You are on page 1of 33

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD : PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

AMBILAN FEB 2012

BBM3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH


TUGASAN:

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU KURSUS BBM 3101 FOO CHING CHEE NO. KP : 820515-11-5119 NO. PELAJAR : 28867 PSV 2012 SEMESTER 3 PENSYARAH :PN. NOR AZIAH BT ABDUL AZIZ TARIKH HANTAR : 13 APRIL 2013

PENDAHULUAN

Guru adalah seorang yang mempunyai tugas yang cukup berat . Satu daripada tugasnya ialah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

Pelbagai cara dilakukan oleh guru seperti memberi tunjuk ajar cara atau strategi belajar yang betul, mengadakan kelas tambahan, membincangkan soalan-soalan peperiksaan lepas dan lain-lain lagi. Di sini, para guru seharusnya menyedari bahawa pemilihan strategi belajar yang berkesan terletak di tangan pelajar sendiri.

SOALAN:

Buat satu kajian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan analisis perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat dan Objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

Berdasarkan penyataan di atas, anda dikehendaki melaksanakan tugasan yang berikut :

1.

Membuat karangan esei yang menghubungkaitkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat dan objektif Sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah .

2.

Menghuraikan konsep Penggabungjalinan, Penyerapan, Pengayaan, Pemulihan, dan Penilaian (5P) .

3.

Mengaplikasikan aspek Penggabungjalinan Kemahiran Berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam bentuk grafik.

4.

Membuat huraian berkaitan Penggabungjalinan Kemahiran Berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Bil 1 2 3 4 5 PENGAKUAN PENGENALAN

Isi Kandungan

Halaman 5 6 7 10

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN HUBUNGKAIT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DENGAN MATLAMAT OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH.

14

6 7 8

KONSEP 5P DALAM BAHASA MELAYU CONTOH RPH RUJUKAN

16 29 33

Saya akui karya ini adalah hasil kerja sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Yang benar,

(FOO CHING CHEE) Tarikh : 27 MAC 2013

PENGENALAN

Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia. Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksaan. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada makna kepada dua perkataan ini, falsafah dapat diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan. Mengikut Russell Questions That Matter (1984), falsafah adalah diertikan sebagai sesuatu fahaman atau pengertian di antara teologi dan sains. Ini adalah kerana, seperti teologi, falsafah menengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti. E.D Miller pula mengatakan falasafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Oleh itu, falsafah boleh diertikan sebgai satu usaha untuk berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan.

Falsafah Pendidikan diertikan oleh Yusuf al-Qardawi (1980) sebagai pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku. Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan. Jelaslah bahawa falsafah pendidikan bertindak sebagai medium pembentukan insan yang mulia Antara tafsiran Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya Falsafah Pendidikan (1989) Edisi Ketiga; falsafah adalah pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara yang penting. Baginya, falsafah mempersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai. Selain itu, falsafah adalah cenderung mengumpulkan rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sistem-sistem pemikiran.

Dalam erti kata yang lain, falsafah dapat dilihat sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara saintifik, sistematik dan logikal. Falsafah pendidikan dapat menentukan ke arah mana anak-anak itu harus dibawa. Tujuan pendidikan sering ditentukan oleh falsafah.
6

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh yang demikian, setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan menghayati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Perlu diingatkan bahawa tidak ada yang lebih utama antara kesemua unsur tersebut, dimana tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya. Berikut adalah teks lengkap Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Dengan adanya Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan

mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti dan secara tidak langsung dapat melahirkan insan minda kelas pertama .

Berdasarkan misi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri yang ingin melahirkan individu yang lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Keseimbangan ini meliputi aspek kognitif, efektif dan psikomotor. Berdasarkan tiga aspek yang berikut, melalui Pendidikan Jasmani amnya serta kesepaduan antara subjek-subjek lain dapat menjana perkembangan yang seimbang kepada individu. Hal ini kerana setiap subjek di sekolah telah merentasi kukurikulum yang ada dimana setiap subjek mempunyai nilai persamaan dan nilai tambah tersendiri. Seiring dengan itu, individu yang dilahirkan lengkap dengan kemahiran dan juga nilai-nilai murni serta sahsiah yang mantap. Dengan itu, masalah wabak gejala sosial dapat dibendung secara holistik jika misi dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan di manfaatkan sebagai panduan.

