You are on page 1of 51

KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Kata-Kata Aluan Dari Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling 1

BAHAGIAN 1 : MAKLUMAT AM SEKOLAH

2 Maklumat Asas Sekolah 2

3 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 3

4 Etika Kerja Islam 4

5 Visi dan Misi Sekolah 5

6 Prinsip Perkhidmatan SMK Kamil 6

7 Lagu Sekolah 7

8 Piagam Pelanggan Sekolah 8


BAHAGIAN 2 : PENGENALAN UNIT BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
9 Falsafah Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 9

10 Visi dan Misi PBK 10

11 Moto dan Piagam Pelanggan Perkhidmatan UBK 11

12 Rasional dan Objektif PBK 12

13 Prinsip PBK 13 14

14 Pendekatan PBK 15

15 Kod Etika PBK 16 - 17

BAHAGIAN 3 : SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

16 Tanggungjawab GBKSM 18 23

17 Senarai Tugas GBKSM 24 25

18 Fokus Perkhidmatan GBKSM 26 - 27

BAHAGIAN 4 : CARTA ORGANISASI UBK


19 Aliran Hubungan GBKSM dengan Pentadbir 28

20 Carta Organisasi UBK 29

BAHAGIAN 5 : SENARAI JAWATANKUASA UBK

21 Senarai Jawatankuasa UBK 30

BAHAGIAN 6 : JADUAL PELAKSANAAN JAWATANKUASA

22 Bidang Tugas Setiap Jawatankuasa 31


BAHAGIAN 7 : PERANCANGAN STRATEGIK / PELAN
TAKTIKAL / PELAN OPERASI / SWOTT
23 Swott 32

24 Perancangan Strategik 33 - 35

25 Pelan Taktikal 36 - 43

26 Pelan Operasi 44 - 55

BAHAGIAN 8 : PERANCANGAN / TAKWIM TAHUNAN

27 Perancangan Tahunan UBK 56 77

28 Takwim Tahunan UBK 78 - 89

BAHAGIAN 9 : PENGURUSAN SISTEM FAIL UBK

29 Pengurusan Sistem Fail UBK 90 - 92

BAHAGIAN 10 : BORANG-BORANG PBK

30 Borang borang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 93 - 121

KATA ALU-ALUAN

SETIAUSAHA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMIL

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan

Salam Sejahtera

Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga


ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayahnya, buku
pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SMK Kamil
dapat diwujudkan. Semoga dengan adanya buku pengurusan ini
Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat melaksanakan tugas
seharian dengan lebih sempurna.

Dunia pendidikan hari ini mendapat tumpuan utama semua pihak


terutamanya pihak kerajaan. Pelbagai usaha, perancangan dan
tindakan telah diatur bagi mencapai tahap pendidikan yang tinggi
seperti yang diharapkan oleh semua pihak. Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling di sekolah merupakan salah satu
pemangkin pendidikan berkualiti dalam aspek pembangunan
modal insan.

Remaja, khususnya pelajar sekolah merupakan aset negara pada


masa hadapan. Justeru itu peranan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling amat bertepatan untuk melahirkan modal insan yang
dibimbing cemerlang secara bersepadu dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek.

Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapat panduan,


bimbingan dan kaunseling yang berkualiti. Justeru itu buku
pengurusan ini diwujudkan untuk memastikan Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling dapat dilaksanakan dengan lebih
efektif dan sistematik dalam memastikan pelajar mendapat
perkhidmatan terbaik.

Semoga dengan adanya buku pengurusan Perkhidmatan


Bimbingan dan Kaunseling ini Guru Bimbingan dan kaunseling
dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan lebih
berkesan dalam proses membentuk kecemerlangan pelajar.
Kecemerlangan ini akan menjadi pemangkin kepada pelajar-
pelajar agar mampu bersaing hingga ke peringkat global.

Sekian, terima kasih.


(HJ MAYUTI B MAT YUSOFF)

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMIL


Nama dan
1
alamat sekolah
16800 PASIR PUTEH, KELANTAN

2 Kod Sekolah DEE 4289

3 Gred Sekolah A

4 Nama Pengetua Tn Hj Azmi bin Abd Rahman

5 Enrolmen Guru Gred Lelaki Perempuan Jumlah

DG 54 - 2 2

DG 52 1 3 4

DG 48 21 20 41

DG 44 18 24 42

DG 41 3 3 6

DG A38 1 - 1

DG A34 1 1 2

DG A32 1 1

45 54 99
6 Bilangan Murid Lelaki = 379 Perempuan = 619 Jumlah = 998

7 Visi Sekolah Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
8 Misi Sekolah Membangunkan Potensi Individu Bagi memenuhi Aspirasi
Negara
9 Etos Sekolah Kecemerlangan Akademik dan Muzik Tradisional
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

INTELEK INTELEK

TANGGUNGJAWAB DAN SUMBANGAN


ILMU PENGETAHUAN KEPADA MASYARAKAT
AKHLAK MULIA
INSAN SEIMBANG
DAN HARMONIS

JASMANI EMOSI

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH


MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN
BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS
DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN
KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN . USAHA INI ADALAH BAGI
MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN,
BERKETRAMPILAN, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB DAN
BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERI
SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN MASYARAKAT
DAN NEGARA

Warganegara Malaysia yang baik Unsur Rohani dan Emosi

Percaya dan patuh kepada Tuhan Keyakinan terhadap Tuhan


Berilmu pengetahuan Kepercayaan beragama
Berakhlak mulia Kemantapan jiwa
Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat dan Penghayatan nilai-nilai murni dan norma
negara masyarakat
Berbakti dan memberi sumbangan kepada Berbudi perkerti mulia
masyarakat dan negara dan Berbakti dan berkorban
Memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu

