You are on page 1of 78

‘WE CAN LEAD ANYWHERE’ MEMACU SINERGI KECEMERLANGAN

PENGURUSAN PENGAWAS DI SEKOLAH DAN RUMAH

PENGURUSAN PENGAWAS TERBAIK

SEKOLAH RENDAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMAS JAYA 1

SEKOLAH TRANSFORMASI TS25 PASIR GUDANG, JOHOR


1
SEKOLAH KEBANGSAAN PERMAS JAYA 1
SEKOLAH TRANSFORMASI TS25
PASIR GUDANG, JOHOR
TEL : 07-3873853

‘WE CAN LEAD ANYWHERE’ MEMACU SINERGI KECEMERLANGAN


PENGURUSAN PENGAWAS DI SEKOLAH DAN RUMAH

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMAS JAYA 1

SEKOLAH TRANSFORMASI TS25 PASIR GUDANG, JOHOR

2021
2
Kata Alu-aluan

Guru Besar SK Permas Jaya 1

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas buat warga Sekolah Kebangsaan Permas
Jaya 1 (SKPJ1) khususnya di atas pencapaian dan kesediaan untuk menyertai
Anugerah Pengurusan Pengawas Terbaik Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan
Malaysia bagi tahun 2021. Bermatlamatkan peningkatan kualiti dan profesionalisme
pengurusan sahsiah dan disiplin yang berkesan dan cemerlang, diharapkan murid
hasil didikan di SKPJ1 dapat menggarap aspirasi yang dinyatakan.

Transformasi Pendidikan (TS25) merupakan satu platform yang bertumpu kepada


elemen kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan memantapkan kepimpinan
sekolah, memaksimumkan potensi guru dan murid serta mengukuhkan penglibatan
ibu bapa, komuniti dan pihak bertanggungjawab. Pihak sekolah menyasarkan
peningkatan kualiti guru dan peningkatan kemenjadian murid secara holistik sebagai
matlamat utama bagi setiap apa yang dijalankan termasuklah pengurusan pengawas
sekolah yang mantap.

Transformasi dalam pendidikan adalah perlu untuk memenuhi keperluan semasa


dunia. Organisasi sekolah memainkan peranan yang penting dalam mengembleng
usaha dan tenaga untuk membentuk kemenjadian murid yang diharapkan. Akhir
kata, diharapkan SKPJ1 akan menjadi salah sebuah sekolah transformasi yang
cemerlang dalam melahirkan generasi murid sejajar dengan hasrat dan dasar
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masa kini.

SITI AISYAH BT ABDULLAH


GURU BESAR SKPJ1

3
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

ABSTRAK 5

BAHAGIAN 1 : MAKLUMAT ASAS SEKOLAH 6


BAHAGIAN 2 : PENGURUSAN, PERANCANGAN,
8
PELAKSANAAN & PENCAPAIAN
1. PENGURUSAN DAN PERANCANGAN 9
1.1 PENGURUSAN ORGANISASI PENGAWAS 9

1.2 RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN 13

1.3 KESELARASAN DENGAN TAKWIM INDUK 17


1.4 MATLAMAT & OBJEKTIF 20
1.5 RANCANGAN JANGKA MASA PANJANG/STRATEGIK 21

2. PELAKSANAAN AKTIVITI 24

2.1 PELAKSANAAN 24
2.2 PROSEDUR DAN PROSES / MANUAL 26
2.3 PENGURUSAN RISIKO & PENAMBAHBAIKAN 28

3. PENCAPAIAN 31

3.1 TAHAP PENCAPAIAN PENGAWAS SEKOLAH 31


3.2 JANGKAUAN PERKHIDMATAN 40
BAHAGIAN 3 : KEBERKESANAN, KELESTARIAN & KEUNIKAN 43
4. KEBERKESANAN & KELESTARIAN 44

4.1 KEWUJUDAN DI SEKOLAH 44

4.2 HARAPAN SEKOLAH 49


4.3 KREATIVITI DAN INOVASI 54
4.4 KOMUNIKASI DAN KOLABORATIF 55

4.5 KESUKARELAWAN 62

4.6 JARINGAN & JALINAN KOMUNITI 66


5. KEISTIMEWAAN & KEUNIKAN 71
5.1 KEISTIMEWAAN & AMALAN TERBAIK PENGAWAS 71

4
ABSTRAK

Transformasi pendidikan di Malaysia bertujuan menghasilkan kemenjadian murid


secara holistik dan menyasarkan kepimpinan sekolah yang berkualiti. Disipilin dan
sahsiah murid merupakan salah satu aspek utama yang perlu diberi perhatian dan
dibantu melalui pengurusan disiplin yang lebih sistematik dan cemerlang. Bagi
mencapai aspirasi kecemerlangan disiplin dan sahsiah murid, bertepatan dengan
motto SKPJ1 iaitu Sinergi Kecemerlangan Insaniah Memacu Transformasi SKPJ1,
Program “We Can Lead Anywhere‟ telah diperkenalkan di kalangan warga SKPJ1
terutamanya pengawas sekolah. Impaknya, intervensi ini membantu pihak sekolah
terutamanya unit disiplin dan pengawas sekolah untuk menguruskan disiplin dan
sahsiah murid dengan lebih sistematik dengan menggunakan konsep pemimpin
kecil. Sebaliknya, murid yang tidak menjadi pemimpin kecil juga diberikan
tanggungjawab untuk memimpin di dalam perkara-perkara tertentu. Dapatan
menunjukkan bahawa pengurusan pengawas sekolah yang berkesan di samping
program “We Can Lead Anywhere‟ membantu untuk meringankan tugas guru di
dalam membentuk sahsiah cemerlang di kalangan murid selain bertindak sebagai
pencegahan awal terhadap berlakunya masalah disiplin di sekolah.

Kata Kunci : Disiplin, Sahsiah, Masalah disiplin, We Can Lead Anywhere

5
BAHAGIAN 1

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

6
NAMA SK PERMAS JAYA 1 KOD JBA1063
SEKOLAH SEKOLAH

ALAMAT SK PERMAS JAYA 1, JALAN PERMAS ½, BANDAR BARU


SEKOLAH PERMAS JAYA, 81750 MASAI, JOHOR.

NEGERI JOHOR EMEL RASMI Skpermasjaya1@gmail.com

NO TELEFON 07-3873853 NO FAKSMILI 07-3882603

NAMA PENGETUA/GURU BESAR PN. SITI AISYAH BT ABDULLAH

NAMA PK HAL EHWAL MURID PN. HAMIDAH BT SAMIN

NAMA GURU PENGAWAS EN. MOHAMMAD RAHIMI BIN ROSLI

BILANGAN PENGAWAS SEKOLAH


T1 / D1 T2 / D2 T3 / D3 T4 / D4 T5 / D5 T6 / D6
MURID LELAKI 0 7 7 9 7 6
MURID PEREMPUAN 0 5 6 9 8 10
JUMLAH MURID 0 12 13 18 15 16
JUMLAH KESELURUHAN 74

7
BAHAGIAN 2

PENGURUSAN, PERANCANGAN,
PELAKSANAAN DAN
PENCAPAIAN

8
1. PENGURUSAN DAN PERANCANGAN

1.1 PENGURUSAN ORGANISASI PENGAWAS

Rajah 1 : Lembaga Pengawas Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 1

9
CARTA ORGANISASI LEMBAGA PENGAWAS SEKOLAH SKPJ1

Rajah 2 : Carta Organisasi Lembaga Pengawas SKPJ1


10
CARTA ORGANISASI PENGAWAS SEKOLAH

Rajah 3 : Carta Organisasi Pengawas Sesi Pagi SKPJ1


11
CARTA ORGANISASI PENGAWAS SEKOLAH

Rajah 4 : Carta Organisasi Pengawas Sesi Petang SKPJ1

12
1.2 RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN

13
Rajah 5 : Takwim Tahunan Pengawas SKPJ1
14
Rajah 6 : Jadual Tugasan Pengawas Sesi Pagi SKPJ1

15
Rajah 7 : Jadual Tugasan Pengawas Sesi Petang SKPJ1

16
1.3 KESELARASAN DENGAN TAKWIM INDUK

JANUARI FEBRUARI

MAC APRIL

17
MEI JUN

JULAI OGOS

18
SEPTEMBER OKTOBER

NOVEMBER DISEMBER

19
1.4 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

20
1.5 RANCANGAN JANGKA PANJANG / STRATEGIK

21
22
23
2.0 PELAKSANAAN AKTIVITI
2.1 PELAKSANAAN PROGRAM YANG DIRANCANG
Semua program yang dirancang telah berjaya dijalankan dengan kerjasama
semua pihak mengikut takwim yang ditetapkan. Berikut merupakan beberapa
program yang dijalankan secara bersemuka sebelum pandemik Covid-19 semakin
meningkat dan menyebabkan sesi persekolahan dijalankan secara dalam talian.

Penyerahan watikah pelantikan kepada Gimik watikah pelantikan yang


Ketua Pengawas, KPS Aqil disempurnakan Guru Besar SKPJ1

PS Damia sebagai Pengacara Majlis Pengawas bertugas mengawal lalu lintas

PS Akif mengetuai bacaan Yassin PS Aini membantu ibu bapa mendaftar


sebelum program bermula
24
Sebaik sahaja pandemic Covid-19 meningkat dan menyebabkan sesi
persekolahan dijalankan secara dalam talian, program yang melibatkan unit
pengawas tetap dijalankan. Selari dengan hasrat kerajaan untuk menurunkan kadar
jangkitan Covid-19, pihak pengurusan pengawas SKPJ1 telah menjalankan
beberapa program tanpa memerlukan murid hadir ke sekolah.

