You are on page 1of 6

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK RAWANG 2022

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Sijuhari bin Sirajuddin (Pengurus JS Empire)
diiringi oleh Guru Besar SK Rawang dan tetamu-tetamu jemputan ke Kejohanan Sukan Tahunan SK Rawang kali ke
46 bagi tahun 2022. (EELIANI)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pembuka kata lidah bicara,
Izinkan saya mulakan acara,
Semoga majlis disambut ceria.

Bismillahirrahma....Assalamualaikum........., selamat sejahtera dan salam Keluarga Malaysia

Tuan-tuan puan-puan, hadirin- hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis mengucapkan selamat datang kepada hadirin sekalian kerana sudi memeriahkan lagi Kejohanan Sukan
Tahunan SK Rawang kali ke- 46 bagi tahun 2022 .Memulakan pagi yang indah ini ialah perarakan masuk
kontinjen- kontinjen rumah sukan.

Hadirin sekalian, untuk makluman semua, mendahului perbarisan masuk kontinjen-kontinjen rumah sukan ialah
pasukan pembawa bendera sekolah

Kejohanan Sukan pada kali ini turut diserikan dengan pasukan Pomp-Pomp Girl, perbarisan anak-anak kecil
PraSekolah dan kontinjen rumah sukan iaitu Rumah Hang Tuah (Merah), Rumah Hang Kasturi (Biru) dan Rumah
Hang Lekir (Kuning).

#Lagu Matching

Majlis seterusnya mempersilakan Puan Rozita binti Othman @ Ali, Guru Besar SK Rawang mengiringi Encik
Sijuhari bin Sirajuddin (Pengurus JS Empire) menerima tabik hormat di pentas utama.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Cue-tibanya peserta pembawa bendera sekolah)

Hadirin sekalian melalui pentas utama sekarang ini ialah lintas hormat pembawa bendera sekolah diketuai oleh
Muhammad Amir Haikal bin Shahrizal diikuti Muhammad Shafie bin Hairunnizam. Muhammad Mirza bin
Mohd Zawawi, Muhammad Nazran Absyar bin Nazrolhisam dan Mohamad Wafie Fidaus bin Mazlan. Mereka
merupakan ahli pengakap sekolah dan telah menyertai pertandingan Cabaran kawad Kaki Badan Beruniform Daerah
Gombak dan memperolehi tempat ketiga perbezaan 2 markah di belakang Johan pertandingan manakala Muhammad
Shafie bin Hairunnizam juga telah dinobatkan sebagai Ketua Platun terbaik Daerah Gombak.
Seterusnya, pasukan Pomp-Pomp Girl sekolah dianggotai oleh

1. NUR QASEH QAISARA BINTI KHAIRI ANUAR


2. SITI AISHAH BINTI HAIRUNNIZAM
3. SYLVIE SHIRLYNE ANAK SYLVESTER
4. AUNI FARISHA BINTI AZMAN.
5. YUSRA SANA BINTI ROZAIMI

Pasukan ini juga telah menyertai E-Activ Jam MILO peringkat negeri Selangor

Tuan-tuan, puan-puan, Hadirin sekalian,


Untuk makluman, Kejohanan Sukan Tahunan SK Rawang kali ke 46, menjadikan animasi sebagai tema bagi
perbarisan tahun ini.

Melalui pentas utama sekarang ini ialah anak-anak kecil Pra Sekolah . Bertemakan Meet The Flinstone ,diketuai oleh
adik Muhammad Salahuddin Bin Safizasaswadde, diikuti pembawa sepanduk adik Nur Aisha Qalesya Binti
Umar dan pembawa bendera adik Frea Rumaysa Razhi binti Abdul Razak dan Nur Iman Afeeya binti Mohamad
. Nampak bergaya, ceria dan penuh semangat. Marilah kita bersama-sama memberikan tepukan gemuruh kepad anak-
anak kecil ini sebagai pembakar semangat untuk mereka terus maju ke depan tanpa rasa takut dan gentar..

Memberi lintas hormat seterusnya ialah kontinjen Rumah Hang Tuah (Merah) dengan motto MERAH Membara
Semangat Juara, bertemakan BoBoiBoy Futureristik, mengambil semangat pantang menyerah sebelum berjuang,
kontinjen ini diketuai oleh pembawa bendera Muhammad Muadz bin Ahmad Sabri
dan pembawa sepanduk Akma Rasliana binti Abdul Rashid dan maskod Muhammad Aqeef Niza Rayyan bin
Hasrin Niza

Seterusnya melalui pentas utama memberi lintas hormat sekarang kontinjen Rumah Hang Kasturi (Biru), ‘Biru Power,
Biru Juara, diketuai oleh pembawa bendera Mohd Shahrul Azam bin Mohd Ehwan , diikuti oleh pembawa
sepanduk Siti Umairah binti Akmar dan maskod Nur Damia Balqis biti Mohd Hafis . Bertemakan ‘Catboy PJ
Mask’ melambangkan semangat bekerjasama dan pantas bergerak demi mencapai kejuaraan Bersama.

Kontijen seterusnya dan terakhir, melalui pentas utama ialah kontijen Rumah Hang Lekir (Kuning), Motto pasukan
ini ‘Kuning Ceria Semangat Membara’ Semangat kesukanan tetap membara.. Lawan tetap lawan..Kalah menang adat
perrtandingan, semangat kesukanan diutamakan..dengan temanya Pikhachu dan Kontijen ini diketuai oleh Muhd Alf
Iman Bin Ahmad Kamal sebagai pembawa bendera diikuti pembawa sepanduk Atiqah Qaisara bt Zulkifli.

