You are on page 1of 16

PIBG

PERSATUAN IBU BAPA-GURU (PIBG)


SEKOLAH KEBANGSAAN KALAI
08700 JENIANG, KEDAH DARUL AMAN.
TEL: 011- 65735266 EMEL: skkalaisik@gmail.com

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 48 TAHUN 2021


BIL. 1 / 2021

Tarikh : 09 APRIL 2021


Masa : 3.15 – 4.00 petang (Majlis Perasmian)
4.00 – 5.50 petang (Mesyuarat Agung)
Tempat : Dewan Kampung Berona Kiri
08700 Jeniang
Kedah Darul Aman.

Perasmi : CIKGU SURYANI BINTI NAZMIN


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Kalai
08700 Jeniang, Kedah Darul Aman.
Kehadiran :

AHLI JAWATANKUASA PIBG

Bil Nama Jawatan

1. En. Radin Mahazar bin Ahmad Radin YDP PIBG SK. Kalai

2. Cikgu Fairil Azwan bin Abdul Aziz NYDP PIBG SK. Kalai

3. Cikgu Shuhida binti Othman Setiausaha PIBG SK. Kalai

4. Cikgu Nurul Wahida binti Mohd Nor Bendahari PIBG SK. Kalai

5. Cikgu Hyusmee bin Kasim AJK / guru

6. Cikgu Roslina binti Zainul @ Hassan AJK / guru

7. Cikgu Hasni binti Hussin AJK / guru

1
8. Ustazah Zanariah binti Othman AJK / guru

9. Pn. Prany a/p Chuan AJK / waris

10. Pn. Ei Riang a/p E Fot AJK / waris

11. Pn. Ubai a/p Ai Bau AJK / waris

12. Pn. Fatimah binti Mat Rejab AJK / waris

13. En. Zabidi bin Hassan Juru audit dalaman /


Pemb. Tadbir

TIDAK HADIR

1. Ustazah Wakhidah binti Hassan AJK / guru (bersebab)

2. En. Asrull Effindi bin Zakaria AJK / waris (bersebab)

3. En. Mohamad Ali bin Zakaria AJK / waris (bersebab)

4. Pn. Juliana binti Abdul Aziz Juru audit dalaman/ (bersebab)


waris

KEHADIRAN GURU DAN STAF SOKONGAN

BIL NAMA JAWATAN


1. Cikgu Suryani binti Nazmin Guru Besar /Ex-Officio PIBG
2. Cikgu Siti Zubaidah binti Mohd Roseli Penolong Kanan Pentadbiran
3. Cikgu Zulkiffli bin Mahmud Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Cikgu Mohamad Shuib bin Hashim Penolong Kanan Pentadbiran
5. Cikgu Md. Ashri bin Lebai Sulaiman Guru Penolong
6. Cikgu Helmy Shahmi bin Abd Samad Guru Penolong
7. Cikgu Abd. Halim bin Ahmad Guru Penolong
8. Cikgu Siti Hawa binti Jamain Guru Penolong
9. Ustazah Norhasbaizma binti A. Bakar Guru Penolong
10. Ustazah Hasnah binti Azizan Guru Penolong

2
BIL NAMA JAWATAN
11. Ustaz Asyraf Husaini bin Ibrahim Guru Ganti
12. Cikgu Rozana binti Mat Jaib Guru Ganti
13. Ustazah Norhidayu binti Abd Hamid Guru KAFA
14. Ustazah Siti Nor Juliza binti Jaafar Guru KAFA
15. Ustazah Nur Atikah binti Hassan Guru KAFA
16. Ustazah Hamidah binti Halim Guru KAFA
17. Pn. Aliyati binti Ismail Pembantu Pengurusan Murid

IBU BAPA / WARIS / PENJAGA

BIL NAMA AYAH


1. En. Sofri bin Othman
2. En. Abd Razak bin Awang
3. En. Hassan bin Ahmad
4. En. Muhammad Zul bin Saad
5. En. Jamaluddin bin Harun
6. En. Zaidi bin Hassan

