You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN KALAI

08700 JENIANG, KEDAH DARUL AMAN.

TEL: 011-65735266 EMEL: skkalaisik@gmail.com


”PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”

KERTAS
MEMBINA SEBUAH BENGKEL REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
(BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP)
SEKOLAH KEBANGSAAN KALAI

RINGKASAN EKSEKUTIF

1.0 PENDAHULUAN

Mata pelajaran Kemahiran Hidup telah di ` re brand` semula dengan nama Reka Bentuk
dan Teknologi (RBT) yang lebih holistik diajar sebagai satu mata pelajaran di sekolah
rendah. Mata pelajaran ini memberikan tumpuan untuk menyediakan murid dengan
pengetahuan dan kemahiran asas kerja-kerja bengkel yang membolehkan mereka
menyambung pelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional di peringkat menengah dan
pengajian tinggi. Oleh yang demikian, bengkel RBT perlu memenuhi ciri-ciri keselamatan
bagi mengelakkan sebarang kemalangan dan kecelakaan kerana `malang tidak berbau`.
Bengkel RBT SK. Kalai telah dibina secara bergotong-royong dengan kerjasama dan
inisiatif pihak sekolah dan PIBG tatkala sekolah menghadapi kesulitan semasa menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Hidup pada masa itu. Bangunan
yang berusia lebih daripada 20 tahun ini semakin uzur dengan alang-alang bumbung
mereput, anai-anai, bumbung yang bocor, dinding merekah dan lain-lain walaupun
beberapa kali proses baik pulih dilakukan. Pihak Sekolah Kebangsaan Kalai amat berharap
agar pihak kerajaan memberi perhatian untuk membina sebuah bengkel reka bentuk &
teknologi yang memenuhi ciri-ciri keselamatan agar murid-murid dapat belajar dengan
selesa.

1
2.0 RASIONAL

Keadaan bumbung bengkel RBT yang ada sekarang yang daif menyebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan di situ kerana dikhuatiri
mengundang bahaya.

3.0 OBJEKTIF

Bengkel ini dapat:

1. Segala kerja amali yang dijalankan di dalam bengkel adalah sebahagian daripada
penterjemahan kepada teori dan formula yang disampaikan di dalam sesi
pembelajaran secara teori.

2. Membantu guru untuk mengkolaborasikan konten pengajaran dan pembelajaran


dengan penggunaan bengkel secara holistik semasa proses penerapan ilmu
dijalankan dalam matapelajaran Reka Bentuk & Teknologi

3. Memastikan keselamatan pelajar terjamin dengan menyediakan persekitaran bengkel


yang kondusif dengan mendidik murid tentang pengurusan bengkel yang selamat.

4. mendedahkan murid-murid akan pengalaman yang sebenar kepada murid tentang


tatacara pengajaran dan pembelajaran di bengkel.

5. Bengel yang ada sekarang tidak mengikut standard operasi yang boleh
menyebabkan berlakunya kecelakaan seperti kemalangan, kecederaan dan
sebagainya.

4.0 KEPERLUAN

Sebuah bengkel Reka Bentuk & Teknologi yang memenuhi ciri-ciri keselamatan yang
mempunyai ruang yang sesuai untuk menyimpan alat-alatan pertukangan, alat-alat yang
mahal dan lain-lain.

2
5.0 KUMPULAN SASARAN

1. Murid-murid Sekolah Kebangsaan Kalai seramai 158 orang. Fokus kepada murid
Tahap 2 yang menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
asas kerja bengkel.

2. Bengkel ini menjadi tempat untuk pekerja membaik pulih alatan seperti meja dan
kerusi murid yang telah rosak, almari kayu, rak-rak buku dan lain-lain.

3. Guru-guru dan PIBG / PIBK yang melaksanakan aktiviti permuafakatan seperti


mengacau bubur asyura, ruangan memasak semasa sambutan perayaan.

6.0 GAMBAR KEROSAKAN

Disertakan pada bahagian lampiran.

7.0 SEBUT HARGA

Anggaran kos yang diperlukan sebanyak RM150 000.00 (Dalam perkataan : Seratus lima
ribu sahaja). Kos tersebut digunakan untuk tujuan berikut:

8.0 SUMBER KEWANGAN

Kelulusan dan peruntukan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

9.0 PENUTUP

Bengkel Reka Bentuk & Teknologi ini sangat diperlukan di sekolah kami supaya menjadi
tempat yang kondusif untuk murid-murid menerima ilmu. Diharapkan dengan adanya

3
sebuah bengkel baharu ini dapat mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
dan mempengaruhi pancapaian akademik pelajar.

Ulasan Guru Besar

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………… ………………………………………………
(SHUHIDA BINTI OTHMAN) (RADIN MAHAZAR BIN AHMAD RADIN)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Kalai SK. Kalai

Cop PIBG,

4
LAMPIRAN BANGUNAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP (RBT)

Keluasan Bangunan

36 kaki

21 kaki
Bangunan utama

18 kaki
Ruang Kerja Terbuka

36 kaki

5
Gambar bangunan

6
Alang-alang kayu yang
telah reput

7
Pintu utama bangunan yang reput kerana tempias air hujan.

8
9

You might also like