You are on page 1of 34

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK

MIRI SARAWAK

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH j-QAF (KPLI SR j-QAF)

MOD LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH (LPBS)

AMBILAN JANUARI 2012

MINGGU ORIENTASI SEKOLAH (MOS)

NAMA PELAJAR : SITI ZAHARAH BINTI KAMARUZAMAN

NO. KAD PENGENALAN : 870628 - 29 – 5764

KUMPULAN : PENGAJIAN ISLAM 2

NAMA PENSYARAH : USTAZAH SALIHAH BINTI HJ. BAKAR

TARIKH SERAHAN : 09 MAC 2012


ISI KANDUNGAN
MAKLUMAT DIRI

Nama : Siti Zaharah Binti Kamaruzaman

No. Kad Pengenalan : 870628 - 29 - 5764

Jantina : Perempuan

Tarikh Lahir : 28 Jun 1987

Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Pengajian Sunnah Dengan


Pengurusan Maklumat

Alamat Rumah : Lot 1646, Kg Delima, 16250 Wakaf Bharu,


Kelantan

Nama dan Alamat Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kg Baru, Km 5 Jalan Sultan


Iskandar, 97000 Bintulu, Sarawak

Tarikh Mula Berkhidmat : 20 Februari 2012

Nama Guru Pembimbing : Noor Hazila Binti Zainuddin


PENGHARGAAN

Asslamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah izin kurniaNya dapat juga saya
menyempurnakan tugasan bagi laporan Minggu Orientasi Sekolah (MOS) di Sekolah
Kebangsaan Kampung Baru, Bintulu ini. Sepanjang menyiapkan laporan ini, saya telah
memperolehi pelbagai pengalaman manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup
saya sebagai seorang tenaga pengajar di sekolah.

Di samping itu juga saya telah memperolehi pelbagai input dan pengetahuan
dengan lebih mendalam lagi berkaitan dengan tugasan guru dan selok- belok untuk menjadi
seorang pendidik yang berguna serta bermanfaat kepada pelajar dengan lebih fleksibel dan
serba boleh. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang menyiapkan tugasan ini.
Terutamanya kepada guru besar Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, PN. HELEN CHAI SIEW
LIAN dan semua guru yang telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang
menjalankan tugasan ini. Tunjuk ajar mereka amat membantu dalam gerak kerja untuk
menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.

Selain itu juga, saya turut berterima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah
banyak memberi sokongan moral, begitu juga rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak
menghulurkan bantuan dan perkongsian idea-idea bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Segala bantuan yang dihulurkan amatlah
saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.


PENDAHULUAN

MOS adalah sebahagian daripada program KPLI SR j-QAF mod LPBS. Tugasan ini
bertujuan memberi kefahaman awal kepada guru pelatih tentang alam persekolahan dan
tugas-tugas yang bakal dipikul mereka. Ianya dapat dipraktikkan melalui pemerhatian,
penelitian dokumen dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.

Selama seminggu guru pelatih akan mengalami suasana dan pengalaman berada di
sekolah dan persepsi seorang guru. Ia juga akan didedahkan dengan beberapa aspek
penting hagi persediaan menjadi seorang guru di sekolah yang telah ditempatkan. Minggu
Orientasi Sekolah (MOS) bertujuan untuk membantu guru pelatih supaya tidak terkejut
dengan budaya sekolah yang pelbagai. Justeru itu, guru pelatih boleh membuat persediaan
dari segi mental, emosi, fizikal dan profesional.

Suasana pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa faktor. Faktor yang


pertama adalah melibatkan alatan pembelajaran lazimnya kompleksiti sesuatu sistem itu
dan alatan fizikal sesebuah sekolah itu mempengaruhi suasana keseluruhan pengajaran dan
pembelajaran. Pelajar akan membuat persepsi awal tentang struktur dan organisasi
persekitaran dan akan terus didedahkan dengan pengalaman ini di sepanjang mereka
berada di sekolah tersebut.

Faktor yang kedua ialah suasana bilik darjah. Guru mempunyai kuasa dari segi
penyusunan perabot, kedudukan murid, pemilihan bahan bagi mewujudkan suasana yang
harmoni dan kondusif temasuklah keceriaan kelas adalah satu faktor yang penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Faktor yang ketiga ialah disiplin dan peraturan. Ini
adalah faktor terpenting bagi guru pelatih untuk mengetahui peraturan sekolah kerana ini
akan memandu guru pelatih untuk mengambil tindakan yang konsisten dan rasional dengan
tenaga pengajar yang lain dan juga mengetahui bagaimana guru-guru terlatih menangani
masalah disiplin pelajar.

Selain itu, guru pelatih juga dapat memahirkan diri dalam kemahiran mengajar dan
pengurusan. Ini adalah penting kerana sebahagian besar daripada kompetensi guru
bergantung kepada kemampuannya menguruskan bilik darjah. Terdapat banyak faktor yang
boleh menyumbang kepada isu ini termasuklah persediaan merancang, menstruktur
pengajaran, penggunaan strategi pengajaran dan hubungan dengan murid.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di


Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara
sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara
jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia
daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti.

FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-
dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan
bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan
merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan
bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk
menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang
berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk
membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya
kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan
budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang
ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan
peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Fungsi ilmu yang boleh
mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi
nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa
berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu
yang ada.

Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga
mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.FPK juga melihat individu itu
dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk
pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan
kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga,
meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat
memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia
secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan
masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan
berbakti.

Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dihuraikan di atas,


maka Matlamat Pendidikan Kebangsaan ialah tujuan melahirkan insan yang baik dan
sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang berguna. Dengan perkataan lain,
Matlamat Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna
dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut :

 Percaya dan patuh kepada Tuhan


 Berilmu pengetahuan
 Berakhlak mulia
 Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
 Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
 Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan islam adalah suatu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran
dan penghayatan islam berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah bagi membentuk sikap,
kemahiran, keperibadian, dan pandangan hidup sebagai hamba allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah
mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat.

Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu iaitu al-Quran dan
as-Sunnah. Jadi apabila seseorang Islam yang faham Islam membincangkan mengenai
falsafah, tidak kira sama ada falsafah hidup atau falsafah pendidikan atau pun yang lain-lain,
perbincangannya tidak akan lari daripada prinsip dan matlamat Islam. Sebaliknya, seorang
Islam yang tidak memahami hakikat Islam, malah ia terlebih dahulu mendalami falsafah lain
daripada Islam, menjadi sangat susah ia menerima falsafah Islam. Malah falsafahnya yang
dikatakan Islam itu dalam banyak hal bertentangan dengan kehendak Islam.

  Jika falsafah itu diertikan dengan "cintakan hikmah atau kebenaran" maka falsafah
Islam bererti cintakan hikmah atau kebenaran yang berasaskan ajaran Islam yang
bersumberkan wahyu, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Failasuf Islam dari setiap zaman
apabila membincangkan tentang falsafah biasanya mereka tidak akan lari daripada
persoalan- persoalan berikut sebagai asas perbincangan iaitu; Siapa anda (apa hakikat diri
anda)?  Dari mana anda datang? Kenapa anda berada di sini (alam dunia)? Kemana anda
akan pergi?  Apa tujuan hidup?  Dan apakah hakikat mati? (Yaljin, 1991).

