You are on page 1of 13

TEKS PENGACARA SK SUNGAI TUA BAHARU

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA TAHUNAN SKSTB KALI KE-38 Tahun 2018

Bil Acara Teks


1 Persedian -Acara kejohanan sukan akan bermula sebentar sahaja lagi…semua
hadirin di minta bersedia
- Di minta semua murid yang tidak terlibat dengan perbarisan…sila
masuk berada di dalam khemah rumah sukan masing-masing.
-Dijemput tuan puan..para ibubapa..sila berada di dalam khemah di

tempat yang telah disediakan.

2 Salutasi Sukan membentuk semangat waja


Badan sihat tentu bertenaga
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Raikan Kejohanan sukan kita bersama .

Yang berbahagia Tuan Haji Sajoli bin Masdor


Ketua Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Gombak(KPPPD)

Yang Mulia
Pn Raja Ashariah bt Raja Jaaffar.
Guru Besar Sk Sungai Tua Baharu

Yang dihormati
En Idrus bin bin Mohamed Ramly
Yang Di Pertua PIBG Sek Keb Sungai Tua Baharu

Yang Berusaha
En Nazrul bin Ahmad Zaidi
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Tn Hj Aznam b Mohamed
Guru Penolong kanan Pentadbiran
En Azmin bin Abdullah
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn Nora binti Mohamed Isa


Guru Penolong Kanan Petang

Ahli Jawatankuasa PIBG SK Sungai Tua Baharu


En Nor Hailmy b Mohd Nor..Pengurus Kejohanan Balapan & Padang
SKSTB 2017
,
Guru-guru, Ibubapa /penjaga tuan-tuan, puan-puan seterusnya
murid-murid SK Sungai Tua Baharu dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... ,, salam


sejahtera… salam sehati sejiwa.salam negaraku
Malaysia….diucapkan..

DARI PADANG AWAM KAMPUNG SUNGAI TUA BAHARU…


DIUCAPKAN...SELAMAT DATANG…WELCOME…AHLAN WASAHLAN….
KE…KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA DAN PADANG SEK KEB SG TUA
BAHARU KALI KE -38 …TAHUN 2018

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-


alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Sukan
Tahunan SK SG TUA BAHARU TAHUN 2018 Semoga dengan kehadiran
tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik semangat kesukanan
kepada atlit-atlit muda yang akan beraksi dalam acara pada hari ini.

3 Perbarisan lintas Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan ini, marilah sama-
hormat sama kita saksikan perbarisan lintas hormat semua kontinjen rumah
yang mengambil bahagian.
4 Menjemput YDP Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
PIBG ,GB,AJK PIBG berbahagia Tuan Haji Sajoli bin Masdor
& GPK menerima Ketua Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Gombak(KPPPD)
tabik hormat dari dengan diiringi oleh Yang Berusaha Pn Raja Ashariah bt Raja Jaafar ,
peserta perbarisan Yang dihormati , En Idrus bin Mohamed Ramly, YDP PIBG serta
barisan AJK PIBG dan pentadbir sekolah untuk menerima tabik hormat
daripada peserta perbarisan. Dipersilakan.

- MUZIK LAGU PERBARISAN DIMAINKAN…(1)


5 Hakim bersedia Diminta para hakim juga agar dpt bersedia untuk menghakimi
perbarisan lintas hormat dan juga persembahan formasi daripada
kontinjen perbarisan rumah sukan masing2.
6 Perbarisan lintas Perbarisan lintas hormat dimulakan dan diketuai oleh adik MUHD
hormat rumah AMIR ASYRAAF BIN MOHD FAUZI ….
sukan Pembawa bendera Malaysia ialah MUHAMMAD ADHA BIN HAIRUL
NAHAR dan pembawa bendera Selangor ialah
MUHAMMAD HARIZ AZIM BIN KHAIRUL AZRIN

7 Perbarisan Rumah Menyusul di belakang adalah kontinjen rumah Merah dengan


Merah -1 mottonya ‘Merah membara memburu juara’. Kontinjen ini diketuai oleh
adik
MUHAMMAD AIZAD HELMI BIN ABDUL HAMID…...

Langkah mantap bak pahlawan Melayu,


Tak kan mudah berputus harap
Merah membara pasti juara,
Inilah…. Kontinjen rumah merah

Pengurus bagi kontinjen rumah Biru ialah Pn Nor Afzan bin .

