You are on page 1of 5

TEKS MC KARNIVAL SAINS DAN MATEMATIK

MASTER OF CEREMONY : FARHAH DAN HAFSAH

BIL PERKARA / UPACARA QUE


1 Mengumumkan ketibaan Yang dihormati PUAN HAJAH NOR ESAH BINTI
SHAMSUDIN, Timbalan Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Seremban
diiringi oleh barisan pentadbir SMK Nilai Impian

2 Nyanyian

Majlis kita dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku.


Hadirin diminta berdiri tegak.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih untuk nyanyian sebentar tadi.


Hadirin dipersilakan untuk duduk.

3 Alu-aluan

Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani.


Salam Dinamik Progresif,
Sekolahku sejahtera, Merentasi Impian Melangkaui Kejayaan

Yang dihormati Puan HAJAH NOR ESAH BINTI SHAMSUDIN,


Yang berusaha Puan Natherah binti Mesbah, pengetua SMK Nilai Impian
Puan Haslina binti Hashim, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Encik Pu’at bin Mohd Haron, GPK Kokurikulum

Barisan guru kanan mata pelajaran, kaunselor, guru-guru, dan murid sekalian.

Bersyukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang Maha Agung, kerana dengan limpah kurniaNya,
maka kita sama-sama berkumpul di dewan ini bagi menjayakan
Perasmian Karnival Sains dan Matematik SMK Nilai Impian tahun 2023.

Program ini merupakan salah satu daripada Program Peningkatan Akademik Bidang
Sains dan Matematik yang dapat memberi ruang kepada murid-murid SMK Nilai
Impian untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang berteraskan STEM.
Program ini berobjektifkan Untuk Meningkatkan kemahiran, kefahaman dan
pengetahuan murid tentang sains, matematik dan asas computer.
Selain itu, Menarik minat murid terhadap STEM melalui aktiviti yang dijalankan. Di
samping itu, program ini mencungkil dan mengetengahkan bakat murid terhadap
STEM.

4 Doa

Tetak buluh panjang sepuluh,


1
Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.

Bagi memberkati majlis ini, dipersilakan MUHAMMAD FAIZ BIN MOHD FAUZI
untuk membacakan doa.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih diucapkan kepada MUHAMMAD FAIZ BIN
MOHD FAUZI

5 Ucapan pengetua

Majlis seterusnya menjemput Puan Natherah binti Mesbah, pengetua SMK Nilai
Impian untuk memberikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Natherah binti Mesbah.

Ucapan perasmian
6
Terbang di awan burung jentayu,
Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi

Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi,

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang dihormati Puan
HAJAH NOR ESAH BINTI SHAMSUDIN, untuk memberikan bingkisan kata sekaligus
merasmikan Pelancaran Kernival Sains dan Matematik peringkat sekolah. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan HAJAH NOR ESAH BINTI
SHAMSUDIN atas ucapan perasmian sebentar tadi.
7 GIMIK PERASMIAN

Majlis mempersilakan sekali lagi Yang Dihormati puan HAJAH NORESAH BINTI
SHAMSUDIN bersama-sama barisan pentadbir bagi gimik perasmian.

Dengan itu, rasmilahlah sudah Pelancaran Karnival Sains dan Matematik peringkat
SeMNI 2023.

2
Untuk makluman semua, eksperimen Elephant Toothpaste ini melibatkan Kalium
Iodida, Hidrogen Peroksida, bahan pencuci dan pewarna makanan. Tindak balas kimia
berlaku dengan sangat pantas apabila Kalium Iodida yang bertindak sebagai mangkin
dituangkan ke dalam Kelalang Volumetrik yang berisi Hidrogen Peroksida
berkepekatan tinggi yang akan menghasilkan bahan berbuih.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Hajah Noresah binti Shamsudin
dan barisan pentadbir.

8 TAYANGAN VIDEO STORYTELLING DIGITAL ANIMATION

Seterusnya marilah kita sama-sama menyaksikan tayangan video storytelling digital


animation. Untuk pengetahuan semua video ini dihasilkan oleh
Daani Mirza Rizqi bin Muhammad Bazli,
Nur Hafsah binti Norzafry dan
Batrisyia Syazana binti Ridzuan yang mewakili sekolah dalam pertandingan digital
story telling animation 2023

Terima kasih untuk tayangan video sebentar tadi.

9
PELANTIKAN MATHS LEADER
Majlis akan diteruskan dengan pelantikan MATHS LEADER
Maths leader merupakan sebuah kumpulan bagi membimbing murid-murid dalam mata
pelajaran matematik.

