You are on page 1of 51

KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

Kata-Kata Aluan Dari Setiausaha Unit Bimbingan dan Kaunseling

BAHAGIAN 1 : MAKLUMAT AM SEKOLAH


2

Maklumat Asas Sekolah

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Etika Kerja Islam

Visi dan Misi Sekolah

Prinsip Perkhidmatan SMK Kamil

Lagu Sekolah

Piagam Pelanggan Sekolah

BAHAGIAN 2 : PENGENALAN UNIT BIMBINGAN DAN


KAUNSELING
9

Falsafah Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

10

Visi dan Misi PBK

10

11

Moto dan Piagam Pelanggan Perkhidmatan UBK

11

12

Rasional dan Objektif PBK

12

13

Prinsip PBK

14

Pendekatan PBK

15

Kod Etika PBK

13 14
15
16 - 17

BAHAGIAN 3 : SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB


16

Tanggungjawab GBKSM

18 23

17

Senarai Tugas GBKSM

24 25

18

Fokus Perkhidmatan GBKSM

26 - 27

BAHAGIAN 4 : CARTA ORGANISASI UBK

19

Aliran Hubungan GBKSM dengan Pentadbir

28

20

Carta Organisasi UBK

29

BAHAGIAN 5 : SENARAI JAWATANKUASA UBK


21

Senarai Jawatankuasa UBK

30

BAHAGIAN 6 : JADUAL PELAKSANAAN JAWATANKUASA


22

Bidang Tugas Setiap Jawatankuasa

31

BAHAGIAN 7 : PERANCANGAN STRATEGIK / PELAN


TAKTIKAL / PELAN OPERASI / SWOTT
23

Swott

32

24

Perancangan Strategik

33 - 35

25

Pelan Taktikal

36 - 43

26

Pelan Operasi

44 - 55

BAHAGIAN 8 : PERANCANGAN / TAKWIM TAHUNAN


27

Perancangan Tahunan UBK

56 77

28

Takwim Tahunan UBK

78 - 89

BAHAGIAN 9 : PENGURUSAN SISTEM FAIL UBK


29

Pengurusan Sistem Fail UBK

90 - 92

BAHAGIAN 10 : BORANG-BORANG PBK


30

Borang borang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

KATA ALU-ALUAN
SETIAUSAHA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

93 - 121

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMIL


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera
Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga
ke hadrat Ilahi kerana dengan taufik dan hidayahnya, buku
pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SMK Kamil
dapat diwujudkan. Semoga dengan adanya buku pengurusan ini
Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat melaksanakan tugas
seharian dengan lebih sempurna.
Dunia pendidikan hari ini mendapat tumpuan utama semua pihak
terutamanya pihak kerajaan. Pelbagai usaha, perancangan dan
tindakan telah diatur bagi mencapai tahap pendidikan yang tinggi
seperti yang diharapkan oleh semua pihak. Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling di sekolah merupakan salah satu
pemangkin pendidikan berkualiti dalam aspek pembangunan
modal insan.
Remaja, khususnya pelajar sekolah merupakan aset negara pada
masa hadapan. Justeru itu peranan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling amat bertepatan untuk melahirkan modal insan yang
dibimbing cemerlang secara bersepadu dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek.
Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapat panduan,
bimbingan dan kaunseling yang berkualiti. Justeru itu buku
pengurusan ini diwujudkan untuk memastikan Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling dapat dilaksanakan dengan lebih
efektif dan sistematik dalam memastikan pelajar mendapat
perkhidmatan terbaik.
Semoga dengan adanya buku pengurusan Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling ini Guru Bimbingan dan kaunseling
dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan lebih
berkesan dalam proses membentuk kecemerlangan pelajar.
Kecemerlangan ini akan menjadi pemangkin kepada pelajarpelajar agar mampu bersaing hingga ke peringkat global.
Sekian, terima kasih.

(HJ MAYUTI B MAT YUSOFF)

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

Nama dan
alamat sekolah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMIL


16800 PASIR PUTEH, KELANTAN

Kod Sekolah

DEE 4289

Gred Sekolah

Nama Pengetua

Tn Hj Azmi bin Abd Rahman

Enrolmen Guru

Gred

Lelaki

Perempuan

Jumlah

DG 54

DG 52

DG 48

21

20

41

DG 44

18

24

42

DG 41

DG A38

DG A34

54

99

DG A32
45

Bilangan Murid

Lelaki = 379

Perempuan = 619

Jumlah = 998

Visi Sekolah

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi Sekolah

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk


Membangunkan Potensi Individu Bagi memenuhi Aspirasi
Negara

Etos Sekolah

Kecemerlangan Akademik dan Muzik Tradisional

FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
INTELEK

INTELEK
TANGGUNGJAWAB DAN SUMBANGAN
KEPADA MASYARAKAT

ILMU PENGETAHUAN
AKHLAK MULIA

INSAN SEIMBANG
DAN HARMONIS

JASMANI

EMOSI

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH


MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN
BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS
DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN
KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN . USAHA INI ADALAH BAGI
MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN,
BERKETRAMPILAN, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB DAN
BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERI
SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN MASYARAKAT
DAN NEGARA
Warganegara Malaysia yang baik

Unsur Rohani dan Emosi

Percaya dan patuh kepada Tuhan


Berilmu pengetahuan
Berakhlak mulia
Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat dan
negara
Berbakti dan memberi sumbangan kepada
masyarakat dan negara dan
Memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu

Keyakinan terhadap Tuhan


Kepercayaan beragama
Kemantapan jiwa
Penghayatan nilai-nilai murni dan norma
masyarakat
Berbudi perkerti mulia
Berbakti dan berkorban

Unsur Intelek

Unsur Jasmani

Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada


kebenaran
Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif
Daya pemikiran yang logik dan analitis
Imu yang bermanfaat
Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan
memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu
pengetahuan