Selain itu, kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan merupakan intipati dan medium penting dalam kehidupan masyarakat. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diselaraskan dalam bidang pendidikan, pendidik berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, rakyat Malaysia yang berketrampilan, rakyat Malaysia yang berakhlak mulia, rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Di sini, kita dapat melihat bahawa berlakunya perkembangan dari segi kognitif di mana individu mendapat input dan berupaya mengeluarkan produk yang dapat di sumbangkan kepada masyarakat dan negara. Tidak kurang dengan itu. Falsafah Pendidikan Kebangsaan begitu menekankan tentang pembentukan sahsiah dan rohani dalam diri individu iaitu Pembangunan Modal Insan dalam diri individu. Hal ini meliputi sumbangan rakyat malaysia yang dapat memberi input keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. terhadap

Satu lagi konsep asas yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada seseorang individu atau masyarakat akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah
8

dan membentuk diri individu serta masyarakat manusia itu sendiri. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan nilai ilmu itu yang amat tinggi nilainya. Pendidikan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. Maka, lahirnya bidang bioteknologi yang mencabar manusia untuk menerokai pelbagai cabang ilmu atau kajian yang baru ataupun yang tidak pernah difikir oleh manusia zaman dahulu. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Lapisan ini bermula dalam diri individu, keluarga, komuniti masyarakat seterusnya mewujudkan pertalian dalam kalangan rakyat berbilang ras, agama, budaya, warna kulit dan sebagainya. Maka, di sini tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan

kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti. Apalah guna ilmu tanpa amal, amal tanpa ilmu.

Kesimpulannya, konsep falsafah merangkumi perkembangan dari segi lima aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seiring dengan matlamat pembangunan modal insan dalam kalangan masyarakat di Malaysia secara menyeluruh dan seimbang.

MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjelaskan dua tujuan dan matlamat utama pendidikan iaitu untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras dalam melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan tapak asas dan utama dalam pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu. Hal ini secara langsung menjadi saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Namun begitu, terdapat pelbagai matlamat lain yang dapat dikenalpasti menerusi buku Pendidikan di Malaysia, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah (Semester 1) yang ditulis oleh Ee Ah Meng dipecahkan kepada lapan matlamat.

Yang pertamanya atau matlamat utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjuruskan kepada individu itu sendiri yang bertujuan untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan sepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, menurut yang terkandung dalam buku ini, individu hendaklah menjadi individu yang percaya dan patuh kepada tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berketrampilan, berkebolehan memberi sumbangan ke arah menambahkan kemakmuran masyarakat dan negara, setia kepada raja dan bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik dan mesra antara insan serta memupuk perpaduan masyarakat Malaysia. Menerusi matlamat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dikemukakan Ee Ah Meng, rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajipannya sebagai seorang

warganegara dapat dilahirkan. Dek kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dan hampir maju dan penduduknya semakin bertambah dari hari ke hari. Impak kepada individu yang tidak bertanggungjawab, negara kita akan berada dalam keadaan huru-hara dan korupsi di mana-mana. Oleh itu, warganegara yang bertanggungjawab adalah diperlukan bagi membina negara Malaysia.

10

Matlamat yang kedua ialah dari segi sosial. Masih lagi menjuruskan kepada individu yang memerlukan seseorang individu itu lebih memahami warisan ekologi dan budaya, nilai-nilai serta amalan sosial dan pelbagai desakan serta cabaran masyarakat. Dengan adanya fahaman sperti ini, seseorang itu akan lebih rasional dalam pergaulan dan tidak mengamalkan nilai mementingkan diri sendiri. Bukan sahaja komunikasi yang baik dalam komuniti sosial bahkan mampu mempunyai nilai cinta akan alam dengan memahami konsep ekologi dalam kehidupan dimana manusia juga mempunyai interaksi dengan alam. Jadi, sosial di sini boleh juga dilihat dalam konsep yang meluas. Bukan sahaja tertumpu kepada konsep komuniti masyarakat namun boleh juga dilihat dalam aspek alam.