Poster hebahan program PS Farina mengendalikan program

PS Zarif memimpin bacaan doa Ucapan pendahuluan oleh KPS Aqil

Ucapan alu-aluan oleh GPK Kokurikulum Kursus disampaikan oleh Pn Lina


SKPJ1, Pn Suhaiba bt Nordin Mursyidah bt Hashim, GBK SKBBU2
25
Perkongsian Student‟s Leader Board oleh Sesi fotografi maya semua pengawas
SLB Amna Daania bt Khairani dari SKPJ1 yang mengambil bahagian
SKBBU2

2.2 PROSEDUR DAN PROSES DISEDIAKAN/MANUAL


Setiap program yang dirancang dan dijalankan melalui proses dan manual
pelaksanaan yang sepatutnya. Dimulai dengan kertas kerja program yang perlu
mendapat kelulusan pihak pentadbiran sekolah, setiap program yang dirancang
akan diterangkan secara terperinci di dalam kertas kerja tersebut. Sebaik sahaja
program dijalankan, laporan program tersebut akan disediakan dan disemak oleh
pihak pentadbiran sekolah.

Kertas Konsep Program Jalinan & Motivasi Pemimpin Hebat 2021

26
Kertas Konsep Program Jalinan & Motivasi Pemimpin Hebat 2021

Laporan Program Jalinan & Motivasi Pemimpin Hebat 2021

27
2.3 PENGURUSAN RISIKO DAN PENAMBAHBAIKAN
Pihak sekolah sentiasa berusaha ke arah kejayaan pengurusan dan
pengelolaan semua program yang telah dirancang. Selain itu, pihak sekolah
terutamanya Unit Pengawas SKPJ1 sentiasa membuka pintu untuk menerima
cadangan penambahbaikan dari semua pihak terutamanya pihak guru dan ibu bapa.
Setiap program yang dijalankan akan disertai dengan borang penilaian dan maklum
balas baik secara bersemuka mahupun secara maya. Penggunaan borang penilaian
dan maklum balas ini amat penting bagi tujuan pengurusan risiko oleh pihak
penyelaras. Borang penilaian ini juga amat membantu di dalam aspek
penambahbaikan bagi program yang akan datang.

Contoh Borang Penilaian dan Maklum Balas Program Anjuran Unit Pengawas

Borang penilaian dan maklum balas program anjuran unit pengawas di atas
merupakan salah satu usaha pihak sekolah terutamanya unit pengawas untuk
mengenalpasti kelemahan pelaksanaan program. Selain itu, penggunaan borang ini
juga membantu unit pengawas untuk menguruskan risiko di samping menambaik
28
kelemahan yang ada bagi memastikan program seterusnya yang dirancang mampu
dijalankan dengan lebih baik. Sebaik sahaja sesi persekolahan dijalankan secara
maya, unit pengawas telah menyediakan borang penilaian dan maklum balas secara
dalam talian bagi tujuan pengurusan risiko dan penambahbaikan.

Borang Penilaian dan Maklum Balas Program Anjuran Unit Pengawas (Dalam Talian)

29
Unit pengawas juga menggunakan pelan kontigensi untuk memastikan
program yang dirancang tetap dapat dijalankan. Penggunaan pelan kontigensi ini
memberikan ruang kepada pihak penyelaras seperti unit pengawas untuk sentiasa
bersedia dengan sebarang kemungkinan. Kesannya, semua program yang
dirancang tetap dapat dijalankan tanpa mengira sebarang situasi yang berlaku.
Keadaan ini memberikan gambaran yang baik terhadap pengurusan risiko oleh unit
pengawas dan penambahbaikan yang mampu dilakukan secepat mungkin mengikut
pelan kontigensi yang disediakan terlebih awal.

Penggunaan Pelan Kontigensi Untuk Menguruskan Risiko dan Penambahbaikan


Program Anjuran Unit Pengawas SKPJ1

30
3.0 PENCAPAIAN
3.1 TAHAP PENCAPAIAN PENGAWAS
Pengawas Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 1 telah mengecapi pelbagai
kejayaan di pelbagai peringkat termasuklah peringkat antarabangsa. Selain itu,
penyertaan pengawas sekolah SKPJ1 di dalam program di pelbagai peringkat juga
menyumbang ke arah pembangunan insaniah di dalam diri pengawas itu sendiri.
Berikut merupakan beberapa pencapaian dan penyertaan di pelbagai peringkat yang
melibatkan pengawas sekolah SKPJ1.

PROFIL PENGAWAS SKPJ1

NAMA
MOHAMAD SHUKRI B SHAHRUDDIN

UMUR
11 TAHUN

JAWATAN
BIRO KEROHANIAN

PS SHUKRI
PENCAPAIAN PS SHUKRI

TEMPAT KETIGA
PERTANDINGAN BERCERITA CERITA RAKYAT
MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN

ANJURAN :
 INTERNATIONAL STORYTELLING FESTIVAL
MALAYSIA (ISFM)
 PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

PERTANDINGAN „STORYTELLING‟ SECARA TALIAN


PERINGKAT KEBANGSAAN

ANJURAN :
 ICBE PUBLICATION
 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

31
PERTANDINGAN BERCERITA SECARA MAYA
PERINGKAT KEBANGSAAN

ANJURAN:
 INTERNATIONAL WOMEN‟S PEACE GROUP
MALAYSIA (IWPG)

PERTANDINGAN VIDEO KECERGASAN


PERINGKAT KEBANGSAAN

ANJURAN:
 CAK SPORT ACADEMY
 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)

PERTANDINGAN LENSA BACA


PERINGKAT KEBANGSAAN

ANJURAN:
 PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

PROGRAM CABARAN SIBER TUNAS KADET REMAJA


SEKOLAH (TKRS)
PERINGKAT NEGERI

ANJURAN:
 UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID, JPNJ

HADIAH ISTIMEWA „LIKE‟ TERTINGGI


PERTANDINGAN VIDEO „SCIENCE IS FUN‟
PERINGKAT KEBANGSAAN

ANJURAN:
 FAKULTI BIOKEJURUTERAAN & TEKNOLOGI,
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

32
PROFIL PENGAWAS SKPJ1

NAMA
NUR ZAFIRAH BT MOHAMMAD NIZAM

UMUR
12 TAHUN

JAWATAN
BENDAHARI

PS ZAFIRAH
PENCAPAIAN PS ZAFIRAH

SEMINAR PENELITIAN PENDIDIKAN REGIONAL FKIP


UNIVERSITAS ISLAM RIAU, INDONESIA
PERINGKAT ANTARABANGSA

ANJURAN :
 UNIVERSITAS ISLAM RIAU, INDONESIA
 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

PERSEMBAHAN PENUTUP SAYEMBARA BAHASA


MELAYU 2021
PERINGKAT ANTARABANGSA

ANJURAN :
 DEPIKIR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERSEMBAHAN PENUTUP 3RD ASIAN SCHOOL


RUGBY SEVENS CHAMPIONSHIP
PERINGKAT ANTARABANGSA

ANJURAN:
 MALAYSIAN RUGBY UNION (MRU)
 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

33
JOHAN
PERTANDINGAN ZAPIN PIALA YB SYED SADDIQ
PERINGKAT NEGERI

ANJURAN:
 PERSATUAN KESENIAN & KEBUDAYAAN
(PERSENT) DAERAH MUAR

NAIB JOHAN
VIDEO DOKUMENTARI KESENIAN BUDAYA JOHOR
KARNIVAL HEM NEGERI JOHOR
PERINGKAT NEGERI

ANJURAN:
 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
 YAYASAN PELAJARAN JOHOR

AWAL TAKZIM : GEMA WARISAN ANAK JOHOR


PERINGKAT NEGERI

ANJURAN:
 UNIT KEBUDAYAAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA

PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN


PERINGKAT KEBANGSAAN

ANJURAN:
 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERTANDINGAN ZAPIN JOHOR


PESTA RIA SEKOLAH SENI MALAYSIA JOHOR
PERINGKAT NEGERI

ANJURAN:
 SEKOLAH SENI MALAYSIA JOHOR
 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

34
PROFIL PENGAWAS SKPJ1

NAMA
FATEHAH FASILA BT ISHAK

UMUR
12 TAHUN

JAWATAN
PENOLONG BENDAHARI

PS FATEHAH
PENCAPAIAN PS FATEHAH

SEMINAR PENELITIAN PENDIDIKAN REGIONAL FKIP


UNIVERSITAS ISLAM RIAU, INDONESIA
PERINGKAT ANTARABANGSA

ANJURAN :
 UNIVERSITAS ISLAM RIAU, INDONESIA
 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

PERSEMBAHAN PENUTUP SAYEMBARA BAHASA


MELAYU 2021
PERINGKAT ANTARABANGSA

ANJURAN :
 DEPIKIR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERSEMBAHAN PENUTUP 3RD ASIAN SCHOOL


RUGBY SEVENS CHAMPIONSHIP
PERINGKAT ANTARABANGSA

ANJURAN:
 MALAYSIAN RUGBY UNION (MRU)
 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

35
JOHAN

PERTANDINGAN ZAPIN PIALA YB SYED SADDIQ


PERINGKAT NEGERI

ANJURAN:
 PERSATUAN KESENIAN & KEBUDAYAAN
(PERSENT) DAERAH MUAR

PERTANDINGAN TARIAN TRADISIONAL MELAYU


KREATIF
PERINGKAT NEGERI

ANJURAN:
 SEKTOR PEMBANGUNAN MURID, JPNJ

AWAL TAKZIM : GEMA WARISAN ANAK JOHOR


PERINGKAT NEGERI

ANJURAN:
 UNIT KEBUDAYAAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA

PROGRAM JELAJAH PENDIDIKAN


PERINGKAT KEBANGSAAN

ANJURAN:
 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERTANDINGAN ZAPIN JOHOR


PESTA RIA SEKOLAH SENI MALAYSIA JOHOR

PERINGKAT NEGERI

ANJURAN:
 SEKOLAH SENI MALAYSIA JOHOR
 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

36
PROFIL PENGAWAS SKPJ1

NAMA
FARINA QUSYAIRA BT HAIRUL AZLAN

UMUR
12 TAHUN

JAWATAN
PENOLONG SETIAUSAHA

PS FARINA
PENCAPAIAN PS FARINA

FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA


24TH PASIR GUDANG WORLD KITE FESTIVAL
PERINGKAT ANTARABANGSA

ANJURAN :
 KERAJAAN NEGERI JOHOR

SAGUHATI
PERTANDINGAN PIDATO KARNIVAL BAHASA
MELAYU SEKOLAH RENDAH PASIR GUDANG
PERINGKAT DAERAH

ANJURAN :
 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR
GUDANG

KARNIVAL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN


SEKOLAH RENDAH PASIR GUDANG
PERINGKAT DAERAH

ANJURAN:
 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR
GUDANG

37
Selain pencapaian individu pengawas SKPJ1, Unit Pengawas SKPJ1 juga
berjaya mencapai kejayaan yang membanggakan. Unit Pengawas SKPJ1 dengan
kerjasama Unit Hal Ehwal Murid SKPJ1 telah mengangkat „We Can Lead‟ sebagai
salah satu dasar yang berjaya membuka mata semua pihak sehingga dinobatkan
sebagai pemenang Karnival Hal Ehwal Murid Peringkat Negeri Johor 2021. Hal ini
demikian kerana program ini berpaksikan murid sebagai penggerak utama kepada
semua program yang dijalankan di pelbagai peringkat. Kesannya, murid-murid
terutamanya pengawas SKPJ1 mampu membentuk sifat bertanggungjawab ke atas
amanah yang diberikan kepada mereka di samping membentuk nilai insaniah yang
tinggi di dalam diri mereka.