BIL NAMA IBU


7. Pn. Karum a/p Sam Man
8. Pn. Noriza binti Abd Ghani
9. Pn. Che Puteh binti Hamid
10. Pn. Siti Rohaya binti Mat Rejab
11. Pn. Rohani binti Yaakub
12. Pn. Norbaizura binti Ariffin
13. Pn. Siti Hejah binti Abd Rahman
14. Pn. Razita binti Mohd Radzi
15. Pn. Zaiton binti Ostman
16. Pn. Nurul Shuhada binti Elias

3
BIL NAMA IBU
17 Pn. Siti Hajar binti Harun
18 Pn. Norhasliza binti Hashim
19 Pn. Norhayati binti Ariffin
20 Pn. Amirah binti Razali
21 Pn. Hasnah binti Abd Wahab
22 Pn. Nazliyah binti Zakaria
23 Pn. Saniah binti hamid
24 Pn. Hamidah binti Zakaria
25 Pn. Che Bashah binti Osman
26 Pn. Noorriza binti Che Saad
27 Pn. May Lee a/p Lee Ah Boon
28 Pn. Norlizawati binti Mat Isa
29 Pn. Siti Mardhiah binti Shahrom
30 Pn. Raziah binti Kassin
31 Pn. Nurul Huda binti Shaaban
32 Pn. Siti Nornabila binti Ismail
33 Pn. Nurul Shahida binti Abd Halim
34 Pn. Roezani binti Ishak
35 Pn, Katijah binti Ibrahim
36 Pn. Rosmanizam binti Aziz
37 Pn. Munirah binti Mat Salleh
38 Pn. Zurina binti Hashim
39 Pn. Champa a/p Iren
40 Pn. Rokiah binti Ali

Jumlah semua : 71 orang.

4
Atur cara majlis:
3.1 Semasa Majlis Perasmian:
2.15 petang : Kehadiran para waris, sanitasi, memeriksa suhu dan pendaftaran.
3.00 petang : Kehadiran perasmi
: Aluan pengerusi majlis & nyanyian lagu `Negaraku` dan lagu Allah Selamat
Sultan.
: Bacaan doa
: Ucaptama Yang Dipertua PIBG.
: Ucapan perasmian
: Cabutan bertuah

3.2 Mesyuarat Agung PIBG bermula. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
3.2.1 Aluan yang Dipertua PIBG.
3.2.2 Pembentangan dan pengesahan minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali
ke-47 tahun 2020.
3.2.3 Perkara-perkara berbangkit.
3.2.4 Pembentangan Laporan Kewangan PIBG bagi tahun 2020.
3.2.5 Perbincangan untuk menetapkan jumlah kutipan sumbangan PIBG tahun
2021.
3.2.6 Mengemukakan dan membahas usul-usul.
3.2.7 Hal-hal lain.
3.2.8 Ucapan penangguhan.
3.2.9 Cabutan bertuah / bersurai.

SEMASA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 SESI 2021.

5
AGENDA PERKARA / ISU

Solutasi Majlis:

i. Kehadiran ajk, guru, staf dan ibu bapa

ii. Nyanyian lagu Negaraku dan Allah Selamat Sultan.

iii. Kata alu-aluan pengacara majlis.

iv. Bacaan doa oleh Ustaz Asyraf Husaini bin Ibrahim

I UCAPTAMA YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)


SEKOLAH KEBANGSAAN KALAI.

1.1. En. Radin Mahazar bin Ahmad Radin mengucapkan terima kasih dan
mengalu- alukan kehadiran para tetamu. Beliau amat terharu kerana waris dapat
meluangkan masa hadir ke MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48
TAHUN 2021 walaupun dalam situasi Pandemik Covid -19. Beliau
mengingatkapara tetamu agar mengekalkan SOP yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia demi mencegah penularan wabak tersebut.

1.2. Beliau memanjatkan kesyukuran hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
dan kurnia-Nya kita dapat berkumpul untuk memastikan kesinambungan
pembelajaran walaupun satu dunia terpaksa akur dengan situasi sekarang.
Namun sebagai ibu bapa kita perlu menguruskan anak-anak sebaik mungkin
demi kelangsungan pendidikan yang lebih baik.