Kecergasan fizikal dan kesihatan diri


Dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal
sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat

ETIKA KERJA
ISLAM

Bekerja dengan
azam mengabdikan
diri kepada Allah
Bekerja dengan
ikhlas dan
amanah
Bekerja dengan
tekun dan
cekap
Bekerja dengan
semangat gotong
royong dan berpadu

VISI
SEKOLAH

Pendidikan berkualiti insan terdidik


Negara sejahtera

MISI
SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan
Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

PRINSIP PERKHIDMATAN SMK


KAMIL

=
=
=
=
=

KETRAMPILAN
AMANAH
MUAFAKAT
ILTIZAM
LUHUR

LAGU
SEKOLAH
KAMIL BESTARI
Megah Berdiri Kamil bestari,
Memayungi Putera dan Puteri,
Menjayakan wawasan murni,
Kamil berbakti kami berjanji.
Melangkah gagah Kamil bertuah,
Mara mendukung cita,
Berganding membangun Negara,
Dunia IT diteroka.
Chorus:
Tujulah, bersatu erat,
Majulah, tingkat martabat,
Semangat berkobar berjiwa merdeka,
Rahmat limpah Kamil Berjaya.
Pengetahuan tangga kemajuan,
Kamil tersohor sepanjang zaman,
Azimat terpahat kukuh membara,
Muafakat luhur insan mulia.
Cetusan idea :
Hj Muhamed Ali b Hamzah
(Pengetua)
Lagu
:
Hj Daud b Muhamad (PK
PIAGAM
PELANGGAN
Pentadbiran)
Lirik
:
Hj Daud b Muhamad (PK
Pentadbiran)

PIAGAM
PELANGGAN

Kami Berjanji Akan Berusaha Untuk Memperkembang


Keupayaan Pelajar Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan
Dengan Menekankan Kepada:
1.
2.

Meningkatkan prestasi dan kecemerlangan pelajar


dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.
Mewujudkan suasana harmoni, kerjasama dan
kekeluargaan dalam kalangan pelajar, guru, ibu
bapa dan anggota masyarakat.

3.

Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah


pelajar.

4.

Bersedia memberi khidmat, melayan dan


menyelesaikan masalah dalam suasana mesra.

5.

Amalan budaya ilmu dan kerjasama sesama insan


dalam aktiviti harian.

6.

Ketakwaan dalam seluruh tindakan dan perlakuan.

FALSAFAH
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING

Bahawasanya
mempunyai

potensi

digembelingkan
menerusi

setiap

pelajar

yang

secara

pengurusan

boleh
optimum

menyeluruh

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling


yang

cekap,

berkesan

dan

beretika

dengan berteraskan sumber dalaman dan


luaran

bagi

melahirkan

murid

yang

seimbang dalam aspek intelek, jasmani,


emosi dan rohani serta beriman dan
beramal soleh.

VISI
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi
peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang
teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun
2015

MISI
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan
misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:
Menguruskan program dan aktiviti kaunseling
dengan cekap dan berkesan.
Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran
emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
Membimbing murid ke arah mencapai prestasi
yang tinggi dalam akademik.
Mewujudkan suasana pembelajaran yang
memberangsangkan melalui program
bimbingan dan kaunseling.
Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu
kepada pelajar.
Memupuk semangat patriotik dan kualiti
kepimpinan dalam MOTO
kalangan pelajar.

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN


KAUNSELING

Informasi, Kecemerlangan,

PIAGAM PELANGGAN
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
1. Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.
2. Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.
3. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan
profesionalisme.
4. Berusaha melindungi identiti klien berdasarkan Kod Etika
Kerahsiaan tertakluk kepada persetujuan klien.
5. Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga
60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.
6. Menepati temujanji bersama klien dengan memberi khidmat
yang sesuai dalam tempoh 48 jam.
7. Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera
bagi klien yang memerlukan kaunseling krisis.
8. Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan
persetujuan klien atas dasar limitasi keupayaan Guru
Kaunseling.
9. Memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada klien
dengan penuh jujur, ikhlas dan beretika.
10. Membangunkan potensi
individu sebagai modal insan yang
RASIONAL
mampu menyumbang kepada negara.

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN


KAUNSELING

1. Usaha-usaha pencegahan peringkat awal persekolahan dapat membantu mengatasi


gejala sosial di peringkat remaja . Oleh itu mengenalpasti masalah di peringkat awal
dan mencegahnya begitu perlu daripada berlarutan hingga ke sekolah menengah .

2. Kepentingan sekolah-sekolah rendah sebagai asas pembentukan masa depan


murid dari segi akademik, kerjaya, psikososial dan pembangunan rohani .
3. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dapat memberi ruang kepada murid
untuk mengenali dan membangunkan diri sendiri .
4. Cabaran masa kini memerlukan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang
berkualiti, sistematik dan berkesan .

1. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan yang


terancang dan berterusan. Murid dididik atau dibimbing untuk mendapat dan
mempelajari pengalaman, nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai
dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia .

OBJEKTIF
OBJEKTIF
PERKHIDMATAN
BIMBINGAN
DAN KAUNSELING
2. Perkhidmatan
Bimbingan
dan Kaunseling
adalah untuk semua
murid. Semua
PERKHIDMATAN
BIMBINGAN
DAN
murid diberi peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakang,
KAUNSELING
kaum, agama, atau kepercayaan.
3. Semua murid mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka
memerlukannya. Pada ketika tertentu seorang murid mungkin memerlukan
1. Merancang,
mengawal,
dan dalam
menilaiproses
perkhidmatan
dan aktiviti
bimbingan
pertolongan,
sokonganmenyelaras
dan bimbingan
perkembangan
dirinya.
dan kaunseling ke arah mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan .
2. 4.Memberi
khidmatBimbingan
penyuburandan
danKaunseling
pengayaan adalah
meliputi untuk
semuamelayan
aspek perkembangan
Perkhidmatan
keperluan
dirimurid
muridbagi
dengan
menyediakan
peluang,
kemudahanmereka.
dan pengalaman
yang selaras
perkembangan
potensi
dan kebolehan
Program Bimbingan
dengan
kemampuan
dan potensi
murid . keperluan individu supaya berkembang
dan Kaunseling
adalah
untuk melayan
3. Memberi
khidmat
pencegahan
iaitu
menghindarkan
murid
daripada terlibat dalam
dengan kadar optimum mengikut tahap
perkembangan
dirinya.
perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah,
5.merokok,
Perkhidmatan
laku musnah,
Bimbingan
peras dan
ugut, Kaunseling
menyertai pertubuhan
adalah untuk
harammenolong
dan perbuatan
muridanti
sosial
memahami
yang laindirinya
.
dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan
1. Merancang, mengawal, menyelaras dan menilai perkhidmatan dan aktiviti
4. Memberi
khidmat
bersifat pemulihan
dengan
tujuanhidupnya
mengorientasikan
semula murid
hidupnya
dan menolong
memilih serta
merancang
dengan berkesan.
bimbingan dan kaunseling ke arah mencapai hasrat Falsafah Pendidikan
yang bermasalah supaya mereka mampu menghadapi dan mengatasi masalah sendiri
Kebangsaan .
5. 6.Memberi
Perkhidmatan
khidmatBimbingan
kaunseling dan
krisisKaunseling
kepada murid
berorientasikan
yang memerlukan
masa . sekarang dan
2.
6. Memberikan
perkhidmatan
ke
arah
membangun
dan
memajukan
sekolah
dari segi
menjadikan
3.masa depan. Usaha-usaha bimbingan dan kaunseling ialah untuk
akademik,
dan kokurikulum
murid itusahsiah
lebih tegas
diri, pandai. menyesuaikan diri dan memahami implikasi
7. Menyediakan
perkhidmatan
dari segi akademik,
psikososial
dan kesejahteraan
tindakan-tindakannya
sekurang-kurangnya
dalam jangka
masa panjang.
mental, kerjaya, keibubapaan dan pembangunan murid kepada semua murid .
7. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menolong individu menyedari
kelemahan diri dan memberi fokus kepada memperkukuhkan lagi kekuatan
yang ada padanya melalui aktiviti-aktiviti perkembangan dan pencegahan.

PRINSIP
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING

8. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah tanggungjawab bersama.


Dalam melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling, semua
pihak di sekolah iaitu pentadbir, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh
Masa, guru-guru lain, ibu bapa dan murid patut bekerjasama dan saling
berunding antara satu dengan yang lain.

9. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling memerlukan pemahaman yang


mendalam dan menyeluruh mengenai murid. Segala maklumat mengenai
murid adalah perlu untuk membolehkan guru bimbingan dan kaunseling
memahami murid secara menyeluruh supaya dapat memberi Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan.
10. Setiap individu berbeza dari segi gaya, ketangkasan dan dorongan untuk
belajar. Secara amnya cara belajar seseorang itu berbeza mengikut :
10.1

Orientasi Deria
Melalui deria sentuhan, penghiduan, penglihatan dan rasa .

10.2

Gerak Balas (response)


Ada individu lebih selesa belajar secara bersendirian, dalam
kelompok atau melalui pemerhatian sahaja .

10.3

Corak Pemikiran
Cara individu mengumpul dan memproses maklumat untuk
mencapai tujuan tertentu .

11. Pembentukan individu dipengaruhi oleh keseluruhan pengalaman dalam alam


persekitarannya. Misalnya seorang murid yang dibesarkan di luar bandar, akan
dapat dikesan sebagai berasal dari luar bandar, demikian juga sebaliknya. Oleh
itu, bimbingan dan kaunseling boleh merupakan intervensi untuk
mengurangkan perbezaan, tetapi ini bergantung kepada nilai, jangka masa dan
di peringkat mana khidmat itu dimulakan. Bimbingan dan Kaunseling dijalankan
supaya individu berkemampuan menyesuaikan diri.
12. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk pengetahuan dan
kesepaduan psikofizikal murid. Ini bermakna murid tidak boleh dilihat sebagai
hanya manusia kognitif. Ia harus dilihat sebagai individu yang mempunyai
perasaan, sikap, mental dan rohani. Sebarang aktiviti dan program bimbingan
adalah untuk mewujudkan kesepaduan ini.
13. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan
etika kaunseling. Mematuhi etika adalah untuk tujuan memelihara kebajikan
murid.

Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling boleh dibahagikan kepada 4 pendekatan


berikut :
1.1 Pendekatan Pencegahan
Pendekatan ini berasaskan andaian bahawa satu-satu masalah itu mungkin timbul
dan sebelum masalah itu meruncing, usaha dijalankan untuk menghalangnya.
Misalnya, kempen dan pendidikan pencegahan AIDS dan kem waja diri.
1.2 Pendekatan Perkembangan
Pendekatan ini merupakan satu usaha untuk mengenal pasti keperluan murid di
alam persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran,
pengalaman serta akhlak yang mulia. Tugas dan perlakuan pembelajaran dikenal
pasti dan dijelaskan kepada murid. Kemudian aktiviti bimbingan dirancang untuk
melengkapi kurikulum akademik. Murid diberi peluang untuk belajar mengenali
diri mereka dan orang lain sebelum timbul masalah dalam hidup mereka
contohnya taklimat persediaan menghadapi peperiksaan dan ceramah motivasi.
1.3 Pendekatan Pemulihan
Pendekatan ini memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dapat di
kenal pasti dari semasa ke semasa. Langkah mengatasi dijalankan dengan
harapan murid mengubah perlakuan untuk mengelakkan berlaku peristiwa krisis.
Misalnya murid ponteng sekolah, merokok, melawan guru atau berkelahi. Mereka
dikumpulkan untuk mengikuti sesi kaunseling kelompok atau menghadiri
kaunseling individu.