Matlamat yang ketiga ialah dari segi ekonomi. Sistem pendidikan di negara ini bertujuan untuk menghasilkan individu-individu yang mahir dan cekap untuk membolehkannya menjadi seorang pekerja yang produktif. Dengan adanya pengetahuan yang mendalam dan kemahiran yang tinggi, individu akan dapat menjadi perancang, pengeluar dan pengguna yang rasional dan cekap. Dalam konteks ini, jelaslah individu dapat memberi sumbangan terhadap kemajuan serta perkembangan negara. Maka jika matlamat ini dapat dilaksanakan, ekonomi negara dapat diperkasakan lagi oleh individu-individu yang dilahirkan dan sekaligus dapat mengangkat martabat juga ekonomi negara seiring dengan negara gergasi yang lain. Akhirnya, negara kita juga mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju yang lain.

Seterusnya,

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

mempunyai matlamat

dalam

mengukuhkan perpaduan rakyat dan secara tidak langsung dapat mengurangkan jurang perbezaan antara kaum. Dari segi ekonomi, sosial dan peluang di antara kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang perbezaan yang besar antara kaum di Malaysia. Melayu tinggal di kampung, Cina di lombong dan India di estet. Dasar British yang mengamalkan dasar pecah dan perintah telah membawa impak sehingga ke hari ini. Perbezaan yang amat ketara bukan sahaja dalam bidang pendidikan antara kaum Melayu, Cina dan India malahan juga dalam bidang lain
11

terutamanya dari segi ekonomi. Kaum Cina lebih maju berbanding kaum-kaum lain di Malaysia. Oleh itu, sekolah berperanan penting dalam merapatkan jurang antara kaum dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid. Hal ini bertujuan murid-murid dapat bersama-sama tolong menolong dan bertoleransi antara satu sama lain agar keharmonian dan kemakmuran dapat dikecapi bersama.

Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berikutnya ialah penekanan terhadap pendidikan sains dan matematik. Pendidikan sains dan matematik diberikan penekanan di sekolah-sekolah di seluruh negara sejajar dengan aspirasi negara untuk melahirkan masyarakat yang progresif. Sekolah-sekolah sains yang berasrama penuh juga dibina untuk mempercepat proses meningkatkan bilangan murid yang akan mengikuti pengajian dalam jurusan sains dan matematik. Namun begitu, disekolah-sekolah harian biasa ataupun di peringkat sekolah rendah, kini telah menekankan konsep 3M yang dikenali sebagi LINUS yang merangkumi kemahiran membaca, menulis dan mengira. Di sekolah menengah, sekolah harian biasa juga diberi peluang kepada pelajar untuk mengambil jurusan sains manakala bagi mereka yang mengambil jurusan lain, subjek sains dan matematik merupakan subjek teras. Manakala di peringkat tertinggi, negara kita juga telah menerokai bidang bioteknologi dan juga penyelidikan dan pembangunan (RND). Disini dapat kita lihat betapa matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri begitu ingin melahirkan pelajar yang progresif dan tidak lagi berada di takuk yang lama. Seperti sejarah dahulu, kaum Melayu hanya diberikan pendidikan hanya untuk menjadi seperti ibu bapa mereka. Andai bapanya seorang nelayan, maka pendidikan diberi hanya untuk menjadi nelayan. Kini, dengan konsep Falsafah Pendidikan

Kebangsaan sendiri ingin melahirkan seseorang indidvidu yang lebih proaktif dan produktif. Maka, kemahiran dalam matematik dan sains diberi penekanan.

Matlamat lainnya ialah melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujdkan perpaduan berbilang kaum. Rakyat yang sentiasa bertolak ansur adalah rakyat yang membawa perpaduan dalam Malaysia. Rakyat inilah yang dapat
12

membentuk negara Malaysia yang aman serta selamat. Rukun Negara mempunyai lima prinsip yang menjadi teras kepada perpaduan Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kepercayaan kepada Raja dan Negara, kepercayaan kepada perlembagaan, kepercayaan kepada undang-undang dan terakhir sekali kesopanan dan kesusilaan. Dengan adanya Rukun Negara yang kiranya di sekolah akan dibaca setiap kali perhimpunan bukan hanya dibaca semata. Akan tetapi, perlu dihayati oleh segenap lapisan masyarakat serta mengamalkannya. Jika setiap individu rakyat mengambil inisiatif hidup secara rukun dan damai berdasarkan garis Rukun Negara, maka tunjuk perasaan di jalanan dan pelampau-pelampau seperti yang kita lihat di negara lain sama sekali tidak akan wujud di negara kita. Setiap rakyat mempunyai hak untuk bersuara dengan saluran yang betul. Jadi, mustahil untuk negara kita berada dalam keadaan hura hara.

