You are on page 1of 9

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKTSAHS KALI KE- 52

Bil Acara Teks

Ucapan alu-aluan Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke Kejohanan Sukan Tahunan SK Tan
Sri Awang Had Salleh kali ke-52 bagi tahun 2019.

Yang Berusaha, Puan Fauziah bt. Saad, Guru Besar SK Tan Sri Awang Had Salleh,
Yang dihormati,En. Mohmad Nasir bin Ahmad, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn. Khodijah bt. Hassan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En. Jasmi bin Mohamad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Ahli Jawatankuasa PIBG SK Tan Sri Awang Had Salleh,


Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SK Tan Sri Awang Had
Salleh yang dirahmati Allah sekalian.

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-alukan


kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Sukan Tahunan SK Tan Sri
Awang Had Salleh kali ke-52. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan
akan menyuntik semangat kesukanan kepada atlit-atlit muda yang akan beraksi
dalam acara pada hari ini.

Perbarisan lintas Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan ini, marilah sama-sama kita
hormat saksikan perbarisan lintas hormat semua kontinjen yang mengambil bahagian.

Menjemput VIP Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Puan
menerima tabik Fauziah bt. Saad, Guru Besar SK Tan Sri Awang Had Salleh dan barisan tetamu
hormat dari peserta terhormat untuk menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan. Dipersilakan.
perbarisan - MUZIK PERBARISAN

Perbarisan Bendera Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembawa bendera kejohanan yang diketuai
kejohanan oleh Alif Haikal Bin Zainuddin dan pembawa sepanduk sekolah ialah Nurul
Adila bt. Jamaluddin.
Pembawa bendera Malaysia ialah Muhammad Farish Zafwan bin Mohd
Zaki, pembawa bendera Pulau Pinang ialah Muhammad Aqil Danish bin Azlan,
dan pembawa bendera sekolah ialah Muhammad Irsyaduddin bin Mohd Raif
Perbarisan Pra Sekolah Menyusul di belakang yang turut memeriahkan acara perbarisan pagi ini adalah
merupakan murid-murid Prasekolah yang terdiri daripada Prasekolah Cerdik dan
Prasekolah Bestari seramai 50 orang murid di bawah bimbingan Pn. ZaidatulAkma
bt. Othman dan Pn. Satina bt. Md Hashim.
Prasekolah turut dibantu oleh Pn. Rohaizan bt. Ayub dan Pn. Norfaizah bt. Samsuri.

Perbarisan Rumah Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Kuning yang dianggotai seramai
Kuning __66___ orang peserta perbarisan dengan mottonya ‘ Lawan Tetap Lawan’.
Kontinjen ini diketuai oleh adik Muhammad Hakimmi bin Kamri. Pembawa
sepanduk bagi rumah Kuning ialah adik Norrisha Faiz bt. Mohammad. Ketua
bagi kontinjen rumah Kuning ialah Ustz. Haslinda bt. Ibrahim.

Perdana kuning warnanya gemilang


Warna diraja penambah seri
Semangat kental terus berjuang
Takkan mengalah menyerah diri

Perbarisan Rumah Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Biru yang dianggotai seramai __66____
Biru orang peserta perbarisan dengan mottonya ‘ Biru Dipersada’. Kontinjen ini diketuai
oleh ________________ _______________________. Pembawa sepanduk rumah
Biru ialah ____________________________. Ketua kontinjen rumah Biru
ialah Ustzh Wan Nurul Izatul bt. Wan Reba.

Biru persona umpama lautan


Tabah meredah gelombang menjelang
Persona bangkit bersama harapan
Pastikan pingat di bawa pulang.
Perbarisan Rumah Kontinjen yang terakhir masuk ke padang ialah rumah Merah dengan
Merah mottonya ‘Merah Sapu Habis’. Kontinjen ini diketuai oleh Mohd Firdaus Haikal
b. Ahmad Hamidi dan dianggotai seramai __65___ orang peserta. Pembawa
sepanduk bagi rumah Merah ialah Nur Fakhirah binti Zamree. Ketua kontinjen
rumah Merah ialah
Pn. Salinawati bt. Kamis.

Merah waja semarak api


Semangat juang tak pernah hilang
Pertahan juara sudahlah pasti
Biar sampai berputih tulang

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Guru Besar dan
barisan tetamu terhormat kerana sudi menerima tabik hormat daripada kontinjen
perbarisan.

Nyanyian Lagu Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya
Negaraku menyanyikan lagu Negaraku dan diikuti Lagu Negeri Pulau Pinang.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan
duduk.

Bacaan Doa Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan marilah kita sama-
sama menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz
Ahmad Kashfi bin Abd Rahman.
Dipersilakan.….

(Bacaan doa)………………..

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Kashfi bin Abd Rahman.
Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan dengan lancar serta
diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-Allah.
Ucapan perasmian Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha, Puan Fauziah bt. Saad, Guru
Besar SK Tan Sri Awang Had Salleh,
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan
Tahunan SK Tan Sri Awang Had Salleh kali ke-52. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.
……………………
(bunyi dram perasmian)- KOMPANG

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berusaha, Puan Fauziah bt. Saad,
Guru Besar SK Tan Sri Awang Had Salleh,
atas ucapan perasmian itu tadi dan setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi
merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Tan Sri Awang Had Salleh kali ke-52.