PENDEKATAN
PERKHIDMATAN
BIMBINGAN DAN
1.4 Pendekatan
Krisis
KAUNSELING
Pendekatan ini mengendalikan
kes krisis yang timbul secara mendadak

dan
memerlukan perhatian serta tindakan segera dari Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sepenuh Masa serta pihak pentadbir sekolah. Misalnya murid yang bergaduh di
sekolah, mengalami histeria, menangis dengan tiba-tiba, cuba membunuh diri,
menggunakan dadah atau yang sedang mengalami peristiwa cemas seperti
kematian anggota keluarga, penceraian ibu bapa dan penderaan.

KOD ETIKA
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
MUKADIMAH

1. Kod etika ini bertujuan untuk menyediakan satu garis panduan bagi Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dan juga menjadi asas dalam
menyelesaikan isu etika yang timbul dan dianggap menyeleweng daripada
piawaian perlakuan Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa. Kod Etika ini
menggariskan piawaian perlakuan dalam menjalin perhubungan professional
dengan klien, rakan-rakan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa,
majikan, individu dan profesion lain serta masyarakat keseluruhannya. Ia juga
merangkumi etika perlakuan yang piawai mengenai tatalaku yang sesuai dengan
kedudukan dan identiti sebagai seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sepenuh Masa.
2. Kod Etika ini berasaskan kepada nilai-nilai utama perkhidmatan kaunseling dan
memberi penekanan terhadap penghargaan kendiri, digniti dan keunikan individu
termasuk hak-hak dan peluang-peluang mereka. Ia juga berasaskan kepada
profesion kaunseling itu sendiri yang mengutamakan nilai-nilai murni.
3. Apabila menghadapi situasi yang memerlukan intervensi, Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menunaikan tanggungjawab etika dalam
memberi pertimbangan berasaskan kepada kesemua prinsip yang terkandung
dalam Kod Etika.
4. Kod Etika ini tidak menggariskan semua peraturan mengenai perlakuan Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dalam menghadapi keadaan yang
begitu kompleks dalam melaksanakan tanggungjawabnya.
5. Kod Etika ini tidak seharusnya digunakan sebagai instrumen untuk menyekat
peluang dan kebebasan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dalam
mengamalkan khidmat kaunseling. Ia juga tidak harus digunakan untuk
mengenakan tindakan disiplin kepada Guru Kaunseling dan Guru Bimbingan
Sepenuh Masa tanpa diberi hak perlindungan dan keadilan yang maksima.

SKOP KAUNSELING
1. Perkhidmatan kaunseling ialah perkhidmatan yang memberi peluang kepada
klien untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna. Ia
merangkumi usaha kerja dengan individu atau kumpulan. Objektif perhubungan
kaunseling berbeza mengikut klien.

2. Skop perkhidmatan kaunseling meliputi isu-isu perkembangan analisis dan


penyelesaian masalah, membuat keputusan, menangani krisis, mengembangkan
persefahaman kendiri, meningkatkan ketahanan emosi semasa menghadapi
konflik dalaman atau memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan dan
interaksi dengan individu lain.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa berperanan sebagai fasilitator
kepada klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan
menghormati martabat diri, nilai dan keupayaannya.
KOD TATALAKU
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjaga tatalakunya
demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa selaras dengan nilai dan integriti profesion perguruan
di Malaysia.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah sentiasa berusaha
menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan, dan kemahiran dalam
bidang profesionnya.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjalankan
tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur selaras dengan
profesion kaunseling.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa mestilah diawasi serta dinilai
perkhidmatannya oleh Jemaah Nazir Sekolah dari Jabatan Nazir Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

A.

TANGGUNGJAWAB
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
Tanggungjawab Guru Bimbingan
dan Kaunseling Sepenuh Masa

Terhadap

Klien
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa bertanggungjawab untuk
mengutamakan kepentingan klien, sama ada klien individu atau klien kelompok.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menghormati privasi


klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa sesi kaunseling
melainkan maklumat yang membahayakan klien atau orang-orang di
persekitarannya.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memahami dan
menghormati latar belakang sosio-budaya klien.
4. Semasa menjalankan sesi kaunseling, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh
Masa hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan tidak
memperalatkan klien untuk kepentingan diri sendiri sama ada dari aspek kewangan,
seksual, emosi dan sebagainya.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah membimbing klien ke
arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkah lakunya. Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa juga perlu menghormati keputusan atau
penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah berkhidmat dengan
penuh dedikasi, ikhlas, jujur dan membuktikan kemahiran serta kecekapan
profesionalismenya.
7. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak boleh mengamalkan,
mempersetujui atau menggalakkan diskriminasi berasaskan ras, jantina, agama,
status ideologi, kecatatan fizikal, mental atau diskriminasi dalam bentuk apa
sekalipun.
8. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjelaskan kepada
klien mengenai keperluan, proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling.
9. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mencapai persetujuan
(kontrak) dengan kliennya di peringkat awal sesi kaunseling mengenai batasan
unsur kerahsiaan.
10. Persetujuan antara Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa dan klien
mengenai kerahsiaan boleh disemak semula dan diubah dengan persetujuan
bersama.
11. Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien atau orang lain berada dalam keadaan
bahaya, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menggunakan
budi bicaranya untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat.

12. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak digalakkan memberi
perkhidmatan kaunseling kepada saudara mara, kawan karib, atau sesiapa yang
mempunyai hubungan intim dengannya atau mempunyai hubungan dengan pihak
pentadbiran yang membuat penilaian.
13. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak boleh menghalang klien yang
hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin bertukar kepada Guru Bimbingan
dan Kaunseling Sepenuh Masa yang lain.
14. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memastikan bahawa
kliennya tidak menjalani kaunseling dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling
Sepenuh Masa yang lain pada masa yang sama.
15. Sekiranya mengikut pertimbangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa,
klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya hendaklah
merujuk klien tersebut kepada pihak yang berkenaan.
16. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menyediakan tempat
yang selesa dan sesuai untuk sesi kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan
oleh orang luar melainkan dengan kebenarannya, termasuk juga sesi kaunseling
yang dirakam.

B. Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Terhadap


Rakan Profesional
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah saling berusaha
meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menunjukkan sikap
menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesionalnya.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa bertanggungjawab untuk
mencegah, mendedahkan serta memperbetulkan perlakuan rakan Guru Bimbingan
dan Kaunseling Sepenuh Masa yang tidak beretika.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah bersedia untuk
mempertahankan, membantu serta membela rakan Guru Bimbingan dan Kaunseling

Sepenuh Masa teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak
beretika.
C. Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa Terhadap
Masyarakat
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memahami dan
menghormati unsur sosio-budaya masyarakat di mana dia berkhidmat.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mematuhi undangundang negara dan melaksanakan tugasannya berlandaskan undang-undang
tersebut.
D. Tanggungjawab Terhadap Organisasi Dan Majikan
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mematuhi persetujuan
komitmen yang ditandatangani dengan organisasi tempat dia berkhidmat.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah berusaha untuk
mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
perkhidmatan organisasinya.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah bertindak untuk


mencegah berlakunya diskriminasi dalam organisasi dan dalam pelaksanaan polisi
amalan pekerjaan.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak boleh menyalahgunakan
kemudahan dan sumber organisasinya.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah menjelaskan bidang
kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya.
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah mewujudkan hubungan
interpersonal dan persetujuan kerja dengan penyelia dan stafnya mengenai khidmat
kaunseling khususnya mengenai unsur kerahsiaan, perbezaan antara fakta umum
atau peribadi, beban kerja dan akauntibiliti.
7. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah memberitahu kepada
pihak majikan tentang keadaan yang boleh menyebabkan konflik yang merosakkan
atau menyekat keberkesanan perkhidmatannya.

8. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah membenarkan dirinya


dinilai secara professional oleh Jemaah Nazir Sekolah dari masa ke masa.
9. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah bersama-sama
bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk dirinya dan stafnya.
E. Tanggunggjawab Pentadbir (Pengetua/Guru Besar)
i)

Terhadap Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa


1. Memberi taklimat, penerangan dan bimbingan berkaitan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling di sekolah, khususnya kepada Guru Bimbingan
dan Kaunseling Sepenuh Masa yang baru dilantik.
2. Berbincang mengenai budaya sekolah, visi dan misi sekolah serta keperluan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang mampu memenuhi
kecemerlangan sekolah keseluruhannya.
3. Berbincang dari semasa ke semasa berhubung senarai tugas, bidang tugas
dan program yang hendak dijalankan.
4. Membantu dalam proses pembentukan konsep kendiri, personaliti dan
penampilan diri guru bimbingan dan kaunseling.
5. Memantau dan menilai kemampuan dan penampilan guru bimbingan dan
kaunseling dari pandangan semua pihak dari masa ke semasa, dan berusaha
meningkatkannya.
6. Memastikan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa menjalankan
perkhidmatannya berdasarkan Buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling Sekolah Menengah dan Rendah.
7. Melaporkan segera pergerakan guru bimbingan dan kaunseling ke Jabatan
Pelajaran berdasarkan borang pelaporan yang diberikan. (Rujukan Rekod
Laporan Pergerakan).
8. Memastikan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa tidak diberi
jadual waktu mengajar dan tugas lain yang boleh menjejaskan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling, seperti Penyelaras Kokurikulum, Ketua Jurulatih
Permainan, Ketua Penasihat Kelab, Guru Biasiswa dan kerja-kerja
perkeranian yang lain.

9. Membantu peningkatan
kaunseling.

tahap

profesionalisme

guru

bimbingan

dan

10. Menggalakkan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa menjalankan


kajian bagi mengenalpasti keperluan perkhidmatan, punca masalah, strategi
kecemerlangan dan data-data terkini mengenai sesuatu kes.
11. Bagi sekolah yang mempunyai lebih dari seorang Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa, pihak pentadbiran hendaklah mengagihkan tugas
berpandukan senarai tugas dalam buku panduan. Seorang ketua hendaklah
dilantik dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa di
sekolah berkenaan berdasarkan kekananan.

ii)

Terhadap Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling


1. Membantu dan bekerjasama dalam usaha awal perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling seperti penubuhan jawatankuasa, pemilihan bilik, kemudahan
perkhidmatan lain dan perancangan program.
2. Memantau buku rekod perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekurangkurangnya sekali seminggu, seperti guru akademik lain.
3. Membantu usaha mewujudkan sebuah bilik bimbingan dan kaunseling yang
kondusif, strategik, teraputik, dan memenuhi kualiti Kementerian Pelajaran
Malaysia.
4. Membantu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara keseluruhannya
berdasarkan penilaian Anugerah Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan &
Kaunseling Cemerlang.
5. Memberikan sokongan, kerjasama dan bantuan untuk menjalankan aktiviti
program dan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
6. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan secara
optimum dan menyeluruh, serta dapat menyumbang ke arah kesejahteraan
dan kecemerlangan sekolah.

7. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan berdasarkan


senarai tugas, bidang tugas dan tidak melanggar Kod Etika Kaunseling
Sekolah.
8. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan berdasarkan
Buku Panduan Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Sekolah Menengah dan Rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia.
9. Memastikan peruntukan Geran Perkapita (PCG) Bimbingan dan Kaunseling
digunakan sepenuhnya untuk aktiviti dan pengurusan kaunseling, berasaskan
peraturan kewangan sedia ada.

SENARAI TUGAS
GURU BIMBINGAN DAN
KAUNSELING
SEPENUH MASA
1.

Mengenalpasti keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah


melalui kajian keperluan, soalselidik, temu bual dan perbincangan dengan murid,
guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar.

2.

Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan


dan kaunseling sekolah.

3.

Merancang, melaksana, mengawalselia sesi bimbingan dan kaunseling individu


dan kelompok secara professional dan beretika.

4.

Merancang, mengelola dan melaksana aktiviti bimbingan individu dan kelompok


serta tunjuk ajar (instructional) yang meransang perkembangan murid secara
optimum.

5.

Merancang, menyelia dan menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling


kepada semua murid melalui media yang sesuai.

6.

Merancang, mentadbir, memeriksa, merekod, menganalisis, mentafsir dan


melapor pentaksiran psikometrik berdasarkan arahan kementerian Pendidikan
Malaysia dari semasa ke semasa.

7.

Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori murid yang


berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

8.

Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti


konsultasi dan rujukan, berhubung dengan pembangunan dan perkembangan
sahsiah diri murid.

9.

Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti


konsultasi dan rujukan, berhubung dengan peningkatan disiplin diri murid.

10.

Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti


konsultasi dan rujukan, berhubung dengan pendidikan dan kerjaya murid.

11.

Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti


konsultasi dan rujukan, berhubung dengan psikososial dan kesejahteraan mental
murid.

12.

Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti


konferens dengan ibu bapa, guru , staf sokongan serta agensi kerajaan dan
bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan murid.

13.

Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen pendekatan dan sebagainya secara


menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling di sekolah.

14.

Merancang, menyelaras dan menilai sumber serta bahan resos berkaitan


Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

15.

Setiausaha kepada jawatankuasa penyelaras perkhidmatan bgimbingan dan


kaunseling di sekolah.

16.

Penggerak utama dalam program latihan bagi meningkatkan kefahaman tentang


profesionalisma Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

17.

Membuat rujukan atau memberi khidmat kaunseling kepada murid, guru,


kakitangan serta sesiapa sahaja yang memerlukan sekiranya berlaku krisis
dalam kawasan sekolah.

18.

Pegawai perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang


berkaitan.

19.

Menjalankan tugas di luar sekolah dalam bidang bimbingan dan kaunseling,


sebagaimana diarahkan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan
Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

20.

Melaksana tugas-tugas yang diarahkan oleh ketua jabatan dari semasa ke


semasa.

FOKUS PERKHIDMATAN
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEPENUH MASA
Bagi memastikan bahawa matlamat dan objektif perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
tercapai, kaedah penyampaian dan perkhidmatan kepada kumpulan sasar adalah amat
penting. Keberkesanan perkhidmatan akan dapat mewujudkan pelajar yang seimbang,
berjiwa besar dan waja, berwawasan dan berketrampilan. Usaha-usaha untuk membina
insan yang terus maju ke arah hidup yang bermakna bagi kesejahteraan diri, masyarakat
dan negara perlu dilaksanakan dengan secara seimbang dalam semua bidang seperti
berikut:
Bil

Fokus

1.

Pembangunan
dan
Perkembanga
n Sahsiah Diri
Murid

Input

Kaedah

Fokus
ini
adalah
untuk
memupuk Kaunseling Individu
perkembangan personality kendiri murid Kaunseling Kelompok
daripada aspek berikut:
Bimbingan Individu
Bimbingan Kelompok
Konsultasi
1.
Sikap Penyayang (Kepedulian)
Ceramah
2.
Berbudi Bahasa
3.

Konsep Kendiri

4.

Kepimpinan

5.

Komunikasi

6.

Kekemasan Diri

7.

Ketepatan Masa

8.

Motivasi Diri

Outcome : Perwatakan murid yang berketerampilan dsan terpuji


2.

Bil

Peningkatan
Disiplin Diri
Murid

Fokus

Fokus ini bertujuan untuk memupuk disiplin


murid termasuk intervensi yang perlu
dilakukan bagi mencegah mereka terlibat
dengan gejala-gejala disiplin dan anti sosial
yang lain.

Sistem Fail
Perkongsian
Kaunseling Individu
Kaunseling Kelompok
Bimbingan Individu
Bimbingan Kelompok
Konsultasi
Ceramah
Outcome : Murid yang berdisiplin serta sekolah yang aman dan
sejahtera
Input

Kaedah

3.

Pengurusan
Kerjaya Murid

Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan


bimbingan kepada mmengenai maklumat
berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju
kerjaya. Menerusi fokus ini Guru Bimbingan
dan kaunseling hendaklah :
a

Bimbingan Kelompok
Bimbingan Individu
Lawatan
Ceramah
Forum
Seminar
Tayangan video
Melaksanakan Program Pendidikan
Pertandingankerjaya secara terancang bagi
pertandingan
memastikan semua murid dapat
mengenalpasti potensi diri, minat, sikap - Media Maklumat
Kerjaya
dan hala tuju kerjaya.
- Buku Skrap Kerjaya
- Eksplorasi Alam
Menyediakan profil kerjaya setiap
Kerjaya
murid bermula dari sekolah rendah
Poster
sehingga ke sekolah menengah dalam
Kerjaya
pelan pembangunan dan
Sketsa
Kerjaya
perkembangan kerjaya mereka.
Menyediakan rekod murid selepas
tamat persekolahan sama ada terus
memasuki alam kerjaya atau
meneruskan pengajian ke institusiinstitusi pengajian tinggi awam dan
swasta.

