You are on page 1of 12

BAHAN PELAPORAN

1.PENDAHULUAN
Pada 12 OKTOBER 2019 untuk tahun kedua Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dengan kerjasama
Pejabat –Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Terengganu telah mengadakan Kolokium TS25 Negeri
bertempat di Dewan BTPN Marang

2.OBJEKTIF
-Perkongsian Pintar dikalangan sekolah-sekolah TS25
-Perkongsian Amalan Terbaik
-Membina jaringan kolaborasi kepakaran dalam pengurusan sekolah TS25
-Tambah nilai pencapaian Sekolah TS25 melalui perbincangan bersemuka semasa Kolokium

3.KUMPULAN SASARAN
Seramai 450 peserta yang menyertai Kolokium pada kali ini yang terdiri daripada:

BIL KUMPULAN SASARAN JUMLAH


1 KPM 6
2 JPNT 41
3 IPG 3
4 IAB 3
5 BTPN 5
6 KETUA JEMAAH NAZIR 3
7 PENYELARAS TS25 NEGERI 16
8 PEGAWAI MEJA TS25 DAERAH 16
9 KPPD 8
10 RAKAN ELIT IPG DAN IAB 3
11 RAKAN ELIT(SIP+ & SISC+) 62
12 GURU PENGIRING PAMERAN 24
13 MURID 50
14 PANEL FORUM 3
15 KAMPUS DATO RAZALI 3
16 KAMPUS TENGKU MIZAN 3
17 PEMBENTANG 6
18 PIBK/PIBG 20
4.PERASMIAN
Perasmian disempurnakan oleh Y.BHG Datuk Hajah Maimunah binti Haji Suhaibul Pengarah Bahagian
Profesionalisme Kementerian Pendidikan dengan persembahan Kertuk Buluh dari SMK Kuala Jenderis.

5.PENGISIAN PROGRAM
PEMBENTANGAN
PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK
PEMBENTANG:
EN AHMAD SUHAIMI BIN SAID (SK KOMPLEKS SEBERANG TAKIR)

Projek Amalan terbaik ini bertajuk YouPost IT We Solve IT. Projek ini diadakan bertujuan untuk
mewujudkan satu mekanisme sistem cadangan dan aduan bagi menambah baik tatacara pengurusan
agar lebih effisen ,cepat dan menjimatkan kos.Projek ini menggunakan Strategi Agile dan Scrum Board.
Dua elemen ini menjadi asas utama kepada jawatankuasa pelaksanayang melibatkan empat unit iaitu
Unit HEM, Unit Kokurikulum, Unit Kurikulum dan Unit Pentadbiran.Konsep yang diaplikasikan dengan
memberi penekanan kepada low capital, high income.

PEMBENTANG:
PN ARZORAINI BINTI ZAHARI (SK KG BARU KUALA ABANG)

Pembentangan berfokus kepada Mengurus Perubahan berdasarkan Kerangka TS25. Program ini adalah
pemudahcara kepada pemimpin sekolah untuk menguruskan perubahan.Konsep yang diaplikasi adalah
berkaitan dengan kemenjadian murid, wujudnya guru berkualiti,sokongan PIBK, pemimpin berkesan dan
impaknya adalah sekolah berkualiti yang menjadi agenda utama Sekolah TS25.Program ini menjadi garis
panduan kepada pentadbir untuk urus takbir warga sekolah mengikut acuan TS25.

PEMBENTANG:
YG MULIA TUN MOHD SALEH BIN TUN IBRAHIM (SMK KUALA JENDERIS)

Pembentangan memberi fokus kebitaraan sekolah yang menjadi salah satu elemen kemenjadian
murid.Pihak pentadbir sekolah telah mengambil inisiatif untuk menubukan pasukan Kertuk Buluh
sebagai salah satu tarikan pelajar untuk menceburi bidang keseniaan. Penubuhan apsukan Kertuk Buluh
SMK Kuala Jenderis telah memberikan satu impak dalam bakat pelajar yang diketengahkan dan juga
memberikan semangat kepada warga sekolah secara amnya.
PEMBENTANGAN SHOWCASE MURID
“SMART JJETAK , COMEY LOTEY”
SEKOLAH:
SMK SG TONG,SETIU TERENGGANU
PEMBENTANG:
SITI NASUHA BINTI ZAHARI
NUR ADAWIYAH FATINI BINTI FAZWAN

ABSTRAK:
Projek KMR yang bertajuk “SMART JJETAK , COMEY LOTEY” dibuat ekoran masalah penampilan murid
SMK Sg Tong yang kurang memuaskan. Antara penyebab murid tidak dapat membuat penampilan yang
baik adalah kerana kekangan masa untuk menggosok pakaian, tidak mampu membeli pakaian baru,
sikap murid yang tidak peka dan berdisiplin dan sentiasa mengharapkan ibubapa.

