You are on page 1of 10

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-36


BAGI TAHUN 2018
Bil Acara Teks
Umumkan Mengumumkan ketibaan
ketibaan VIP Encik Mohd Haffiz Bin Dol, YDP PIBG SK Pulau Indah

diiringi oleh Yang Berusaha, En Hazi Bin Kadir, Guru


Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Indah, barisan
pentadbir SK Pulau Indah dan AJK PIBG SK Pulau
Indah ke Kejohanan Balapan dan Padang SK Pulau
Indah kali ke-36 bagi tahun 2018.

Ucapan alu-aluan Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke


Kejohanan Balapan dan Padang SK Pulau Indah
kali ke-36 bagi tahun 2018.
Yang dihormati, Encik Mohd Haffiz Bin Dol, YDP PIBG
SK Pulau Indah

Yang Berusaha, En Hazi Bin Kadir, Guru Besar


Sekolah Kebangsaan Pulau Indah,

Barisan pentadbir SK Pulau Indah


1) Encik Azahar Bin Abd Malik
2) Puan Hajjah Masita Binti Abd Ghani
3) Puan Hajjah Nor Aini Binti Mohd Salleh
4) Puan Rohana Binti Raban

Ahli Jawatankuasa PIBG SK Pulau Indah,


guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-
murid SK Pulau Indah yang dirahmati Allah sekalian.

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola


kejohanan mengalu-alukan kehadiran tuan-puan
ke Kejohanan Balapan dan Padang SK Pulau Indah
kali ke-36 bagi tahun 2018. Semoga dengan
kehadiran semua akan menyuntik semangat
kesukanan kepada atlit-atlit muda yang akan
beraksi dalam acara pada hari ini.
Perbarisan lintas Sebagai pembuka tirai kejohanan pada hari ini,
hormat marilah sama-sama kita saksikan perbarisan lintas
hormat kesemua kontinjen yang mengambil
bahagian.

Menjemput VIP Dengan itu, kami dengan segala hormatnya


menerima tabik mempersilakan Encik Mohd Haffiz Bin Dol, YDP PIBG
hormat dari SK Pulau Indah untuk menerima tabik hormat
peserta perbarisan daripada peserta perbarisan. Dipersilakan.

- MUZIK PERBARISAN

Perbarisan Lintas Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh


Hormat Kejohanan pembawa bendera kejohanan yang akan diketuai
oleh adik Muhammad Akmal Aiman Bin Khusairi
dan diikuti oleh pembawa bendera kejohanan
yang mewakili setiap rumah sukan yang bertanding
dalam kejohanan kali ini.

Perbarisan Murid Menyusul di belakang adalah kontinjen


Pra Sekolah Para Sekolah. Kontinjen dianggotai seramai 100
orang peserta.

Pembawa bendera ialah adik


Muhammad Azib Habri Bin Mohd Nizam

Pembawa sepanduk ialah adik


_____________________________________________.

Maskot akan diwakili alah adik


_____________________________________________.

Perbarisan Rumah Menyusul di belakang adalah kontinjen


Biru Rumah Biru dan dikenali dengan Rumah
Hydrangea. Kontinjen ini diketuai oleh adik
Muhammad Ilman Lutfi Bin Mukri dan dianggotai
oleh 33 orang peserta.

Pembawa sepanduk ialah adik


Nur Fatin Farzana Binti Ahmad Fauzi

Ketua Rumah Biru ialah


Encik Muhammad Khairul Farqi Bin Abdul Ghani

Perbarisan Rumah Menyusul di belakang adalah kontinjen


Merah Rumah Merah dan dikenali dengan Rumah Rosa.
Kontinjen ini diketuai oleh adik
Muhammad Hakimi Iskandar Bin Hanipah dan
dianggotai oleh 33 orang peserta.

Pembawa sepanduk ialah adik


Norul Nurmaizatul Auni Binti Sulaiman

Ketua Rumah Merah ialah


Encik Eddy Azrol Bin Mansor

Perbarisan Rumah Menyusul di belakang adalah kontinjen


Hijau Rumah Hijau dan dikenali dengan Rumah
Dandelion Taraxacum. Kontinjen ini diketuai oleh
adik Muhammad Hafizul Bin Muhd Sukri dan
dianggotai oleh 33 orang peserta.

Pembawa sepanduk ialah adik


Nor Khaira Qaleesya Binti Muhd Zulhasli

Ketua Rumah Hijau ialah


Encik Anwar Bin Ariffin

Dandelion Taraxacum ialah


Perbarisan Rumah Menyusul di belakang adalah kontinjen
Kuning Rumah Kuning dan dikenali dengan Rumah
Alamanda Chatartica. Kontinjen ini diketuai oleh
adik Muhammad Azam Bin Seripudin dan
dianggotai oleh 33 orang peserta.