Matlamat-matlamat pendidikan di Malaysia dapat dirumuskan sebagai menyediakan peluang-peluang pendidikan kepada semua tanpa mengira agama atau bangsa. Melengkapi individu itu dengan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran bagi membolehkannya membezakan antara kebenaran dan kepalsuan, fakta dan pendapat serta pemikiran yang yang kritis dan prejudis. Mengembangkan individu secara fizikal (sihat dan cergas), juga mental serta bersikap apresiasi estetik. Menyediakan individu dengan pendidikan sepanjang hayat dimana segala informasi boleh diperolehi bukan sahaja dari media elektronik namun boleh didapati melalui media cetak dan iklan-iklan. Hal ini adalah untuk diri individu dan masyarakat itu dapat menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan saintifik dan teknologi. Selain itu, turut mengembangkan kefahaman serta penerimaan idea-idea yang demokratik dalam perlembagaan serta kesedaran tentang hak-hak dan

tanggungjawab seseorang warganegara dalam suatu sistem yang demokratik. Individu mempunyai komitmen untuk menggunakan hak-hak dan tanggungjawab tersebut. Membolehkan individu menghayati prinsip Rukun Negara. Menghasilkan rakyat yang lebih baik iaitu taat, setia, progresif, patriotik, bertoleransi serta bermoral baik. Melengkapi individu dengan kemahiran berkomunikasi supaya dapat meningkatkan kefahaman yang positif dan mengeratkan perhubungan dalam
13

kalangan komuniti masyarakat. Mengahasilkan tenaga pekerja yang berpengetahuan serta berkemahiran supaya produktiviti akan meningkat agar kestabilan politik, sosioekonomi dan budaya dapat terjamin. Membekalkan kurikulum yang perlu dengan bidang pengetahuan, kemahiran serta sikap yang selaras dengan objektifobjektif pendidikan yang diterima oleh semua penduduk di negara ini.

HUBUNGKAIT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DENGAN MATLAMAT OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH.

Setelah melihat objektif dan matlamat sukatan pelajaran Bahasa Melayu secara jelas, apakah kita dapat menghuraikan apakah terdapat perkaitan antara sukatan pelajaran dengan Falsafah Pendidikan Negara? Dengan merujuk kepada definisi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR ), matlamat serta ciri-ciri KBSR itu sendiri, KBSR akan mampu mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara menyatakan bahawa pendidikan itu suatu proses yang berterusan. Sebagai saluran pendidikan pada peringkat awal, KBSR sememangnya menggalas tugas yang amat berat. Ini kerana pada peringkat permulaanlah segalanya bermula. KBSR akan memastikan pendidikan yang diberikan kepada pelajar memuaskan dan menepati ciri-ciri yang diinginkan. Pendidikan awal adalah penting kerana ia membentuk asas sahsiah yang akan terus berkembang hingga ke akhir hayat nanti. Oleh itu, KBSR menekankan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan kemahiran-kemahiran asas yang teguh dan mampat, segala proses Pendidikan yang akan ditempuhi oleh pelajar menjadi mudah (Abdullah Hasan,1996). KBSR menitikberatkan soal nilai-nilai murni dan semangat patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Dengan ini, Falsafah Pendidikan Negara yang menginginkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani akan tercapai. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, KBSR bukan sahaja menekankan soal penyampaian ilmu pengetahuan bahkan
14

setiap guru dikehendaki menyelitkan penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, dalam seminggu hari persekolahan akan terdapat 2 masa untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ini melambangkan KBSR amat menitikberatkan soal kesihatan para pelajar supaya pelajar tidak hanya memerah otak dalam sesi pembelajaran matapelajaran lain tetapi mereka juga boleh berekreasi dan menenangkan fikiran dengan bersenam dan bersukan. Seterusnya, unsur Falsafah Pendidikan Negara ingin melahirkan rakyat yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Sehubungan dengan itu, KBSR menekankan kemahiran berfikir dalam sistem penddidikan pada peringkat awal. Melalui ciri ini pelajar bebas meluahkan pendapat dan mencipta sesuatu yang baru. Secara tidak langsung hasil kretiviti pelajar akan terus digilap dan dihargai. Oleh itu, maka lahirlah generasi yang mampu memberi sumbangan dalam pelbagai bidang. Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan. Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Selain itu,murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran
15

bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi. Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa murid. Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran ini mengandung matlamat, objektif, dan organisasi kandungan. Organisasi kandungan merangkumi kemahiran bahasa, hasil

pembelajaran, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum. Terdapat enam dokumen sampingan yang dikenali sebagai huraian sukatan pelajaran untuk panduan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Huraian sukatan pelajaran ini disediakan bagi setiap tahun, iaitu dari tahun satu hingga tahun enam.

KONSEP 5P DALAM BAHASA MELAYU

Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan dan pemulihan. Semua ini adalah selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Kemahiran-kemahiran ini adalah perlu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran supaya sesi tersebut akan menjadi lebih menarik perhatian murid dan berkesan kepada mereka. 5 Konsep ini sangat penting untuk semua murid jenis murid. Murid yang lemah

boleh menjadi lebih berminat dan bermotivasi untuk belajar dan seterusnya murid yang pandai boleh menambah pengetahuan mereka.
16

PENGGABUNGJALINAN PENYERAPAN

PENILAIAN

PENGAYAAN

PEMULIHAN

PENGGABUNGJALINAN

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggabungjalinan adalah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan beberapa bidang kemahiran lain dari mata pelajaran lain dapat disampaikan dalam satu masa yang sama. pembelajaran akan menjadi lebih bermakna. Dengan itu sesi pengajaran dan

Tujuan strategi penggabungjalinan Kemahiran dapat dikuasai secara serentak. Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan. Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi. Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai murid.
17

Prinsip-prinsip penggabungjalinan Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai. Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan. Kemahiran fokus utama dan sampingan hendaklah ditentukan dan dirancang dengan baik. Penggabungjalinan mesti setaraf dengan kebolehan murid. Semua aspek pembelajaran yang hendak digabungjalinkan itu hendaklah benar-benar difahami dan diketahui oleh guru mengajar.

Bentuk-bentuk penggabungjalinan

18

A Penggabungjalinan kemahiran

K1

K1 - Kemahiran Mendengar K2 - Kemahiran Bertutur K3 - Kemahiran Membaca

K4 K2

K4 - Kemahiran Menulis BM - Bahasa Melayu

K3 BM

Rajah : Penggabungjalinan Kemahiran Berbahasa dalam satu mata pelajaran

K1 - Kemahiran Bahasa K1 K2 - Kemahiran Muzik K3 - Kemahiran Seni BM - Bahasa Melayu K2 K3 BM

Rajah: Penggabungjalinan Kemahiran lebih daripada satu mata pelajaran

19

Penggabungjalinan bahan Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan dan sesuai dengan keperluan psikologi murid, pengalaman dan tahap pencapaian murid perlu ditetapkan sebelum menggunakannya.

Bahan Utama(petikan) Bahan Bahan sokongan(rangsangan) Bahan lisan (rakaman)

Rencana,

Laporan,

Berita,

Ucapan

Komentar, Pengumuman, Ulasan, Iklan Gambar, Data, Rajah, Graf, Carta Ucapan, Temu bual, Ulasan, Komentar, Laporan, Pengumuman, Wawancara

Rajah : Penggabungjalinan Bahan

Penggabungjalinan aktiviti Penggabungjalinan ini mementingkan ketelitian memilih jenis-jenis aktiviti yang berkait rapat dan sesuai untuk digabungjalinkan. Sekurang-kurangnya dua atau lebih aktiviti boleh digabungjalinkan mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan, bacaan dan kefahaman dan tulisan. Lisan Berbual, berbincang, bertemu ramah,

berbahas, berceramah, bercerita, berlakon. Memaham, mengecam isi penting,

Aktiviti

Bacaan dan Kefahaman

meringaks, membuat ayat, memberi makna, menghurai.

Tulisan

Esei, laporan, ulasan, ucapan, arahan, iklan, mencatat isi

Rajah : Penggabungjalinan Aktiviti


20

Contoh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Kita membuat set induksi dengan mendengarkan lagu yang bertema atau berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Mendengar atau menyanyikan lagu itu

bermaksud kita menggabungkan kemahiran yang diambil dari mata pelajaran Pendidikan Seni.