1.3 Pada pendapat beliau, selepas penularan wabak COVID-19 menyedarkan


kita tentang penting KEAMANAN. Kerana keamanan itulah kita dapat berkumpul
dan memberi untuk mencari kata sepakat bersama pihak sekolah bagi
mencapai kecemerlangan dalam pendidikan anak-anak di sekolah ini.
Dengan nikmat KEIMANAN, maka semua waris dapat menjaga hubungan baik
anatara waris, dengan pihak sekolah dan komuniti tanpa mengira darjat, kaum
dan agama.

1.4 Beliau melahirkan rasa bangga kerana perasmi mesyuarat iaitu Guru Besar
sendiri. Walaupun masih baru di sekolah ini namun banyak perubahan dari
sudut keceriaan kerana berjaya menjadikan sekolah ini lebih cantik, ceria,
warna-warni yang menarik minat anak-anak untuk datang ke sekolah.

6
AGENDA PERKARA / ISU

1.5 Beliau dengan rendah diri memohon kemaafan daripada semua waris kerana
tidak dapat melaksanakan mesyuarat di sekolah. Kita hanya mematuhi
arahan yang dikeluarkan oleh pihak kementerian.

1.6 Beliau amat berbangga terhadap pihak sekolah khususnya para guru kerana
membantu anak-anak melaksanakan SOP dengan sebaiknya.

1.7 Beliau juga memaklumkan bahawa PIBG telah melaksanakan Program


Ziarah Cakna ke rumah murid-murid yang menghadapi masalah TIDAK HADIR ke
sekolah. Pelbagai info yang diperolehi dalam sesi ziarah ini. Oleh yang
demikian, beliau menyarankan agar ibu bapa dan guru dapat memberi
galakan kepada anak-anak supaya datang ke sekolah.

1.8 Beliau berharap agar ibu bapa dapat menjaga kesihatan diri dan anak-anak
supaya mereka dapat menikmati hidup yang lebih baik daripada kita.

STATUS TINDAKAN STATUS TINDAKAN


Guru dan ibu bapa Makluman untuk renungan

2 UCAPAN PERASMIAN OLEH TUAN GURU BESAR / EX-OFFICIO.

2.1 Cikgu Suryani binti Nazmin menghulurkan salam Kalai Kaizen dan mengalu-
alukan kehadiran YDP, NYDP, AJK, guru-guru, kakitangan, serta ibu bapa
dan memaklumkan bahawa sekolah tidak dapat melaksanakan mesyuarat di
sekolah dan berharap agar waris faham.

2.2 Hasil perbincangan dengan AJK dan para guru, akhirnya kata sepakat
dicapai dengan memilih Dewan Kg. Berona Kiri ini untuk melaksanakan
mesyuarat. Pihak sekolah dan PIBG tidak mahu bertangguh untuk
mengadakan mesyuarat kerana kita tidak boleh menjangka apa yang berlaku
pada masa hadapan tambahan pula kes-kes jangkitan baharu masih tinggi di
negara kita. Tidak mustahil Perintah Kawalan Pergerakan akan berlaku
pula. Pihak sekolah dan PIBG telah memaklumkan kepada pihak JPN, PPB
dan polis sebelum melaksanakan mesyuarat ini agar tidak ada perkara yang
tidak diingini berlaku.

7
AGENDA PERKARA / ISU

2.5 Beliau melahirkan rasa hatinya kerana sudah lama tidak bersua muka dengan
ibu bapa iaitu selepas sekolah ditutup pada 18/3/2021 sehingga dibuka
semula pada bulan Julai dan ditutup semula. Akhirnya sekolah berjaya dibuka
semula pada 1/3/2021 untuk murid Prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2. Pada
8/3/2021 diteruskan oleh murid Tahun 3 hingga Tahun 6.

2.5 Beliau memaklumkan tentang enrolmen murid di sekolah iaitu:

i. Murid perdana seramai 145 orang

ii. Murid prasekolah seramai 25 orang

iii. Guru pula seramai 18 orang termasuk 2 orang guru ganti.