Kertas Konsep „We Can Lead‟ SKPJ1 Keaslian „We Can Lead‟ SKPJ1

Penyelesaian Masalah dan Nilai Tambah Impak Keberhasilan


„We Can Lead‟ SKPJ1 „We Can Lead‟ SKPJ1

38
Kejaan „We Can Lead‟ di peringkat negeri telah membuka mata sekolah lain
untuk berkolaborasi dengan SKPJ1 dan mengadakan sesi perkongsian bersama.
Hasilnya, pengawas SKPJ1 sendiri diamanahkan untuk menyampaikan maklumat
berkaitan “We Can Lead‟ kepada pihak lain sebagai salah satu bukti kejayaan
program ini di mana pengawas SKPJ1 telah berjaya dibentuk sebagai individu yang
berani dan yakin di dalam pengucapan awam selain mampu menguruskan program
dengan bantuan guru-guru.

Program Perkongsian Tiga Buah Peserta Program Jalinan & Motivasi


Sekolah Sekitar Negeri Johor Pemimpin Hebat!

Kehadiran Program Jalinan & Motivasi Maklum Balas Program Jalinan &
Pemimpin Hebat! Motivasi Pemimpin Hebat!
39
3.2 JANGKAUAN PERKHIDMATAN PENGAWAS
Selain pelbagai pencapaian dan kejayaan yang dikecapi Unit Pengawas
SKPJ1 sebagaimana yang dinyatakan, Unit Pengawas SKPJ1 juga menjalankan
program yang memberikan perkhidmatan kepada komuniti setempat. Jangkauan
perkhidmatan Unit Pengawas SKPJ1 meliputi pelbagai pihak dari pelbagai sudut
seperti kesihatan awam, pembangunan insaniah masyarakat setempat dan jalinan
komuniti ke arah kejayaan bersama. Menariknya, kebanyakkan program Unit
Pengawas SKPJ1 yang melibatkan komuniti dan masyarakat setempat merupakan
program jalinan kerjasama di antara pihak unit pengawas dengan pihak agensi luar.
Berikut merupakan antara program anjuran bersama Unit Pengawas SKPJ1 dengan
agensi luar yang menjangkaui kemaslahatan komuniti setempat.

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

Program Mencari Restu Ilahi yang PS Zarif mengetuai Program Mencari


disiarkan secara langsung di Youtube. Restu Ilahi.
JAWATANKUASA KAMPUNG MUKIM PLENTONG

Gotong-royong Perdana melibatkan JKK Aktiviti mengecat pagar sekolah bersama


Mukim Plentong. komuniti JKK Mukim Plentong

40
PASUKAN SIMPANAN ANGKATAN TENTERA LAUT MALAYSIA (KD MEDINI)

Pasukan Simpanan Angkatan Tentera Penyampaian sijil penghargaan kepada


Laut Malaysia (KD Sri Medini) bersama Pasukan Simpanan Angkatan Tentera
barisan pentadbir SKPJ1, Unit HEM dan Laut Malaysia (KD Sri Medini).
Unit Pengawas SKPJ1.

Gotong-royong membaikpulih bilik darjah Aktiviti mengecat dinding kelas oleh


yang dilakukan bersama-sama. pihak KD Sri Medini.

SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM)

Pegawai SKMM menyampaikan taklimat Perkongsian berkenaan „Online


berkenaan program kerjasama di antara Grooming‟ yang disampaikan oleh
SKMM dan SKPJ1 dengan bantuan Unit pegawai SKMM kepada warga SKPJ1
HEM serta Unit Pengawas SKPJ1. dan komuniti setempat.

41
JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK (JSPT PDRM)

Program bersama Jabatan Siasatan dan Barisan pengawas yang terlibat di dalam
Penguatkuasaan Trafik PDRM yang program jalinan bersama JSPT PDRM.
melibatkan Pengawas SKPJ1.
COMMUNICATION FOR BEHAVIOURAL IMPACT (COMBI)
BAHAGIAN PENDIDIKAN KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

COMBI KKM hadir untuk menjalankan Program jalina bersama COMBI KKM
program jalinan bersama Unit HEM memberikan kesedaran kepada komuniti
(Pengawas dan Unit COMBI SKPJ1). berkaitan aedes dan denggi.

Pelbagai program dan perkhidmatan yang telah, sedang dan akan


dijalankan oleh Unit Pengawas SKPJ1 dengan jalinan kerjasama bersama agensi
luar. Kesemua program ini mampu memberikan manfaat kepada komuniti setempat
selain memanfaatkan pengawas SKPJ1 itu sendiri dari aspek pembangunan nilai
insaniah dalam diri mereke. Selain itu, keterlibatan pengawas di dalam program ini
bermula dari perancangan program sehinggalah program selesai telah membentuk
keyakinan diri pengawas selain mendedahkan mereka dengan ilmu dan pengalaman
menguruskan program.

42
BAHAGIAN 3

KEBERKESANAN, KELESTARIAN
DAN KEUNIKAN

43
4.0 KEBERKESANAN DAN KELESTARIAN
4.1 KESEDARAN WARGA SEKOLAH
Secara keseluruhannya, pengurusan pengawas sekolah di SKPJ1
dijenamakan kepada „We Can Lead‟. Program „We Can Lead‟ ini secara kasarnya
membawa maksud pengawas sekolah memainkan peranan mereka sendiri di dalam
pengurusan program melalui tugas-tugas seperti menjadi pengacara majlis,
pengelola program, pembantu di belakang tabir serta pelbagai tugas lagi. Kesannya,
„We Can Lead‟ telah membentuk nilai insaniah yang tinggi dan disiplin yang baik di
kalangan pengawas serta murid lain. Selain itu, „We Can Lead‟ juga memberikan
peluang kepada murid untuk merasai pengalaman mengelolakan program dan
menimba ilmu pengurusan. Konklusinya, keberkesanan pengurusan pengawas
sekolah SKPJ1 menerusi „We Can Lead‟ telah memberikan manfaat kepada semua
pihak terutamanya pihak pengawas sendiri dan pihak guru di sekolah. Sudah pasti
dengan bantuan pengawas di dalam pengelolaan majlis dan aktiviti, guru-guru serta
warga SKPJ1 sedar akan kepentingan pengurusan pengawas yang berkesan di
sekolah menerusi program „We Can Lead‟ ini.

Antara objektif utama „We Can Lead‟ termasuklah:

• Meningkatkan kehadiran murid menerusi contoh yang ditunjukkan pengawas

• Memberikan peluang kepada pengawas untuk mengasah bakat kepimpinan

• Pengawasmempraktikkan nilai murni dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan

Berdasarkan objektif yang dinyatakan, keberhasilan program ini dapat dilihat


menerusi analisis disiplin murid melalui sistem SSDM dan APDM di mana data
menunjukkan peningkatan kehadiran murid dan peningkatan rekod amalan baik. Kes
ponteng dan lewat hadir ke sekolah juga secara tidak langsung dapat dibendung.
Penurunan kes disiplin ini telah membuka mata warga sekolah SKPJ1 mengenai
keberkesanan pengurusan pengawas SKPJ1 menerusi „We Can Lead‟.

44
Peratus Kehadiran Murid di Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

Peningkatan Peratus Kehadiran Murid Sehingga September 2021

45
Peningkatan Rekod Amalan Baik SKPJ1

Penurunan Kes Disiplin SSDM SKPJ1

Selain penurunan kes disiplin dan peningkatan amalan baik murid SKPJ1
yang direkodkan di SSDM, keberkesanan pengurusan pengawas menerusi „We Can
Lead‟ di dalam pembentukan disiplin dan sahsiah terpuji dalam kalangan murid
SKPJ1 juga dibuktikan melalui dapatan tinjauan yang melibatkan guru-guru SKPJ1
yang saban hari menilai tahap disiplin murid di sekolah. Jadual di bawah
menunjukkan hasil dapatan tinjauan keberkesanan „We Can Lead‟ di SKPJ1.