Outcome : Murid yang tahu hala tuju pendidikan dan kerjaya masa
depan
4.

Psikososial
dan
Kesejahteraan
Mental Murid

Fokus ini bertujuan membimbing murid


supaya mampu mengekal dan mengurus
kesejahteraan diri dan mental. Menerusi
fokus ini, Guru Bimbingan dan kaunseling
hendaklan :
a
Membimbing murid dalam proses
sosialisasi dan interaksi
dalam

Bimbingan Kelompok
Bimbingan Individu
Bengkel
Seminar
Kem/Perkhemahan
Tayangan Video
Pembimbing Rakan
Sebaya
aspek Taklimat
Inventori

Membimbing murid
pengurusan emosi

Membantu murid memperkembang


pemikiran yang positif

Outcome : Murid yang sihat pemikirannya

CARTA ORGANISASI
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMIL, PASIR PUTEH


2015
PENGERUSI
TN. HJ. AZMI BIN ABD RAHMAN (PENGETUA)

NAIB PENGERUSI
EN. SAM BIN ZAINAN (PKP)
EN. CHE AZIZ BIN MAT (PK HEM)
EN. WAN HUSSIN BIN WAN ISMAIL (PK KO)
EN. ABDUL AZIZ BIN ABDUL HAMID (PK TG 6)

SETIAUSAHA
TN. HJ. MAYUTI BIN MAT YUSOFF

PENOLONG SETIAUSAHA
PN. ZAIDAH BT ALIAS
PN. NIK NURUL HAYATI BT NIK AHAMAD SUKRI
PN. NOOR LAILI BT AB MANAF

AHLI JAWATANKUASA

AKADEMIK

KERJAYA

PN. NIK NURUL HAYATI BT NIK


AHAMAD SUKRI
PN. KAMARIAH BINTI YUSOFF
EN. AZMI BIN MATIL

PN. NOOR LAILI BT AB MANAF


PN. HJH. WAN AZILAH BINTI WAN
ABDULLAH
EN. ZULKIFLE BIN MOHAMAD

SAHSIAH

PPDa

TN. HJ. MAYUTI BIN MAT YUSOFF


EN. MOHAMAD SAYUTI BIN HARUN
PN. NURMUFIDAH BINTI MOHD NAPI

PN ZAIDAH BT ALIAS
PN. AZIHAN BINTI ABDULLAH
EN. WAN MOHD DIN BIN WAN JUSOF

JAWATANKUASA
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMIL
2015

Pengerusi

Tn Hj Azmi bin Abd Rahman (Pengetua)

Naib Pengerusi

En. Sam bin Zainan (PK Pentadbiran)


En Che Aziz bin Mat (PK HEM)
En Wan Hussin b Wan Ismail ( PK Kokurikulum)
En Abdul Aziz bin Abdul Hamid (PK Tingkatan 6)
En Shahri bin Ismail ( GK Sains Sosial )
En. Juhaidi bin Abdullah ( GK Bahasa )
En Mohd Najihan bin Mustafa (GK Tek.& Vok.)
En Mohamad Saidi b Ali (GK Sains & Matematik)

Setiausaha

Tn Hj Mayuti bin Mat Yusoff (Kaunselor)

Pen. Setiausaha

Pn Zaidah bt Alias (Kaunselor)


Pn Nik Nurul Hayati bt Nik Ahamad Sukri (Kaunselor)
Pn Noor Laili bt Ab Manaf (Kaunselor)

Ahli Jawatankuasa :

En Azmi bin Mat Il


Pn. Azihan binti Abdullah
En. Zulkifle bin Mohamad
Pn. Kamariah binti Yusoff
En Mohd Sayuti bin Harun
Pn. Nurmufidah binti Mohd Napi
En. Wan Mohd Din bin Wan Jusof
Pn Hjh Wan Azilah bt Wan Abdullah

BIDANG TUGAS SETIAP JAWATANKUASA


1.

Jawatankuasa Akademik
Pn Nik Nurul Hayati bt Nik Ahamad Sukri
Pn Kamariah binti Yusoff
En Azmi bin Matil

2.

Jawatankuasa Kerjaya
Pn Noor Laili bt Ab Manaf
Pn. Wan Azilah binti Wan Abdullah
En. Zulkifle bin Mohamad

3.

Jawatankuasa Sahsiah
Tn Hj Mayuti bin Mat Yusoff
En Mohd Sayuti bin Harun
Pn. Nurmufidah binti Mohd Napi

4.

Jawatankuasa PPDa
Pn Zaidah binti Alias
Pn. Azihan bin Abdullah
En. Wan Mohd Din bin Wan Jusof

PENGURUSAN SISTEM FAIL


UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMIL
PASIR PUTEH, KELANTAN

1.

FAIL-FAIL PENGURUSAN

SMKK 800 1/7/1

1.

SMKK 800 1/7/1/1

Pengurusan Am
a.
b.
c.
d.
e.

2.

Surat Pekeliling Ikhtisas


a.
b.
c.
d.
e.

3.

SMKK 800 1/7/1/2

SMKK 800 1/7/1/3

Bahagian Permohonan Kemasukan Pelajar (BPKP)


Bahagian Matrikulasi
Politeknik
PTPTN
IPTA atau IPTS
Kolej-kolej swasta
Petronas
Telekom
Biasiswa
Jawapan rasmi kepada surat-surat berkaitan

Program Pembangunan Murid


a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.

Semua surat pekeliling ikhtisas


Surat siaran yang berkaitan dengan
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Surat Kementerian Pelajaran
Surat Jabatan Pelajaran Negeri
Surat Pejabat Pelajaran Daerah

Pendidikan, kerjaya dan Latihan


a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.
j.

4.