Unsur Intelek Unsur Jasmani


Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada Kecergasan fizikal dan kesihatan diri
kebenaran Dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal
Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat
Daya pemikiran yang logik dan analitis
Imu yang bermanfaat
Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan
memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu
pengetahuan
ETIKA KERJA
ISLAM

Bekerja dengan
azam mengabdikan
diri kepada Allah
Bekerja dengan
ikhlas dan
amanah
Bekerja dengan
tekun dan
cekap
Bekerja dengan
semangat gotong
royong dan berpadu
VISI
SEKOLAH

Pendidikan berkualiti insan terdidik


Negara sejahtera

MISI
SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan


Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
PRINSIP PERKHIDMATAN SMK
KAMIL

= KETRAMPILAN

= AMANAH

= MUAFAKAT

= ILTIZAM

= LUHUR
LAGU
SEKOLAH

KAMIL BESTARI

Megah Berdiri Kamil bestari,


Memayungi Putera dan Puteri,
Menjayakan wawasan murni,
Kamil berbakti kami berjanji.

Melangkah gagah Kamil bertuah,


Mara mendukung cita,
Berganding membangun Negara,
Dunia IT diteroka.

Chorus:
Tujulah, bersatu erat,
Majulah, tingkat martabat,
Semangat berkobar berjiwa merdeka,
Rahmat limpah Kamil Berjaya.

Pengetahuan tangga kemajuan,


Kamil tersohor sepanjang zaman,
Azimat terpahat kukuh membara,
Muafakat luhur insan mulia.

Cetusan idea : Hj Muhamed Ali b Hamzah


(Pengetua)
Lagu : Hj Daud b Muhamad (PK
PIAGAM
Pentadbiran) PELANGGAN
Lirik : Hj Daud b Muhamad (PK
Pentadbiran)
PIAGAM
PELANGGAN

Kami Berjanji Akan Berusaha Untuk Memperkembang


Keupayaan Pelajar Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan
Dengan Menekankan Kepada:

1. Meningkatkan prestasi dan kecemerlangan pelajar


dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.
2. Mewujudkan suasana harmoni, kerjasama dan
kekeluargaan dalam kalangan pelajar, guru, ibu
bapa dan anggota masyarakat.

3. Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah


pelajar.

4. Bersedia memberi khidmat, melayan dan


menyelesaikan masalah dalam suasana mesra.

5. Amalan budaya ilmu dan kerjasama sesama insan


dalam aktiviti harian.

6. Ketakwaan dalam seluruh tindakan dan perlakuan.

FALSAFAH
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
Bahawasanya setiap pelajar
mempunyai potensi yang boleh
digembelingkan secara optimum
menerusi pengurusan menyeluruh
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
yang cekap, berkesan dan beretika
dengan berteraskan sumber dalaman dan
luaran bagi melahirkan murid yang
seimbang dalam aspek intelek, jasmani,
emosi dan rohani serta beriman dan
beramal soleh.

VISI
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi


peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang
teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun
2015
MISI
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan


misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:

Menguruskan program dan aktiviti kaunseling


dengan cekap dan berkesan.
Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran
emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
Membimbing murid ke arah mencapai prestasi
yang tinggi dalam akademik.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang
memberangsangkan melalui program
bimbingan dan kaunseling.
Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu
kepada pelajar.
Memupuk semangat patriotik dan kualiti
kepimpinan dalam MOTO
kalangan pelajar.
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING

Informasi, Kecemerlangan,
PIAGAM PELANGGAN
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING

1. Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.


2. Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.
3. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan
profesionalisme.
4. Berusaha melindungi identiti klien berdasarkan Kod Etika
Kerahsiaan tertakluk kepada persetujuan klien.
5. Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga
60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.
6. Menepati temujanji bersama klien dengan memberi khidmat
yang sesuai dalam tempoh 48 jam.
7. Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera
bagi klien yang memerlukan kaunseling krisis.
8. Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan
persetujuan klien atas dasar limitasi keupayaan Guru
Kaunseling.
9. Memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada klien
dengan penuh jujur, ikhlas dan beretika.
10. Membangunkan potensi individu sebagai modal insan yang
RASIONAL
mampu menyumbang kepada negara.
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
1. Usaha-usaha pencegahan peringkat awal persekolahan dapat membantu mengatasi
gejala sosial di peringkat remaja . Oleh itu mengenalpasti masalah di peringkat awal
KAUNSELING
dan mencegahnya begitu perlu daripada berlarutan hingga ke sekolah menengah .
2. Kepentingan sekolah-sekolah rendah sebagai asas pembentukan masa depan
murid dari segi akademik, kerjaya, psikososial dan pembangunan rohani .
3. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat memberi ruang kepada murid
untuk mengenali dan membangunkan diri sendiri .
4. Cabaran masa kini memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang
berkualiti, sistematik dan berkesan .
1. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan yang
terancang dan berterusan. Murid dididik atau dibimbing untuk mendapat dan
mempelajari pengalaman, nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai
dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia .
OBJEKTIF
PERKHIDMATAN
OBJEKTIF PERKHIDMATAN
2. Perkhidmatan BIMBINGAN
Bimbingan BIMBINGAN
DAN KAUNSELING
dan Kaunseling DAN
adalah untuk semua murid. Semua
murid diberi peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakang,
KAUNSELING
kaum, agama, atau kepercayaan.