8 Perbarisan Rumah Seterusnya menyusul kini… ialah kontinjen daripada rumah kuning
kuning-2 ……… dengan mottonya ‘ kuning di persada… Kontinjen ini diketuai
oleh adik MUHAMMAD IZZUDDIN IZZ BIN ANUAR HUSSAIN
Ketua guru bagi kontinjen rumah kuning ialah Pn. Nur Fazlina bt
Mohd Salleh.

Destinasi dituju tidak terhalang,


Johan pasti dalam genggaman,
Rumah kuning pasti cemerlang,
Nama muncul jadi sebutan.

9 Perbarisan Rumah Seterusnya melintasi kini…


Jingga-3 Minda cerdas, jasmani cergas,
Warna jingga pilihan hati,
I’m the best, always the best,
Itulah motto pasukan ini.

. ialah kontinjen daripada rumah Jingga yang dengan mottonya ‘


Jingga Ranggers.. Kontinjen ini diketuai oleh adik AIROL NAJMI BIN
HARIZAN . . Ketua guru kontinjen rumah Kuning ialah Pn. Nor
Asmidar bt Zakaria @ Azmi.

10 Perbarisan Rumah
Hijau-4 Melangkah segak bergaya….Kontinjen seterusnya ialah rumah Hijau
dengan mottonya ‘Hijau Sapu Habis’. ..untuk pengetahuan semua…pd
tahun lepas..pasukan rumah hijau telah dinobatkan sebagi Johan
keseluruhan…adakah mereka mampu mengekalkan kejuaraan pada
tahun ini…sama2 kita saksikan nanti.
Kontinjen ini diketuai oleh adik MUHD AQIL WAFIUDDIN BIN MOHD
MUSTHAKIM
Langkah diatur seorang pahlawan,
Ikrar hijau gagah perkasa,
Muncul Johan jadi idaman,
Semangat membara seorang wira.

Ketua kontinjen rumah Hijau ialah Pn Khairuzzah bt Bharom.


11 Berikutnya, lambaian wira gemilang, dr rumah biru…
Perbarisan Rumah
Biru-5 Rakyat sihat negara maju,
Bersukan jadi amalan semua,
Bersatu…terus Maju…
Motto pasukan bakal Juara.

Pasukan ini diketua oleh adik KHAIRUL AZRI ASYRAFF BIN


KAMALRUZAMAN .Motto pasukan bagi rumah biru ialah…biru
bersatu terus maju…

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia En Idrus bin


Mohamed Ramly, YDP PIBG dengan diiringi oleh Yang Berusaha Pn
Raja Ashariah bt Raja Jaafar serta barisan AJK PIBG dan pentadbir
sekolah kerana sudi menerima tabik hormat daripada kontinjen
perbarisan.
- MUZIK PANCARAGAM PERBARISAN DI BERHENTIKAN (2)
12 Bacaan Doa Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan marilah


kita sama-sama menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan
dibacakan oleh Al –fadhil Tn Hj Ustaz Mohd Ridzuan bin Mohd Nor.
Dipersilakan. ….
(Bacaan doa)………………..

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Mohd Ridzuan


bin Mohd Nor.
Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan dengan
lancar serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-Allah.
13 Nyanyian Lagu Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita sama-sama berdiri dan
Negaraku seterusnya menyanyikan lagi Negaraku.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin


dipersilakan duduk.

14 Menjemput Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontinjen yang bertanding


pembawa bendera maju ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz ikrar
mengiringi kejohanan yang akan diketuai oleh adik MUHAMMAD AMIR ASYRAAF
pembaca ikrar BIN MOHD FAUZI……………

Lafaz ikrar Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada adik MUHAMMAD
kejohanan AMIR ASYRAAF BIN MOHD FAUZI…di atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi.
Untuk pengetahuan hadirin semua..adik muhd amir asyraf merupakan
seorang atlet sukan sekolah yg sangat aktif terutama dalam
permainan sepak takraw sejak dari tahun 4 lagi. Beliau turut aktif dalam
permainan bola sepak. Beliau juga sangat lincah dan juara pecut ketika
beraksi di balapan dan padang. Adik Amir asyraf telah mengharumkan
nama sekolah hingga ke peringkat kebangsaan dalam permainan
sepak takraw.
15 Persembahan Tuan..puan…ibupa guru2 dan murid2 sekalian….
Formasi Lompat si katak lompat,
Lompat berempat-empat,
Belajar kami cepat dapat,
Bersukan pun kami hebat.