46
Soalan 1 : Saya tahu akan pelaksanaan We Can Lead di sekolah.
Paling Tidak Setuju 0.0
Sangat Tidak Setuju 3.6
Setuju 7.1
Sangat Setuju 35.7
Paling Setuju 53.6
Soalan 2 : Saya faham akan fungsi dan pelaksaaan We Can Lead.
Paling Tidak Setuju 0.0
Sangat Tidak Setuju 3.6
Setuju 3.6
Sangat Setuju 60.7
Paling Setuju 32.1
Soalan 3 : We Can Lead membantu guru memantau disiplin murid
Paling Tidak Setuju 0.0
Sangat Tidak Setuju 3.6
Setuju 3.6
Sangat Setuju 60.7
Paling Setuju 32.1

Soalan 4 : We Can Lead membantu sekolah mengelolakan pelbagai majlis


Paling Tidak Setuju 0.0
Sangat Tidak Setuju 0.0
Setuju 7.1
Sangat Setuju 28.6
Paling Setuju 64.3
Soalan 5 : We Can Lead meningkatkan amalan baik murid.
Paling Tidak Setuju 0.0
Sangat Tidak Setuju 0.0
Setuju 7.1
Sangat Setuju 25.0
Paling Setuju 67.9
Soalan 6 : Saya mudah untuk mendapatkan khidmat pemimpin muda.
Paling Tidak Setuju 0.0

47
Sangat Tidak Setuju 0.0
Setuju 14.3
Sangat Setuju 32.1
Paling Setuju 53.6
Soalan 7 : Pemimpin muda yang dipilih menunjukkan sikap terpuji..
Paling Tidak Setuju 0.0
Sangat Tidak Setuju 0.0
Setuju 7.1
Sangat Setuju 50.0
Paling Setuju 42.9
Soalan 8 : We Can Lead menarik minat murid untuk menjadi pemimpin.
Paling Tidak Setuju 0.0
Sangat Tidak Setuju 0.0
Setuju 10.7

Sangat Setuju 32.1


Paling Setuju 57.1
Soalan 9 : We Can Lead memberikan nilai tambah kepada pembentukan
sahsiah murid
Paling Tidak Setuju 0.0
Sangat Tidak Setuju 0.0
Setuju 7.1
Sangat Setuju 25.0
Paling Setuju 67.9
Soalan 10 : We Can Lead wajar diteruskan pada tahun mendatang.
Paling Tidak Setuju 0.0
Sangat Tidak Setuju 0.0
Setuju 3.6
Sangat Setuju 39.3
Paling Setuju 57.1

48
Berdasarkan dapatan tinjauan yang dijalankan, warga SKPJ1 memberikan
respons yang positif kepada keberkesanan program We Can Lead sebagai salah
satu kaedah terbaik pengurusan pengawas di sekolah. Hal ini demikian kerana
pihak guru mampu menilai sendiri keberhasilan program ini di dalam proses
pembentukan disiplin dan sahsiah murid.

4.2 HARAPAN WARGA SEKOLAH


Warga SKPJ1 mempunyai harapan yang tinggi agar pengurusan pengawas
yang baik ini dapat diteruskan pada tahun mendatang. Hal ini demikian kerana
pengurusan pengawas menerusi „We Can Lead‟ memberikan pelbagai faedah
kepada semua pihak. Unit Pengawas SKPJ1 sudah sedia maklum akan keadaan ini
dan berazam untuk memastikan kecemerlangan „We Can Lead‟ akan diteruskan
pada tahun mendatang. Bagi mencapat hasrat tersebut, Unit Pengawas SKPJ1 telah
mengambil kira harapan warga SKPj1 terhadap „We Can Lead‟ dan merancang
pelan jangka masa pendek dan pelan jangka masa panjang bagi memenuhi hasrat
dan harapan warga sekolah yang ingin melihat kejayaan yang lebih signifikan
menerusi „We Can Lead‟ di masa hadapan.

4.2.1 HARAPAN DAN PELAN JANGKA MASA PENDEK


“We Can Lead‟ diharapkan dapat melibatkan kerjasama daripada semua
warga SKPJ1 yang terdiri daripada pihak pentadbir, guru, ibu bapa dan juga murid.
Pengawas sebagai penggerak utama „We Can Lead‟ diharapkan menjadi lebih
proaktif sebagai agen perubahan ke arah kemenjadian murid secara holistik. Hal
ini demikian kerana sejak pelaksaan program ini, kesemua program anjuran
sekolah telah dikelolakan oleh pengawas dan pemimpin muda yang lain dengan
bantuan guru-guru. Keadaan ini secara tidak langsung membentuk sahsiah dan
perwatakan yang terpuji di kalangan warga sekolah terutamanya pengawas dan
murid-murid lain.
4.2.2 HARAPAN DAN PELAN JANGKA MASA PANJANG
Pengurusan pengawas menerusi pelaksanaan „We Can Lead‟ bagi jangka
masa panjang adalah diharapkan membantu untuk meingkatkan pengurusan

49
semua murid daripada aspekdisipin dan sahsiah tanpa mengira jawatan murid
tersebut di sekolah. Selain keberhasilan program yang dikelolakan pengawas,
program ini juga menyasarkan objektif utama untuk membentuk sahsiah dan
disiplin terpuji di kalangan semua murid. Pembentukan sahsiah dan disiplin sudah
pasti memakan masa yang lema kerana ianya melibatkan perubahan perwatakan
dan pembawaan diri seseorang murid tersebut. Melalui „We Can Lead‟, data salah
laku murid yang telah direkodkan merupakan maklumat berguna daripada
pengawas dan guru yang berkenaan. Maklumat yang diperolehi ini membolehkan
pihak sekolah mengenalpasti corak salah laku murid yang kerap dilakukan dan
keadaan ini memberikan ruang serta peluang kepada pihak sekolah untuk
menangani masalah tersebut secepat mungkin.
Perancangan tindakan yang tepat dapat dilakukan untuk melaksanakan
intervensi ke atas murid yang dikenal pasti supaya potensi kepimpinan yang mereka
tunjukkan tidak terkubur begitu sahaja. Tanpa mengira jawatan murid di sekolah,
dapat dilihat bahawa melalui „We Can Lead‟, transformasi pendidikan di SKPJ1
terutamanya di dalam aspek disiplin dan sahsiah murid berada di landasan yang
betul bagi satu tempoh masa yang panjang selagimana program ini diteruskan.
Menerusi tinjauan yang dilakukan, pihak guru SKPJ1 menyokong penuh hasrat Unit
Pengawas untuk meneruskan program ini di tahun mendatang setelah melihat
keberhasilan program ini pada tahun semasa di dalam membentuk sahsiah dan
disiplin terpuji dalam kalangan murid terutamanya pengawas sekolah.

Hasil Tinjauan Menyokong „We Can Lead‟ Diteruskan Pada Tahun Mendatang

50
4.2.3 HARAPAN PIBG SKPJ1

Di dalam pengurusan sekolah, keperluan murid sentiasa menjadi keutamaan


di SKPJ1. Pihak sekolah mengambil berat akan kemenjadian holistik murid sebagai
kumpulan sasar. Sehubungan dengan itu, „We can Lead‟ menepati keperluan
kumpulan sasar menerusi kejayaan program ini menangani isu-isu murid di sekolah.
Melalui perjumpaan pihak sekolah bersama pihak ibu bapa semasa mesyuarat PIBG
yang lalu, beberapa isu telah disuarakan iaitu:

 Peratus kehadiran murid masih belum mencapai KPI sekolah (93%).


 Permintaan ibu bapa agar pihak sekolah memberi peluang kepada murid
menjawat jawatan di sekolah melalui sesi temuduga terbuka.
 Bilangan murid yang menunjukkan minat menghadiri sesi temuduga untuk
menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin utama sekolah amat
memberangsangkan.

Setelah isu-isu ini dikenalpasti oleh pihak sekolah, „We Can Lead‟ telah
dilancarkan bertujuan untuk menyelesaikan isu tersebut melalui pengurusan
pengawas di sekolah. Antara objektif utama „We Can Lead‟ termasuklah:

 Meningkatkan peratus kehadiran murid.


 Memberikan peluang kepada murid fokus mengasah serta menyerlahkan
bakat kepimpinan dalam pelbagai bidang.
 Murid dapat mempraktikkan nilai-nilai kepimpinan dalam pelbagai aktiviti yang
dijalankan di sekolah.

Menerusi objektif yang dinyatakan, pengurusan pengawas „We Can Lead‟


adalah satu program yang berfokus kepada isu yang disuarakan oleh pihak ibu bapa
dan menjadikan program ini menepati keperluan kumpulan sasar iaitu murid-murid
terutamanya pemimpin kecil dan murid fokus.

4.2.4 HARAPAN GURU-GURU SKPJ1

Guru-guru SKPJ1 selaku penggerak utama pembangunan insaniah dan


disiplin murid di sekolah menaruh harapan yang besar terhadap kejayaan „We Can
Lead‟ ini. Antara harapan guru-guru SKPJ1 terhadap pengurusan pengawas
menerusi program ini termasuklah:

51
 Pengawas membantu proses kawalan disiplin murid

Pengurusan pengawas menerusi „We Can Lead‟ memudahkan proses guru untuk
memantau tahap disiplin dan sahsiah murid. Sesuai dengan situasi semasa
pandemik Covid-19, pemimpin kecil ditetapkan untuk membantu proses pemantauan
disiplin dan sahsiah murid terutamanya di dalam aspek pematuhan SOP di sekolah.
Bagi tempoh PDPR, program ini membantu guru secara maya di mana pengawas
menjadi fasilitator kepada rakan-rakan yang lain.

Jadual Bertugas Pengawas (SOP Covid-19)

 Unit Pengawas menggunapakai sumber sedia ada

„We Can Lead‟ merupakan program yang tidak asing lagi di SKPJ1. Hal ini demikian
kerana, program ini adalah proses memperkasakan sumber pemimpin kecil yang
sedia ada. Sebelum ini, pengawas sekolah hanya menjalankan tanggungjawab yang
terhad seperti mengawal murid di kantin dan menaikkan bendera ketika
perhimpunan. Sebaik sahaja „We Can Lead‟ menjadi dasar pengurusan pengawas di
SKPJ1, tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka juga diperluaskan.
Mereka bukan sahaja setakat membantu guru di dalam aspek kawalan murid di
kelas, namun mereka juga dilibatkan secara langsung di dalam program anjuran
sekolah sebagai pengelola, penganjur dan tenaga kerja utama bagi melatih mereka
menjadi pemimpin yang holistik. Oleh itu, „We Can Lead‟ diharapkan untuk terus
memperkasakan sumber pemimpin kecil sedia ada tanpa perlu mewujudkan satu
organisasi atau jawatankuasa yang baharu.