    Perkataan hikmat disebut beberapa kali di dalam al-Quran dengan maksud yang
berbeza mengikut qarinah ayat berkenaan.  Hikmah ada kalanya bermaksud bijaksana
(surah An-Nahli 125). Mengikut Muhammad Nasir (1978) hikmah di sini bermaksud
mengenal golongan. Sheikh Muhammad Abduh pula berkata bahawa "Hikmah itu ialah
memahami sesuatu tentang rahsia dan faedahnya".

    Untuk memahami sesuatu tentulah memerlukan ilmu, kerana ilmulah penyuluh
untuk mengenal sesuatu. Jadi ilmu ini tentulah ilmu yang benar.  Dalam versi yang lain
Muhammad Abduh mengatakan bahawa "Hikmah itu ilmu yang benar yang menjadi
penggerak untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang berfaedah".

    Orang yang mempunyai hikmah ini digelar "Hakeem".  Ia bermaksud orang yang
mahir dalam sesuatu bidang dan melakukannya dengan cukup baik dan halus (Muhammad
Nasir, 1978).  Adakalanya hikmah itu bermaksud ilmu, iaitu ilmu yang tinggi martabatnya. Ini
berdasarkan ayat 269 surah al-Baqarah. Orang yang mempunyai hikmah mempunyai
pandangan yang jauh, bukan setakat lima atau enam puluh tahun ke hadapan, tetapi sampai
ke alam akhirat. Ini jelas seperti cerita Luqman al-Hakeem di dalam al-Quran.

    Falsafah Islam cuba maencari hakikat manusia dan alam semesta ini. Setelah
berusaha mencari dan berfikir berdasarkan wahyu, maka dapat dirumuskan bahawa
manusia dijadikan oleh Allah untuk hidup di alam ini sebagai hamba dan khalifah, kemudian
mereka akan mati dan akan dipersoalkan tentang tanggungjawab dan amanah yang
diberikan oleh Allah. Ini adalah berdasarkan kepada ayat-ayat 55 surah Az-Zariyat, 30 Al-
Baqarah, 72 Al-Ahzab, 172 Al-A`raf dan lain-lain.

Dalam Oxfort Dictionary (1982) ditakrifkan falsafah sebagai:

    "Seeking after wisdom or knowledge especially that which deals with ultimate  
reality, or with the most general causes and principles of things and ideas and human
perception and knowledge of them, physical phenomena and ethics"

    Falsafah merupakan satu usaha untuk mencari kebenaran (seeking the thruth) dan
kebenaran itu sebenarnya hanya Allah.  Kalau kita cuba mencari erti hakikat hidup, maka ini
adalah falsafah.  Hakikat hidup yang sebenar hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.  Apa
yang kita tahu adalah berdasarkan apa yang diberitahu oleh Allah, maka itulah yang benar
dan mutlak.  Yang kita fikirkan sendiri menjadi falsafah kita dan tidak bersandarkan kepada
kitab Allah, maka itu tidaklah sebenar, ia tidak mutlak dan ianya bersifat relatif.  Sebab itu
bermacam-macam falsafah timbul hasil pemikiran manusia.  Seperti Liberalisme, Idealisme,
Asetisme, Eksistensialime, Hedonisme, Kapitalisme, Kommunisme dan banyak lagi.  Jika
falsafah itu berpunca daripada Allah atau wahyu, maka ia akan sama sahaja prinsipnya dan
juga matlamatnya.  

    Ahli falsafah pendidikan Islam atau failasuf pendidikan Islam ialah orang yang
berusaha berfikir mencari apakah perkara-perkara yang perlu dimasuklah ke dalam
kurikulum pendidikan.  Ini termasuklah ilmu, kemahiran, nilai, pengalaman dan sebagainya,
yang mana setelah menjalani pendidikan beberapa lama akan lahir seorang insan yang kenal
dirinya, kenal Tuhannya, faham tujuan Allah jadikan segala yang ada, mengetahui hukum-
hukum Allah dan mengamalkannya, bertamadun, pandai berkawan sama ada dengan orang
Islam atau pun bukan Islam.  Antara perkara penting yang difokuskan oleh falsafah
pendidikan Islam ialah Pendidikan Aqidah, Pendidikan Ibadah, Pendidikan Akhlak,
Pendidikan Akal, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Rohani, Pendidikan Keterampilan,
Pendidikan Keibubapaan, Pendidikan Kemasyarakatan, Pendidikan Kepimpinan dan banyak
lagi.

Jadi, berdasarkan falsafah Islam, semua perkara yang disebutkan diatas itu perlu ada
dan menjadi tajuk-tajuk penting dalam kurikulum pendidikan Islam.  Dengan demikian,
barulah dapat melahirkan insan soleh yang mampu melaksanakan tugasnya sebagai hamba
dan khalifah Allah dengan betul dan sempurna seperti yang dibincang dalam Matlamat
Pendidikan Islam.  Penyataan Falsalah Pendidikan Islam yang digubalkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia, nampaknya ada unsur untuk menuju ke arah ini.

PENGENALAN SEKOLAH

LATAR BELAKANG SEKOLAH


Kelahiran Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, Bintulu atas desakan ledakan penduduk
yang menghuni Bandar Bintulu semakin padat kerana sekolah yang sedia ada tidak mampu
menampung limpahan kanak-kanak yang ingin menimba ilmu di SRK Orang Kaya
Mohammad pada masa itu. Menyedari hakikat ini, pada tahun 1969 wujudnya sekolah
cawangan SRK Orang Kaya Mohammad yang ditempatkan sementara di bawah salah sebuah
rumah penduduk kampung iaitu rumah Allahyarham Tuan Haji Hamzah Keria. Dengan
adanya sekolah cawangan itu, dapatlah mengurangkan kos pengangkutan penduduk
kampung untuk menghantar anak-anak menyeberangi sungai menuju ke SRK Orang Kaya
Mohammad.

Disebabkan kepadatan murid yang belajar kian meningkat serta kelas yang sedia ada
tidak dapat menampung jumlah murid yang belajar, bilik darjah kedua telah dibina di bawah
rumah Allahyarham Cikgu Bujang Taha. Bilangan guru yang bertugas pada masa itu seramai
3 orang iaitu Tuan Haji Hamdani Bin Kasah (Guru Besar), Puan Sadariah dan Allahyarham
Bostani dengan bilangan murid seramai 90 orang. Sekolah cawangan itu beroperasi di
bawah rumah selama 3 tahun.