Projek ini melibatkan murid Tingkatan 2UM dan matapelajaran yang terlibat ialah Reka Bentuk
Teknologi, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bilangan pelajar yang terlibat ialah 16 orang dan
dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 4 orang pelajar.

Hasil akhir projek ini telah memberikan impak yang sangat besar kepada murid yang terlibat dengan
penghasilan Easy Iron Brand (EzIB) yang membantu untuk memudah murid untuk menggosok pakaian
supaya berpenampilan lebih menarik dan cantik bersesuaian dengan The Big Idea bagi projek KMR iaitu
“SMART JJETAK , COMEY LOTEY”

U HEAR U CLOSE
SEKOLAH:
SK BANDAR BAHARU KEMAMAN TERENGGANU

PEMBENTANG:
CHE KU AIMANUL HAKAM
MUHAMMAD AIMAN
MUHAMAD NUR HIDAYAT
MUHAMAD AQIL MIFZAL

ABSTRAK:
Projek KmR ini adalah berdasarkan BigIdea Jom Jimat Elektrik dengan menggagungkan matapelajaran
Sains, Reka Bentuk Teknologi, TMK , Matematik dan Bahasa Arab. Murid-murid berkolaborasi dalam
menghasilkan projek berkenaan dengan bimbingan guru-guru matapelajaran.Matlamat projek ialah
memaksimumkan penggunaan bahan sedia ada disekolah. Projek bakal dimanfaankan di bilik-bilk khas
di sekolah bagi meminimumkann penggunaan elektrik bagi penghawa dingin sekolah. Selain dari itu
adalah menjadi harapan untuk projek ini mebina keyakinan dikalangan murid untuk menggunakan kos
yang minimum bagi penghasilan sesuatu produk kerana bahan-bahan terpakai yang terdapat di sekolah
dapat digunakan dan ini akan memberi kesan kepada pengurangan kos.
PAMERAN SHOWCASE MURID
ALAM SEMESTA
SEKOLAH:
SK KUALA JENDERIS HULU TERENGGANU,TERENGGANU
PEMBENTANG:
MURID 4 CEMERLANG SK JENDERIS

ABSTRAK:
Project Based Learning atau PBL ini diambil berdasarkan elemen pembelajaran bermakna dimana ia
dihasilkan untuk menarik minat murid tentang Alam Semesta.Projek ini menumpukan susunan planet
yang betul yang merangkumi alam semesta dengan mengambil faktor minat murid terhadap kinetik dan
permainan untuk belajar dan mengingat dengan lebih mudah.Pelaksanaan RR Interaktif ini mengambil
masa selama 4 minggu yang mana melibatkan aktiviti merancang, menyediakan peralatan,
membahagikan tugas mengikut kumpulan dibawah bimbingan guru subjek dan panitia matapelajaran.

PBL ini melibat lima matapelajaran iaitu Sains sebagai matapelajaran induk, Matematik, Bahasa Inggeris,
Bahasa Arab dan Bahasa Melayu dalam mewujudkan kesepaduan dan penggabungjalinan
matapelajaran. Panitia matapelajaran terlibat memainkan peranan sebelum sessi perbincangan bersama
murid. Dapatan hasil projek lebih menjurus kepada belajar secara bermain untuk menarik minat murid
terhadap alam semesta. Rumusan hasil showcase akan dipersembahkan dalam bentuk video permainan.

SMART WATER MANAGEMENT


SEKOLAH:
SK PADANG MENGKUANG, MARANG, TERENGGANU
PEMBENTANG:
QISTINA BALQIS BINTI MOHD MIRZA
ANIS SHAUQINA BINTI MAZRI
MUHAMAD RAFIQ MUSTAQIM BIN ABDUL MUIZ
CHE NUR ADLINA SAFIYA BINTI CHE ADNAN

ABSTRAK:
Idea untuk mewujudkan SMART WATER MANAGEMENT mengambil kira elemen kepentingan air dalam
kehidupan dan isu penggunaan air yang tidak cekap yang membawa kepada pembaziran.Pemerhatian
dibuat di kantin sekolah dimana sebahagian besar air yang digunakan semasa mencuci tangan terus
mengalir ke longkang tanpa sebarang rawatan.