52
 Pengawas sebagai agen peningkatan sahsiah murid

Di samping menjadi pengelola, penganjur dan tenaga kerja utama bagi menjalankan
aktiviti pengurusan sekolah dengan bantuan guru-guru, pengurusan pengawas „We
Can Lead‟ juga memberikan ruang kepada pengawas untuk menjadi suri tauladan
kepada murid lain. Kesannya, program in bukan sahaja membantu murid lain untuk
meningkatkan tahap disiplin mereka, malah membantu diri pengawas itu sendiri
untuk membentuk sahsian yang terpuji.

 „We Can Lead‟ memberikan impak positif kepada disiplin murid

„We Can Lead‟ adalah pendekatan sistematik berdasarkan kepada kepercayaan


pihak sekolah kepada murid-murid yang dilantik sebagai pengawas. Setelah program
ini dijalankan, pihak sekolah telah menilai data disiplin dan sahsiah murid dan
mendapati bahawa program ini menurunkan kadar kes disiplin murid. Dalam
pengurusan di sekolah, pentadbir menggunakan data untuk tujuan pembangunan
professional, pembangunan pengajaran dan akauntabiliti iaitu kewajipan
menjalankan tanggungjawab (Schildkamp, Lai, & Earl 2013; dalam Kim, Cindy &
Hans 2017). Sehubungan itu, guru-guru SKPJ1 mengharapkan pengurusan
pengawas menerusi „We Can Lead‟ akan terus mampu untuk memberikan impak
positif kepada disiplin murid.

Laporan Analisis SSDM Menunjukkan Data Kes Disiplin SKPJ1

53
4.3 KREATIVITI DAN INOVASI
4.3.1 INOVASI KEASLIAN ‘WE CAN LEAD’
Seiring dengan transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013- 2025 telah dihasilkan sebagai satu panduan bagi
merealisasikan transformasi pendidikan supaya setanding dengan negara maju.
Berdasarkan kepada pelan ini, murid diharapkan berupaya untuk bersaing di
peringkat global dengan nilai etika dan kerohanian yang sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Etika dan kerohanian ini diperlukan dalam mendepani
kehidupan dewasa agar kelak mereka berupaya membuat pertimbangan, berprinsip
dan mampu menyelesaikan konflik secara harmoni. Individu yang penyayang
mampu menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara. Maka,
pembentukan diri murid perlu dititikberatkan seawal usia persekolahan. Oleh itu,
sistem pendidikan menjadi tulang belakang untuk mencapai hasrat tersebut. Pihak
SKPJ1 terutamanya Unit Pengawas mendukung penuh usaha pihak kerajaan
kearah mencapai hasrat dan aspirasi yang dinyatakan menerusi pengurusan
pengawas yang cemerlang di bawah „We Can Lead‟.
Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 1 (SKPJ1) merupakan salah sebuah
sekolah Transformasi Sekolah 2025 (TS25) yang memfokuskan elemen
kemenjadian murid dan sekolah berkualiti yang dipengaruhi oleh aspek guru
berkualiti, pemimpin berkesan dan sokongan PIBG serta komuniti yang mapan.
Maka, hasrat pihak sekolah untuk memenuhi aspirasi sistem pendidikan yang
dinyatakan memerlukan pengurusan pentadbiran yang terbaik. Pengurusan
pentadbiran turut meliputi hubungan interaksi di antara komuniti dan organisasi di
dalam memberikan tumpuan kepada kemenjadian murid khususnya dari aspek
disiplin dan sahsiah murid bermula dengan kemenjadian pengawas yang
merupakan agen peningkatan disiplin dan sahsiah di sekolah.
Selain itu, SKPJ1 juga menyokong hasrat kerajaan untuk membangunkan
murid tanpa mengira jawatan mereka di sekolah secara holistik dan seimbang.
Sekolah yang berkesan dapat melahirkan murid yang seimbang, sekaligus menjadi
warganegara yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa (Mohd & Aziz 2014).

54
Usaha ini adalah untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi
aspirasi murid berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perkara ini
turut dinyatakan di dalam kajian oleh Jaclyn dan Mohd (2017) dimana, kecekapan
pengurusan disiplin di sekolah boleh melahirkan modal insan yang seimbang
daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Bagi Unit Pengawas SKPJ1,‟We
Can Lead‟ merupakan pengurusan pengawas yang terbaik di sekolah kerana
program ini mampu menjadikan pengawas sebagai suri tauladan kepada murid lain
di dalam menjaga dan meningkatkan disiplin dan sahsiah terpuji di sekolah.

Pengurusan pengawas melalui „We Can Lead‟ mampu membantu kelancaran


sesi pembelajaran dan pemudahcaraan di dalam kelas dengan wujudnya suasana
pembelajaran yang harmoni dan sahsiah terpuji. Sahsiah merupakan kesediaan
mental yang tersusun daripada pengalaman yang dapat mempengaruhi tindak
balas individu (Syafiqah & Tengku 2017). Di dalam konteks zaman persekolahan,
pembentukan sahsiah murid melibatkan pengurusan disiplin yang berkesan di
sekolah. Sebagai contoh, sahsiah murid yang positif dapat mewujudkan perilaku
murid yang berdisiplin terpuji. Disiplin merupakan suatu proses membangunkan
peribadi individu untuk melahirkan sebuah persekitaran yang kondusif (Muhammad,
Norfariza, Simin, Husaina & Mokhtar 2014).

Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001, mewujudkan sistem


tambahan adalah digalakkan untuk tujuan pemantauan dan kawalan akademik,
emosi, sahsiah dan tingkah laku murid sepanjang sesi persekolahan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2001

55
4.3.2 PENGURUSAN ‘WE CAN LEAD’

Program We Can Lead ini merupakan program di bawah pengurusan Unit


Pengawas yang diselia oleh Unit Hal Ehwal Murid SKPJ1. Program ini adalah salah
satu kaedah pengurusan pengawas di SKPJ1 yang mensasarkan keterlibatan
pengawas di dalam tadbir urus program dan aktiviti anjuran sekolah. Sebagai
contoh, „We Can Lead‟ telah memberikan peluang kepada pengawas untuk menjadi
pengelola majlis, pembantu program dan pelaksana aktiviti dengan bantuan guru-
guru. Bagi memaksimumkan kejayaan „We Can Lead‟, Unit Pengawas dan Unit
HEM SKPJ1 telah mendapatkan kerjasama yang padu dari semua pihak
termasuklah pihak guru dan kakitangan sekolah. Selain itu program ini juga tidak
akan dapat dijayakan tanpa sokongan daripada pihak PIBG/PIBK, Ahli Majlis
Bandaraya Johor Bahru, Yayasan Warisan Johor, Ketua Kampung, COMBI,
Sekolah Seni, Pasukan Polis Permas Jaya, badan-badan bukan kerajaan yang lain
serta murid-murid SKPJ1 itu sendiri.
Pengurusan merujuk kepada proses pencapaian matlamat mengikut cara
yang berkesan dan cekap menurut Aizzat, Intan dan Zainal (2006) dalam penulisan
Norzatulshima dan Lilia (2013). Henri Fayol (1988), menyatakan bahawa sesebuah
organisasi perlu menjangkakan apa yang akan dicapai melalui perancangan,
pengendalian, pengarahan dan pengagihan tugas kepada ahli organisasi. Kesemua
aspek yang dinyatakan ini bertumpu kepada pengurusan sesebuah organisasi.
Antara langkah pengurusan yang perlu dipatuhi agar matlamat organisasi tercapai
mengikut Armstrong (1999) adalah menerusi perancangan, pengorganisasian,
pemotivasian dan pengawalan. Dalam situasi di sekolah, perancanagn program „We
Can Lead‟ yang lengkap dan sistematik telah membantu pengurusan pengawas di
SKPJ1 untuk berjalan lancar.

4.3.3 ‘WE CAN LEAD ANYWHERE’


Sebaik sahaja Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan
bahawa sesei persekolahan akan dijalankan secara Pengajaran dan Pembelajaran
di rumah (PDPR), Unit Pengawas SKPJ1 telah mengambil langkah proaktif dengan

56
melancarkan Program „We Can Lead Anywhere‟ sebagai kesinambungan „We Can
Lead‟. „We Can Lead Anywhere‟ membawa konsep yang sama dengan „We Can
Lead‟, cuma kepimpinan pengawas serta murid lain akan lebih terarah kepada
kepimpinan di rumah dan di mana sahaja dengan bantuan dari guru secara maya
dan bantuan ibu bapa di rumah. Pengurusan pengawas menerusi „We Can Lead
Anywhere‟ telah membantu mengekalkan momentum pengawas di dalam
pembentukan nilai insaniah dan kepimpinan dalam diri mereka.

Pelaksanaan „We Can Lead Anywhere‟

PS Ian mengetuai Bacaan Yassin disiarkan secara langsung di Youtube sebagai


salah satu pengisian „We Can Lead Anywhere‟

57
4.3.4 ‘PENGURUSAN SUMBER ‘WE CAN LEAD’
„We Can Lead‟ juga merupakan satu inovasi pengurusan pengawas yang
memudahkan semua pihak kerana menggunakan sumber sedia ada sebagai
penggerak utama program. Pengawas dan guru sebagai sumber tenaga manusia
serta penggunaan SSDM sebagai sumber utama analisis rekod disiplin murid yang
akan digunakan untuk menilai kejayaan program. Pengawas dan guru sebagai
penggerak utama program ini adalah bersesuaian dengan matlamat utama program
ini untuk meningkatkan penglibatan warga sekolah. Sementara itu, pengurusan
sumber melalui penggunaan sistem sedia ada seperti SSDM memudahkan pihak
sekolah untuk menilai kejayaan program ini.

