You are on page 1of 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera dan selamat pagi

Terima kasih saudari pengacara majlis

Yang Berusaha Tuan Pengetua, HAJJAH AZIZAH BINTI HAJI MUSA


Guru penolong kanan pentadbiran, PUAN ZAINAH BINTI AHMAD SISMAN
Guru penolong kanan hal ehwal murid, PUAN WAN SURYANI BINTI WAN MOHD RAZALI
Guru penolong kanan kokurikulum, ENCIK KAMAL BIN MD TAIB

Guru-guru kanan matapelajaran


Guru-guru cemerlang
Rakan guru

dan puteri-puteri SGS yang dikasihi sekalian,

Pada masa ini, terdapat ramai pelajar yang berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT) dan kelompok pelajar ini memerlukan ruang untuk mengembang dan
menggunakan kemahiran mereka. Oleh itu, sebuah badah khas seperti Briged Bestari perlu
diwujudkan supaya potensi mereka ini dapat dikembangkan dan memberi manfaat kepada semua
warga sekolah.

Antara fungsi utama Briged Bestari Sekolah adalah:


1. Membimbing rakan sebaya dalam penggunaan ICT di sekolah.
2. Membantu menyelesaikan masalah teknikal di sekolah.
3. Menyebarkan maklumat ICT yang baru.
4. Membantu dalam membudayakan ICT di sekolah.

Dengan ini, pada 19 JANUARI 2015 yang lalu, pihak pengurusan sekolah telah bersetuju untuk
menubuhkan Briged Bestari di SGS ini. Beberapa nama pelajar telah disenaraipendekkan untuk
menjadi ahli briged dan satu pengumuman telah dibuat untuk mengisi kekosongan ahli yang ada.

Oleh itu, dengan sukacitanya pada pagi yang mulia ini, kita berkumpul bagi melangsungkan MAJLIS
PELANTIKAN BRIGED BESTARI SEKOLAH BAGI SESI 2015.

Maka bagi meneruskan acara, majlis menjemput PUAN WAN SURYANI BINTI WAN MOHD RAZALI
untuk mengiringi Yang berusaha HAJJAH AZIZAH BINTI HAJI MUSA, bagi menyampaikan watikah
pelantikan kepada ahli Briged Bestari yang telah dipilih. Dipersilakan,
Penyampaian watikah dimulakan dengan,

Pengerusinya :

BIL NAMA TINGKATAN


1. PUTERI ARLIS TSHARINA BINTI JAZLAN ARIF 5 ZINNIRAH
2. SITI NUR FATEHAH BINTI IBRAHIM IDHAM 5 KHADIJAH
3. FATIN SYAHIRAH BINTI MOHD HISHAMUDDIN 5 AISYAH
4. AINUL SYUHADA BINTI MOKHTAR 5 MASYITAH
5. ANIS AMYRA BINTI AHMAD SABRI @ ATIB 5 KHADIJAH
6. MADIHAH BINTI OTHMAN 5 KHADIJAH
7. AIMI HUSNA BINTI HAMMAD 5 NUSAIBAH
8. FARAH IZZAATY AFIFI BINTI ISHAK 5 SUMAIYAH
9. HERZA FARINA BINTI RAMLAN 5 NUSAIBAH
10. NURUL ISHTIMAL BINTI MD SHATER 5 NUSAIBAH
11. NURUL IZZATIE BINTI ABD MALEK 5 KHADIJAH
12. SAZZIEEQQA AZREN BINTI SAIFUL BAHRI 5 SUMAIYAH
13. SHARIFAH YAZMIN BINTI SYED MOHD HELMY 5 ZINNIRAH
14. NOR NAZIRA BINTI NOR ZAINI 5 NUSAIBAH

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua kerana menyempurnakan majlis pelantikan briged
bestari sekolah bagi sesi 2015.

Semoga dengan pelantikan ini, semua warga sekolah sedar dengan kewujudan Briged Bestari ini dan
boleh merujuk mereka bagi memerlukan khidmat ICT di sekolah ini.

Sekian, dengan lafaz wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah


hita’alawabarakatuh, saya serahkan kembali majlis kepada pengacara majlis.

You might also like