Pada tahun 1972, terbinanya bangunan sementara hasil kerjasama dan gotong-royong
penduduk setempat di tanah wakaf salah seorang penduduk Kampung Baru. Dengan
adanya pertambahan bilik darjah dapatlah murid-murid belajar dengan agak selesa dan
teratur. Untuk memajukan lagi anak-anak penduduk kampung setempat, pelbagai usaha
telah dilakukan oleh pihak pentadbir, Pejabat Pelajaran Daerah dan Persatuan Ibubapa dan
Guru SK Kampung Baru (PIBG) untuk kemajuan dan keselesaan pengajaran dan
pembelajaran murid-murid. Dengan adanya usaha dan komitmen yang padu, terbinanya 2
blok bangunan yang mempunyai 24 bilik kelas, sebuah bilik guru dan sebuah bilik pejabat
Am dan 2 blok bangunan untuk SMK Bandar di tapak yang sama pada tahun 1980.

Selama 22 tahun SK Kampung Baru beroperasi dengan sempurna dan teratur, satu
bencana yang tidak diduga telah berlaku. Satu kebakaran yang dasyat telah memusnahkan
2 blok bangunan SK Kampung Baru. Kebakaran tersebut mengakibatkan semua harta benda
musnah kira-kira pada jam 2.00 pagi pada 23 Jun 2002. Bagi meneruskan sesi pengajaran
dan pembelajaran murid-murid, Pegawai Pelajaran Daerah pada masa itu telah
mengarahkan SK Kampung Baru untuk ditempatkan sementara di SJK Siong Boon pada Jun
2002 sehingga 22 Jun 2004. Pada 22 Ogos 2004, SK Kampung Baru telah dipindahkan ke
bangunan asrama lelaki SMK Bintulu bagi meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran
serta keselesaan murid-murid dan guru-guru.

SEJARAH SEKOLAH

Bandar Bintulu yang berdiri megah dan terkenal seluruh dunia pada hari ini adalah
lahir dari sebuah kelongsong perkampungan nelayan yang tipikal di Bumi Kenyalang. Pada
tanggal 14 Jun 1978, terpahatlah sejarah sebuah kampung nelayan yang telah lama
kesunyian menjadi megah dan terkenal dalam peta dunia. Detik 14 Jun 1978 telah
menyalakan obor era pembangunan dan perindustrian bagi Bintulu. Dari hanya sebuah
perkampungan nelayan yang sunyi ia bertukar wajah menjadi sebuah bandar industri Gas
Cecair asli yang pertama di Malaysia. Dari masa ke semasa bandar ini terus menjadi medan
pertumbuhan perindustrian. Tiada sesiapapun yang menyangka dari hanya sebuah
kampung nelayan yang kerdil menjadi satria penyumbang ekonomi Negara Malaysia.

Ledakan penduduk mempengaruhi kemudahan fizikal Bintulu. Kemudahan asas


seperti sekolah menjadi salah satu agenda utama selain pembangunan industri. Beberapa
buah sekolah yang sedia ada tidak mampu menampung limpahan kanak–kanak yang sama–
sama berhijrah dengan ibubapa mereka yang ingin merebut peluang pekerjaan di Bintulu.

Sekolah ini terdiri dari dua blok bertingkat dua, sebuah blok kantin dan sebuah blok
bersaiz sederhana untuk tandas murid. Pelan awal pengisian dua buah blok bertingkat dua
itu ialah untuk menempatkan sebuah Perpustakaan dan Bilik Alat Pandang Dengar, Bilik
Guru, Pejabat Pentadbiran, Bilik ICT, Bilik Informasi dan Dua belas bilik darjah. Kemudahan
riadah sekolah ini agak terbatas.

VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI
 Keunggulan: Berjaya dalam semua aspek

 Keperibadian: Sahsiah (disiplin) sebagai seorang pendidik dan pelajar

 Berkarisma: Boleh memimpin orang lain

MISI

 Menyediakan tenaga pengajar yang berkebolehan sesuai dengan bidang masing-


masing dan berusaha memenuhi tuntutan keperluan pendidikan, masyarakat dan
negara.

LAGU SEKOLAH

JANJI KAMI MURID SK KAMPUNG BARU


Kalau Sang Suria Terang

Guru Jadi Teman Bergirang

Kalau Malam Tidak Berbulan

Guru Jadi Penunjuk Jalan

Kalau Semak Hutan Belukar

Guru Jadi Perintis Akar

Kalau Luas Laut Gelora

Guru Jadi Bintang Utara

Itulah Sebabnya

Kami Dididik Dengan Sempurna

Supaya Menjadi

Murid Yang Baik dan Juga Berguna

Kami Akan Amalkan

Segala Tunjuk dan Pengajaran

Didikan Guru-guru Sekolah Kampung Baru

Tempat Kami Belajar Menuntut Ilmu

Kami Akan Berusaha

Jadi Insan Mulia

Agar Sekolah Kita

Terkenal Walau di Mana Jua

LENCANA SEKOLAH
ILMU ASAS KEJAYAAN

 Ilmu: Sekolah ialah tempat menimba ilmu khususnya secara formal amnya

 Asas: Ilmu pengetahuan ialah perkara asas yang harus diperoleh dan hendaklah
dipraktikkan untuk kesejahteraan hidup

 Jaya: Ilmu pengetahuan yang sedia ada atau diterima hendaklah dapat dijadikan
sebagai satu keperluan demi mencapai kecemerlangan

PENCAPAIAN SEKOLAH
PENCAPAIAN UPSR 2008-2011 & SASARAN 2012
SK KAMPUNG BARU
KESELURUHAN
UPSR/ BIL. 5A/7A LULUS
7/5 DE GPS
SASARAN CALON BIL. % BIL. %
2008 161 4 2.48% 69 42.86% 12 2.86
2009 158 6 3.80% 74 46.84% 16 2.79
2010 120 2 1.67% 76 63.33% 4 2.53
2011 152 1 0.66% 84 55.26% 4 2.50
SASARAN 2012 146 8 5.5 96 65.80% 0 2.25
CATATAN
BAHASA MALAYSIA KEFAHAMAN
UPSR/ BIL. Gred A LULUS
Gred B Gred C Gred D Gred E GPMP
SASARAN CALON BIL. % BIL. %
2008 161 47 29.19% 44 50 15 5 141 87.58% 2.30
2009 158 42 26.58% 44 47 15 10 133 84.18% 2.41
2010 120 47 39.17% 28 38 4 3 113 94.17% 2.07
2011 152 58 38.16% 38 47 6 3 143 94.08% 2.07
SASARAN 2012 146 60 41.10% 42 39 4 0 141 96.60% 1.90
CATATAN
BAHASA MALAYSIA PENULISAN
2008 161 84 52.17% 29 21 14 13 134 83.23% 2.02
2009 158 89 56.33% 25 14 8 22 128 81.01% 2.04
2010 120 55 45.83% 28 17 11 9 100 83.33% 2.09
2011 152 93 61.18% 33 19 0 7 145 95.39% 1.65
SASARAN 2012 146 94 64.40% 33 16 3 0 143 97.90% 1.45
CATATAN
BAHASA INGGERIS
2008 161 6 3.73% 37 50 41 27 93 57.76% 3.29
2009 158 14 8.86% 28 36 52 28 78 49.37% 3.33
2010 120 2 1.67% 29 48 34 7 79 65.83% 3.13
2011 152 3 1.97% 29 53 48 19 85 55.92% 3.34
SASARAN 2012 146 15 10.30% 29 64 38 0 108 74.0% 2.86
CATATAN
MATEMATIK
2008 161 14 8.70% 26 63 27 31 103 63.98% 3.22
2009 158 24 15.19% 28 56 27 23 108 68.35% 2.98
2010 120 21 17.50% 33 46 12 8 100 83.33% 2.61
2011 152 30 19.74% 25 63 18 16 118 77.63% 2.77
SASARAN 2012 146 31 21.20% 32 62 12 9 125 85.60% 2.56
CATATAN
SAINS
2008 161 5 3.11% 31 56 19 50 92 57.14% 3.48
2009 158 7 4.43% 39 61 21 30 107 67.72% 3.18
2010 120 12 10.00% 36 49 14 9 97 80.83% 2.77
2011 152 14 9.21% 64 44 16 14 122 80.26% 2.68
SASARAN 2012 146 17 11.6% 65 39 22 3 121 82.89% 2.51
CATATAN