4.4 KOMUNIKASI DAN KOLABORATIF


Pelaksanaan „We Can Lead Anywhere‟ sebagai salah satu usaha Unit
Pengawas meneruskan momentum kepimpinan pengawas telah disebarluaskan
menerusi penggunaan sosial media. Hal ini demikian kerana Unit Pengawas SKPj1
amat mengharapkan kerjasama dari pihak ibu bapa dan penjaga bagi bersama-
sama menjayakan program ini. Oleh itu, komunikasi di antara pihak sekolah
terutamanya Unit Pengawas dengan ibu bapa adalah amat penting. Berikut
merupakan antara contoh penggunaan media sosial bagi tujuan komunikasi dua
hala di antara pihak Unit Pengawas dengan ibu bapa serta murid di rumah berkaitan
„We Can Lead Anywhere‟.
58
Komunikasi Menerusi Laman Facebook Komunikasi Menerusi Laman Instagram

Komunikasi Menerusi Whatsapp Komunikasi Menerusi Telegram

„We Can Lead Anywhere‟ juga merupakan satu program pengurusan


pengawas yang bersifat inklusif. Hal ini demikian kerana Unit Pengawas SKPJ1
percaya bahawa pembentukan sahsiah murid haruslah bersifat holistic dan seimbang
dari segenap aspek. Oleh itu, Unit Pengawas SKPJ1 telah mengambil keputusan
untuk berkolaboratif dengan pelbagai unit lain di sekolah bagi memaksimumkan
pengurusan pengawas di sekolah. Berikut merupakan antara unit dan panitia yang
berkolaboratif dengan „We Can Lead Anywhere‟ di SKPJ1.

59
 Unit Disiplin SKPJ1

„We Can Lead‟ dan „We Can Lead Anywhere‟ memudahkan guru
terutamanya guru-guru Unit Disipiin SKPJ1 untuk merekodkan amalan baik murid di
dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM). Sebelum pelaksanaan „We Can Lead‟,
hanya pengawas dan pemimpin kecil sahaja yang mempunyai rekod amalan baik
yang tinggi di dalam SSDM kerana sumbangan mereka di dalam aktiviti dan program
anjuran sekolah. Kini, setelah pelaksanaan „We Can Lead‟, murid-murid yang tidak
terlibat sebagai pengawas dan pemimpin kecil juga boleh mendapatkan tambahan
rekod amalan baik di dalam SSDM melalui pemantauan berterusan yang dijalankan
oleh guru serta pengawas dan pemimpin kecil. Caranya, pengawas dan pemimpin
kecil yang dilantik bukan sahaja perlu mengambil kira masalah disiplin yang
dilakukan oleh rakan-rakan mereka untuk dilaporkan kepada guru, malah mereka
juga boleh menyenaraikan murid yang menunjukkan sifat terpuji semasa ketiadaan
guru. Sifat terpuji semasa ketiadaan guru ini akan direkodkan sebagai amalan baik
murid tersebut dengan bantuan pemantauan oleh para pengawas dan pemimpin
kecil.

Perekodan Amalan Baik SSDM

 Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SKPJ1

Unit HEM merupakan penggerak utama pembangunan nilai insaniah dan


disiplin murid di sekolah. Menilai disiplin dan sahsiah murid, SSDM memainkan
peranan penting di dalam mempamerkan data amalan baik dan kes disiplin dalam
kalangan murid. Setelah pelancaran „We Can Lead‟ sebagai pengurusan pengawas
60
di sekolah, data SSDM menunjukkan peningkatan amalan baik di kalangan murid
SKPJ1. Hal ini demikian kerana, menerusi „We Can Lead‟ dan „We Can Lead
Anywhere‟, pengawas akan diberikan kredit di atas penglibatan mereka di dalam
aktiviti dan program sekolah. Pada masa yang sama, murid yang tidak terlibat
sebagai pengawas juga berpeluang untuk mendapat kredit rekod amalan baik
dengan cara mempamerkan sifat terpuji terutamanya ketika ketiadaan guru.
Kesannya, sahsiah terpuji mereka akan membolehkan mereka mendapat rekod
amalan baik di SSDM hasil pemantaun berterusan pihak guru dengan bantuan para
pengawas. Secara kasarnya, kehadiran pengawas bukan sahaja untuk memantau
masalah disiplin murid, malah mereka juga bertanggungjawab untuk memantau
tingkah laku positif serta sahsiah terpuji rakan mereka. Impaknya, murid akan lebih
bersemangat untuk sentiasa mempamerkan sahsiah yang terpuji pada setiap masa
baik semasa keberadaan guru mahupun semasa ketiadaan guru. Situasi positif
sebegini akan memanfaatkan semua pihak apabila semua murid menjadi suri
tauladan kepada satu sama lain.

Peningkatan Rekod Amalan Baik Murid SKPJ1

 Panitia Bahasa Inggeris SKPJ1

Sifat kolaboratif „We Can Lead‟ bersama Panitia Bahasa Inggeris SKPJ1
telah memberikan nilai tambah kepada penguasaan Bahasa Inggeris pengawas
sekolah. Hal ini demikian kerana, sesuai dengan nama program yang menggunakan
Bahasa Inggeris, program ini juga dijadikan sebagai salah satu pengisian di dalam

61
Highly Immersive Programme (HIP) di bawah Panitia Bahasa Inggeris. Menerusi „We
Can Lead‟, pengawas yang terlibat di dalam aktiviti dan program perlu menggunakan
Bahasa Inggeris sebagai medium perantaraan utama. Kesannya, secara tidak
langsung, pengawas mampu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua mereka. Situasi ini memberikan nilai tambah yang baik dan tinggi
kepada semua pihak terutamanya pengawas itu sendiri menerusi pengurusan
pengawas yang bersifat kolaboratif ini.

Rumusan HIP Teks Pengacara Majlis Doa Perhimpunan

4.5 KESUKARELAWAN
Sifat „We Can Lead Anywhere‟ yang inklusif telah menarik minat murid-muird
terutamanya pengawas SKPJ1 untuk memimpin secara sukarela. Mereka merasa
terpanggil untuk mempimpin dan bukannya merasa terpaksa menjalankan
tanggungjawab yang diberikan. Sepanjang sesi PDPR,, pengawas turut diberikan
tanggungjawab untuk dijalankan walaupun mereka tidak berada di sekolah. Hal ini
demikian kerana program ini bukan sahaja menyasarkan pembentukan disiplin dan
sahsiah murid di sekolah, malah program ini juga berhasrat untuk membentuk
peribadi terpuji dalam kalangan murid secara holistik di mana sahaja mereka
berada. Sebagai contoh, mereka diberikan tanggungjawab untuk membantu guru
semasa pelaksaan PDPR dengan menjadi tempat rujukan rakan-rakan mereka yang
memerlukan bantuan. Hal ini demikian kerana kesemua pemimpin muda yang dipilih
terdiri daripada murid-murid yang memiliki rekod pe ncapaian akademik yang baik.
Oleh sebab itu, mereka layak untuk dijadikan tempat rujukan secara dalam talian
oleh murid-murid.
62
Selain itu, pengawas juga menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin
bacaan yassin dan doa yang disiarkan secara langsung di „Youtube‟.
Tanggungjawaba sebegini telah memupuk semangat kesukarelawan dalam
kalangan pengawas SKPJ1. Hal ini terbukti apabila ramai murid terutamanya
pengawas sekolah yang menawarkan diri secara sukarela untuk menjadi pemimpin
bacaan doa dan yassin.

Kesukarelawan Murid untuk Memimpin

Pelaksanaan program secara langsung dan disiarkan di media sosial telah


membuka mata para ibu bapa mengenai keberkesanan „We Can Lead‟ kerana ibu
bapa sendiri menyaksikan kebolehan anak mereka untuk memimpin rakan-rakan
yang lain. Dari sudut pandang yang lain, ibu bapa kepada murid yang lain akan
membantu pihak sekolah untuk terus memotivasikan anak mereka supaya mereka
juga mampu mencapai kecemerlangan dengan bantuan rakan-rakan pengawas di
samping bantuan guru-guru. Situasi ini telah menarik minat ibu bapa dan penjaga
untuk terus menyokong program ini ke arah kemaslahatan anak-anak mereka dari
aspek pembentukan disiplin dan sahsiah yang terpuji.

Selain penglibatan pengawas secara sukarela di dalam menjalankan


tanggungjawab, Unit Pengawas itu sendiri mengambil inisiatif untuk menjalankan
tugas kesukarelawan membantu keluarga murid yang mengalami kesukaran
sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sudah pasti program

63
kesukarelawan berskala besar ini melibatkan banyak pihak. Unit Pengawas tidak
ketinggalan untuk mengambil tanggungjawab sosial ini dengan secara sukarela
berkolaborasi bersama Unit HEM SKPJ1, Unit Bantuan SKPJ1 dan Unit Majlis
Kegiatan Dakwah Islamiyyah Sekolah (MAKDIS) SKPJ1 untuk memberikan bantuan
kepada mereka yang memerlukan.

Program Sumbangan Sukarela Hasil Kerjasama Unit Pengawas, HEM & MAKDIS

Diharapkan sumbangan yang diberikan dapat sedikit sebanyak membantu di


dalam meringankan beban yang dihadapi mereka yang memerlukan. Pihak sekolah
termasuklah Unit Pengawas SKPJ1 sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan
dan sumbangan sekiranya diperlukan.

Bertepatan dengan status Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 1 sebagai


salah sebuah sekolah Transformasi Sekolah 2025 (TS25) yang mementingkan
penglibatan komuniti dan ibu bapa di dalam proses kemenjadian murid, segala
aktiviti kesukarelawan di bawah program „We Can Lead‟ telah disebarluaskan
menerusi media sosial. Hal ini sedikit sebanyak berjaya menarik minat komuniti
terutamanya ibu bapa dan murid untuk memberikan sokongan penuh kepada aktiviti
kesukarelawan di dalam program ini.