3. Semua murid mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka


memerlukannya. Pada ketika tertentu seorang murid mungkin memerlukan
1. Merancang,
pertolongan, mengawal,
sokonganmenyelaras
dan bimbingan dan dalam
menilaiproses
perkhidmatan dan aktiviti
perkembangan bimbingan
dirinya.
dan kaunseling ke arah mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan .
2. 4.Memberi khidmatBimbingan
Perkhidmatan penyuburandan danKaunseling
pengayaan adalah
meliputi untuk
semuamelayan
aspek perkembangan
keperluan
dirimurid
muridbagi
dengan menyediakan
perkembangan peluang,
potensi kemudahanmereka.
dan kebolehan dan pengalaman yang selaras
Program Bimbingan
dengan kemampuan
dan Kaunseling dan potensi
adalah murid . keperluan individu supaya berkembang
untuk melayan
3. Memberi khidmat pencegahan
dengan kadar optimum mengikut tahap iaitu menghindarkan
perkembangan murid daripada terlibat dalam
dirinya.
perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah,
5.merokok,
Perkhidmatan
laku musnah,
Bimbingan
peras danugut, Kaunseling
menyertai pertubuhan
adalah untuk harammenolong
dan perbuatan
muridanti
sosial
memahami
yang laindirinya
. dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan
1. Merancang, mengawal, menyelaras dan menilai perkhidmatan dan aktiviti
4. Memberi
hidupnyakhidmat bersifat pemulihan
dan menolong memilih serta dengan tujuanhidupnya
merancang mengorientasikan semula murid
dengan berkesan.
bimbingan dan kaunseling ke arah mencapai hasrat Falsafah Pendidikan
yang bermasalah supaya mereka mampu menghadapi dan mengatasi masalah sendiri
Kebangsaan .
5. 6.Memberi
2.
Perkhidmatan
khidmatBimbingan
kaunseling dankrisisKaunseling
kepada murid
berorientasikan
yang memerlukanmasa . sekarang dan
6. Memberikan perkhidmatan ke arah membangun dan
3.masa depan. Usaha-usaha bimbingan dan kaunseling ialah untuk memajukan sekolah dari segi
menjadikan
akademik,
murid itusahsiah dan kokurikulum
lebih tegas diri, pandai. menyesuaikan diri dan memahami implikasi
7. Menyediakan perkhidmatan dari segi akademik,
PRINSIP
tindakan-tindakannya sekurang-kurangnya psikososial
dalam jangka dan kesejahteraan
masa panjang.
mental, kerjaya, keibubapaan dan pembangunan murid kepada semua murid .
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
7. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menolong individu menyedari
kelemahan diri dan memberi fokus kepada memperkukuhkan lagi kekuatan
KAUNSELING
yang ada padanya melalui aktiviti-aktiviti perkembangan dan pencegahan.

8. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah tanggungjawab bersama.


Dalam melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua
pihak di sekolah iaitu pentadbir, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh
Masa, guru-guru lain, ibu bapa dan murid patut bekerjasama dan saling
berunding antara satu dengan yang lain.
9. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling memerlukan pemahaman yang
mendalam dan menyeluruh mengenai murid. Segala maklumat mengenai
murid adalah perlu untuk membolehkan guru bimbingan dan kaunseling
memahami murid secara menyeluruh supaya dapat memberi Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan.

10. Setiap individu berbeza dari segi gaya, ketangkasan dan dorongan untuk
belajar. Secara amnya cara belajar seseorang itu berbeza mengikut :

10.1 Orientasi Deria


Melalui deria sentuhan, penghiduan, penglihatan dan rasa .

10.2 Gerak Balas (response)


Ada individu lebih selesa belajar secara bersendirian, dalam
kelompok atau melalui pemerhatian sahaja .

10.3 Corak Pemikiran


Cara individu mengumpul dan memproses maklumat untuk
mencapai tujuan tertentu .

11. Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman dalam alam


persekitarannya. Misalnya seorang murid yang dibesarkan di luar bandar, akan
dapat dikesan sebagai berasal dari luar bandar, demikian juga sebaliknya. Oleh
itu, bimbingan dan kaunseling boleh merupakan intervensi untuk
mengurangkan perbezaan, tetapi ini bergantung kepada nilai, jangka masa dan
di peringkat mana khidmat itu dimulakan. Bimbingan dan Kaunseling dijalankan
supaya individu berkemampuan menyesuaikan diri.

12. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk pengetahuan dan


kesepaduan psikofizikal murid. Ini bermakna murid tidak boleh dilihat sebagai
hanya manusia kognitif. Ia harus dilihat sebagai individu yang mempunyai
perasaan, sikap, mental dan rohani. Sebarang aktiviti dan program bimbingan
adalah untuk mewujudkan kesepaduan ini.

13. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan


etika kaunseling. Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan
murid.
Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling boleh dibahagikan kepada 4 pendekatan
berikut :

1.1 Pendekatan Pencegahan

Pendekatan ini berasaskan andaian bahawa satu-satu masalah itu mungkin timbul
dan sebelum masalah itu meruncing, usaha dijalankan untuk menghalangnya.
Misalnya, kempen dan pendidikan pencegahan AIDS dan kem waja diri.

1.2 Pendekatan Perkembangan

Pendekatan ini merupakan satu usaha untuk mengenal pasti keperluan murid di
alam persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran,
pengalaman serta akhlak yang mulia. Tugas dan perlakuan pembelajaran dikenal
pasti dan dijelaskan kepada murid. Kemudian aktiviti bimbingan dirancang untuk
melengkapi kurikulum akademik. Murid diberi peluang untuk belajar mengenali
diri mereka dan orang lain sebelum timbul masalah dalam hidup mereka
contohnya taklimat persediaan menghadapi peperiksaan dan ceramah motivasi.