ANALISIS GPS DAN GPMP (2012)


BIL
SUBJEK A 1 B 2 C 3 D 4 E 5 ABCDE GPMP
HADIR

BMK 146 60 60 42 84 39 117 4 16 0 0 277 1.90

BMP 146 94 94 33 66 16 48 3 12 0 0 220 1.51

BI 146 15 15 29 58 64 192 38 152 0 0 417 2.86

MT 146 31 31 32 64 62 186 12 48 9 45 374 2.56

SNS 146 17 17 65 130 39 117 22 88 3 15 367 2.51

730 1655

GPS
2.27

ANALISIS GPS DAN GPMP (2013)

BIL
SUBJEK A 1 B 2 C 3 D 4 E 5 ABCDE GPMP
HADIR

BMK 176 73 73 61 122 37 111 5 20 0 0 326 1.85

BMP 176 114 114 46 92 14 42 2 8 0 0 256 1.45

BI 176 19 19 39 78 80 240 29 116 9 45 498 2.83

MT 176 38 38 34 68 80 240 19 76 5 25 447 2.54

SNS 176 21 21 62 124 80 240 12 48 1 5 438 2.49

880 1965

GPS
2.23

ANALISIS GPS DAN GPMP (2014)

BIL
SUBJEK A 1 B 2 C 3 D 4 E 5 ABCDE GPMP
HADIR

BMK 164 69 69 56 112 35 105 4 16 0 0 302 1.84

BMP 164 107 107 52 104 4 12 1 4 0 0 227 1.38

BI 164 18 18 40 80 72 216 27 108 7 35 457 2.79

MT 164 36 36 44 88 63 189 16 64 5 25 402 2.45

SNS 164 22 22 55 110 78 234 5 20 4 20 406 2.48

820 1794

GPS

2.19

PENCAPAIAN SEKOLAH DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM


TAHUN 2009 – 2011
BIL PERTANDINGAN / PERADUAN / ANUGERAH TEMPAT PERINGKAT TAHUN ANJURAN CATATAN

NEGERI BTP NEGERI


1 ANUGERAH TOKOH NILAM KE-3 2009  
SARAWAK SARAWAK
NEGERI MSSS BHGN
2 BOLA LISUT KE-4 2009  
SARAWAK BINTULU
BAHAGIAN
JOHAN & BINTULU &
3 PERTANDINGAN BERCERITA 2009 PPD BINTULU  
TEMPAT KE-3 NEGERI
SARAWAK
BAHAGIAN
PERTANDINGAN SEPANDUK MAULIDUR JOHAN & BINTULU &
4 2009 BHGN BINTULU  
RASUL TEMPAT KE-3 NEGERI
SARAWAK

PERTANDINGAN TARIAN KREATIF (SEKOLAH


BAHAGIAN
5 RENDAH) PENTAS KESENIAN SEKOLAH- KE-3 2009 KPSU BINTULU  
BINTULU
SEKOLAH BAHAGIAN BINTULU
BAHAGIAN
6 PERTANDINGAN ACTION SONGS NAIB JOHAN 2009 PPD BINTULU  
BINTULU
BAHAGIAN MSSS BGHN
7 CATUR 2009 KE-3(12TKB) 2009  
BINTULU BINTULU
PERTANDINGAN NATIONAL ROBOTICS BAHAGIAN
8 PENYERTAAN 2009 KPM  
COMPETITION 2009 BINTULU
PERTANDINGAN "PENTAS KESENIAN" JOHAN & BAHAGIAN
9 2009 PPD BINTULU  
(PERTANDINGAN NYANYIAN KARAOKE) TEMPAT KE-3 BINTULU
PERTANDINGAN "PENTAS KESENIAN"
BAHAGIAN
10 (PERTANDINGAN TARIAN TRADISIONAL NAIB JOHAN 2009 PPD BINTULU  
BINTULU
IBAN)
PERTANDINGAN "PENTAS KESENIAN" BAHAGIAN
11 KE-3 2009 PPD BINTULU  
(PERTANDINGAN TARIAN MODEN) BINTULU
PERTANDINGAN "PENTAS KESENIAN" BAHAGIAN
12 PENYERTAAN 2009 PPD BINTULU  
(PERTANDINGAN TARIAN KREATIF) BINTULU
BAHAGIAN PPD & BINTULU
13 PROGRAM MOTIVASI UPSR PENYERTAAN 2009  
BINTULU SDN. BHD.
BAHAGIAN
14 PERTANDINGAN KAWAD KAKI SAGUHATI 2009 PPD BINTULU  
BINTULU
BAHAGIAN SHELL MDS
15 PERTANDINGAN LALU LINTAS KE-3 2009  
BINTULU BTLU
ZON MSSS BHGN
16 OLAHRAGA PENYERTAAN 2009  
BAHAGIAN BINTULU
MSSS BHGN
17 BOLA JARING PENYERTAAN ZON 2009  
BINTULU
MSSS BHGN
18 BOLA TAMPAR PENYERTAAN ZON 2009
BINTULU
NEGERI KEMENTERIAN
19 PERTANDINGAN KECERIAAN MERDEKA PENYERTAAN 2011  
SARAWAK PENERANGAN
KEJOHANAN TENIS MAJLIS SUKAN SEKOLAH- NEGERI MSSS BGHN
20 KE-3 2011  
SEKOLAH SARAWAK SARAWAK SAMARAHAN
PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA NEGERI
21 SAGUHATI 2011 PPD LIMBANG  
(SEKOLAH RENDAH) SARAWAK
BAHAGIAN PERPUSTAKAAN
22 PERADUAN BERCERITA PEMILIHAN 2011  
BINTULU AWAM BDA
BAHAGIAN SHELL MDS
23 KEM MOTIVASI SAINS PENYERTAAN 2011  
BINTULU BTLU
LEMBAGA
KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA TUNAS BAHAGIAN
24 PENYERTAAN 2011 KEMAJUAN  
HARAPAN BDA 2011 EDISI KE-5 BINTULU
BINTULU
PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH-SEKOLAH KOSTUM BAHAGIAN
25 2011 PPD BINTULU  
RENDAH TERBAIK BINTULU
KARNIVAL BAHASA MALAYSIA SEKOLAH BAHAGIAN
26 JOHAN 2011 PPD SEBAUH  
RENDAH BINTULU
BAHAGIAN
27 PERTANDINGAN ACTION SONGS KE-3 2011 PPD BINTULU  
BINTULU
PERTANDINGAN PIDATO PIALA DIRAJA ZON
28 JOHAN ZON KEMENA 2011 PPD BINTULU  
KEMENA

