You are on page 1of 5

KERTAS KONSEP

TRANSFORMASI

MAKMAL KOMPUTER 2019

SMK ABI
KERTAS KONSEP

DO IT ONCE, DO IT RIGHT
1.0 PENGENALAN

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha


Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta


pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui

(Sumber: Portal Rasmi KPM)

Sebagai sebuah sekolah TS25, sememangnya warga SMK Abi berbangga dan mempunyai
komitmen yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan ini. Selaras dengan itu pelbagai
usaha telah dilaksanakan oleh warga SMK Abi dalam memenuhi tanggungjawab sebagai sekolah
menengah pertama di negeri Perlis (TS25 2.0) bermula tahun 2017.
Pada tanggal 09.01.2019, SMK Abi telah menerima kunjungan Task Force TS25 Jabatan
Pendidikan Perlis diketuai oleh Tuan Pengarah Pendidikan Perlis, Tuan Haji Izmi bin Haji Ismail.

Dalam sesi perbincangan, pengurusan sekolah telah memaklumkan tentang makmal


komputer yang dilengkapi peralatan yang semakin usang dan tidak dapat berfungi dengan sempurna.
Juga masalah capaian internet yang tidak stabil serta tidak mampu meliputi kelas ketika berlakunya
sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedikit sebanyak mempengaruhi amalan PdPc abad ke 21.

Pada 10.01.2019, pihak sekolah telah menerima kehadiran pasukan kunjung bantu dari Sektor
Maklumat dan ICT, Jabatan Pendidikan Perlis dan Pusat Kegiatan Guru, Tunjong sebagaimana langkah
awal yang dipersetujui bersama.

Melalui sesi perbincangan bersama pasukan kunjung bantu ini, pengurusan sekolah telah
menyatakan hasrat untuk menjadikan makmal komputer di SMK Abi sebagai sebuah makmal yang
ditransformasi berkonsepkan ‘Makmal Komputer Futuristik’.

2.0 MATLAMAT

Menjadikan makmal komputer di SMK Abi sebagai sebuah makmal komputer yang memenuhi
keperluan persekitaran kelas abad ke 21 (Teknologi)

3.0 OBJEKTIF

 1. Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPC TERBAIK


 2. Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN dengan
mengutamakan kemenjadian murid

Sub – Objektif (Do It Once, Do It Right)

1. Memberi peluang kepada kumpulan murid yang terpilih mengikuti transformasi ‘Makmal
Komputer Futuristik’ ini merasai sendiri pengalaman (Learning by doing).

2. Menyemai nilai kerjasama dan keyakinan diri kepada kumpulan murid yang terpilih
mengikuti transformasi ‘Makmal Komputer Futuristik’ ini dalam melaksana tugasan
(Impossible is nothing)
4.0 PELAKSANAAN

4.1 Tempoh Masa

Projek MKF ini dijangka mengambil masa 9 bulan untuk siap sepenuhnya sebagai
sebuah makmal berkonsepkan futuristik.

BULAN AKTIVITI
JAN – FEB 1. PERBINCANGAN DALAMAN
2. MERANGKA DAN MENETAPKAN TUGASAN
FASA 1 3. MENGENALPASTI POTENSI PENGLIBATAN PELBAGAI
PIHAK
( 2 BULAN) 4. MENDAPATKAN PERSETUJUAN AWAL
5. MENDAPATKAN PANDANGAN PROFESIONAL
6. MEMULAKAN KERJA-KERJA ASAS
7. DOKUMENTASI

MAC – JULAI 1. PROSES TRANSFOMASI MAKMAL KOMPUTER SECARA


SECARA ANSUR MAJU
FASA 2 2. DOKUMENTASI

(5 BULAN)

OGOS- SEPTEMBER 1. KERJA-KERJA AKHIR


2. MAJLIS PERASMIAN
FASA 3 3. DOKUMENTASI

(2 BULAN)

* Tempoh masa ini mengambil kira kemampuan penglibatan semua pihak.

4.2 PENGLIBATAN

Projek ini melibatkan :

1. Warga SMK ABI


2. Jabatan Pendidikan Negeri Perlis / BTPN Negeri Perlis
3. Warga PIBK / Komuniti
4. Agensi Luar ( Awam / Swasta )

4.3 AKTIVITI UTAMA

1. Memohon naik taraf peralatan makmal komputer.


2. Memohon penambahbaikan pengupayaan capaian internet.
3. Mendapatkan khidmat bantu mengikut kepakaran.
4. Mendapatkan tajaan berbentuk barangan dari agensi swasta / komuniti / individu.
5. Melaksanakan proses kerja seperti ubah suai, mengecat dan hiasan makmal berdasarkan
elemen kelas abad ke 21 / reka bentuk makmal futuristik
5.0 KEWANGAN

Projek MKF ini merupakan usaha yang akan dibuat melalui persetujuan bersama semua pihak
yang terlibat. Oleh yang demikian pihak sekolah tidak memerlukan satu dana kewangan yang khusus
untuk melaksanakan projek MKF. Ini kerana pihak sekolah akan memohon peruntukan atau bantuan
berbentuk barangan bertemakan 1 : 1 ( 1 sumbangan dari 1 kedai/komuniti/individu ). Pihak yang
berminat untuk menyalurkan sumbangan akan didokumentasikan di sudut ‘Biar Jasa Jadi Kenangan’
yang akan diletakkan di dalam makmal MKF ini. Projek ini juga melibatkan penggunaan barang-barang
terpakai yang akan dibaik pulih untuk digunakan.

Pihak sekolah juga akan membuat hebahan kepada komuniti yang mempunyai minat dan
secara sukarela bersama melibatkan diri dalam projek MKF ini.

6.0 PENUTUP

Projek MKF ini diinspirasikan dari ucapan Ketua


Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Amin bin Senin
“CONNECTING the DOTS”. Pihak sekolah yakin melalui
projek makmal MKF ini ‘banyak titik yang dapat
dihubungkan’. Selain itu, diharap makmal ini bukan sahaja
mampu menyediakan suasana pembelajaran yang
berkesan , ia juga mampu menjadi model transfomasi
kepada makmal-makmal komputer sekolah-sekolah lain
di negeri Perlis.

Makmal MKF ini juga bertujuan mewujudkan persekitaran PdPc (PA21) yang produktif melalui :

1. Berpusatkan murid
2. Guru sebagai fasilitator
3. Rekabentuk Makmal yang fleksibel
4. Intergrasi Teknologi
5. Pembelajaran aktif
6. Pembelajaran bersama
7. Arahan yang berbeza
8. Pembelajaran hands-on
9. Penilaian Berasaskan Prestasi
10. Pelbagai Pendekatan Teknologi

Oleh yang demikian, adalah diharap melalui kerjasama yang erat dari pelbagai pihak, hasrat
untuk menjadikan makmal komputer SMK Abi sebagai sebuah makmal komputer berkonsepkan
futuristik ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sekian. Terima kasih.

SMK ABI Tel : 04 9781002 Fax : 04 9763707 e-mail : rea0080@smkabi.edu.my

You might also like