1.3 Pendekatan Pemulihan

Pendekatan ini memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dapat di
kenal pasti dari semasa ke semasa. Langkah mengatasi dijalankan dengan
harapan murid mengubah perlakuan untuk mengelakkan berlaku peristiwa krisis.
Misalnya murid ponteng sekolah, merokok, melawan guru atau berkelahi. Mereka
dikumpulkan untuk mengikuti sesi kaunseling kelompok atau menghadiri
kaunseling individu. PENDEKATAN
PERKHIDMATAN
1.4 Pendekatan Krisis BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
Pendekatan ini mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan
memerlukan perhatian serta tindakan segera dari Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sepenuh Masa serta pihak pentadbir sekolah. Misalnya murid yang bergaduh di
sekolah, mengalami histeria, menangis dengan tiba-tiba, cuba membunuh diri,
menggunakan dadah atau yang sedang mengalami peristiwa cemas seperti
kematian anggota keluarga, penceraian ibu bapa dan penderaan.
KOD ETIKA
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
MUKADIMAH
1. Kod etika ini bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan bagi Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dan juga menjadi asas dalam
menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada
piawaian perlakuan Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa. Kod Etika ini
menggariskan piawaian perlakuan dalam menjalin perhubungan professional
dengan klien, rakan-rakan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa,
majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat keseluruhannya. Ia juga
merangkumi etika perlakuan yang piawai mengenai tatalaku yang sesuai dengan
kedudukan dan identiti sebagai seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sepenuh Masa.

2. Kod Etika ini berasaskan kepada nilai-nilai utama perkhidmatan kaunseling dan
memberi penekanan terhadap penghargaan kendiri, digniti dan keunikan individu
termasuk hak-hak dan peluang-peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada
profesion kaunseling itu sendiri yang mengutamakan nilai-nilai murni.

3. Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, Guru Bimbingan dan


Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menunaikan tanggungjawab etika dalam
memberi pertimbangan berasaskan kepada kesemua prinsip yang terkandung
dalam Kod Etika.

4. Kod Etika ini tidak menggariskan semua peraturan mengenai perlakuan Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dalam menghadapi keadaan yang
begitu kompleks dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

5. Kod Etika ini tidak seharusnya digunakan sebagai instrumen untuk menyekat
peluang dan kebebasan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dalam
mengamalkan khidmat kaunseling. Ia juga tidak harus digunakan untuk
mengenakan tindakan disiplin kepada Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan
Sepenuh Masa tanpa diberi hak perlindungan dan keadilan yang maksima.

SKOP KAUNSELING

1. Perkhidmatan kaunseling ialah perkhidmatan yang memberi peluang kepada


klien untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna. Ia
merangkumi usaha kerja dengan individu atau kumpulan. Objektif perhubungan
kaunseling berbeza mengikut klien.
2. Skop perkhidmatan kaunseling meliputi isu-isu perkembangan analisis dan
penyelesaian masalah, membuat keputusan, menangani krisis, mengembangkan
persefahaman kendiri, meningkatkan ketahanan emosi semasa menghadapi
konflik dalaman atau memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan dan
interaksi dengan individu lain.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa berperanan sebagai fasilitator


kepada klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan
menghormati martabat diri, nilai dan keupayaannya.

KOD TATALAKU

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjaga tatalakunya


demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa selaras dengan nilai dan integriti profesion perguruan
di Malaysia.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah sentiasa berusaha


menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan, dan kemahiran dalam
bidang profesionnya.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjalankan


tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan
profesion kaunseling.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa mestilah diawasi serta dinilai
perkhidmatannya oleh Jemaah Nazir Sekolah dari Jabatan Nazir Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

TANGGUNGJAWAB
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
A. KAUNSELING
Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Terhadap
Klien

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa bertanggungjawab untuk


mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau klien kelompok.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menghormati privasi
klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa sesi kaunseling
melainkan maklumat yang membahayakan klien atau orang-orang di
persekitarannya.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memahami dan


menghormati latar belakang sosio-budaya klien.

4. Semasa menjalankan sesi kaunseling, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh


Masa hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak
memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek kewangan,
seksual, emosi dan sebagainya.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah membimbing klien ke


arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya. Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa juga perlu menghormati keputusan atau
penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.

6. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah berkhidmat dengan


penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecekapan
profesionalismenya.

7. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak boleh mengamalkan,


mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama,
status ideologi, kecatatan fizikal, mental atau diskriminasi dalam bentuk apa
sekalipun.

8. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjelaskan kepada


klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling.

9. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mencapai persetujuan


(kontrak) dengan kliennya di peringkat awal sesi kaunseling mengenai batasan
unsur kerahsiaan.

10. Persetujuan antara Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dan klien
mengenai kerahsiaan boleh disemak semula dan diubah dengan persetujuan
bersama.

11. Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien atau orang lain berada dalam keadaan
bahaya, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menggunakan
budi bicaranya untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat.
12. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak digalakkan memberi
perkhidmatan kaunseling kepada saudara mara, kawan karib, atau sesiapa yang
mempunyai hubungan intim dengannya atau mempunyai hubungan dengan pihak
pentadbiran yang membuat penilaian.

13. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak boleh menghalang klien yang
hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin bertukar kepada Guru Bimbingan
dan Kaunseling Sepenuh Masa yang lain.

14. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memastikan bahawa
kliennya tidak menjalani kaunseling dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sepenuh Masa yang lain pada masa yang sama.

15. Sekiranya mengikut pertimbangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa,
klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya hendaklah
merujuk klien tersebut kepada pihak yang berkenaan.

16. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menyediakan tempat
yang selesa dan sesuai untuk sesi kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan
oleh orang luar melainkan dengan kebenarannya, termasuk juga sesi kaunseling
yang dirakam.

B. Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Terhadap


Rakan Profesional

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah saling berusaha


meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menunjukkan sikap


menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesionalnya.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa bertanggungjawab untuk


mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan Guru Bimbingan
dan Kaunseling Sepenuh Masa yang tidak beretika.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah bersedia untuk


mempertahankan, membantu serta membela rakan Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sepenuh Masa teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak
beretika.

C. Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Terhadap


Masyarakat

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memahami dan


menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di mana dia berkhidmat.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mematuhi undang-


undang negara dan melaksanakan tugasannya berlandaskan undang-undang
tersebut.

D. Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan Majikan

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mematuhi persetujuan


komitmen yang ditandatangani dengan organisasi tempat dia berkhidmat.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah berusaha untuk


mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
perkhidmatan organisasinya.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah bertindak untuk


mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi dan dalam pelaksanaan polisi
amalan pekerjaan.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak boleh menyalahgunakan


kemudahan dan sumber organisasinya.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjelaskan bidang


kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya.

6. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mewujudkan hubungan


interpersonal dan persetujuan kerja dengan penyelia dan stafnya mengenai khidmat
kaunseling khususnya mengenai unsur kerahsiaan, perbezaan antara fakta umum
atau peribadi, beban kerja dan akauntibiliti.

7. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memberitahu kepada


pihak majikan tentang keadaan yang boleh menyebabkan konflik yang merosakkan
atau menyekat keberkesanan perkhidmatannya.
8. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah membenarkan dirinya
dinilai secara professional oleh Jemaah Nazir Sekolah dari masa ke masa.

9. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah bersama-sama


bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk dirinya dan stafnya.

E. Tanggunggjawab Pentadbir (Pengetua/Guru Besar)

i) Terhadap Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa

1. Memberi taklimat, penerangan dan bimbingan berkaitan perkhidmatan


bimbingan dan kaunseling di sekolah, khususnya kepada Guru Bimbingan
dan Kaunseling Sepenuh Masa yang baru dilantik.

2. Berbincang mengenai budaya sekolah, visi dan misi sekolah serta keperluan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang mampu memenuhi
kecemerlangan sekolah keseluruhannya.

3. Berbincang dari semasa ke semasa berhubung senarai tugas, bidang tugas


dan program yang hendak dijalankan.
4. Membantu dalam proses pembentukan konsep kendiri, personaliti dan
penampilan diri guru bimbingan dan kaunseling.

5. Memantau dan menilai kemampuan dan penampilan guru bimbingan dan


kaunseling dari pandangan semua pihak dari masa ke semasa, dan berusaha
meningkatkannya.

6. Memastikan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa menjalankan


perkhidmatannya berdasarkan Buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling Sekolah Menengah dan Rendah.

7. Melaporkan segera pergerakan guru bimbingan dan kaunseling ke Jabatan


Pelajaran berdasarkan borang pelaporan yang diberikan. (Rujukan Rekod
Laporan Pergerakan).

8. Memastikan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak diberi


jadual waktu mengajar dan tugas lain yang boleh menjejaskan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling, seperti Penyelaras Kokurikulum, Ketua Jurulatih
Permainan, Ketua Penasihat Kelab, Guru Biasiswa dan kerja-kerja
perkeranian yang lain.
9. Membantu peningkatan tahap profesionalisme guru bimbingan dan
kaunseling.

10. Menggalakkan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa menjalankan


kajian bagi mengenalpasti keperluan perkhidmatan, punca masalah, strategi
kecemerlangan dan data-data terkini mengenai sesuatu kes.

11. Bagi sekolah yang mempunyai lebih dari seorang Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa, pihak pentadbiran hendaklah mengagihkan tugas
berpandukan senarai tugas dalam buku panduan. Seorang ketua hendaklah
dilantik dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa di
sekolah berkenaan berdasarkan kekananan.

ii) Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

1. Membantu dan bekerjasama dalam usaha awal perkhidmatan bimbingan dan


kaunseling seperti penubuhan jawatankuasa, pemilihan bilik, kemudahan
perkhidmatan lain dan perancangan program.

2. Memantau buku rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekurang-


kurangnya sekali seminggu, seperti guru akademik lain.

3. Membantu usaha mewujudkan sebuah bilik bimbingan dan kaunseling yang


kondusif, strategik, teraputik, dan memenuhi kualiti Kementerian Pelajaran
Malaysia.

4. Membantu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara keseluruhannya


berdasarkan penilaian Anugerah Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan &
Kaunseling Cemerlang.

5. Memberikan sokongan, kerjasama dan bantuan untuk menjalankan aktiviti


program dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

6. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan secara


optimum dan menyeluruh, serta dapat menyumbang ke arah kesejahteraan
dan kecemerlangan sekolah.
7. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan berdasarkan
senarai tugas, bidang tugas dan tidak melanggar Kod Etika Kaunseling
Sekolah.

8. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan berdasarkan


Buku Panduan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Menengah dan Rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

9. Memastikan peruntukan Geran Perkapita (PCG) Bimbingan dan Kaunseling


digunakan sepenuhnya untuk aktiviti dan pengurusan kaunseling, berasaskan
peraturan kewangan sedia ada.