Penggunaan laman rasmi Facebook sekolah telah menjadi medium utama


penyebaran maklumat mengenai aktiviti kesukarelawan sebegini. Keadaan ini juga
mampu membantu pihak sekolah untuk mempromosikan „We Can Lead‟ kepada
64
komuniti dan ibu bapa. Kesannya, program ini sedikit sebanyak menarik minat pihak
komuniti dan ibu bapa serta murid-murid untuk bersama-sama berganding bahu
dengan pihak sekolah di dalam menjayakan program kesukarelawan sebegini.
Berikut merupakan tangkap layar Facebook rasmi SKPJ1 yang berperanan besar
mempromosikan aktiviti kesukarelawan di dalam „We Can Lead‟ dan „We Can Lead
Anywhere‟ sehingga menarik minat ramai pihak.

Laman Rasmi Facebook SKPJ1

Selain penglibatan pengawas secara berkumpulan serta penglibatan unit


pengawas itu sendiri di dalam aktiviti bersifat kesukarelawan, terdapat juga
pengawas SKPJ1 yang melibatkan diri di dalam aktiviti kesukarelawan secara
individu. Pihak sekolah terutamanya Unit Pengawas menyokong penuh serta
menumpang bangga di atas kejayaan individu pengawas SKPJ1 yang secara
sukarela menyertai pelbagai jenis aktiviti dan program sehingga beroleh kejayaan
yang cemerlang.

Penglibatan Individu Pengawas SKPJ1

65
4.6 JARINGAN DAN JALINAN KOMUNITI / PIHAK LUAR

„We Can Lead‟ merupakan salah satu amalan terbaik pengurusan disiplin
sekolah di SKPJ1 yang sesuai dengan keperluan semasa yang mengangkat murid
sebagai pelaksana program di sekolah. Hal ini demikian kerana program ini
digunakan secara menyeluruh bagi setiap program dan majis anjuran sekolah seperti
mesyuarat sekolah, perjumpaan bersama ibu bapa (PIBG), hari pendaftaran murid
Tahun 1 dan aktiviti-aktiviti lain yang dirancang. Penglibatan murid di dalam program
ini menjadikan program ini berpaksikan murid sesuai dengan keperluan semasa. Hal
ini demikian kerana murid-murid menggalas tanggungjawab yang besar di dalam
memastikan kawalan disiplin dan sahsiah mereka berada di tahap terbaik. Di dalam
program ini, murid-murid yang terpilih sebagai pengawas akan menjadi suri tauladan
kepada murid yang lain di samping membantu guru-guru.

SKPJ1 menitikberatkan aspek pengurusan disiplin yang lebih sistematik


dalam usaha membentuk kemenjadian sahsiah dan disiplin murid dengan bantuan
pemimpin kecil menerusi program „We Can Lead‟. Pengurusan pengawas di SKPJ1
menerusi „We Can Lead‟ dan „We Can Lead Anywhere‟ juga mengutamakan jaringan
dan jalinan dengan pihak komuniti dan agensi luar. Di dalam usaha sekolah untuk
menjalinkan hubungan dengan pihak agensi luar, penggunaan media sosial adalah
amat penting bagi tujuan hebahan program dan aktiviti yang dijalankan.

Hebahan Maklumat di Facebook Sekolah Hebahan Menerusi Telegram

66
Penggunaan Facebook dan Telegram untuk menyalurkan maklumat aktiviti
dan maklumat berkaitan pengawas memudahkan pihak komuniti serta ibu bapa
untuk mengikuti perkembangan program di sekolah seterusnya menarik minat
mereka untuk mewujudkan jaringan dan jalinan kerjasama dengan pihak SKPJ1
terutamanya Unit Pengawas.

Kesannya, „We Can Lead‟ yang dilancarkan mampu menarik minat pihak
komuniti dan agensi luar untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak sekolah dan
Unit Pengawas. Berikut merupakan antara pihak komuniti dan agensi luar yang
menjalinkan hubungan bersama SKPJ1 termasuklah Unit Pengawas ke arah
kemaslahatan bersama.

 COMMUNICATION FOR BEHAVIOURAL IMPACT (COMBI), KKM

COMBI KKM hadir untuk menjalankan Program jalinan bersama COMBI KKM
program jalinan bersama Unit HEM memberikan kesedaran kepada komuniti
(Pengawas dan Unit COMBI SKPJ1). berkaitan aedes dan denggi.

COMBI diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun


2001 sebagai salah satu strategi untuk menangani masalah denggi. Jaringan
kerjasama di antara COMBI dan SKPJ1 menerusi „We Can Lead‟ bertujuan untuk
memberikan kesedaran kepada warga sekolah mengenai masalah denggi.

67
 LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA (KEJORA)

Sumbangan oleh KEJORA dengan Jalinan KEJORA dan SKPJ1 di dalam


kerjasama SKPJ1 memberikan sumbangan

 PASUKAN SIMPANAN ANGKATAN TENTERA LAUT MALAYSIA


(KD SRI MEDINI)

Program Unit HEM, Pengawas dan PIBG SKPJ1 Bersama Pasukan Simpanan
Angkatan Tentera Laut Malaysia (KD Sri Medini)

68
 SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM)

Pegawai SKMM menyampaikan taklimat Perkongsian berkenaan „Online


berkenaan program kerjasama di antara Grooming‟ yang disampaikan oleh
SKMM dan SKPJ1 dengan bantuan Unit pegawai SKMM kepada warga SKPJ1
HEM serta Unit Pengawas SKPJ1. dan komuniti setempat.

 JAWATANKUASA KAMPUNG MUKIM PLENTONG

Gotong-royong Perdana bersama JKK Aktiviti mengecat pagar sekolah bersama


Mukim Plentong. JKK Mukim Plentong

 JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK (JSPT PDRM)

Program bersama JSPT PDRM.

69
 POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

Program jalinan bersama Polis Diraja Program jalinan bersama Polis Diraja
Malaysia (PDRM) Malaysia (PDRM)

 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TEMENGGONG


IBRAHIM (IPGM KTI)

Program jalinan bersama IPGM KTI di Program jalinan bersama IPGM KTI di
Riau, Indonesia Riau, Indonesia

Program jalinan bersama IPGM KTI di Program jalinan bersama IPGM KTI di
Pekan Baru, Indonesia Pekan Baru, Indonesia

70
Terdapat pelbagai lagi agensi luar serta komuniti yang menjalinkan
hubungan kerjasama denagn pihak SKPJ1 terutamanya Unit Pengawas. Unit
Pengawas SKPJ1 sangat menghargai jalinan dan jaringan kerjasama yang
melibatkan pihak komuniti dan agensi luar. Diharapkan kerjasama sebegini dapat
diteruskan bagi memastikan „We Can Lead‟ dan „We Can Lead Anywhere‟ akan terus
berkembang mencapai komuniti dan masyarakat bagi faedah bersama.

5.0 KEISTIMEWAAN DAN KEUNIKAN


5.1 KEISTIMEWAAN & AMALAN TERBAIK PERKHIDMATAN PENGAWAS
Selain pengurusan „We Can Lead‟ dan „We Can Lead Anywhere‟ yang
memaksimumkan pembangunan nilai insaniah dan kepimpinan mereka, pengawas
sekolah di SKPJ1 juga diberikan kod nama yang digunakan sebagai simbol kepada
jawatan yang mereka ada. Penggunaan kod nama ini memberikan penghargaan
kepada mereka kerana mereka rasa dihargai melalui panggilan tersebut. Selain itu,
kod nama ini juga diibaratkan sebagai satu pengiktirafan kepada pengawas di atas
jawatan yang disandang mereka kerana tidak semua murid berpeluang untuk
memegang jawatan sedemikian. Kod nama ini juga memudahkan guru untuk
mengenalpasti nama murid yang dilantik sebagai pengawas.

Kod Nama Pengawas SKPj1

Selain itu, Unit Pengawas SKPJ1 juga telah mewujudkan saluran „Youtube‟
khas untuk memaparkan segala aktiviti dan program yang melibatkan pengawas
SKPj1 baik secara individu mahupun secara satu unit. Kewujudan saluran ini telah
mendapat persetujuan oleh pihak penjaga bagi tujuan keselamatan. Saluran ini tidak

71
akan menyiarkan mana-mana pengawas di mana penjaga mereka tidak mengizinkan
video anak jagaan mereka disiarkan di saluran ini. Kewujudan saluran ini juga sedikit
sebanyak membantu „We Can Lead‟ dan „We Can Lead Anywhere‟ untuk
mempromosikan kejayaan program ini di samping memotivasikan pengawas serta
murid lain untuk terus aktif di dalam segala yang diceburi.

Saluran „Youtube‟ Pengawas SKPJ1 Video Pengawas SKPJ1 di Saluran


„Youtube‟ PengawasPJ1 Studio

Keistimewaan utama pengawas SKPJ1 terletak pada kejayaan pengurusan


pengawas menerusi „We Can Lead‟ dan „We Can Lead Anywhere‟. Hal ini demikian
kerana program ini telah menyerlahkan keunikan pengawas SKPJ1 yang mampu
menjalankan tanggungjawab yang besar seperti menjadi pengelola, penganjur dan
tenaga kerja utama pelbagai program. Hasilnya, pembangunan insaniah dan nilai
kepimpinan mereka dapat ditingkatkan menerusi pendedehan terhadap
tanggungjawab yang dinyatakan. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak membantu
murid bukan pengawas untuk menunjukkan disiplin dan sahsiah yang terpuji. Berikut
merupakan antara program kendalian pengawas SKPJ1 yang membentuk keunikan
Unit Pengawas SKPJ1 kerana berjaya mencungkil bakat kepimpinan pengawas
mengendalikan program di samping membantu murid lain meningkatkan motivasi
mengejar sahsiah terpuji melihatkan kewibawaan rakan-rakan pengawas yang lain.

