You are on page 1of 6

SKRIP PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN (SUKTA) MAAHAD AL-

UMMAH KALI KE-25

KETIBAAN VVIP

Mengumumkan, ketibaan Yang Berbahagia Tn. Hj. Ahya Arip bin Ngah Abdullah,
Yang Dipertua PIBG Maahad Al-Ummah, Leftenan Kolonel Diwi bin Abd Rahman dari
Rejimen ke-2 Ranger Diraja beserta rombongan dengan diiringi Tn. Hj. Haris bin
Wagiman, pengetua Maahad Al-Ummah.

KATA-KATA ALUAN

Ke pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Illahi.

Bismillahirahmanirahim.

Segala puji bahi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan kita nabi Muhammad
saw. Dengan izinNya dapat kita bersama-sama berkumpul pada hari yang indah ini.

Yang berbahagia, Tn. Hj. Ahya Arip bin Ngah Abdullah, YDP PIBG Maahad Al-Ummah.

Yang Berusaha, Tn. Hj. Haris bin Wagiman, pengetua Maahad Al-Ummah.

Yang Berbahagia, Lt. col. Diwi bin Abd. Rahman, dari Rejimen ke-2 Ranger Diraja.

Yang Dihormati, Tn. Hj. Abdul Aziz bin Musa, Penolong Kanan Pentadbiran.

Yang dihormati, Tn. Hj. Khairunnaim bin Abd. Samad, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid.

Yang Dihormati, Tn. Hj. Suhaimi bin Latip, Penolong Kanan Kokurikulum.

Yang Dihormati, Ustaz Mohammad Hafez Ardhi, Penolong Kanan Azhariah.

Ahli-ahli jawatankuasa PIBG, guru-guru, Ibu bapa dan setrusnya pelajar Maahad Al-
Ummah yang dikasihi sekalian.

1
UCAPAN PERASMIAN

Hadirin yang dihormati sekalian,

Selamat datang ke Kejohanan Sukan Tahunan SABK Maahad Al-Ummah kali ke 25


bagi tahun 2015.

Kejohanan Sukan tahunan ini akan membuka tirai dengan acara perarakan masuk
bendera kejohanan sukan sekolah yang diketuai oleh saudara Sayuti bin Md. Isa dan
diiringi oleh pasukan Tambor Rejimen ke 2 Ranger Diraja.

Bagi menyempurnakan acara lintas hormat pada hari ini, majlis menjemput dan
mempersilakan tetamu kehormat untuk berdiri bagi menerima lintas hormat
daripada kontijen-kontijen perbarisan yang terdiri daripada Pasukan Kadet Remaja
Sekolab dan disusuli oleh Kontijen Rumah Sukan yang akan mengambil bahagian
pada hari ini.

PERBARISAN LINTAS HORMAT

Hadirin sekalian.

1. Pasukan kadet remaja sekolah

Lintas homat pagi ini didahului oleh Pasukan Kadet Remaja Sekolah yang
melangkah segak dengan kekuatan anggota seramai 15 orang yang diketuai
oleh saudara Megat Mohd. Ahlami.

2. Pasukan Rumah Saidina Uthman bin Affan (kuning)

Seterusnya perarakan lintas hormat oleh pasukan rumah Saidina Uthman bin
Affan yang diketuai oleh saudara Ahmad Syahir bin Abd. Razak. Pasukan ini
dibimbing oleh En. Abdul Rahman bin Darus yang bertemakan AL QASSAM.
MOTO yang dipilih oleh pasukan ini ialah hadapi musuh dengan kesabaran.
Sebagai makluman, pasukan ini adalah juara keseluruhan bagi kejohanan
sukan tahunan bagi tahun 2014. Kita akan sama-sama menyaksikan sama
ada mereka Berjaya mengekalkan kejuaraan pada tahun ini.

3. Pasukan Rumah Abu Bakar (biru)

Kontijen yang akan melakukan lintas hormat seterusnya ialah pasukan


rumah Abu Bakar dengan memegang moto Gempur dan gempur. Pantang
berundur kecuali operasi. Pasukan ini diketuai oleh saudara Nur Mustaqim b.
Muhammad Rahim. Pasukan ini dibimbing oleh Ustaz Mohd Faiz bin Azman.
Tema pasukan yang dipilih ialah atlet mahligai.

2
4. Pasukan Rumah Saidina Umar Al-Khattab (hijau)

Perarakan lintas hormat seterusnya ialah pasukan rumah Saidina Umar Al-
Khattab. Pasukan ini diketuai oleh saudara Muhd. Fareez bin Johar dan
dibimbing oleh En. Raino Firhan b. Abd. Rahim. Pasukan ini bertemakan
tentera. Moto yang dipegang oleh pasukan rumah Saidina Umar ialah Allah
tuhan kami, Rasulullah pemimpin kami, Al-Quran petunjuk kami, Mati syahid
cita-cita kami.

5. Pasukan Rumah Saidina Ali b. Abi Talib (merah)

Seterusnya, perarakan masuk kontijen rumah saidina Ali yang melangkah


masuk untuk melakukan lintas hormat. Pasukan ini bertemakan mujahidin.
Kontijen rumah saidina Ali diketuai oleh Muhd. Zarul Naim bin Mohd. Rizar
yang dibimbing oleh En. Asraf bin Alias. Moto yang dipegang oleh pasukan
rumah saidina ali ialah Biar apa orang nak kata, merah akan terus membara.