Projek SMART WATER MANAGEMENT ini merupakan sistem sinki yang dapat memaksimakan
penggunaan air secara lestari bagi mengelakan pembaziran dan menjimatkan kos serta mengurangkan
pencemaran menerusi penjanaan tenaga diperbaharui serta kaedah rawatan air ‘wetland’. Konsep kitar
semula menjadi asas kepada pembinaan sistem ini dan ia juga merujuk kepada pelbagai silibus yang
dipelajari murid.
HYBRYD ENERGY PROJECTS
SEKOLAH:
SMK KOMPLEKS RANTAU ABANG, DUNGUN , TERENGGANU

ABSTRAK:
Projek KMR SMKKRA mengaplikasikan penggunaan teknologi hybrid yang menggunakan sumebr kuasa
daripada gabungan antara sel kering(bateri) dan juga tenaga solar(pael solar). Murid KMR( Kefahaman
Melalui Reka Bentuk) dengan berfokus kepada kajian tentang arus dalam litar bersiri dan litar selari yang
mengambil kira pelabagai faktor seperti voltan, rintangan, bilangan sel dan kecerahanmentol di samping
penggunaan sumber tenaga. Projek ini menggabungkan 4 mata pelajaran iaitu Sains, Matematik, Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris Pelajar melaksanakan projek ini dengan bimbingan guru yang akan menyelia
tugasan.

EZBIN
SEKOLAH:
SK KUBANG IKAN, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

PEMBENTANG:
ABDULLAH SOLEH BIN IBRAHIM
AIDAN ZIKRI BIN KAMARUL ARIFIN
MUHAMMAD SYAZWIE IRFAN BIN ANUAR
NUR MAISARAH BINTI MAHATHIR

ABSTRAK:

EZBIN is an automatic dustbin that uses the solar energy. As a result of enhanced civilization and
modernization, the human nature demands more comfort to hid life. Human always seeks ways to do
things easier and saves more time. This useful device, EZBIN is a technology that prioritize the hygiene
of the users by automatically opens and closes the bin’s lid so the users could avoid from exposure to
any harmful bacterias and hence, improving a healthy lifestyle.

The proposed system can first identify the object using the sensor and open the lid itself. So the EZBIN
will attract people to throw rubbish in the dustbin as well as keeping the environment clean. This device
could save energy and money because it enhance the solar energy for its power, thus making it a “Go
Green” device that is an environmental friendly technology. The usage of solar panel is the continuation
of the previous project and it is one of the best way to save energy, fossil fuels and money. Thus, EZBIN
is one of the examples that human nature invent to bring comfort and ease in daily life.
KELESTARIAN TENAGA SOLAR
SEKOLAH:
SK PAGAR BESI KUALA NERUS TERENGGANU

PEMBENTANG:
AZMAN BIN SULONG
SURIANI BINTI SAADUN
NOR ASWANI BINTI WAHAB
FAZIRA BINTI KARIM
SHAIKH AZAHARI BIN SHAIKH HUSSIN
SULAIMAN BIN MOHD RAZALI
ASBULLAH BIN AHMAD
ROSAIDI BIN MOHAMAD
NORJANNAH BINTI MOHAMAD

ABSTRAK:

Matlamat utama PLB(Project Based Learning) ini ialah mengkaji bagaimana penggunaan Panel Suria
sebagai sumber tenaga menukar tenaga suria kepada tenaga elektrik dengan mengambil kira pelbagai
faktor(faktor cahaya matahari,sumber air dan suhu). Pelaksanaan eksperimen ini secara berjadual akan
direkod, dianalisis, dibentangkan semasa showcase. Bagi menjayakan projek ini, perbincangan dalam
kumpulan yang melibatkan guru-guru subjek(inter disciplinary) kerana ia melibatkan empat
matapelajaran iaitu Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Reka Bentuk Teknologi(RBT) sebelum diskusi
pelaksanaan dilanjutkan bersama pelajar.

Perancangan PdP–PBL sejajar dengan Modul Kefahaman Melalui RekaBentuk(KmR) yang membantu
pelajar mencapai Tahap Penguasaan(TP) dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBD). Dapatan hasil
kajian lebih menjurus kepada fungsi sitem pengaliran air untuk proses penyiraman apabila perubahan
bentuk tenagaberlaku menggunakan sumber tenagayang boleh dibaharui(tenaga suria kepada tenaga
elektrik).