2.6 Beliau melahirkan rasa bangga terhadap warga sekolah ini kerana 170 orang
murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat belajar di bawah bumbung
yang sama tanpa diskriminasi kaum. Jumlah murid yang sedikit ini
membolehkan guru-guru mengenali dan mendekati murid-murid dengan lebih
mendalam.

2.7 Beliau menyeru kepada ibu-bapa agar menghantar anak-anak mereka ke


sekolah. Pembelajaran secara dalam talian adalah tidak sama dengan
kaedah pembelajaran secara bersemuka. Cabaran guru-guru amat tinggi
kerana perlu mengembalikan semangat murid-murid untuk belajar akibat lama tidak
datang ke sekolah. Kita terpaksa hidup dengan virus yang kita tidak nampak
dan anak- anak perlu ke sekolah agar masalah PONTENG tidak berlaku.

2.8 Beliau memaklum akan usaha pihak sekolah dan PIBG sekolah berjaya
diceriakan dengan terbinanya tembok simen sepanjang 160 kaki untuk
keselamatan anak-anak didik di sekolah ini. Selain itu pihak sekolah juga
telah melaksanakan projek pasu besar. Hampir 40 biji pasu telah siap dibuat oleh
pekerja kebersihan. Beliau berharap agar ibu bapa dapat menyumbangkan
tanah dan pokok bunga untuk keceriaan sekolah. Keceriaan dapat melahirkan
emosi positif dalam diri anak-anak kita.

2.9 Beliau juga memaklumkan bahawa dalam PKPP, tidak ada pertandingan
bersemuka dalam kokurikulum. Hanya dalam talian seperti mobile lagend, e-
sport dan lain-lain. Beliau menyeru agar ibu bapa memantau penggunaan
gadget anak-anak mereka.

2.10 Beliau telah berjumpa secara bersemuka dengan sami dari wat Kg. Kalai.
Sami berjanji akan memberikan sumbangan kepada pihak sekolah untuk disalurkan
kepada murid-murid Siam kerana murid Islam mendapat bantuan zakat.

8
AGENDA PERKARA / ISU

2.11 Guru Besar mengingatkan ibu bapa agar menjaga penjarakan sosial semasa
menunggu untuk menjemput anak waktu pulang. 50 meter daripada pagar
sekolah masih terikat dengan SOP sekolah.

2.12 Akhir sekali, beliau memohon maaf jika terkasar bahasa dan terlanjur bicara
sepanjang ucapannya. Beliau berharap agar mesyuarat ini berjalan lancar
dan diberkati. Dengan lafaz Cikgu Suryani binti Nazmin (Guru
Besar) merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK. Kalai kali ke-48 bagi tahun
2021.

9
MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN KALAI KALI KE- 48 SESI 2021
BERMULA PADA JAM 4.15 PETANG.

AGENDA PERKARA / ISU

3 UCAPAN ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN


GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN KALAI.

3.1 YDP mengucapkan terima kasih atas kesudian ibu bapa menunggu
mesyuarat dengan sabar.

3.2 Beliau berharap agar dapat meneruskan agenda mesyuarat pada hari ini
untuk membincangkan apa sahaja secara telus untuk kebaikan bersama.
Beliau juga mengingatkan waris agar menggunakan bahasa yang sopan
dan mudah difahami tanpa menyentuh isu kaum, institusi keagamaan dan
raja-raja.

4 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG


KALI KE-47 TAHUN 2020.

4.1 Cikgu Shuhida binti Othman selaku setiausaha meminta para waris
menyemak minit mesyuarat yang terdapat dalam buku atur cara.

4.2 Beliau membentangkan minit Mesyuarat Agung PIBG SK. Kalai kali ke-
47 bagi tahun 2020 yang bertarikh pada 16 Februari 2020 (Ahad) untuk
disemak dan diterima oleh ahli mesyuarat.

4.3 Pn. Noorriza binti Che Saad mencadangkan agar minit mesyuarat ini
diterima dan disahkan. Pn. Nurul Shuhada binti Elias menyokong
cadangan tersebut.