Aktiviti khidmat masyarakat bersama YB


Pertandingan melukis poster anjuran Rukun Tetangga
Sebutharga penginapan dan makan di Kem Wajadiri
Laman web untuk muris dan sebagainya
Jawapan rasmi kepada surat-surat berkaitan

SMKK 800 1/7/1/4

Kepimpinan Pengawas
Perhimpunan Pembimbing Rakan Sebaya
Anugerah Kecemerlangan Murid
Eksplorasi Kecemerlangan anak pedalaman
Elit Pra u
Jejak Kegemilangan
Eksplorasi Kerjaya
Motivasi Kecemerlangan Kendiri
Kaunseling Kerjaya

j.
k.
l.
5.

Program Pembangunan Staf dan Mesyuarat


a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.

2.

Jati Diri
Seminar Pembelajaran
Jawapan rasmi kepada surat-surat berkaitan
-

SMKK 800 1/7/1/5

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bimbingan dan


Kaunnseling Sepenuh masa
Seminar Pemantapan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Taklimat Penggunaan Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling
Sepenuh Masa
Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan
Mesyuarat Pembangunan Intelektual Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh
Masa
Minit Mesyuarat
Jawapan rasmi kepada surat-surat berkaitan

FOLDER BIDANG

SMKK 800 1/7/2

1.

Akademik

SMKK 800

Kerjaya

SMKK 800

1/7/2/01
2.
1/7/2/02
3.

Psikososial dan Kesejahteraan Mental

SMKK 800

Keibubapaan

SMKK 800

SMKK 800

1/7/2/03
4.

1/7/2/04
5.

Pembangunan Diri dan Kepimpinan Pelajar

1/7/2/05
6.

Pendidikan Pencegahan Dadah/ Rokok/ HIV/AIDS -

1/7/2/06

SMKK 800

7.

Disiplin Murid

SMKK 800

1/7/2/07
8.

Biasiswa/ Bantuan/ Murid Miskin

SMKK 800

SMKK 800

1/7/2/08
9.

Penglibatan Pelajar / Kursus / Motivasi

1/7/2/09
10.

Lawatan Pembelajaran

SMKK 800

1/7/2/10
11.

Kemenjadian Murid

SMKK 800

1/7/2/11
12.

Kertas Cadangan

SMKK 800

1/7/2/12
13.

Pembimbing Rakan Sebay

SMKK 800

SMKK 800

SMKK 800

1/7/2/13
14.

Kelab Bimbingan dan Kaunseling

1/7/2/14
15.

Borang Perkhidmatan Kaunseling

1/7/2/15
16.

Tugas-tugas Khas

SMKK 800

1/7/2/16
17.

Program Kaunseling Berfokus / PPSDM

1/7/2/17

SMKK 800

18.

Amalan Guru Penyayang

SMKK 800

SMKK 800

1/7/2/18
19.

Program Mentor Mentee

1/7/2/19
20.

Program Minda Sihat

SMKK 800

1/7/2/20
21.

Inventori / Ujian Psikologi

SMKK 800

SMKK 800

SMKK 800

1/7/2/21
22.

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

1/7/2/22
23.

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

1/7/2/23
24.

Modul / LDK

SMKK 800

SMKK 800

SMKK 800

SMKK 800

1/7/2/24
25.

Minit Mesyuarat

1/7/2/25
26.

Takwim dan Perancangan Tahunan

1/7/2/26
27.

Buku Program

1/7/2/27
28.

Laporan Program

1/7/2/28

SMKK 800

29.

Maklumat Pelajar

SMKK 800

FOLDER SESI KAUNSELING

SMKK 800 1/7/3

a.

Sesi Kaunseling Individu

SMKK 800 1/7/3/1

b.

Sesi Kaunseling Kelompok

SMKK 800 1/7/3/2

1/7/2/29

3.

JENIS BORANG / REKOD


PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
BIL

ITEM

NO
RUJUKAN

Biodata Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh


Masa (GBKSM)

BK 01

Laporan Pergerakan GBKSM

BK 02

Biodata Murid

BK 03

Borang Khidmat Kaunseling Individu

BK 04

Borang Khidmat Kaunseling Kelompok

BK 05

Borang Temujanji Sesi Kaunseling

BK 06

Borang Rujukan Khidmat Kaunseling

BK 07

Borang Rujukan Murid Oleh GBKSM

BK 08

Rekod Sesi Kaunseling Individu

BK 09

10

Rekod Sesi Kaunseling Kelompok

BK 10

11

Rekod Daftar Sesi Kaunseling Individu

BK 11

12
13

Rekod Daftar Sesi Bimbingan dan Kaunseling


Kelompok
Laporan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling
Sekolah Menengah / Rendah

BK 12
BK 13
(L4)

14

Borang Maklumat Keahlian PRS

BK 14

15

Borang Penyata Kewangan BK

BK 15

16

Rekod Kunjungan Ke Bilik Kaunseling

BK 16

17

Rekod Lawatan ke Rumah Pelajar

BK 17

CATATAN

18

Rekod Konsultasi

BK 18

19

Rekod Kelas Ganti

BK 19

20

Buku Rekod Perkhidmatan Luar

BK 20

21

Jejak Lepasan SPM / STPM

BK 21

22

Aku Janji SPM

BK 22

23

Aku Janji PMR

BK 23

24

Aku Janji UPSR

BK 24

ALIRAN PERHUBUNGAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA


DALAM ORGANISASI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

PENGETUA /
GURU BESAR

GURU PENOLONG
KANAN AKADEMIK
DAN PENTADBIRAN

GURU
PENOLONG KANAN
KOKURIKULUM

GURU
PENOLONG KANAN
HAL EHWAL MURID

GURU BIMBINGAN DAN


KAUNSELING SEPENUH MASA

28

PENYELIA
PETANG

You might also like