SENARAI TUGAS
GURU BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
SEPENUH MASA
1. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah
melalui kajian keperluan, soalselidik, temu bual dan perbincangan dengan murid,
guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.

2. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan


dan kaunseling sekolah.

3. Merancang, melaksana, mengawalselia sesi bimbingan dan kaunseling individu

dan kelompok secara professional dan beretika.

4. Merancang, mengelola dan melaksana aktiviti bimbingan individu dan kelompok


serta tunjuk ajar (instructional) yang meransang perkembangan murid secara
optimum.

5. Merancang, menyelia dan menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling


kepada semua murid melalui media yang sesuai.
6. Merancang, mentadbir, memeriksa, merekod, menganalisis, mentafsir dan
melapor pentaksiran psikometrik berdasarkan arahan kementerian Pendidikan
Malaysia dari semasa ke semasa.

7. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori murid yang


berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti


konsultasi dan rujukan, berhubung dengan pembangunan dan perkembangan
sahsiah diri murid.

9. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti


konsultasi dan rujukan, berhubung dengan peningkatan disiplin diri murid.

10. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti


konsultasi dan rujukan, berhubung dengan pendidikan dan kerjaya murid.

11. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti


konsultasi dan rujukan, berhubung dengan psikososial dan kesejahteraan mental
murid.

12. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti


konferens dengan ibu bapa, guru , staf sokongan serta agensi kerajaan dan
bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan murid.

13. Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen pendekatan dan sebagainya secara
menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling di sekolah.

14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber serta bahan resos berkaitan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

15. Setiausaha kepada jawatankuasa penyelaras perkhidmatan bgimbingan dan


kaunseling di sekolah.

16. Penggerak utama dalam program latihan bagi meningkatkan kefahaman tentang
profesionalisma Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

17. Membuat rujukan atau memberi khidmat kaunseling kepada murid, guru,
kakitangan serta sesiapa sahaja yang memerlukan sekiranya berlaku krisis
dalam kawasan sekolah.
18. Pegawai perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang
berkaitan.

19. Menjalankan tugas di luar sekolah dalam bidang bimbingan dan kaunseling,
sebagaimana diarahkan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan
Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

20. Melaksana tugas-tugas yang diarahkan oleh ketua jabatan dari semasa ke
semasa.
FOKUS PERKHIDMATAN
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEPENUH MASA

Bagi memastikan bahawa matlamat dan objektif perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
tercapai, kaedah penyampaian dan perkhidmatan kepada kumpulan sasar adalah amat
penting. Keberkesanan perkhidmatan akan dapat mewujudkan pelajar yang seimbang,
berjiwa besar dan waja, berwawasan dan berketrampilan. Usaha-usaha untuk membina
insan yang terus maju ke arah hidup yang bermakna bagi kesejahteraan diri, masyarakat
dan negara perlu dilaksanakan dengan secara seimbang dalam semua bidang seperti
berikut:

Bil Fokus Input Kaedah


1. Pembangunan Fokus ini adalah untuk memupuk Kaunseling Individu
dan perkembangan personality kendiri murid Kaunseling Kelompok
Perkembanga daripada aspek berikut: Bimbingan Individu
n Sahsiah Diri Bimbingan Kelompok
Murid Konsultasi
1. Sikap Penyayang (Kepedulian)
Ceramah
2. Berbudi Bahasa

3. Konsep Kendiri

4. Kepimpinan

5. Komunikasi

6. Kekemasan Diri

7. Ketepatan Masa

8. Motivasi Diri

Outcome : Perwatakan murid yang berketerampilan dsan terpuji


2. Peningkatan Fokus ini bertujuan untuk memupuk disiplin Sistem Fail
Disiplin Diri murid termasuk intervensi yang perlu Perkongsian
Murid dilakukan bagi mencegah mereka terlibat Kaunseling Individu
dengan gejala-gejala disiplin dan anti sosial Kaunseling Kelompok
yang lain. Bimbingan Individu
Bimbingan Kelompok
Konsultasi
Ceramah
Outcome : Murid yang berdisiplin serta sekolah yang aman dan
sejahtera
Bil Fokus Input Kaedah
3. Pengurusan Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan Bimbingan Kelompok
Kerjaya Murid bimbingan kepada mmengenai maklumat Bimbingan Individu
berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju Lawatan
kerjaya. Menerusi fokus ini Guru Bimbingan Ceramah
dan kaunseling hendaklah : Forum
Seminar
a Melaksanakan Program Pendidikan Tayangan video
kerjaya secara terancang bagi Pertandingan-
memastikan semua murid dapat pertandingan
mengenalpasti potensi diri, minat, sikap - Media Maklumat
dan hala tuju kerjaya. Kerjaya
- Buku Skrap Kerjaya
b Menyediakan profil kerjaya setiap - Eksplorasi Alam
murid bermula dari sekolah rendah Kerjaya
sehingga ke sekolah menengah dalam - - Poster
pelan pembangunan dan Kerjaya
perkembangan kerjaya mereka. - Sketsa Kerjaya

c Menyediakan rekod murid selepas


tamat persekolahan sama ada terus
memasuki alam kerjaya atau
meneruskan pengajian ke institusi-
institusi pengajian tinggi awam dan
swasta.