Bagi maksud itu, majlis sekali lagi mempersilakan puan HAJAH NORESAH BINTI
SHAMSUDIN diiringi oleh PUAN NATHERAH BINTI MESBAH untuk menyampaikan
sijil pelantikan.

LAMPIRAN 1
SENARAI NAMA MATHS LEADER TINGKATAN 3
BIL MATHS LEADER TINGKATAN
1 ONG YOON ZHENG 3 INTELEK
2 ABID ABSYAR BIN AHMAD RYAIHAN 3 INTELEK
3 NUR NAJWA BINTI AHMAD NIZAMUDDIN 3 INTELEK
4 NUR UMAIRAH QHAISARA ZULFIKHA BINTI RAZAK 3 INTELEK
5 NUR EMILY JASMINE BINTI KAMARUL ARIFFIN 3 ILTIZAM
6 FAQEEHA BINTI AZZAIDI 3 ILTIZAM
7 MUHAMMAD DANISH BIN NORIMAN 3 ILTIZAM
3
8 NUR SHAMIRA BINTI SHAIFUZAIN 3 ILTIZAM

SENARAI NAMA MATHS LEADER TINGKATAN 2


BIL MATHS LEADER TINGKATAN
1 MARISSA QISTINA BINTI FARISZUL 2 ILTIZAM
2 NUR HAFSAH BINTI NORZAFRY 2 ILTIZAM
3 AZAMIR SYAMIM BIN MOHD RASUL 2 INTELEK
4 FATIN NABILAH BINTI MOHD NURUDDIN 2 INTELEK
5 DAVIA EVRIEL ERIANA BINTI AZIF 2 ILTIZAM
6 ELVIRIZA NURJANNAH BINTI ABDULLAH 2 ILTIZAM
7 MARYSSA DAMIA BINTI MOHAMAD FAIZAL 2 ILTIZAM
8 NUR NADIA LIYANA BINTI YUS AZIMI 2 INTELEK
9 ZAIDAN ZAINAL BIN ZAIRIN IZWAN 2 ILTIZAM
10 QISHA ALIESYA BINTI AJIDIN 2 ILTIZAM

BIL MATHS LEADER TINGKATAN


1 ADAM RAYYAN BIN SHAIFUL HAZMEER 1 ILTIZAM
2 MUHAMMAD HAZZEIQ ISYRAF BIN AZHEIM 1 ILTIZAM
3 UMMUL HASANAH BINTI MOHD IQBAL 1 ILTIZAM
4 AISYAH HUMAIRAH BINTI NOR AZLAN 1 ILTIZAM
5 ADRA FARHANA BINTI NORMAN 1 IKHLAS
6 MUHAMMAD IMAN ZAHRAN BIN ZAINAL 1 INTELEK
7 SARAH JASMIN BINTI SAMRIZAT SAZLI 1 INTELEK
8 IRIS KYRA BINTI MOHD AZAM 1 INTELEK
9 NUR KARISSA RANIA BINTI MOHAMAD AMIR RIDZUAN 1 INTELEK
10 UZMA AISYAH BINTI NAZIR 1 INTELEK

10 Cenderamata
Majlis diteruskan sesi pemberian cenderamata kenang-kenangan dari SMK Nilai
Impian kepada jemputan kita pada hari ini.
Majlis dengan ini mempersilakan PUAN NATHERAH BINTI MESBAH untuk
menyampaikan cenderamata.
Dijemput sekali lagi Yang dihormati Puan HAJAH NOR ESAH BINTI SHAMSUDIN,

Majlis merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada Puan Natherah binti
Mesbah dan Puan HAJAH NOR ESAH BINTI SHAMSUDIN.

10 PENUTUP

Majlis kita sampai di penghujungnya,saya,Farhah binti Ridzuan dan saya,Nur Hafsah


binti Norzafry sebagai pengacara anda pada hari ini memohon kemaafan jika ada silap
dan salah sepanjang mengendali majlis ini.

4
Pihak sekolah juga mengharapkan seluruh warga SeMNI khususnya rakan murid dapat
memberikan sokongan dengan menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan
oleh Bidang Sains dan Matematik.

Jejaran mengkudu bias kesuma


Di celah angsana di Kuala Sedeli
Akhir di sini noktah bersama
Pada lain masa bersua kembali

Sekian, terima kasih. Wabilahi taufik walhidayah.......


Dijemput para jemputan ke kantin untuk sesi jamuan.

You might also like