TANGGUNGJAWAB STATUS TINDAKAN


Setiausaha Minit disemak dan diterima

10
AGENDA PERKARA / ISU

5 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT.

5.1 Ustazah Norhasbaizma binti A. Bakar membangkitkan Perkara 14.2 iaitu


tentang penjagaan buku teks pinjaman kerajaan. Belia meminta ibu bapa
tolong bantu anak-anak agar membalut buku kerana buku tersebut akan
digunakan oleh murid-murid pada tahun hadapan.

TANGGUNGJAWAB STATUS TINDAKAN


Ibu bapa dan guru Tindakan segera

6 MEMBENTANG LAPORAN KEWANGAN PIBG BAGI TAHUN 2020 (BENDAHARI


PIBG).

6.1 Cikgu Nurul Wahida binti Mohd Nor membentangkan PENYATA


PENERIMAAN DAN PERBELANJAAN DARI 01 JANUARI 2020
SEHINGGA 31 DISEMBER 2020. Beliau meminta hadirin meneliti dan
menyemak laporan penerimaan dan perbelanjaan kewangan yang dinyatakan
dalam buku atur cara seperti berikut:

PENERIMAAN PERBELANJAAN
Jumlah Jumlah
Bil Perkara Bil Perkara
(RM) (RM)
Baki 31 Disember Aktiviti
1. 635.84 1. 500.00
2019 kokurikulum
Kutipan sumbangan Perbelanjaan
2. 1880.00 2. 290.00
PIBG MAT PIBG
Sumbangan dari
3. 700.00 3. Bayar buku resit 210.00
pihak luar
Sumbangan daripada
4. 1000.00 4. Saguhati pekerja 600.00
perasmi
5. Faedah bank 33.35 5. Caj transfer duit 2.00

JUMLAH 4 249.19 JUMLAH 1 602.00

Pendapatan 4249.19
Perbelanjaan 1602.00
BAKI 2647.19
Baki di bank 2647.19
Baki tunai di tangan 0.00

11
AGENDA PERKARA / ISU

6.2 En. Zabidi meminta penerangan tentang saguhati pekerja sebanyak


RM600.00.

6.3 YDP menjelaskan bahawa wang tersebut telah diberikan kepada 2 orang
pengawal keselamatan dan seorang pekerja kebersihan (RMM200 x 3 orang)
sebagai saguhati kerana bantuan mereka menyiapkan sebuah wakaf
bersimen di sebelah kantin. Kerja-kerja menyiapkan wakaf tersebut
termasuklah:

i. Meratakan tapak
ii. Mengetuk semula simen yang mengambus longkang.
iii. Memasang pagar batu di sekeliling wakaf tersebut.
iv. Memasangkan lantai.
v. Memasang mozek pada lantai
vi. Kerja-kerja mengecat

6.4 Pn. Zurina binti Hashim mencadangkan agar laporan kewangan ini diterima.
Pn. Che Bashah binti Osman menyokong.

PERBINCANGAN UNTUK MENETAPKAN JUMLAH KUTIPAN SUMBANGAN


7
PIBG TAHUN 2021.

7.1 YDP memaklumkan kepada waris tentang pihak PIBG perlu memohon
kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah untuk mendapatkan
sumbangan daripada pihak waris.

7.2 Cikgu Zukliffli bin Mahmud (PK HEM) memaklumkan bahawa kutipan
sumbangan PIBG pada tahun ini tidak berubah. Sama seperti tahun 2020.
Pecahan kutipan adalah seperti berikut:

12
AGENDA PERKARA / ISU

BIL SUMBANGAN JUMLAH

1. Sumbangan PIBG (setiap keluarga) RM20.00


Sumbangan Untuk Aktiviti Kurikulum, Kokurikulum dan
2. RM10.00
HEM (setiap kepala)
3. Sumbangan Surau dan Aktiviti Moral (setiap keluarga) RM05.00
4. Sumbangan Keceriaan (setiap keluarga) RM05.00

JUMLAH RM40.00

7.4 Cikgu Zulkiffli juga memaklumkan jika waris mempunyai anak yang belajar di
sekolah ini lebih daripada 3 orang, maka anak yang keempat dan seterusnya
akan diberi diskaun sebanyak RM10.00.