Outcome : Murid yang tahu hala tuju pendidikan dan kerjaya masa
depan
4. Psikososial Fokus ini bertujuan membimbing murid Bimbingan Kelompok
dan supaya mampu mengekal dan mengurus Bimbingan Individu
Kesejahteraan kesejahteraan diri dan mental. Menerusi Bengkel
Mental Murid fokus ini, Guru Bimbingan dan kaunseling Seminar
hendaklan : Kem/Perkhemahan
a Membimbing murid dalam proses Tayangan Video
sosialisasi dan interaksi Pembimbing Rakan
Sebaya
b Membimbing murid dalam aspek Taklimat
pengurusan emosi Inventori

c Membantu murid memperkembang


pemikiran yang positif

Outcome : Murid yang sihat pemikirannya

CARTA ORGANISASI
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMIL, PASIR PUTEH
2015

PENGERUSI
TN. HJ. AZMI BIN ABD RAHMAN (PENGETUA)

NAIB PENGERUSI
EN. SAM BIN ZAINAN (PKP)
EN. CHE AZIZ BIN MAT (PK HEM)
EN. WAN HUSSIN BIN WAN ISMAIL (PK KO)
EN. ABDUL AZIZ BIN ABDUL HAMID (PK TG 6)

SETIAUSAHA
TN. HJ. MAYUTI BIN MAT YUSOFF

PENOLONG SETIAUSAHA
PN. ZAIDAH BT ALIAS
PN. NIK NURUL HAYATI BT NIK AHAMAD SUKRI
PN. NOOR LAILI BT AB MANAF

AHLI JAWATANKUASA

AKADEMIK KERJAYA

PN. NIK NURUL HAYATI BT NIK PN. NOOR LAILI BT AB MANAF


AHAMAD SUKRI PN. HJH. WAN AZILAH BINTI WAN
PN. KAMARIAH BINTI YUSOFF ABDULLAH
EN. AZMI BIN MATIL EN. ZULKIFLE BIN MOHAMAD

SAHSIAH PPDa

TN. HJ. MAYUTI BIN MAT YUSOFF PN ZAIDAH BT ALIAS


EN. MOHAMAD SAYUTI BIN HARUN PN. AZIHAN BINTI ABDULLAH
PN. NURMUFIDAH BINTI MOHD NAPI EN. WAN MOHD DIN BIN WAN JUSOF
JAWATANKUASA
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMIL
2015

Pengerusi : Tn Hj Azmi bin Abd Rahman (Pengetua)

Naib Pengerusi : En. Sam bin Zainan (PK Pentadbiran)


En Che Aziz bin Mat (PK HEM)
En Wan Hussin b Wan Ismail ( PK Kokurikulum)
En Abdul Aziz bin Abdul Hamid (PK Tingkatan 6)
En Shahri bin Ismail ( GK Sains Sosial )
En. Juhaidi bin Abdullah ( GK Bahasa )
En Mohd Najihan bin Mustafa (GK Tek.& Vok.)
En Mohamad Saidi b Ali (GK Sains & Matematik)

Setiausaha : Tn Hj Mayuti bin Mat Yusoff (Kaunselor)

Pen. Setiausaha : Pn Zaidah bt Alias (Kaunselor)


Pn Nik Nurul Hayati bt Nik Ahamad Sukri (Kaunselor)
Pn Noor Laili bt Ab Manaf (Kaunselor)

Ahli Jawatankuasa : En Azmi bin Mat Il


Pn. Azihan binti Abdullah
En. Zulkifle bin Mohamad
Pn. Kamariah binti Yusoff
En Mohd Sayuti bin Harun
Pn. Nurmufidah binti Mohd Napi
En. Wan Mohd Din bin Wan Jusof
Pn Hjh Wan Azilah bt Wan Abdullah
BIDANG TUGAS SETIAP JAWATANKUASA

1. Jawatankuasa Akademik

Pn Nik Nurul Hayati bt Nik Ahamad Sukri


Pn Kamariah binti Yusoff
En Azmi bin Matil

2. Jawatankuasa Kerjaya

Pn Noor Laili bt Ab Manaf


Pn. Wan Azilah binti Wan Abdullah
En. Zulkifle bin Mohamad

3. Jawatankuasa Sahsiah

Tn Hj Mayuti bin Mat Yusoff


En Mohd Sayuti bin Harun
Pn. Nurmufidah binti Mohd Napi

4. Jawatankuasa PPDa

Pn Zaidah binti Alias


Pn. Azihan bin Abdullah
En. Wan Mohd Din bin Wan Jusof
PENGURUSAN SISTEM FAIL
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMIL
PASIR PUTEH, KELANTAN
1. FAIL-FAIL PENGURUSAN - SMKK 800 1/7/1

1. Pengurusan Am - SMKK 800 1/7/1/1

a. Aktiviti khidmat masyarakat bersama YB


b. Pertandingan melukis poster anjuran Rukun Tetangga
c. Sebutharga penginapan dan makan di Kem Wajadiri
d. Laman web untuk muris dan sebagainya
e. Jawapan rasmi kepada surat-surat berkaitan

2. Surat Pekeliling Ikhtisas - SMKK 800 1/7/1/2

a. Semua surat pekeliling ikhtisas


b. Surat siaran yang berkaitan dengan
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
c. Surat Kementerian Pelajaran
d. Surat Jabatan Pelajaran Negeri
e. Surat Pejabat Pelajaran Daerah

3. Pendidikan, kerjaya dan Latihan - SMKK 800 1/7/1/3

a. Bahagian Permohonan Kemasukan Pelajar (BPKP)


b. Bahagian Matrikulasi
c. Politeknik
d. PTPTN
e. IPTA atau IPTS
f. Kolej-kolej swasta
g. Petronas
h. Telekom
i. Biasiswa
j. Jawapan rasmi kepada surat-surat berkaitan