1.

PENYERAPAN

Penyerapan merupakan proses menyatupadukan pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu unsur ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar dan kajian masa depan boleh diserapkan.

Tujuan Penyerapan Aspek Penyerapan adalah untuk: a) Menambahkan kefahaman dan kemahiran melalui aktiviti yang dijalankan, b) Mendorong sikap dalam diri untuk menambahkan ilmu pengetahuan, c) Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati, d) Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu, e) Membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif, f) Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati, g) Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan perbendaharaan kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi, dan perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut konteks,
21

h) Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk perkembangan diri, dan i) Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh rakan sebaya dan masyarakat.

Unsur Penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu.

i.

Pengetahuan atau isi pelajaran

Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Matematik, Kajian Tempatan, Muzik, Sains dan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam satu mata pelajaran untuk mata pelajaran lain.

Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair dan sajak.

Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri.

Hal ehwal budaya, warisan dan kemasyarakat.

ii.

Nilai Murni

Penyerapan nilai murni adalah satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang menerapkan unsur-unsur yang baik iaitu nilai murni yang merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Nilai-nilai murni itu pula hendaklah merujuk kepada perkara-perkara baik, mulia dan luhur. Nilai murni boleh diterapkan secara terancang dalam aktiviti pembelajaran seperti melalui penyampaian pengetahuan tentang nilai yang dimasukkan dalam semua mata pelajaran yang
22

diajar oleh guru seperti melalui aktiviti-aktiviti bilik darjah, melalui aspek kognitif seperti melalui kesedaran, keyakinan dan penghayatan. Pemupukan nilai murni ini boleh dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti aktiviti kerja kumpulan dan kerja projek.

Antara adalah senarai nilai-nilai murni: Baik hati Berdikari Hemah tinggi Hormat menghormati Kebersihan fizikal dan mental Jujur Rajin Kerjasama Sederhana Bersyukur Kasih sayang Keadilan Kebebasan Keberanian Rasional Semangat bermasyarakat Semangat kewarganegaraan

iii.

Kewarganegaraan

Unsur

patriotisme

yang

diserapkan

dalam

pengajaran

Bahasa

Melayu

mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat setia akan negara Malaysia. Tujuannya adalah untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu (murid) terhadap bangsa dan negara Malaysia.

23

iv.

Peraturan Sosio-Budaya

Peraturan sosio-budaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia yang mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia. v. Kemahiran Bernilai Tambah

Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran bahasa bagi membolehkan murid dapat mengaplikasikan kemahiran itu dalam dunia sebenar murid. Antara kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran berfikir, kemahiran

teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan dan kecerdasan pelbagai.

Contoh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Petikan tentang seorang murid yang baik digunakan sebagai alat bantu mengajar. Semua maklumat dalam petikan berkaitan dengan sikap murid tersebut. Oleh itu, secara tidak langsung, guru telah memasukkan konsep penyerapan nilai murni berkaitan dengan Pendidikan Moral.

2.

PENGAYAAN

Konsep seterusnya ialah pengayaan. Konsep ini adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar kepada murid untuk mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua jenis murid sama ada kumpulan cerdas, sederhana, atau lemah. Aktiviti pengayaan berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai kemahiran
24

asas tertentu bagi meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu.

Program ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti, termasuklah: Pembelajaran akses kendiri, Kerja projek, Bacaan tambahan, Permainan dan rekreasi, dan Pembelajaran berbantukan komputer.

Contoh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, kita boleh menggunakan komputer di makmal komputer. Murid-murid dikehendaki menaip karangan mereka

menggunakan komputer. Aktiviti ini adalah konsep pengayaan.

3.

PEMULIHAN

Pemulihan adalah dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Pengajaran pemulihan merupakan satu strategi yang guru lakukan untuk membantu murid dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira. (3M) Program ini hanya akan dilaksanakan setelah mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid. Murid-murid dalam kategori pemulihan perlu didedahkan dengan aktiviti ini mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid lain dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.