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

CARTA ORGANISASI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2012

SK KAMPUNG BARU BINTULu

uU
PENASIHAT
GURU BESAR

KETUA PANITIA
NIK NOOR DIRAN NIK
SOH

SETIAUSAHA BENDAHARI
NURULHUDA MOHD MOHD DAJMIE AZANI
SHUKOR AZIZAN

PENYELARAS PENYELARAS j-QAF


SURAU ABDUL HADI ISMAIL
ROHANI JUHAN

PENYELARAS PROGRAM DOKUMENTASI


NOOR HAZILA ZAINUDIN TUAN KHAIRUL AZMAN TUAN
ABDULLAH

BIDANG TUGAS PANITIA

i. Menentukan sukatan dan huraian sukatan pelajaran yang kemas kini ada dalam
sukatan simpanan panitia dan memastikan yang sepatutnya ada digunakan
ii. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah- kaedah pengajaran
pembelajaran yang kemas kini

iii. Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran mingguan, semester dan


tahunan yang seragam

iv. Menyelaras penyediaan soalan- soalan ujian dan skema pemarkahan

v. Menganalisa keputusan ujian bagi mata pelajaran berkenaan dan mengkaji serta
mencari jalan untuk memajukan taraf pencapaian dari semasa ke semasa

vi. Menentukan jenis- jenis buku yang perlu diadakan oleh sekolah untuk perpustakaan
atau rujukan guru

vii. Memberi kerjasama kepada jawatankuasa SPBT untuk menjaga keselamatan buku
teks yang digunakan

viii. Bertanggungjawab menyediakan bahan- bahan atau alat- alat untuk pameran jika
diadakan

ix. Mewujudkan bank soalan

x. Bersama- sama memikul tanggungjawab mengekal dan meninggikan prestasi


akademik murid- murid dan sekolah secara amnya

xi. Mengadakan dan melaksanakan peraturan- peraturan panitianya

xii. Mengadakan mesyuarat panitia sekurang- kurangnya sekali sesemester atau lebih
kerap jika perlu

xiii. Menjalankan semua arahan yang diberikan dari semasa ke semasa

PERANAN PANITIA

Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia, sejajar
dengan peranannya sebagai sebuah badan iktisas:-
 Memperolehi sukatan pelajaran yamg terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-
ahli panitia

 Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga- tiga penggal dalam tahun


persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu
tingkatan / darjah dan juga di antara tingkatan / darjah di mana ada kaitan

 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan
oleh pelajar- pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak
sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka

 Memilih dan mencadangkan buku- buku rujukan atau bahan- bahan bacaan
tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan
guru- guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah

 Menyelaraskan soalan- soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang


disediakan bagi tiap- tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu menubuhkan bank
soalan

 Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajar- pelajar dalam tiap- tiap
peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir
tahun) dan mengambil langkah- langkah untuk mengatasi kelemahan- kelemahan
pengajaran dan pembelajaran

 Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang- kurangnya sekali


sepenggal dan mengadakan perjumpaan- perjumpaan secara ‘ad hoc’ bila dan jika
perlu

 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli- ahli panitia (secara formal atau
tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah- masalah atau isu- isu
yang berkaitan seperti masalah- masalah yang berhubung denagn kaedah mengajar
serta mencari jalan penyelesaian kepada masalah- masalah atau isu- isu tersebut

 Bertukar- tukar pengalaman atau pengetahuan baru yang diperolehi setelah


mengikuti kursus atau seminar denagn ahli- ahli lain

 Mewujudkan semangat saling bekerjasama denagn persatuan di sekolah dan


menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat
pengajaran dan pembelajaran

 Bekerjasama dan bertukar- tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan


panitia- panitia di sekolah- sekolah berhampiran atau sekawasan

 Bekerjasama dengan lain- lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah
memajukan pelajar- pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tertentu

 Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat
dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia

 Menyelenggarakan fail- fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat
menyurat dan rekod- rekod yang berkaitan
GURU PENDIDIKAN ISLAM (j- QAF)

PENGENALAN j- QAF

Program j-QAF berasaskan idea YAB Perdana Menteri Malaysia yang telah
dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat Kementerian
Pelajaran melalui satu seminar j-QAF pada 3 hingga 5 Mac 2004. Program j-QAF telah
dilaksanakan secara uji kaji dalam projek rintis selama 3 bulan dan berakhir pada Julai 2004.
YAB Perdana Menteri telah bersetuju program ini dilaksanakan mulai tahun 2005.

KONSEP PROGRAM j- QAF

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui
penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain yang
dilaksanakan di peringkat persekolah rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan
kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan
untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid.
Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.

OBJEKTIF PROGRAM j-QAF

Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid Islam
sekolah rendah akan dapat:

 Menguasai bacaan dan tulisan Jawi

 Khatam al-Quran

 Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi

 Memantapkan dan menghayati amalan fardu ain

KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF

Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan
PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Quran, Akidah,
Ibadah, Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan
dalam kehidupan.
Kepentingan Pemulihan Jawi

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan
pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama
di tahun Satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan
tulisan jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata-mata masih
belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan
khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi
bimbingan secara berterusan.

Kepentingan Khatam al-Quran

Al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang
Asuhan Tilawah al-Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran
sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan
guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqi dan musyafahah
(iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul
kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu Pendidikan Islam pada
masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak
ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.

Kepentingan Bahasa Arab

Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran bahasa
tambahan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan terhad. Tidak semua
murid berpeluang mempelajarinya.

Kepentingan Fardhu Ain

Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan
penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan fardu ain terutama dalam hal ibadah
mendirikan solat.

MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF

Untuk pelaksanaan 2005 lima model telah dikenalpasti iaitu 4 model pengajaran dan
model kokurikulum. Model-model berkenaan adalah seperti berikut:

 Model Kelas Pemulihan Jawi

 Model Tasmik
 Model 6 bulan Khatam al-Quran

 Model Pelaksanaan Perluasan Bahasa Arab Komunikasi

 Model Bestari Solat (kokurikulum)

Pengukuhan program j-QAF hendaklah dilaksanakan melalui kelab, persatuan danaktiviti


seperti berikut:-

 Kelab Seni Tulisan Jawi

 Kem Bina Juara

 Ihtifal Khatam al-Quran

 Kem Literasi al-Quran

 Persatuan Bahasa Arab.