Acara seterusnya ialah..persembahan formasi daripada pasukan


kontinjen perbarisan daripada setiap rumah sukan masing2.
16 Formasi rumah Mendahului persembahan…Ayuh …jom sama2 kita saksikan
Hijau -1 persembahan pertama daripada pasukan kontinjen rumah
Hijau….dipersilakan…

Demikianlah tadi..pertunjukan formasi yang menarik daripada


kontinjen rumah hijau…mereka mempersembahkan gaya aksi `martial
art` iaitu seni rengkas mempertahankan diri…terima kasih diucapkan..
17 Formasi rumah Seterusnya…marilah kita saksikan pula..persembahan formasi ke-2
Biru-2 daripada kontinjen rumah biru…dipersilakan..

Demikianlah tadi..pertunjukan formasi yang hebat dan cukup


bersemangat daripada kontinjen rumah biru…mereka
mempersembahkan gaya aksi gerakan padu semangat waja untuk
terus berjuang memburu juara…terima kasih diucapkan..
18 Formasi rumah Seterusnya…marilah kita saksikan pula..persembahan formasi ke-3
Kuning-3 daripada kontinjen rumah kuning…dipersilakan..

Demikianlah tadi..pertunjukan formasi daripada kontinjen rumah


kuning… gaya aksi gerakan tarian yg dipersembahkan menunjukkan
kesatuan semangat juang yang tinggi ingin memburu seberapa bnyk
pingat …terima kasih diucapkan..

19 Formasi rumah Seterusnya…marilah kita saksikan pula..persembahan formasi ke-4


Jingga-4 daripada kontinjen rumah jingga…dipersilakan..

Demikianlah tadi..pertunjukan formasi yang cukup bersemangat dr


rumah jingga…mereka mempersembahkan gaya aksi `HAKKA `
menunjukkan semangat juang yg kuat untuk memburu juara…terima
kasih diucapkan..
20 Formasi rumah Seterusnya…marilah kita saksikan pula..persembahan formasi ke-5
Merah-5 daripada kontinjen rumah merah…dipersilakan..
Demikianlah tadi..pertunjukan formasi yang cukup bersemangat dr
rumah merah…mereka mempersembahkan gaya aksi `HAKKA `
menunjukkan semangat juang yg tinggi untuk memburu
kejayaan…terima kasih diucapkan..
21 ucapan Guru Besar Hadirin sekalian,

Seterusnya majlis menjemput Yang Berusaha Yg Mulia Raja Ashariah bt


Raja Jaafar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan SgTua baharu untuk
menyampaikan ucapan aluan. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Guru Besar atas
ucapan itu tadi.
22 Ucapan perasmian Jalan berlengkok redup berkalis,
Damba pedoman menyongsong arah,
Ucapan tuan merasmi majlis,
Tanda kejohanan berlangsung meriah.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia, En , Idrus bin


Mohamed Ramly, YDP PIBG SK SG Tua Baharu untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Sg
Tua Baharu kali ke-37. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
……………………
(bunyi dram perasmian)- (3)

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia, En , Idrus


bin Mohamed Ramly, YDP PIBG SK SG Tua Baharu di atas ucapan
perasmian itu tadi dan setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi
merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK SG Tua Baharu kali ke-37 .

23 Gimik perasmian Acara seterusnya ialah gimik perasmian..Sekali lagi di jemput Yang
Berbahagia, En , Idrus bin Mohamed Ramly, YDP PIBG diiringi oleh
Yg Berusaha Pn Ashariah bt Raja Jaafar selaku Guru Besar SKSTB
untuk menyempurnakan gimik perasmian…dipersilakan..

Hadirin sekalian…begitulah tadi gimik perasmian


_____________________________________ Berikan tepukan gemuruh ……Ia
menunjukkan simbolik semangat kesukanan yg sangat kuat dan
membara dikalangan semua kontinjen rumah sukan pada hari ini.

Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput yang berusaha Pn


Raja Ashariah bt Raja Jaafar bagi menyampaikan cenderamata kepada
Yg Berbahagia EN Idrus bin Ramli di atas kesudian merasmikan
kejohanan sukan tahunan pada kali ini.
Terima kasih diucapkan kepada Pn Raja Ashariah bt Raja Jaafar kerana
sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.

24 Perbarisan Keluar Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan lintas keluar oleh kontinjen
padang yang mengambil bahagian untuk masuk ke khemah masing-
masing…dipersilakan..

– MUZIK PANCARAGAM PERBARISAN DIMAINKAN (4)


………….

Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian Kejohanan


Sukan Tahunan SK Sungai tua Baharu kali ke-37. Majlis merakamkan
terima kasih kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam
perbarisan lintas hormat DAN persembahan formasi.