7.5 Beliau memaklumkan semua murid menggunakan bahan yang sama


contohnya kertas peperiksaan. Kita mengeluarkan kos untuk membayar
kertas peperiksaan. Oleh yang demikian adalah tidak adil jika dalam keluarga hanya
seorang yang anak sahaja yang menyumbang sedangkan adik-beradik yang
lain juga menggunakan kemudahan yang sama.

7.3 Encik Zabidi bin Hassan mencadakangkan agar jumlah kutipan bagi tahun
2021 dipersetujui. Majoroti ahli mesyuarat menyokong

8 MEMBENTANG DAN MEMBAHASKAN USUL-USUL.

8.1 En. Radin membaca usul yang diterima daripada waris. Beliau memaklumkan
bahawa orang yang membuat usul perlu membahaskan usul tersebut. Jika t
idak hadir, usul tersebut batal.

Usul 1 daripada Kumareshen a/l Loganathan

“Saya ingin mencadangkan supaya waktu rehat Tahap 2 diawalkan, iaitu


dari pukul 11.00 pagi ke waktu yang lebih awal. Ini kerana anak selalu
mengadu rasa sangat lapar sebab rehat terlalu lewat.”

8.2 Guru Besar memaklumkan bahawa perubahan waktu rehat telah dibuat

i. 10.00 -10.30 pagi - Tahap 1

ii. 10.30 -11.00 pagi - Tahap 2

13
AGENDA PERKARA / ISU

Usul daripada Ustazah Hasnah binti Azizan

“Minta pihak sekolah wujudkan satu TABUNG KEBAJIKAN SK.


KALAI untuk menggalakkan murid `bersedekah / menderma` iaitu
dengan cara memasukkan duit ke dalam tabung (duit belanja yang
lebih) secara sukarela. Tiada paksaan. Ibu bapa juga boleh
wakilkan kepada anak untuk memberi sumbangan. Berilah
mengikut kemampuan murid itu sendiri walaupun 10 sen.
Hasil tabungan tersebut akan digunakan untuk membantu murid-
murid yang memerlukan bantuan. “

TANGGUNGJAWAB STATUS TINDAKAN


Sekolah Akan menempah tabung

8.3 Semua ahli mesyuarat bersetuju.

Usul daripada Pn. Karum a/p Sam Man

“Mengusulkan pembinaan bonggol jalan di luar pintu pagar ke-2.


Pembinaan bonggol ini adalah untuk keselamatan murid-murid sekolah
terutamanya murid Prasekolah dan Tahap 1.”

8.4 YDP menjelaskan bahawa jalan tar mini menuju ke rumah guru yang menjadi
laluan utama ibu bapa menurun dan mengambil anak dari sekolah telah
diturap semula dengan tar tetapi tidak sampai di hujung jalan kerana
kesilapan kontraktor mengira isipadu tar dengan keluasan jalan. YDP akan
memaklumkan perkara ini kepada pihak majlis daerah untuk memohon
kebenaran. Jika mendapat kelulusan daripada pihak berkenaan, pihak
sekolah akan membina bonggol di kawasan tersebut. Usul tersebut di terima.

TANGGUNGJAWAB STATUS TINDAKAN


PIBG / Sekolah Akan mengemukakan surat permohonan

9 HAL-HAL LAIN.

9.1 Pn. Siti Rohaya binti Mat Rejab memohon kerjasama pihak sekolah dan waris
untuk mengadakan jalan sehala di kawasan jalan tar mini (pintu ke-2) bagi
mengelakkan kesesakan lalu lintas yang boleh boleh mengancam
keselamatan anak-anak.

AGENDA PERKARA / ISU

14
9.2 Cikgu Zulkiffli memaklumkan bahawa jalan sehala dalam kawasan kampung
tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana penempatan penduduk
kampung tinggal dalam tanah milik masing-masing. Beliau mengingatkan
agar para waris sentiasa prihatin dengan waktu puncak serta memandu dengan
berhati-hati di laluan tersebut.