MODEL-MODEL j-QAF

Model Kelas Pemulihan Jawi

Model Kelas Pemulihan Jawi diperjelaskan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Model
Kelas Pemulihan Jawi. Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama
dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah
menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat
sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta
mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.

Model Khatam Al-Quran

Model-model khatam al-Quran diperjelaskan dalam buku Panduan Pelaksanaan


Program Khatam al-Quran Model 6 Bulan dan buku Panduan Pelaksanaan Program Khatam
al-Quran Model Tasmik.

Model 6 Bulan

Dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dengan menggunakan


peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqi dan
musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi
mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Murid
yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA’, sementara yang
telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran modul 6 bulan.
Model Tasmik

Dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian, keupayaan


murid dan waktu guru tasmik yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata
pelajaran lain yang berkemampuan. Guru tasmik tersebut hendaklah dilantik secara rasmi
oleh pihak sekolah.

Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi

Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan secara terhad pada masa
ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah.
Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan dan murid bukan Islam
dibolehkan mengambil BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran bahasa Cina
Komunikasi dan bahasa Tamil Komunikasi. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan
diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus. Model ini diperjelaskandalam Buku
Panduan Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi.

Model Bestari Solat

Model Bestari Solat diperjelaskan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Kem Bestari
Solat. Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam dengan kekerapan 4 kali setahun. Ia
dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum PI dan dimasukkan dalam takwim sekolah.
Pelaksanaannya juga memerlukan kerjasama semua pihak terutama penglibatan PIBG, guru-
guru sedia ada di sekolah dan tidak semata-mata diserahkan kepada guru pendidikan Islam.

TANGGUNGJAWAB GPI j- QAF

Peranan dan Tugas Guru Pendidikan Islam:-

 Membimbing guru pelatih j-QAF dalam melaksanakan P & P


 Penyelarasan P & P dalam bilik darjah
 Memastikan setiap murid memiliki Buku Rekod Bacaan Al-Quran
 Bersama guru pelatih j-QAF membuat pengesahan bacaan setiap murid seminggu
sekali dalam Buku Rekod Bacaan Al-Quran
 Bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah
 Mengadakan mesyuarat dan perbincangan bagi mencari Guru Tasmik
 Bekerjasama dengan Guru Pendidikan Islam menyediakan keperluan pelaksanaan
program j-QAF
 Menyemak laporan yang dibuat oleh guru mata pelajaran
 Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan model
 Bekerjasama dengan semua pihak di sekolah bagi menjayakan pelaksanaan model
 Menyediakan dan menyerahkan laporan pelaksanaan model kepada Guru Besar
 Menghadiri mesyuarat dan perbincangan pelaksanaan kem

Tugas-tugas Guru j-QAF:-

 Bersama guru Pendidikan Islam membahagikan murid-murid kepada beberapa


kelompok mengikut tahap penguasaan bacaan
 Membantu dan membimbing murid-murid secara individu
 Mencatat bacaan murid-murid dalam Buku Rekod Bacaan Al-Quran mengikut
kelompok masing-masing
 Mengenalpasti kelemahan murid dan membuat catatan dalam Buku Rekod
Mengajar
 Membuat laporan pencapaian murid sebanyak dua kali setahun iaitu pada bulan
Julai dan Oktober
 Mengumpul data guru tasmik al-Quran
 Menentukan guru tasmik untuk semua murid yang terlibat dengan projek ini
 Menjadi penilai serta membuat pengesahan dalam rekod bacaan murid seminggu
sekali
 Menentukan pencapaian murid dan dicatatkan dalam Buku Rekod Bacaan
 Memaklumkan sebarang masalah murid dan guru tasmik kepada jawatankuasa
pelakasana peringkat sekolah
 Membuat laporan dengan mengisi borang pencapaian al-Quran seperti lampiran
 Memantau pelaksanaan tasmik dijalankan

Guru Bahasa Arab Bertanggungjawab:-

 Menggunakan Buku Teks , Buku Latihan, Aktiviti Murid, Buku Panduan Guru Bahasa
Arab Komunikasi serta bahan Bantu mengajar yang disediakan untuk pengajaran dan
pembelajaran dalam Kelas
 Merancang aktiviti –aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan
bermakna
 Mempelbagaikan aktiviti komunikatif untuk menarik minat murid
 Memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid
 Membuat penilaian dengan menggunakan instrument yang disediakan
 Merekod hasil penilaian yang dilakukan selepas proses pengajaran dan pembelajaran

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KAWALAN KELAS

Setiap guru mempunyai gaya, teknik serta kebolehan yang berbeza-beza bergantung
kepada personaliti, pengalaman dan latihan yang diterima (Shaharir, 1984). Walaupun
terdapat perbezaan dari segi cara penyampaian dan pengendalian aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, namun begitu, kaedah umum yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, masih sama. Proses pengajaran dam pembelajaran dalam sesuatu kelas
memainkan peranan penting dalam cara seseorang guru itu mengawal kelas agar murid-
murid dapat mengikuti proses penagjaran dan pembelajaran yang berkesan. Seseorang guru
perlulah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang mereka ini kerana apabila
seseorang guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang mereka, ianya
membolehkan guru tersebut menagjar dengan yakin, mengawal kelas dengan baik,
merancang dan menagjar dengan baik. Untuk mengawal kelas supaya berada dalam
keadaan terkawal, kita seseorang guru mestilah memahami tingkah- laku dan budaya murid
terlebih dahulu supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan
tepat.

Kemahiran berkomunikasi juga memainkan peranan penting dalam memastikan


keadaan kelas berada pada tahap yang terkawal ke arah pembentukan budaya penyayang.
Komunikasi yang baik dapat dijelmakan dalam cara bertutur, penggunaan bahasa badan,
penulisan iaitu melalui penggunaan alat- alat tertentu seperti komputer, telefon dan
sebagainya. Apabila seorang guru menggunakan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan
terhadap muridnya, secara tidak langsung dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang
lebih dinamik dan pembentukan akhlak yang mulia serta peningkatan kemahiran tertentu
dapat diterap dengan lebih mudah.

Guru seharusnya menunjukkan teladan sebagai seorang profesional dengan


mewujudkan program-program yang bertujuan membangunkan insaniah murid dengan
peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurang segala tingkah-laku negative yang boleh
mengganggu proses penagajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru perlulah
mengelakkan diri daripada menggunakan pendekatan yang bertentangan dengan norma
kemanusiaan yang boleh menggalakkan murid untuk tidak menghargai pertumbuhan
pengetahuan dan kemahiran diri. Budaya bilik darjah yang dinamik lebih mementingkan
aspek pembentukan nilai-nilai murni seperti hubungan yang mesra di kalangan murid
dengan guru. Selain kecergasan mental yang kreatif dan inovatif, penyertaan yang aktif dari
kalangan murid juga membolehkan pembelajaran yang berobjektif dan bermatlamat
diwujudkan kerana pelajar sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan dari guru dan rakan
sebaya sekaligus dapat meningkatkan tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang
berhemah yang dibaluti denganperasaan kasih dan sayang. Ini dapat memberi peluang yang
terbaik kepada murid untuk mengembangkan potensi diri mereka ke arah pembentukan
modal insan yang berkualiti.