# Selepas semua kontijen berada di padang.

Majlis mengucapkan ribuan terimakasih atas kesudian Encik Sijuhari bin Sirajuddin (Pengurus JS Empire)
menerima tabik hormat para kontinjen yang mangambil bahagian.

Tuan-tuan, puan-puan, Hadirin sekalian,

Meneruskan majlis pagi ini ialah nyanyian lagu Negaraku ,lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah. Justeru , hadirin
diminta bersedia dan berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu tersebut.

# Muzik Lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu Sekolah


Majlis merakamkan ucapan terima kasih

Anak muda mengalun qasidah,

Tampil ke depan berbaris-baris,

Pembuka kata berlalu sudah,

Izinkan saya meneruskan majlis.

Tuan-tuan puan-puan, hadirin hadirat sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dipersilakan Ustaz Mohd Hanan bin Mohd Sharif untuk memimpin
bacaan doa.

Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi. Moga majlis kita pada pagi ini diberkati.
Yang Berbahagia , Encik Sijuhari bin Sirajuddin (Pengurus JS Empire)

Yang Berusaha

Puan Rozita binti Othman @ Ali Guru Besar SK Rawang,

Puan Azyan binti Mohamad YDP PIBG SK Rawang

Barisan Penolong Kanan SK Rawang

Puan Thamaianthee a/p Ghanasudaram PK Pentadbiran

Encik Kornain bin Sabli PK Hal Ehwal Murid

Puan Siti Rosdah binti Mohd Sohot PK Kokurikulum

Guru-guru, AJK PIBG , para ibu bapa seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.Alhamdulillah bersyukur kita
kehadrat IIahi kerana dengan izin dan rahmatNya,kita dapat berada di sini bersama-sama memeriahkan Kejohanan
Sukan Tahunan SK Rawang kali ke 46 bagi tahun 2022 .

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha Puan Rozita binti Othman @ Ali, Guru Besar SK
Rawang untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan itu tadi.

Tuan-tuan puan-puan, hadirin hadirat sekalian

Kini tibalah saat yang dinantikan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Sijuhari bin Sirajuddin
(Pengurus JS Empire) (Pengurus JS Empire) untuk menyampaikan ucapan seterusnya menyempurnakan perasmian
Kejohanan Sukan Tahunan SK Rawang kali ke 46 bagi tahun 2022.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Tanam laguni tumbuh kelapa,

Terbit bunga pohonnya mati,

Budi tuan kami tak lupa,

Sudah terpahat dalam hati

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian , menyempurnakan perasmian itu tadi.

Seterusnya Kejohanan Sukan Tahunan SK Rawang akan dimeriahkan dengan gimik perasmian. Mari kita saksikan
bersama....

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, majlis menjemput Puan Rozita binti Othman @ Ali Guru Besar SK
Rawang untuk menyampaikan cenderahati kepada Encik Sijuhari bin Sirajuddin atas kesudian beliau
menyempurnakan perasmian Kejohanan sukan tahunan SK Rawang kali ke 46 bagi tahun 2022.
Tuan-tuan puan-puan, hadirin- hadirat sekalian,

Majlis diteruskan dengan BACAAN IKRAR kejohanan . diketuai oleh Muhammad Amir Haikal bin Shahrizal ..
Dipersilakan

#Selepas Haikal mengambil tempat

Berikut adalah Bacaan Ikrar Kejohanan. Semua murid diminta bersedia

Majlis mengucapkan terima kasih. Begitulah tadi sempurnanya majlis pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda
komitmen para atlet pada kejohanan sukan pada kali ini

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini dipersilakan pasukan Pomp-Pomp Girl dibawah bimbingan Puan
Rohailah binti Ab Karim untuk membuat persembahan , Dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Kejohanan Sukan SK Rawang tahun ini dimeriahkan lagi dengan persembahan formasi daripada setiap kontinjen yang
mengambil bahagian dan diteruskan dengan pebarisan keluar kontinjen-kontinjen rumah sukan. Untuk makluman
formasi perbarisan akan diadili oleh juri-juri yang telah dilantik oleh jawatankuasa pertandingan perbarisan .

#Muzik masuk untuk formasi

Kontinjen Pra Sekolah, Rumah Hang Lekir, Rumah Hang Tuah dan Rumah Hang Kasturi

#Selepas semua kontinjen rumah sukan keluar akan diikuti dengan pasukan pembawa bendera sekolah dan akhirnya
pasukan Pomp-Pomp Girl

Marilah kita bersama-sama memberikan tepukan gemuruh kepada semua kontinjen yang telah mengambil bahagian
dalam acara perbarisan.. Tahniah dan Syabas diucapkan…

Burung tempua sarangnya tinggi,

Acara pertama menyusul kini….

(Ikut buku program)

PENUTUP

Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang,

Berundur jangan Berani kami menjunjung adat

Bukan memberi kata dan puji

Hanya budi dalam ingatan

Buat kenangan sepanjang hayat.

Kenangan indah akan terpatri, dilubuk hati dan disanubari,


Warga SKR berterima kasih kepada hadirin yang dihormati.

Semoga kita bersua kembali pada Kejohanan Sukan Tahunan pada tahun hadapan. Sebelum berpisah maaf kan kami
seandainya ada salah dan silap terlanjur tutur bicara sepanjang kami mengendalikan majlis ini..

Sekian, terima kasih.

IKRAR SUKAN TAHUNAN

Bahawasanya, kami berikrar dan


berjanji, akan mengambil bahagian di dalam
Kejohanan SukanTahunan Kali Ke 43 –
Sekolah Kebangsaan Rawang, dengan
bersungguh-sungguh, mematuhi segala
peraturan dan undang-undang dengan
penuh semangat kesukanan.

You might also like