Pembawa sepanduk ialah adik


Nur Zarifah Irdina Binti Zaharin

Ketua Rumah Kuning ialah


Encik Ahmad Muzamil Bin Pandak

Nyanyian Lagu Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita sama-


Negaraku sama berdiri dan seterusnya menyanyikan lagi
Negaraku.

Semua murid dan para hadirin diminta berdiri.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu


tadi. Hadirin dipersilakan duduk.
Bacaan Doa Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan di angkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon


keberkatan bagi kejohanan kita pada hari ini,
marilah kita sama-sama menadah tangan untuk
mengaminkan doa yang akan dibacakan
oleh Ustaz Mohd Amin Bin Alias
Dipersilakan
(Bacaan doa)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas


bacaan doa sebentar tadi. Semoga dengan
bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan
dengan lancar serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-
Allah.

Upacara Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan


menaikkan bendera kejohanan. Untuk itu, dipersilakan 4 orang
bendera wakil setiap rumah sukan yang menyertai
kejohanan sekolah kali ini untuk menyempurnakan
upacara menaikkan bendera kejohanan.
Marching Song

Berkibarlah sudah bendera Kejohanan Balapan


dan Padang SK Pulau Indah kali ke-36 bagi tahun
2018.

Menjemput Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera


pembawa kontinjen yang bertanding maju ke hadapan untuk
bendera bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan
mengiringi yang akan diketuai oleh adik
pembaca ikrar Muhammad Akmal Aiman Bin Khusairi

Lafaz ikrar Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar


kejohanan kejohanan itu tadi. Peserta-peserta kontijen
dibenarkan untuk duduk.

Ucapan Guru Majlis seterusnya dengan menjemput Yang


Besar Berusaha, En Hazi Bin Kadir, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Pulau Indah untuk menyampaikan
ucapan beliau. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.
KOMPANG

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang


Berusaha, En Hazi Bin Kadir, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Pulau Indah di atas ucapan itu tadi.

Ucapan perasmian Majlis seterusnya mempersilakan Encik Mohd Haffiz


pembukaan Bin Dol, YDP PIBG SK Pulau Indah untuk
menyampaikan ucapan perasmian pembukaan
kita pada hari ini. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.

KOMPANG

Majlis merakamkan terima kasih kepada Encik


Mohd Haffiz Bin Dol, YDP PIBG SK Pulau Indah, di
atas ucapan perasmian itu tadi dan setinggi-tinggi
penghargaan kerana sudi merasmikan Kejohanan
Sukan Tahunan SK Pulau Indah kali ke-36.

Persembahan Bagi memeriahkan majlis, pihak kejohanan


menjemput pasukan senamrobik yang dibimbing
Puan Normah Binti Rahman dan Puan Rashidah Binti
Alias untuk meneruskan persembahan pada hari ini.

Majlis merakamkan terima kasih atas persembahan


itu tadi.

Perarakan Keluar Majlis diteruskan lagi dengan perarakan keluar


padang padang oleh kontinjen yang mengambil bahagian
untuk masuk ke khemah masing-masing.

MUZIK PERBARISAN

Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis


perasmian pembukaan Kejohanan Balapan dan
Padang SK Pulau Indah kali ke-36 bagi tahun 2018.
Majlis merakamkan terima kasih kepada peserta-
peserta yang mengambil bahagian dalam
perbarisan lintas hormat.

Acara Sukan Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan


dimulakan acara Kejohanan Balapan dan Padang
SK Pulau Indah kali ke-36 bagi tahun 2018.
Acara pertama pada hari ini ialah
________________________________________________.

Diminta kepada semua peserta untuk mengambil


tempat masing-masing kerana acara akan
dimulakan sebentar lagi.

Untuk itu majlis menjemput Encik Mohd Haffiz Bin


Dol, YDP PIBG SK Pulau Indah untuk ke tengah
padang bagi melepaskan acara pertama.
Dipersilakan.

Penyampaian Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya


hadiah (1) menjemput dan mempersilakan
________________________________________________
diiringi oleh
________________________________________________
untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang. Dipersilakan.

Bagi acara…………
Pingat emas dimenangi oleh adik…..daripada
rumah......
Pingat perak pula disandang oleh adik…dari
rumah….
Pingat gangsa menjadi milik adik…dari rumah...
........................
Majlis merakamkan terima kasih kepada
________________________________________________
kerana telah sudi menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih daripada kami,


dijemput yang berusaha
________________________________________________
bagi menyampaikan cenderamata kepada
________________________________________________
di atas kesudian merasmikan kejohanan dan
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Terima kasih diucapkan kerana sudi menyampaikan


cenderamata itu tadi.

Penyampaian Hadirin dan hadirat sekalian,


Hadiah(2) Kejohanan Sukan Tahunan berehat sebentar untuk
memberi laluan kepada upacara penyampaian
hadiah.

