumah Hijau berjuang bersama pahlawan Tok Janggut. Bersama
motto
" _______________________________________________________________________"
Pasukan Hijau .
TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020
************
Dan kontijen terakhir ialah kontinjen dari rumah kuning dengan pejuang bangsa Pahlawan Mat
Salleh. Dengan motto
" ___________________________________________________________________________"
pasukan kuning .
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar, Pegawai
Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Cikgu Haji
Zainuddin bin Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk Kota Masai atas kesudian menyempurnakan
perarakan lintas hormat sebentar tadi.
KATA SALUTASI
Melati tumbuh kuntum sekata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Salam sembah pembuka bicara.
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu illahi
Yang Dihormati,
Encik Nazarul bin Jaafar,
Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti
Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Yang Berusaha,
Cikgu Haji Zainuddin bin Haji Mohd Alie,
Guru besar SK Kota Masai;
TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020
Yang dihormati,
En. Hairul Nizam bin Zainol Abidin,
Yang dipertua PIBG SK Kota Masai;
Barisan guru penolong kanan, para guru, dif-dif jemputan, tuan - tuan, puan - puan serta
hadirin yang dimuliakan.
Sesungguhnya kami, amat berbesar hati serta menghulurkan salam menyambut mesra
kehadiran tuan puan serta dif-dif jemputan ke Hari Kemuncak Kejohanan Olahraga Tahunan SK
Kota Masai kali ke-16 bagi Tahun 2020.
Seterusnya adalah nyanyian " LAGU BANGSA JOHOR" dan " LAGU SEKOLAH"
Hadirin dipersilakan berdiri.
Awal pertama, marilah sama-sama kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana
dengan izin dan inayahnya dapat kita bersama-sama menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan
SK Kota Masai kali ke-16 pada hari ini.
Doa dipohon restu dipinta, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Muhammad
TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Muhammad Yasir bin Zainal Abidin atas
pimpinan bacaan doa itu tadi.
MENAIKKAN BENDERA
Hadirin yang dihormati,
KEJOHANAN DAN IKRAR
Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera kejohanan.
KEJOHANAN
( MURID AKAN MENAIKKAN BENDERA)
Seterusnya, dipersilakan SAUDARA Hafiy Ziyad bin Mohd Fairuz untuk memimpin bacaan ikrar
kejohanan. Dipersilakan.
Majlis merakamkan terima kasih kepada SAUDARA Hafiy Ziyad bin Mohd Fairuz
atas pimpinan ikrar kejohanan sebentar tadi.
(Gimik Perasmian)
Begitulah tadi simbolik perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan SK Kota Masai Kali ke-16
Tahun 2020. Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Dihormati Encik
Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis Perbandaran Pasir
Gudang atas kesudian merasmikan majlis pada hari ini.
Seterusnya, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, dipersilakan, Cikgu Haji Zainuddin bin
Haji Mohd Alie, Guru Besar Sk Kota Masai untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang
Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar, Pegawai Tadbir Ketua Bahagian Pembangunan Komuniti Majlis
Perbandaran Pasir Gudang . Dipersilakan
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Dihormati Encik Nazarul bin Jaafar atas kesudian
TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020
Majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Cikgu Haji Zainuddin bin
Haji Mohd Alie atas penyempurnaan penyampaian cenderamata itu tadi.
Majlis mengucapkan terima kasih. Berikan tepukan gemuruh sekali lagi buat pasukan aerobik sekolah
atas persembahan yang menarik itu tadi.
Untuk makluman hadirin, persembahan aerobik sebentar tadi telah dipimpin oleh
Seterusnya, apa kata kita tumpukan perhatian kepada acara yang akan berlangsung sebentar
sahaja lagi iaitu acara 100M L12 akhir dan acara 100M P12 akhir.
Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Tuan Gopalakrishnan A/L
Subramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Dun Tiram diiringi Cikgu Haji Zainuddin bin Haji
Mohd Alie, Guru Besar SK Kota Masai untuk menyempurnakan acara penyampaian hadiah.
TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020
(Nama pemenang)
- Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Yang Berhormat menyampaikan
hadiah sebentar tadi.
Untuk makluman para hadirin, Tema Kejohanan Sukan pada tahun ini ialah .
Semua rumah sukan telah berganding bahu dalam menjana idea dan kreativiti demi
memastikan kejayaan rumah sukan masing-masing.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Gopalakrishnan A/L Subramaniam, Ahli Dewan
Undangan Negeri Johor Dun Tiram atas penyempurnaan acara itu sebentar tadi.
Sama-sama kita berikan laluan mesra kepada, Yang Berhormat Tuan Gopalakrishnan A/L
TEKS PENGACARA KEJOHANAN BALAPAN SKKM 2020
Subramaniam, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Dun Tiram , barisan pentadbir serta dif-dif
jemputan ke laman selera untuk menikmati juadah yang telah disediakan. Dipersilakan.
Sekarang adalah acara penyampaian hadiah bagi acara yang baru dipertandingkan sebentar
tadi. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput yang berusaha Cikgu Haji
Zainuddin bin Hj Mohd Alie diiringi Cikgu Zaharel bin Atan, Guru penolong kanan kokurikulum
bagi menyempurnakan acara. Dipersilakan.
Seterusnya, adalah upacara menurunkan bendera kejohanan. Untuk itu, dipersilakan semua
pentadbir dan tetamu jemputan ke podium untuk acara penurunan dan penyerahan bendera
kejohanan. Dipersilakan.
Sama-sama kita akhiri Kejohanan Olahrga Tahunan SK Kota Masai kali ke-15 ini dengan
nyanyian lagu ‘Negaraku’
Majlis bersurai.......