4. Program Pembangunan Murid - SMKK 800 1/7/1/4

a. Kepimpinan Pengawas
b. Perhimpunan Pembimbing Rakan Sebaya
c. Anugerah Kecemerlangan Murid
d. Eksplorasi Kecemerlangan anak pedalaman
e. Elit Pra u
f. Jejak Kegemilangan
g. Eksplorasi Kerjaya
h. Motivasi Kecemerlangan Kendiri
i. Kaunseling Kerjaya
j. Jati Diri
k. Seminar Pembelajaran
l. Jawapan rasmi kepada surat-surat berkaitan

5. Program Pembangunan Staf dan Mesyuarat - SMKK 800 1/7/1/5

a. Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bimbingan dan


Kaunnseling Sepenuh masa
b. Seminar Pemantapan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
c. Taklimat Penggunaan Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling
Sepenuh Masa
d. Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan
e. Mesyuarat Pembangunan Intelektual Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh
Masa
f. Minit Mesyuarat
g. Jawapan rasmi kepada surat-surat berkaitan

2. FOLDER BIDANG - SMKK 800 1/7/2

1. Akademik - SMKK 800

1/7/2/01

2. Kerjaya - SMKK 800

1/7/2/02

3. Psikososial dan Kesejahteraan Mental - SMKK 800

1/7/2/03

4. Keibubapaan - SMKK 800

1/7/2/04

5. Pembangunan Diri dan Kepimpinan Pelajar - SMKK 800

1/7/2/05

6. Pendidikan Pencegahan Dadah/ Rokok/ HIV/AIDS - SMKK 800

1/7/2/06
7. Disiplin Murid - SMKK 800

1/7/2/07

8. Biasiswa/ Bantuan/ Murid Miskin - SMKK 800

1/7/2/08

9. Penglibatan Pelajar / Kursus / Motivasi - SMKK 800

1/7/2/09

10. Lawatan Pembelajaran - SMKK 800

1/7/2/10

11. Kemenjadian Murid - SMKK 800

1/7/2/11

12. Kertas Cadangan - SMKK 800

1/7/2/12

13. Pembimbing Rakan Sebay a - SMKK 800

1/7/2/13

14. Kelab Bimbingan dan Kaunseling - SMKK 800

1/7/2/14

15. Borang Perkhidmatan Kaunseling - SMKK 800

1/7/2/15

16. Tugas-tugas Khas - SMKK 800

1/7/2/16

17. Program Kaunseling Berfokus / PPSDM - SMKK 800

1/7/2/17
18. Amalan Guru Penyayang - SMKK 800

1/7/2/18

19. Program Mentor Mentee - SMKK 800

1/7/2/19

20. Program Minda Sihat - SMKK 800

1/7/2/20

21. Inventori / Ujian Psikologi - SMKK 800

1/7/2/21

22. Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) - SMKK 800

1/7/2/22

23. Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) - SMKK 800

1/7/2/23

24. Modul / LDK - SMKK 800

1/7/2/24

25. Minit Mesyuarat - SMKK 800

1/7/2/25

26. Takwim dan Perancangan Tahunan - SMKK 800

1/7/2/26

27. Buku Program - SMKK 800

1/7/2/27

28. Laporan Program - SMKK 800

1/7/2/28
29. Maklumat Pelajar - SMKK 800

1/7/2/29

3. FOLDER SESI KAUNSELING - SMKK 800 1/7/3

a. Sesi Kaunseling Individu - SMKK 800 1/7/3/1

b. Sesi Kaunseling Kelompok - SMKK 800 1/7/3/2

JENIS BORANG / REKOD


PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

NO
BIL ITEM CATATAN
RUJUKAN
Biodata Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh
1 BK 01
Masa (GBKSM)
2 Laporan Pergerakan GBKSM BK 02
3 Biodata Murid BK 03
4 Borang Khidmat Kaunseling Individu BK 04
5 Borang Khidmat Kaunseling Kelompok BK 05
6 Borang Temujanji Sesi Kaunseling BK 06
7 Borang Rujukan Khidmat Kaunseling BK 07
8 Borang Rujukan Murid Oleh GBKSM BK 08
9 Rekod Sesi Kaunseling Individu BK 09
10 Rekod Sesi Kaunseling Kelompok BK 10
11 Rekod Daftar Sesi Kaunseling Individu BK 11
Rekod Daftar Sesi Bimbingan dan Kaunseling
12 BK 12
Kelompok
Laporan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling BK 13
13
Sekolah Menengah / Rendah (L4)
14 Borang Maklumat Keahlian PRS BK 14
15 Borang Penyata Kewangan BK BK 15
16 Rekod Kunjungan Ke Bilik Kaunseling BK 16
17 Rekod Lawatan ke Rumah Pelajar BK 17
18 Rekod Konsultasi BK 18
19 Rekod Kelas Ganti BK 19
20 Buku Rekod Perkhidmatan Luar BK 20
21 Jejak Lepasan SPM / STPM BK 21
22 Aku Janji SPM BK 22
23 Aku Janji PMR BK 23
24 Aku Janji UPSR BK 24
ALIRAN PERHUBUNGAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA
DALAM ORGANISASI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

PENGETUA /
GURU BESAR

GURU PENOLONG GURU GURU PENYELIA


KANAN AKADEMIK PENOLONG KANAN PENOLONG KANAN PETANG
DAN PENTADBIRAN HAL EHWAL MURID KOKURIKULUM

GURU BIMBINGAN DAN


KAUNSELING SEPENUH MASA

28

You might also like