72
PS Haziq memimpin bacaan Yassin secara langsung di „Youtube‟
- Memberikan pendedahan kepada pengawas untuk
mengendalikan program bacaan Yassin

Hebahan kejayaan „We Can Lead Anywhere‟


- Memberikan galakan kepada murid lain untuk memimpin
dan mengendalikan program

PS Aini membantu penjaga mengimbas Kod QR


- Memperkenalkan fungsi pengawas di dalam „We Can
Lead‟ kepada penjaga

PS Aini membantu penjaga membuat pendaftaran program


- Memberikan gambaran bahawa pengawas sentiasa berani
dan berkeyakinan untuk membantu semua pihak

PS Batrisya mempengerusikan Mesyuarat Agung PIBG dengan


bantuan guru
- Kerjasama dua hala antara pengawas dan guru bagi
memastikan kejayaan program berskala besar

PS Akif memimpin bacaan Yassin di dewan sekolah


- Guru mempercayai pengawas untuk memimpin program
dalaman sekolah

PS Aidil dan PS Ian mengawal parkir kenderaan sebelum


program
- Mempelbagaikan tugas pengawas bagi memberikan
pelbagai pendedahan kepada pengawas

PSPS Farina mempengerusikan program secara maya


- Pendedahan berguna kepada pengawas yang bertugas
sepanjang tempoh PDPR

73
PS Zarif memimpin bacaan Yassin secara maya
- Pendedahan berguna kepada pengawas yang bertugas
sepanjang tempoh PDPR

Perkongsian „We Can Lead Anywhere‟ bersama sekolah-sekolah


sekitar Negeri Johor
- Menjalinkan hubungan bersama pengawas sekolah lain

Terdapat pelbagai lagi sumbangan dan penglibatan pengawas SKPJ1 yang


mengetengahkan keunikan pengawas di SKPJ1 sebagai individu yang mampu
memimpin bukan sahaja diri sendiri, malah orang lain dan juga program. Pihak
sekolah sentiasa menyokong keinginan dan hasrat pengawas sekolah serta murid
lain yang ingin memimpin menerusi „We Can Lead‟ dan „We Can Lead Anywhere‟.
Penglibatan dan sumbangan pengawas menerusi program ini direkodkan di dalam
Buku Laporan Bertugas Pengawas. Penggunaan buku ini juga bertujuan untuk
merekodkan tugasan yang dilakukan mereka baik di sekolah semasa PdPc. Bagi
tempoh PDPR, guru akan terus merekodkan tugasan mereka di SSDM.

Buku Laporan Bertugas Pengawas 2021 Jadual Tugasan Pengawas 2021

74
Laporan „We Can Lead‟ di dalam Buku Jadual Tugasan Pengawas
Laporan Bertugas Pengawas 2021 Menggunakan Kod

Tambahan pula, penglibatan pengawas akan dipaparkan di “Reward Chart”


untuk rujukan semua. Sebaik tamat program, pengawas terlibat akan diberikan
ganjaran token. Token yang dikumpul oleh pengawas akan dikemukakan semula
untuk penebusan hadiah. Pengawas turut diberikan sijil penghargaan selain
peningkatan mata kredit amalan baik murid dalam sistem SSDM.

6.0 PENUTUP
Pelaksanaan „We Can Lead‟ dan „We Can Lead Anywhere‟ di dalam
pengurusan pengawas di SK Permas Jaya 1 telah menjadi amalan terbaik bagi
perkhidmatan pengawas sekolah yang bersifat menyeluruh. Menerusi program ini,
tanggungjawab dan skop tugasan pengawas telah diperluas dan dipelbagaikan.
Kesannya, setiap program dan aktiviti yang berbeza pasti boleh digunakan untuk
memaksimumkan khidmat pengawas yang akan memberikan manfaat kepada
mereka. Bagi memastikan keberkesanan program ini, pihak sekolah memberi
peluang kepada pengawas mengendalikan program dan majlis di sekolah dan
dibimbing oleh guru-guru. Pengawas turut diberikan kepercayaan untuk memainkan
peranan dan terlibat secara langsung sebagai juruacara majlis, pemimpin baacaan
doa, pemimpin bacaan yaasin, jawatankuasa hadiah dan sijil, jawatankuasa
pendaftaran, jawatankuasa jurugambar, jawatankuasa jamuan dan makanan,
jawatankuasa sambutan, jawatankuasa buku program jawatankuasa pengelola
peserta, pengendali P.A Sistem dan parkir dalam program sekolah.

75
Di samping itu, amalan terbaik pengurusan pengawas melalui pelaksanaan
„We Can Lead‟ dan „We Can Lead Anywhere‟ ke arah transformasi pengurusan
disiplin dan sahsiah di SKPJ1 adalah melalui keterlibatan pelbagai pihak. Program
ini memberikan gambaran kejayaan yang baik kepada semua pihak terutamanya
pihak dan agensi luar dengan menampilkan pengawas sebagai pengelola utama
majlis. Kesimpulannya, SK Permas Jaya 1 mengamalkan konsep di mana semua
guru adalah guru disiplin dan bertanggungjawab untuk menjaga disiplin murid di
sekolah. Oleh yang demikian, semua guru berhak untuk memaksimumkan khidmat
pengawas di dalam program dan aktiviti sekolah. Penglibatan maksimum pengawas
di dalam program dan aktiviti sekolah bukan sahaja memanfaatkan pihak sekolah
dan guru sahaja, malah turut memberikan kemaslahatan kepada pengawas itu
sendiri serta murid-murid lain. Penglibatan ini bermanfaat kepada mereka kerana
ianya direkodkan sebagai amalan baik di samping mereka boleh menggunakan
peluang ini untuk belajar memimpin dan menguruskan program.

76
7.0 RUJUKAN

Che Nidzam Che Ahmad, Kamisah Osman & Lilia Halim. 2010. Hubungan ramalan persekitaran
makmal Sains dengan tahap kepuasan pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2): 19-30.

Fred Kerlinger. 1973. Foundations of Behavioral Research 2nd Edition. New York: Rinehart and
Winston.

Jaclyn Ding & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2017). Tahap kecekapan pengurusan disiplin dalam
kalangan guru-guru sekolah rendah daerah Baram. Seminar Serantau UKM.

Judy, L.D. & Jean, B.M. 2008. Teaching and Learning with Technology. United States.

Pearson Education Inc.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2015. Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-
2025).

Kim Schildkamp, Cindy Poortman, Hans Luyten & Johanna Ebbeler. (2017). Factors promoting and
hindering data-based decision making in schools, School Effectiveness and School Improvement,
28:2, 242-258

Law, Ching Yin, & Simon So. 2010. QR Codes in Education. Journal of Educational Technology
Development and Exchange 3(1).

Lubasi Kakwete Musambo & Jackson Phiri. 2018. Student facial authentication model based on open
CV‟s object detection method and QR code for Zambian Higher Institutions of Learning.
International Journal of Advanced Computer Science and Applications 9(5): 88-94.

Md Rizal M.H., Mohd Noah A.R. & Afzaal. H. S. 2013. Smart attendance system applying QR Code.
12th International Conference on Latest Trends in Engineering and Technology:1-5.

Md Rakibul Hoque & Adnan Albar. (2015). Development of web-based e-discipline system: a case
Study for the Kingdom of Saudi Arabia. Journal of Advances in Computer Networks 3(3).

Mertler, C. A. (2014). The Data-Driven Classroom: How Do I Use Student Data to Improve My
Instruction? New York: ASCD Arias publication.

Mikulski J. (2011). 10 Ways to Use QR codes in the Classroom. Classroom in the Cloud.

Retrieved from http://www.classroominthecloud.net/2011/06/10-ways-to-use-qr- codes-in-


classroom.html

77
Mohd Ibrahim K.A., Mohammed S.I. & Rosemawati M. 2015. Kompetensi Kepemimpinan
Instruktional diKalangan Pengetua Sekolah:Satu Kajian Empirikal di Negeri Selangor. Jurnal
Kepimpinan Pendidikan 2(3).

Muhamad Hassan Abdul Rahman. 2000. Media Pengajaran Penghasilan Bahan Pengajaran Berkesan.
Selangor. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Muhammad Faizal A. Ghani, Norfariza Mohd Radzi, Simin Ghavifekr, Husaina Banu Kenayatullah &
Mokhtar Muhamad. (2014). Pengurusan disiplin murid di sekolah kawasan bandar dan luar bandar:
perspektif pemimpin Sekolah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan 1(1).

Nurul Huda Ab Rahman & Azlin Norhaini Mansor. 2017. Tahap amalan guru besar serta pengajaran
dan pembelajaran guru sekolah rendah. Malaysia Journal of Society and Space 13(3): 65-74.

Noorazma Hamzah, Muhammad Faizal A. Ghani, Norfariza Mohd Radzi & Misyati Amat Sehab.
(2018). Reka bentuk profil amalan terbaik pengurusan disiplin murid. Jurnal Kepimpinan Pendidikan
5(1).

Nurzatulshima Kamarudin & Lilia Halim. 2013. Konsep Pengurusan alatan dan bahan untuk
pembelajaran Sains di makmal. Jurnal Teknologi 60: 65-70.

Sharon, E.S., James, D.R., Robert, H. & Michael, M. 2005. Instructional Technology and Media for
Learning. United States of America. Pearson Prentice Hall.

Shahidan Shafie & Ling Yi Leh. (2017). Pembentukan sahsiah berkualiti melalui penghayatan
kurikulum pengajian Islam: satu kajian korelasi di Politeknik. National Conference on Thinking
Culture (ICTC).

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001.

Walker C. (2010). QR Codes: Applications in education. Learn Tech Bits. Retrieved from
http://cawa.co.uk/workshops/qr-codes-applications-in-education/

Yakcop Jantan & Chua Yan Piaw. (2017). Kompetensi guru dalam membentuk sahsiah pelajar
sekolah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan 4(3).

Lai M., McNaughton S. (2013) Analysis and discussion of classroom and achievement data to raise
student achievement. In: Schildkamp K., Lai M., Earl L. (eds) Data- based decision making in
education. Springer 17.

78

You might also like