JOM SIHAT
SEKOLAH:
SMK BUKIT MENTOK KEMAMAN TERENGGANU

PEMBENTANG:
NURUL ARISYA SYAZWANI BINTI HASSAN
SITI BALQIS BINTI ASA’ARI
NURSYAMIMI ATIRAH BINTI SHAHANI
NUR SYAMIMI AQILAH BINTI SHAHANI
ABSTRAK:
Matlamat utama JOM SIHAT ialah untuk menanamkan sikap mahu makan makanan yang sihat dan
berkhasiat iaitu berkaitan dengan pemakanan pelajar dan komuniti setempat. Projek ini juga
merangkumi kelas-kelas makanan dimana pelajar perlu menyampaikan kandungan “Piramid
Makanan”mengikut matapelajaran(Sains) dan juga mengkaji tentang iklim-iklim yang sesuai untuk
penanaman baham makanan tersebut(Geografi).

Disamping itu juga pelajar juga perlu mengetahui cara pengiraan BMI(Body Mass Indeks)untuk
mengetahui struktur badan mereka yang sesuai dengan ketinggiandan memilih makanan yang berkualiti
dan selamat(PJPK). Statistik berkaitan kutipan data BMI pelajar akan diebrikan dalam bentuk
graf(Matematik). Maklumat yang berkaitan dengan pengambilan makanan sihat juga diterangkan oleh
pelajar.

Projek ini melibatkan empat matapelajaran iaitu Sains, PJPK, Matematik dan Geografi. Dapatan hasil
akhir ialah Piramid Makanan dan maklumat-maklumat ilmiah lain dalam bentuk “big book”(Buku Besar).

TAMADUN RUPA BENTUK FESYEN


SEKOLAH:
SMK BUKIT PAYONG BESUT TERENGGANU

PEMBENTANG:
NAZRULAMAN BIN MOKHTAR
DANIAL HAYQAL BIN ZURAINI@MOHD SHUKRI
MUHAMMAD REZUAN HAFIZ BIN DZUL-KARNAIN

ABSTRAK:
Projek Tamadun Rupa Bentuk Fesyen adalah untuk menunjukkan perubahan teknologi dan fesyen
kediaman manusia mengikut peredaran masa. Projek ini mengkaji tempat kediaman manusia dan proses
perubahan yang dilalui dalam membuat penambahbaikan lokasi dan bahan binaan untuk penempatan
manusia pada awal abad sehinggalah ke abad terkini.

Tamadun Rupa Bentuk Fesyen merupakan projek inovasi campuran simen untuk membina konkrit
rumah. Biasanya simen dicampur pasir dan air untuk membina bahan konkrit. Inovasi yang di
ketengahkan ialahcampuran simen yang mengandungi urat sabut kelapa(SIBUT). Ini berdasarkan konsep
bahan komposit yang mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding dengan bahan bukan komposit.
Urat sabut bertindak sebagai bahan pengikat antara butiran pasir dan simen yang akan mengisi ruang
kosong yang wujud dalam campuran ini. Ia akan memberikan kesan ikatan yang lebih kukuh. Disamping
itu dengan inovasi ini sabut kelapa boleh dikomersialkan.
PAMERAN POSTER
KOMPRA CODE
SEKOLAH:
SK KUALA JENDERIS HULU TERENGGANU , TERENGGANU

PEMBENTANG:
MOHD AZMI BIN SALIMAN@HAMDAN
ATHIBBAH BINTI RAZALI
ZULINA BINTI ABD AZIZ
NOR AIHALIZA BINTI ANUAR

ABSTRAK:
KOMPRA CODE direka cipta bagi memudahkan guru-guru untuk mendapatkan maklumat, dokumentasi
dan sebagainya. Ia sekaligus memberi ruang kepada guru untuk menjalankan PdPc yang lebih berkesan.
Penggunaan nota pintar dalam PdPc menarik minat pelajar kerana memaparkan data yang tersusun dan
memberikan input secara visual. KOMPRA CODE juga menyokong kempen paperless yang meminimakan
penggunaan kertas.