9.3 Cikgu Zulkiffli juga memohon jasa baik ibu bapa agar tidak menghantar anak
terlalu awal ke sekolah kerana pintu pagar kedua akan dibuka pada 7.15 pagi
dan ditutup pada jam 7.45 pagi. Hal ini akan mengancam keselamatan
anak-anak mereka jika membiarkan anak seorang diri di luar kawasan
sekolah. Jika perlu juga hantar awal atau terlewat sila ikut pintu pagar utama
tetapi perlu ikut SOP (imbas suhu di pondok keselamatan) dan maklumkan pada
guru bertugas.

9.4 Beliau turut mengingatkan ibu bapa tentang masalah ponteng. Berharap agar
ibu bapa lebih tegas tentang masalah ini kerana PONTENG boleh
menjejaskan masa depan anak-anak. SIla maklumkan dalam group whatapps
alasan anak tidak hadir. Jika tidak dimaklumkan mereka di kira PONTENG. Tidak
hadir 10 hari berturut-turut, pihak sekolah akan mengeluarkan surat peringatan.
Selepas surat peringatan ke-3 dikeluarkan, murid-murid dinasihatkan berhenti.
Alangkah ruginya kerana anak-anak masih kecil. Tempat mereka di bangku
sekolah.
TANGGUNGJAWAB STATUS TINDAKAN
Ibu bapa Makluman untuk tindakan ibu bapa

9.5 Beliau juga mengingatkan ibu bapa agar melngkapkan maklumat dalam
APDM terutamanya nombor telefon. Jika ibu bapa menukar nombor telefon, sila
maklumkan kepada pihak sekolah. Hal ini kerana jika ada kecemasan, pihak
sekolah gagal menghubungi waris.

9.6 Cikgu Mohamad Shuib (PK. Koko) memaklumkan bahawa penyertaan murid
dalam aktiviti kokurikulum secara online sangat sedikit. Sila beri galakan
kepada anak-anak kerana penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum
amatlah penting untuk menempatkan murid-murid di sekolah berasrama
penuh dan MRSM.

9.7 Beliau juga memaklumkan bahawa pihak sekolah sama sekali TIDAK
MEMAKSA murid-murid menyertai permainan dalam talian `mobile lagend`.
Jika ada anak-anak memaksa ibu bapa membeli telefon kerana cikgu
meminta mereka menyertai pertandingan tersebut adalah TIDAK BENAR.

AGENDA PERKARA / ISU

15
9.8 YDP meminta kerjasama daripada ibu bapa agar datang berjumpa guru
secara bersemuka di sekolah untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Elakkan `membawang` tanpa mengetahui hal yang sebenarnya.

10 UCAPAN PENANGGUHAN

10.1 YDP amat menghargai kehadiran ibu bapa ke mesyuarat ini. Semoga
kelapangan masan yang diluangkan dalam masjlis ilmu ini akan mendapat
ganjaran pahala daripada Allah SWT.

10.2 Beliau amat menyanjungi kerendahan hati Tuan Guru Besar atas komitmen
beliau terhadap sekolah begitu hebat. `Guru ibarat lilin`. Lahirnya orang yang
hebat adalah kerana jasa guru-guru yang hebat.

10.3 Beliau meminta maaf kepada semua yang terlibat dalam melaksanakan
mesyuarat ini sekiranya sepanjang mengendalikan mesyuarat ada terkasar
bahasa tanpa disedari. Semoga majlis ini diberkati.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.50 petang dan diakhiri dengan tasbih kafarah dan surah Al-
`Asr.

Cabutan bertuah.

Disediakan oleh:

................................................ Tarikh : 12 APRIL 2021


(SHUHIDA BINTI OTHMAN)
Setiausaha
Persatuan Ibu Bapa-Guru
Sekolah Kebangsaan Kalai

Disahkan oleh,

…………………………………………………
(RADIN MAHAZAR BIN AHMAD RADIN)
Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa-Guru
Sekolah Kebangsaan Kalai.

16

You might also like