Menjemput pembawa Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontinjen yang bertanding maju ke
bendera mengiringi hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz ikrar kejohanan yang akan diketuai
pembaca ikrar oleh adik Alif Haikal bin Zainuddin.
………

Lafaz ikrar kejohanan Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi.

Cenderahati Sebagai tanda kenang-kenganan majlis mempersilakan En. Mohamad Nasir b.


Ahmad guru penolong kanan pentadbiran diiringin
Pn. Khodijah bt. Hassan untuk menyampaikan cendarahati kepada Puan Guru Besar
kerana sudi merasmikan majlis.

Perbarisan Keluar Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh kontinjen yang
padang mengambil bahagian untuk masuk ke khemah masing-masing.

– MUZIK PERBARISAN
………….

Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian Kejohanan Sukan Tahunan
SK Tan Sri Awang Had Salleh kali ke-52. Majlis merakamkan terima kasih kepada
peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan lintas hormat.

Senamrobik Tirai kejohanan pagi ini dibuka dengan acara senamrobik. Majlis menjemput tuan-
tuan dan puan-puan untuk bersama-sama ke tengah Padang untuk bersenamrobik.

………………..

Begitulah tadi acara senamrobik. Buat pengetahuan hadirin, senamrobik itu tadi
dibimbing oleh Puan Norul Adha binti Nordin.

Acara Sukan Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan dimulakan acara Kejohanan Sukan
Tahunan SK Tan Sri Awang Had Salleh kali ke-52.

A- Acara pertama pada hari ini ialah larian 50M kategori Pra sekolah lelaki dan
perempuan.

Diminta kepada semua peserta untuk mengambil tempat masing-masing kerana


acara akan dimulakan sebentar lagi.

.............................

B- Acara seterusnya ialah sukaneka pra sekolah. Bagi kategori lelaki acara ini diberi
nama ____________________ .

Bagi kategori perempuan diberi nama kasut rayaku tahun ini.

Penyampaian hadiah Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah.
Acara A&B
Lompat jauh Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Encik
Jasmi bin Mohamad untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Lompat tinggi Dipersilakan.
Lontar peluru
Bagi acara…………
Pingat emas dimenangi oleh adik…..daripada rumah......
Pingat perak pula disandang oleh adik…dari rumah….
Pingat gangsa menjadi milik adik…dari rumah...
........................

Majlis merakamkan terima kasih kepada .......................................... kerana telah


sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu tadi.

C- Acara akhir lari


80M (K5) lelaki dan
perempuan

D- Sukaneka Tahun 1
dan 2 (L&P)

Penyampaian hadiah Hadirin dan hadirat sekalian,


acara C&D Kejohanan Sukan Tahunan berehat sebentar untuk memberi laluan kepada upacara
penyampaian hadiah.
Seterusnya majlis penyampian hadiah bagi
acara ______________________________

E- Acara akhir lari


80M K4 (L&P)

F- Sukaneka Tahun 3
dan 4 (L&P)

Penyampaian hadiah
acara E&F

G- Acara akhir lari


80M K3 (L&P)
H- Sukaneka Tahun 5
dan 6 (L&P)

Penyampaian hadiah
acara G&H

Acara waris

................

Penyampaian hadiah
acara waris dan guru

Acara Kanak-kanak

Acara tarik tali terbuka


murid lelaki

Majlis penutup Seterusnya, setelah seminggu kita berhempas pulas, kini tibalah acara kemuncak
Kejohanan Sukan Tahunan SK Tan Sri Awang Had Salleh kali ke-52.

Untuk menyempurnakan penyampian hadiah ini, pihak majlis mempersilakan Pn.


Fauziah bt. Saad, Guru Besar SK Tan Sri Awang Had Salleh
Dengan diiringi oleh En. Mohmad Nasir bin Ahmad Guru Penolong Kanan
Pentadbiran SKTan Sri Awang Had Salleh.
Dipersilakan tuan.

Bagi kategori Perbarisan terbaik


Tempat ketiga :
Naib Johan :
Johan :

Seterusnya adalah penyampaian hadiah Khemah Terbaik


Tempat ketiga :
Naib Johan :
Johan :

Penyampaian Hadiah seterusnya ialah kepada olahragawan dan


olahragawati sekolah.

Penerima Anugerah Olahragawan kejohanan bagi tahun 2019 disandang


oleh .................................................................

Penerima Anugerah Olahragawati kejohanan tahun 2019 disandang


oleh.....................................................................

Inilah saat-saat yang di tunggu-tunggu Johan keseluruhan bagi Kejohanan Sukan


Tahunan SK Tan Sri Awang Had Salleh kali ke-52, menjadi milik :
rumah................................................

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu
menjayakan dan melicinkan perjalanan Kejohanan Sukan Tahunan SK Tan Sri
Awang Had Salleh kali ke-52 pada tahun ini.
.................................................................

Marilah sama-sama kita melaungkan hip-hip hooray sebanyak 3 kali sebagai tanda
penutup Kejohanan Sukan Tahunan SK Tan Sri Awang Had Salleh kali ke-52.

Akhir kata dari kami


Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum w.b.t

You might also like