25 Penyampaian Hadirin yang budiman,


hadiah acara akhir
Merak emas dan cenderawasih,
Padang.
Si kunang-kunang terbang berarak,
Bagi yang tewas usah bersedih,
Bagi yang menang, usahlah riak.

Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah acara akhir Padang. Bagi


acara lompat tinggi,lompat jauh dan lontar peluru.
Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan ________________________________________________
Dan diiringi oleh ____________________________________
untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan.

Bagi acara…………
Pingat emas dimenangi oleh adik…..daripada rumah......
Pingat perak pula disandang oleh adik…dari rumah….
Pingat gangsa menjadi milik adik…dari rumah...
........................
Majlis merakamkan terima kasih
kepada _____________________________________________ kerana telah sudi
menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu tadi.

26 PENGUMUMAN
PUNGUTAN MATA
RUMAH SUKAN

27 Acara 100 m dan Hadirin yg dihormati..

200 m invidu
Acara yang akan berlangsung sebentar lagi ialah Acara 100 m kelas 3

lelaki tahun 4

Untuk itu dipersilakan _____________________ semua bersedia

( rujuk bku program)

. Untuk itu, diminta kepada semua pegawai sukan dan yang


mengambil bahagian dapat bersiap sedia.

28 persembahan
murid Sorok di peti bunga kasturi,
senamtari…………… Kainlah songket habis berbau,
Pujuklah hati bawa menari,
Menari tari lagu Melayu.

Hadirin sekalian,
Bagi meredakan debaran atlet yang bakal bertanding pada hari ini,
marilah kita sama-sama saksikan Persembahan
senamtari oleh murid-murid SK Sg Tua baharu..

Demikianlah persembahan menarik senamtari, oleh murid-murid


tahun 4 Persembahan tersebut adalah dibawah bimbingan Pn
azilawati bt ABD Rahim

29 Penyampaian Hadirin dan hadirat sekalian,


hadiah individu Kejohanan Sukan Tahunan berehat sebentar untuk memberi laluan
100 m 200 m kepada upacara penyampaian hadiah.
Seterusnya majlis penyampian hadiah bagi
acara ______________________________
Untuk menyempurnakan penyampian hadiah ini, pihak majlis
mempersilakan:
Nama:
Jawatan:
Dengan diiringi oleh
Nama:
Jawatan:
Dipersilakan tuan.

Bagi acara ...............................


Emas dimenangi oleh adik...dari rumah...
Perak dimenangi oleh adik...dari rumah...
Gangsa dimenangi oleh adik...dari rumah..

Majlis merakamkan terima kasih kepada yang berbahagia/berusaha


Encik.....(jawatan) kerana telah sudi menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah.

30 Acara
berkumpulan
4 x 100 m
4 x 200 m
31 Acara guru dan
ibu bapa
32 Penyampaian Seterusnya majlis penyampian hadiah bagi
Hadiah(2) acara ______________________________
4 x 100 m
4 x 200 m Untuk menyempurnakan penyampian hadiah ini, pihak majlis
mempersilakan:
Nama:
Jawatan:
Dengan diiringi oleh
Nama:
Jawatan:
Dipersilakan tuan.
Bagi acara ...............................
Emas dimenangi oleh adik...dari rumah...
Perak dimenangi oleh adik...dari rumah...
Gangsa dimenangi oleh adik...dari rumah..

Majlis merakamkan terima kasih kepada yang berbahagia/berusaha


Encik.....(jawatan) kerana telah sudi menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah.

Seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada olahragawan dan


olahragawati sekolah.
Dipersilakan:
Penerima Anugerah Olahragawan kejohanan disandang oleh
adik....................................................................
Penerima Anugerah Olahragawati kejohanan disandang oleh
adik.....................................................................

Bagi kategori Perbarisan terbaik disandang oleh:


rumah.....................................................

Dan Johan keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK Sg Tua


baharu, disandang oleh ...................................
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
33 Majlis penutupan Kejohanan Sukan Tahunan SK Sg Tua Baharu kini tiba ke
penghujungnya.
Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan
Kejohanan Sukan Tahunan SK SK Sg Tua Baharu pada tahun ini.
.................................................................
Sekarang kita tampilkan -------------------------------------------ke
tengah padang untuk melaungkan hip-hip hooray sebanyak 3 kali
sebagai penutup Kejohanan Sukan Tahunan SK SK Sg Tua Baharu KALI
KE 38 TAHUN 2018. Dipersilakan.
Akhir kata dari kami
Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum w.b.t

You might also like