PERMULAAN PENGAJARAN

Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru


akan pastikan memiliki perhatian semua murid sebelum memulakan pengajaran. Guru tidak
akan mengajar apabila masih ada pelajar yang berbual- bual. Biasanya, sebelum proses
pengajaran dan pembelajaran sesuatu kelas bermula, guru akan memastikan keadaan kelas
berada dalam keadaan tenteram. Selain itu, guru akan meminta perhatian murid sebelum
memulakan pengajaran yakni guru akan menunggu dan tidak akan memulakan pengajaran
sehingga semua murid bersedia. Apabila semua murid sudah bersedia untuk memulakan
pembelajaran di dalam kelas, guru akan menyuruh semua murid memulakan pembelajaran
dengan bacaan Al- Fatihah, doa penerang hati, doa untuk ibu bapa dan mengucap dua
kalimah syahadah.

Apabila seorang guru ingin memulakan pengajaran, guru perlulah menyediakan


rancangan persediaan pengajaran. Perancangan pengajaran ialah satu perancangan harian
yang disediakan oleh guru untuk satu mata pelajaran yang mengandungi maklumat tentang
pelajar, matlamat yang ingin dicapai, isi kandungan yang akan disampaikan dan penentuan
pencapaian matlamat.Persediaan mengajar merupakan rancangan tindakan yang disediakan
oleh guru yang akan digunakan semasa berhadapan dengan murid di dalam kelas. Pemilihan
kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga amat penting. Kaedah yang sesuai
akan meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas akan dapat membantu murid mencapai
objektif pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan penguasaan ilmu yang disampaikan.

Penggunaan unsur grafik dan warna secara langsung dapat menarik minat murid.
Unsur ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat
mempertingkatkan kefahaman dan menghindarkan salah anggapan dan pentafsiran. Media
pengajaran berasaskan kepada bahan maujud yang menarik akan dapat meningkatkan
motivasi pelajar. Ditambah lagi dengan suara penerangan guru yang menarik dengan
menggunakan alunan suara yang betul. Walaupun mereka mendengar dan membaca, apa
yang didengar dan dibaca biasanya akan divisualkan dalam pemikiran mereka untuk
mendapatkan konsep atau makna yang lebih jelas. Ini menunjukkan betapa pentingnya
peranan guru dalam memastikan keberkesanan media dalam pengajaran. Misalnya jika guru
menayangkan gambar atau imej termasuk peta minda serta mengaitkan dengan objektif-
objektif pembelajaran, maka maklumat yang diterima oleh pelajar akan bertambah.

PERKEMBANGAN PENGAJARAN

Perkembangan pengajaran ialah peringkat menyampaikan isi pelajaran yang mana isi
penting, strategi, kaedah, aktiviti, penggunaan media, nilai murni dan soalan utama
dicatatkan. Langkah penyampaian ini disusun mengikut langkah ke satu langkah (mudah ®
kompleks), susunan yang logik dan tahap pengetahuan sedia ada murid. Isi pelajaran ini
disampaikan kepada murid melalui prinsip- prinsip perkembangan isi pelajaran iaitu
kemahiran peneguhan, kemahiran menerangkan illustrasi, kemahiran menggunakan papan
hitam, kemahiran variasi ransangan dan kemahiran menyoal.

Perkembangan isi pelajaran ini bertujuan meningkatkan motivasi, minat belajar,


konsep kendiri dan keyakinan pelajar. Ini kerana teknik yang digunakan oleh guru adalah
untuk menunjukkan pengukuhan kepada tingkah laku yang positif contohnya isyarat
“bagus” iaitu apabila seseorang murid dapat mengikuti pembelajaran, guru menunjukkan
tanda isyarat tangan. Ini menunjukkan murid tersebut dapat mengikuti pelajaran yang diajar
dengan baik.

Prinsip yang kedua pula ialah kemahiran menerangkan illustrasi. Guru mestilah
memberikan penerangan dengan jelas. Penerangan ini merangkumi dari aspek kejelasan
suara, bahasa, urutan, penggunaan contoh, penglibatan pelajar dan penyataan penutup.
Suara memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perkembangan pengaran ini
kerana cara penyampaian seseorang guru berkait rapat dengan penggunaan suara. Guru
mestilah tahu menggunakan intonasi suara yang berbeza dalam pengajaran.

Di samping itu, bahasa yang digunakan mestilah bahasa yang ringkas dan mudah
difahami oleh murid dan urutan idea diterangkan mestilah mengikut urutan. Penggunaan
contoh juga mestilah bersesuaian dengan tahap murid iaitu menggunakan contoh yang
mudah kepada kompleks iaitu mengaitkan contoh dengan prinsip yang diajar dan meminta
murid memberi contoh untuk melihat sejauh mana pencapaian objektif tercapai. Guru juga
melibatkan murid denagn menggunakan jawapan pelajar untuk membentuk pemahaman
konsep. Selain itu ialah dengan penyataan penutup iaitu guru membuat kesimpulan
selepas menerangkan fakta utama.

Prinsip yang seterusnya ialah kemahiran menggunakan papan hitam. Penggunaan


papan hitam ini ialah memastikan kapur, pemadam dan pembaris ada, cahaya tidak
menyilaukan papan hitam, keadaan bersih, tulisan tidak berkaitan dipadam, merancang
awal susunan yang akan ditulis, menyediakan illustrasi kompleks awal, menulis fakta penting
sahaja, menggunakan kapur berwarna untuk penekanan, berdiri di kawasan yang tidak
mengganggu pandangan pelajar dan menggunakan penunjuk untuk menerangkan sesuatu
pengajaran.

Prinsip yang keempat ialah kemahiran variasi rangsangan. Kemahiran ini ialah
tindakan guru yang dirancang untuk mendapatkan perhatian murid kepada proses
pengajaran. Ini kerana tumpuan murid di dalam kelas adalah singkat yang kemahiran ini
perlu memfokuskan kepada 3 aspek iaitu gaya pengajaran, penggunaan media pengajaran
dan hubungan antara guru dan murid. Antara cadangan yang digunakan untuk kemahiran ini
ialah menggunakan pelbagai kaedah pengajaran, mengawal penggunaan masa, memastikan
penglibatan murid di dalam kelas, membantu murid melihat cara aplikasi pelajaran dan
memberi kritikan membina kepada kerja murid.

Prinsip yang terakhir ialah kemahiran menyoal. Kemahiran ini penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ianya digunakan di semua peringkat pengajaran. Apabila
tamat sesuatu sesi pengajaran, guru memperuntukkan masa 3- 5 minit kepada murid untuk
mengimbas kembali apa yang telah dipelajari dan memanggil nama murid, kemudian
mengemukakan soalan. Ini adalah bertujuan untuk mencungkil tahap kemahiran murid
dengan membantu murid berfikir dengan lebih mendalam lagi. Guru juga mempelbagaikan
soalan kepada murid dengan member penekanan kepada soalan yang mudah difahami oleh
murid.