6. Pasukan Rumah Saidina Uthman bin Affan (kuning)

Ketua:Nur Auni Batrisya bt Abd. Hamid


Pembimbing: Pn. Haliza binti Ali
Moto: Peperangan suatu penentuan

7. Pasukan Rumah Abu Bakar (biru)


Ketua:Aida Nasuha bt. Rosli
Pembimbing: Pn. Nurhayati binti Beddu.
Moto: Gempur dan terus gempur. Pantang berundur

8. Pasukan Rumah Saidina Umar Al-Khattab (hijau)


Ketua: Nur Aina binti Alias
Pembimbing: Pn. Anisan
Moto: Askar

9. Pasukan Rumah Saidina Ali b. Abi Talib (merah)


Ketua: Zaatil Arifah binti Abd. Wahab
Pembimbing: Pn. Rosmawati binti Ramli
Moto: Warrior

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat atas kesudian
menerima lintas hormat sebentar tadi.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU


-Sayuti bagi arahan sedia-

3
Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian, hadirin dijemput untuk berdiri dan
bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku. Dengan segala hormatnya dijemput.

-nyanyian lagu-

Terima kasih diucapkan atas nyanyian sebenar tadi. Semua hadirin dijemput duduk.

PEMBACAAN DOA

Hadirin yang dihormati sekalian.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis mempersilakan Ustaz Gema Hadi
bin Syah Putra untuk mengetuai bacaan doa. Majlis mempersilakan.

-Sayuti bagi arahan angkat tangan-

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi. Marilah bersam-sama kita
pnajatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana kita diberikan kecergasan untuk
bersama-sama menjayakan Kejohanan SUKTA Maahad Al-Ummah kali ke-25.

BACAAN IKRAR

Hadirin yang dihormati,

Seterusnya, majlis mempersilakan saudara Sayuti bin Md. Isa untuk mengetuai lafaz
ikrar kejohanan dengan diiringi oleh pembawa bendera setiap pasukan. Majlis
mempersilakan.

-Sayuti baca ikrar-

Begitulah tadi sempurnanya pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda komitmen


para atlet dalam kejohaanan SUKTA pada tahun ini.

UCAPAN PERASMIAN

Hadirin yang dihormati,


Tidak sempurna majlis kita pada pagi ini tanpa ucapan perasmian, maka, majlis
dengan ini menjemput Tn. Hj. Haris bin Wagiman, pengetua Maahad Al-Ummah
untuk menyampaikn ucapan seterusnya merasmikan kejohanan Sukan Tahunan

4
Maahad Al-Ummah kali ke 25 bagi tahun 2015. Dengan penuh takzim majlis
mempersilakan.

-ucapan pengetua-

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada tuan pengetua atas kesudian
merasmikan kejohanan SUKTA sebentar tadi. Dengan berakhirnya ucapan Tn. Hj.
Haris bin Wagiman sebentar tadi, maka rasmi sudah Kejohanan SUKTA Maahad Al-
Ummah.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA PENGHARGAAN

Acara seterusnya diterusnya lagi dengan penyampaian cenderamata penghargaan


kepada tuan pengetua. Majlis mempersilakan Tn. Hj. Suhaimi bin Latip untuk
menyampaikan cenderahati kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Haris bin Wagiman
sebagai tanda terima aksih atas kesudian hadir merasmikan majlis pada pagi ini.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn. Hj. Suhaimi bin Latip atas
penyampaian cenderahati sebentar tadi.

PERARAKAN KELUAR KONTIJEN

Hadirin sekalian,
Acara perasmian ini akan diteruskan lagi dengan perarakan keluar kontijen-kontijen
rumah sukan yang mengambil bahagian. Dipersilakan.

PERSEMBAHAN TAMBOR

Hadirin sekalian, seterusnya, acara diteruskan lagi dengan persembahan tambor


khas dari Rejimen ke 2 Renger Diraja. Dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudian memeriahkan majlis


perasmian Kejohanan Sukan Tahunan Maahad Al-Ummah kali ke 25.

PENUTUP

Demikianlah tadi berakhirnya acara perasmian Kejohanan SUKTA Maahad Al-


Ummah. Terima aksih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis perasmian kejohanan kali ini.

Kalau ada sumur di ladang, boleh hamba menumpang mandi. Kalau ada umur yang
panjang. Boleh kita berjumpa lagi.

JEMPUTAN MAKAN

5
Majlis menjemput tetamu kehormat untuk menikmati jamuaan ringan yang telah
disediakan. Mjlis mempersilKan.

PERHATIAN

Pegawai-pegawai kejohanan yang terlibat di dalam acara seterusnya diminta untuk


mengambil tempat.

PENGUMUMAN ACARA BALAPAN


Hadirin yang dihormati,

Sebentar lagi akan berlangsung acara . Peserta-peserta yang


mengambil bahagian dalam acara ini diminta bersedia di tengah padang.

PENGUMUMAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sebentar lagi akan berlangsung penyampaian badiah acara


..

Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakan untuk


menyempurnakan majlis penyampaian hadiah dengan diiringi oleh

Tahniah kepada pemenang.

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima aksih kepada ..


atas kesudian menyampaikan hadiah.

You might also like