Seterusnya adalah penyampaian hadiah


kepada olahragawan dan olahragawati sekolah.
Dipersilakan:
Penerima Anugerah Olahragawan kejohanan
disandang oleh
adik....................................................................
Penerima Anugerah Olahragawati kejohanan
disandang oleh
adik.....................................................................

Bagi kategori Perbarisan terbaik disandang oleh:


rumah.....................................................
Johan Sukantara jatuh kepada rumah
..............................................
Dan Johan keseluruhan bagi Kejohanan Balapan
dan Padang SK Pulau Indah kali ke-36 bagi tahun
2018 jatuh pada: rumah...................................

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Majlis penutupan Kejohanan Balapan dan Padang SK Pulau Indah


kejohanan kali ke-36 bagi tahun 2018 kini tiba ke
penghujungnya.

Oleh itu, semua murid diminta berhimpun di tengah


padang mengikut rumah masing-masing.

Marching Song

Seterusnya, tibalah acara kemuncak Kejohanan


Balapan dan Padang SK Pulau Indah kali ke-36 bagi
tahun 2018. Oleh itu, dijemput Yang Berusaha Encik
Hazi Bin Kadir, Guru Besar SK Pulau Indah untuk
menyampaikan ucapan penutupan Kejohanan
Sukan Tahunan SK Pulau Indah. Dengan hormatnya
dipersilakan.

Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan


dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan
Kejohanan Balapan dan Padang SK Pulau Indah
kali ke-36 bagi tahun 2018 pada tahun ini.

.................................................................

Sekarang kita tampilkan En Azahar Bin Abd Malik ke


tengah padang untuk melaungkan hip-hip hooray
sebanyak 3 kali sebagai penutup Kejohanan
Balapan dan Padang SK Pulau Indah kali ke-36 bagi
tahun 2018. Dipersilakan.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Salah dan silap mohon dimaafkan.

Melarik halus papan di Jawa,


Tersergan kukuh di gerbang batu,
Adat berjumpa terpisah jua,
Moga Ketemu di lain waktu.

Akhir kata dari kami


Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum
w.b.t
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-36
BAGI TAHUN 2018

Bil Acara Teks


Umumkan Mengumumkan ketibaan
ketibaan VIP Encik Mohd Haffiz Bin Dol, YDP PIBG SK Pulau Indah

diiringi oleh Yang Berusaha, En Hazi Bin Kadir, Guru


Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Indah, barisan
pentadbir SK Pulau Indah dan AJK PIBG SK Pulau
Indah ke Kejohanan Balapan dan Padang SK Pulau
Indah kali ke-36 bagi tahun 2018.

Ucapan perasmian Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia,


pembukaan Dato’ Seikh Rajesh Bin Dato’ Seri Seikh Ahmad untuk
menyampaikan ucapan perasmian Kejohanan
Balapan Dan Padang Kali Ke-36 bagi tahun 2018
kita pada hari ini. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.
……………………
(bunyi dram perasmian)- KOMPANG

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia,


Dato’ Seikh Rajesh Bin Dato’ Seri Seikh Ahmad,
Timbalan Ketua Umno Bahagian Klang untuk
menyempurnakan gimik perasmian Kejohanan kita
pada kali ini.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang


Berbahagia, Dato’ Seikh Rajesh Bin Dato’ Seri Seikh
Ahmad, di atas ucapan perasmian itu tadi dan
setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi
merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Pulau
Indah kali ke-36.

Penyampaian Dengan ini pihak kejohanan dengan sukacitanya


hadiah (1) menjemput dan mempersilakan

Yang Berbahagia, Dato’ Seikh Rajesh Bin Dato’ Seri


Seikh Ahmad diiringi oleh

Yang Berusaha, En Hazi Bin Kadir, Guru Besar


Sekolah Kebangsaan Pulau Indah untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dipersilakan.

Bagi acara…………
Pingat emas dimenangi oleh adik…..daripada
rumah......
Pingat perak pula disandang oleh adik…dari
rumah….
Pingat gangsa menjadi milik adik…dari rumah...
........................
Majlis merakamkan terima kasih kepada
Yang Berbahagia, Dato’ Seikh Rajesh Bin Dato’ Seri
Seikh Ahmad kerana telah sudi menyempurnakan
majlis penyampaian hadiah itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih daripada kami,


dijemput
Yang Berusaha, En Hazi Bin Kadir, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pulau Indah bagi
menyampaikan cenderamata kepada

Yang Berbahagia, Dato’ Seikh Rajesh Bin Dato’ Seri


Seikh Ahmad di atas kesudian merasmikan
kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada
para pemenang.

Terima kasih diucapkan kerana sudi menyampaikan


cenderamata itu tadi.

You might also like