E-FRESH MAKANAN
SEKOLAH:
SK BUKIT MENTOK KEMAMAN , TERENGGANU

PEMBENTANG:
PUTERI DARWISYA ALYA BINTI MOHD RAMLI
NURALYAA NISA BINTI IBRAHIM
MIKHAIL BIN KAIRUZAMAN
MUHAMMAD ARIF IRFAN BIN AYUB
MUHAMMAD ARIF BIN MOHD RAZILAH

ABSTRAK:
Projek KmR ini menggabung jalinkan matapelajaran Sains, Reka Bentuk Teknologi(RBT), Bahasa Melayu
dan Pendidikan Islam dan dikendalikan oleh murid tahun 5. Projek Sweet Sour Wheel yang dijalankan ini
bertujuan untuk mengenalpasti sifat kimia bahan yang wujud dalam pemakanan seharian kita. Bahana
makanan yang wujud mempunyai sifat kimia yang berbeza yang boleh membantu kita mengurus
kehidupan seharian. Dalam subjek ini juga, murid dikehendaki menguji sifat bahan dan membina model
Sweet Sour Wheel sebagai panduan pengelasan sifat kimia bahan. Selain itu, pengetahuan ini
membolehkan murid menghasilkan karangan tengtang pemakanan yang sihat mengikut amalan sunnah.
Pelaksanaan projek ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada PdPc PAK21.
TERRARIUM
SEKOLAH:
SMK SULTAN AHMAD KUALA TERENGGANU , TERENGGANU

PEMBENTANG:
NIK MARIAH SOFEAH BINTI MOHD RIZAN
NURUL AINUL KHALIESAH BINTI MOHD HASAN
NORSYAMIMI BINTI WAN MOHD SYURRI
DHIYA NUR ALIYA BINTI AHMAD YUSAIRI

ABSTRAK:
Matlamat utama PBL ini ialah untuk mengkaji pertumbuhan indoor yang bersesuaian dan kaitannya
dengan proses fotosintesis dan respirasi. Bagi melaksanakan projek ini dalam kumpulan murid
berbincang dengan guru sebelum pelaksanaan. Terdapat lima matapelajaran yang terlibat dalam PBL ini
iaitu Sains, Pendidikan Seni Visual, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Melayu. Dapatan hasil
eksperimen menjurus kepada kesedaran kepada pentingnya memelihara alam dan menghargai
kehijauan.

ANUGERAH SKRIN
SEKOLAH:
SK PUTERA JAYA

PEMBENTANG:
Murid 5 Ibn Sina

ABSTRAK:
Anugerah Skrin ialah sebuah projek bertujuan untuk meningkatkan pemafahaman murid-murid tahun 5
tentang konsep pembentukan bayang-bayang oleh cahaya.Projek ini melibatkan murid 5 Ibn Sina.
Menerusi projek ini murid-murid dapat mengetahui dua sifat cahaya yang boleh menghasilkan baying-
bayang iaitu cahaya bergerak lurus dan cahaya tidak menembusi objek legap. Selain daripada itu murid-
murid juga dapat menguasai dua faktor yang mempengaruhi saiz dan bentuk bayang-bayang. Murid-
murid menggunakan bahan terbuang untuk menghasilkan alat muzik dan patung wayang kulit.Murid-
murid juga didedahkan dengan situasi sebenar permainan wayang kulit melalui permainan muzik dan
lakonan. Secara keseluruhan projek ini dapat meningkatkan minat murid untuk belajar sambal bermain.
KELESTARIAN BUMI HIJAU
SEKOLAH:
SK PADANG SETEBU HULU TERENGGANU, TERENGGANU

PEMBENTANG:
SHAMSIAH BINTI MOHAMAD
NOR AISHAH AINA BINTI MUHARAM
MUHAMMAD AFID ARSYAD BIN MOHD MARZUKI
PUTERI NUR BADRIYYAH BT MUHAMAD AZAM

ABSTRAK:
Kelestarian Bumi Hijau (Tanaman Berasaskan Hidroponik) diperkenalkan di SK Padang Setebu Hulu
Terengganu pada awal tahun 2019, hasil kolaborasi antara pihak sekolah dan PIBK. Program ini
bertujuan untuk membantu meningkatkan pemahaman sedia ada dalam kalangan warga sekolah
khususnya murid-murid Tahap 2 iaitu tahun 4,5 dan 6. Murid-murid akan didedahkan menggunakan
bahan maujud serta mengenali transformasi dalam teknologi. Disamping itu ia dapat menanamkan
minat murid dalam bidang Sains dan Teknologi melalui aktiviti yang berkesan.