PENILAIAN PENGAJARAN

Kemampuan menilai proses dan hasil pembelajaran ialah sejauh mana objektif
pengajaran seseorang guru itu tercapai. Hal ini terlihat pada saat guru mengajar terdapat
tindak balas yang positif daripada murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Untuk
memastikan penilaian ini mencapai matlamat yang di kehendaki, guru melakukan observasi
perilaku murid, melaksanakan penilaian pada akhir pelajaran dengan mengajukan beberapa
pertanyaan. Dengan mengajukan soalan kepada murid, guru boleh mengetahui sejauh mana
murid tersebut menguasai konsep dan kemahiran asas yang diperlukan bagi sesuatu topik
atau konsep yang dibincangkan di dalam kelas sewaktu pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Apabila murid boleh menyatakan isi pembelajaran yang di ajar oleh guru, ini
menunjukkan bahawa seseorang guru itu telah menyampaikan pengajaran denagn baik.

PENUTUP

Dalam dunia pendidikan, guru perlu arif dalam strategi pengajaran dan pembelajaran
yang dapat memupuk murid membina konsep dan menguasai kemahiran di samping
menghayatinya dalam kehidupan seharian. Guru perlu memaparkan sifat-sifat yang matang,
berfikiran terbuka, kreatif, inovatif, konstruktif, rasional dan bijaksana (Nik Azis, 1996).
Pengajaran yang berkesan akan menghasilkan pembelajaran yang mudah dan
menyeronokkan. Oleh yang demikian, pengetahuan yang berkesan tentang isi kandungan,
kaedah mengajar (pedagogi) dan gaya pembelajaran murid (psikologi) mestilah dikuasai
sepenuhnya oleh para pendidik.

“Stuff them artistically, creatively and critically”

LAMPIRAN

ISNIN (20 Februari 2012)

9.00 pagi : bertolak dari ipg ke PPD, Bintulu


12.30 tengah hari : sampai di PPD, Bintulu

:makan, solat dan bergerak ke sekolah masing- masing

2.00 petang : ke Sek. Keb. Kg. Baru, Bintulu dijemput oleh En. Khairul Basir
(Penolong Kanan HEM)

2.10 petang : lapor diri di SK. Kg. Baru, Bintulu dan diperkenalkan dengan
Guru Besar, Puan Helen Chai Siew Lian

: menyerahkan surat tugasan MOS dan surat interaksi


bersemuka pada bulan 3 kepada Guru Besar untuk tindakan
lanjut

: mendengar taklimat dari Guru Besar

: diperkenalkan dengan guru yang akan menyelia guru pelatih


j- QAF dan guru penyelia petang

3.00 petang : diperkenalkan kepada guru- guru SK. Kg Baru oleh ustazah
Huda yang merupakan salah seorang guru j- QAF

3.30 petang : ke bilik ICT sekolah untuk melihat latihan nasyid yang akan
dipertandingkan sempena MTQ sekolah

SELASA (21 Februari 2012)

6.36 pagi : tiba di sekolah, merekod kehadiran di dalam buku rekod


kedatangan guru

9.30 pagi : mengikuti pengajaran kelas tasmi’ (iqra’) yang dijalankan oleh
ustazah Huda

10.00 pagi : taklimat dengan Guru Besar di bilik guru. Semua guru sesi
pagi terlibat

12.30 tengah hari : sesi pagi persekolahan tamat

1.30 – 2.30 petang : kelas tasmi’ (tilawah Al- Quran)

2.30 – 4.30 petang : membantu dan membimbing latihan nasyid yang dipimpin
oleh ustazah Huda

RABU (22 Februari 2012)


6.29 pagi : tiba di sekolah, merekod kehadiran di dalam buku rekod
kedatangan guru

9.00 pagi : mencari maklumat sekolah untuk dilengkapkan di dalam


borang kaji selidik MOS

10.00 pagi : berjumpa dengan kerani pejabat untuk mengambil data dan
maklumat yang berkaitan dengan sekolah untuk menyiapkan
MOS

10.30 pagi : membantu En. Bong menyiapkan sijil kebersihan murid

11.30 – 12.30 tengah hari : kelas tasmi’ (tilawah Al – Quran)

12.30 tengah hari : sesi pagi persekolahan tamat

KHAMIS (23 Februari 2012)

6.31 pagi : tiba di sekolah, merekod kehadiran di dalam buku rekod


kedatangan guru

8.00 pagi : menyiapkan boring kaji selidik MOS

12.00 tengah hari : mengikuti ustazah Nik Nor Diran dan ustazah Huda memasuki
kelas untuk melihat proses P & P dijalankan

12.30 tengah hari : sesi pagi persekolahan tamat

12.30 – 12.45 tengah hari : ditugaskan bersama 4 orang guru SK Kg Baru menjaga pintu
pagar selepas tamat sesi persekolahan sebelah pagi

JUMAAT (24 Februari 2012)

6.28 pagi : tiba di sekolah, merekod kehadiran di dalam buku rekod


kedatangan guru

8.00 pagi : menyiapkan borang kaji selidik MOS


11.30 pagi : sesi pagi persekolahan tamat

SABTU (25 Februari 2012)

### perjumpaan GERKO kali pertama SK Kg Baru, Bintulu

ISNIN (27 Februari 2012)

6.34 pagi : tiba di sekolah, merekod kehadiran di dalam buku rekod


kedatangan guru

7.16 pagi : perhimpunan sekolah di mulai dengan bacaan doa, nyanyian


lagu Negaraku dan lagu sekolah

: ucapan Guru Besar

: persembahan murid

: ucapan dari PK HEM

8.40 pagi : perhimpunan sekolah tamat

9.10 pagi : mendapat jadual pengajaran

9.15 pagi : mengikuti kelas Ulum Al- Quran yang dijalankan oleh ustaz
Dajmi (GPI) untuk melihat P & P dijalankan

10.30 – 11.00 pagi : sit in kelas kerana guru tersebut ke Sibu

11.30 – 12.30 : mengikuti kelas pengajaran Al- Quran

12.30 tengah hari : sesi pagi persekolahan tamat

1.30 – 2.30 petang : kelas tasmi’ (tilawah Al- Quran


RUJUKAN

Fail peribadi guru – Cik Hayati

Pembantu tadbir SK Kg Baru, Bintulu

Penolong kanan SK Kg Baru, Bintulu Cik Arbah Binti Tusin

Penyelia petang Cik Hajjah Dayang Latifah

Guru j- QAF – ustazah Huda

http://www.slideshare.net/NoorainurizaIsmail/universiti-pendidikan-sultan-idris-
sekolah-n-masy

http://www.scribd.com/doc/61374795/Situasi-Di-Dalam-Bilik-Darjah

http://mujahid.tripod.com/strategi.html

http://wyw1d.wordpress.com/2010/01/05/penilaian-kelas/

You might also like