PIZZALICIOUS
SEKOLAH:
SK BUKIT PAYUNG MARANG

PEMBENTANG:
UMAR ABDUL AZIZ BIN MOHD ROSLAN
NUR NAZIRAHBINTI MAT ASRI
CHE KU NURZAHRAA HUMAYRA BINTI CHE KU MOHD RAFI
AHAMAD HAZIQ NAQIUDDIN BIN AHMAD ZUKENIN
AHMAD IZNAZRIN BIN AHMAD KHAIRUZ
NUR NAJIBAH BINTI RAMLI
AINI ZUHAIRAH BINTI MOHD KAMAL
AISYAH FAQIHAH BINTI ADENAN

ABSTRAK:
Pembelajaran Berasaskan Projek(PBP) KmR dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan keupayaan
murid tahun 5 dan 6 SK Payong dalam kebolehan mencipta dan mengaplikasi ilmu serta memupuk
budaya keusahawanan dengan mengabungjalinkan matapelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, RBT dan Pendidikan Seni Visual serta Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan. Pada peringkat permulaan guru-guru subjek yang terlibat telah berkolaboratif
mengumpulkan maklumat pembelajaran dan bersetuju untuk menjalankan KmR dengan idea utama
makanan memandangkan pelajar dapat meneroka, melihat hasil pembelajarandengan cepat seterusnya
menguasai pelbagai disiplin ilmu.
JOM BUAT DUIT
SEKOLAH:
SK BATU RAKIT

ABSTRAK:
Tujuan Utama KmR ini dibetuk adalah bagi memudahkan guru membuat penilaian dan pentaksiran dlam
proses PdPc yang berlaku disamping dapat mentaksir perkembangan dan pencapaian murid melalui
satu dokumen sahaja iaitu standard prestasi. Langkah utama KmR bermula dengan mengenalpasti
BigIdea matapelajaran yang dipilih disamping menjadikan elemen inovasi sebagai teras dalam
penghasilan projek tersebut. Tiga langkah utama dikenal pasti di dalam pelaksanaan projek ini melalui
perancangan, persediaan dan pelaksanaan projek di lapangan. Melalui hari keushawanan yang
melibatkan semua murid tahap 2 SeBaRa telah berjaya melaksanakan.Projek ini juga telah menyediakan
eviden dan produk yang dipamerkan semasa Hari Keusahawanan. Disamping itu melalui pelaksanaan
KmR melalui Hari Keusahawanan ini juga dapat mendidik murid dalam bidang keusahawanan dan dapat
menyediakan kerangka asas peningkatan kualiti PdPc serta pengurusan dan pentadbir sekolah dan
mengayakan hasil pembelajaran murid melalui penggunaan Teknologi Maklumat ICT.

RAINBOW CUPCAKE
SEKOLAH:
PPKI STARS SK KOMPLEKS SEBERANG TAKIR KUALA NERUS TERENGGANU

ABSTRAK:
Projek Usaha Ria Rainbow Cup Cake STARS dapat direalisasikan pada tahun 2018.projek ini juga susulan
Projek PASR yang diperkenalkan pada tahun 2016.Sekolah telah memilih kertas 043(masakan) sebagai
bahan projek PASR. Matlamat projek ini adalah untuk memberikan pendedahan dan pengalaman secara
lansung kepada murid pendidikan Khas pada masa hadapan mengenai penghasilan dan pemasaran
cupcake serta memberikan peluang mereka untuk berdikari.Dalam projek ini penekanan kepada elemen
‘deep learning’ yang merangkumi matapelajaran Kemahiran Hidup Asas, Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Pengurusan Diri dan Matematik. Projek ini menggalakkan penglibatan aktif murid sekolah
dalam menghasilkan produk berdasarkan pelajaran.
FORUM
TAJUK:GURU BERKUALITI MEMBENTUK KEMENJADIAN MURID

Forum untuk Tahun 2019 membincangkan tajuk Guru Berkualiti membentuk Kemenjadian Murid yang
membincangkan peranan IPG , Pejabat Pendidikan Daerah dan perspektif guru sendiri sebagai
pelaksana. Setiap ahli panel mengupas isu dan berkongsi pengalaman dalam memastikan setiap
persoalan dapat diberikan pertimbangan berdasarkan data dan kerangka pendidikan yang dihasratkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Moderator:
Tn Hj Zaib bin Manan ( Pegawai SIP+ PPD Kemaman)

Ahli Panel:

RESOLUSI KOLOKIUM
Rujuk slaid kiriman

PERASMIAN PENUTUP KOLOKIUM


Perasmian Penutup Kolokium TS25 Negeri Terengganu 2019 di Dewan BTPN Marang disempurnakan
oleh Tn Hj Matsor bin Ismail Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri memangku tugas Pengarah
Pendidikan Negeri Terengganu.

You might also like