25

Objektif pemulihan Antara objektif strategi pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid:

a) Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti yang sesuai dengan mereka, b) Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu, c) Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru, d) Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf yang lebih maju, e) Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik darjah, f) Membina, memperoleh, dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri dan berdikari, g) Dapat meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

Contoh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Aktiviti latih tubi merupakan satu konsep pemulihan. Dengan aktiviti ini kita boleh menggalakkan mereka agar dapat menguasai kemahiran tertentu.

26

4.

PENILAIAN

Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang sistematik yang dijalankan untuk memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur, dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif Pengajaran dan

Pembelajaran.

Jenis-jenis Penilaian A) Penilaian Formatif

Penilaian Formatif ini lebih dikenali sebagai ujian kemajuan (progressive test) yang melibatkan penaksiran yang sistematik, yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran sebaik sahaja guru dapat mengesan tahap pengurusan sesuatu unit kemahiran pelajaran muridnya. Maklumat yang dikumpulkan boleh digunakan

dengan segera dan berterusan untuk membimbing murid dan membantu guru dalam mencapai matlamat sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini

menggunakan pemerhatian, latihan dan senarai semak untuk mengesan sama ada murid itu sudah menguasai sesuatu kemahiran yang sedang diajar. Guru boleh

menggunakan maklumat ini untuk membimbing murid memperbaiki kelemahan mereka ketika pembelajaran berlangsung atau semasa membuat latihan. Penilaian ini boleh menjadi satu dorongan kepada murid untuk pembelajaran seterusnya. Murid yang lemah sepatutnya mendapat bimbingan sementara murid yang pintar seharusnya disajikan dengan aktiviti pengayaan yang mencabar.

Semasa melakukan penilaian formatif secara tidak formal, guru perlu melaksanakan langkah-langkah berikut: a. Menentukan unit atau tajuk pembelajaran b. Menentukan tahap atau peringkat pencapaian yang dikehendaki c. Menyusun perkara yang akan diuji dalam unit
27

d. Membina item ujian e. Mengesyorkan langkah pemulihan,pengukuran dan pengayaan bagi kemahiran yang berkaitan.

B)

Penilaian Sumatif

Penilaian kedua ini juga dikenali sebagai ujian pencapaian iaitu merupakan ujian yang diberikan pada akhir sesuatu kursus atau akhir penggal atau semester. Ia mengukur pencapaian terhadap objektif yang luas merangkumi kesemua tajuk dan bidang yang diajar dalam satu jangka masa tertentu. Dengan cara ini, guru dapat menentukan satakat mana objektif pengajaran sudah dicapai di samping dapat membandingkan pencapaian gred seseorang murid dengan murid lain. Penilaian dijalankan dengan menggunakan ujian kertas pensel, kemahiran amali atau soal jawab secara lisan (secara formal). Sebaik sahaja selesai memeriksa jawapan

murid, markah dan gred akan diberi untuk direkodkan dalam senarai semak dan rekod profil murid. Maklumat yang diperolehi dapat membantu guru untuk menaksir keberkesanan pengajarannya dan pembelajaran muridnya.

Contoh dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Guru menyediakan soalan-soalan di setiap akhir pengajaran dan pembelajaran dalam kelas samada soalan lisan atau bertulis.

28

Tarikh Masa Tahun

: : :

20 Februari 2013 8.30 a.m 9.30 a.m 5A Bahasa Melayu Kesihatan Asas Kesejahteraan Fokus Utama :

Mata Pelajaran: Tajuk Kemahiran : :

6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks Aras 1 : i. Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada pelbagai bahan bacaan

Fokus Sampingan : 8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan atau antara perenggan bagi sesebuah karangan. Aras 1: ii. Menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam ayat.

Objektif

: Pada akhir pelajaran, murid dapat: 1) Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai 2) Memilih dan mengenal pasti penanda wacana dan kata hubung

BB Mengajar : Petikan, laptop, LCD, lembaran kerja Hasil Pembelajaran : 6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks
29

Aras 1 : i. Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada pelbagai bahan bacaan 8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan atau antara perenggan bagi sesebuah karangan. Aras 1: ii. Menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam ayat.

Nilai Ilmu KBT

: Kebersihan fizikal dan mental : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan : i) Kemahiran Berfikir ii) Kemahiran Belajar iii) Kemahiran Teknologi Maklumat iv) Kecerdasan Pelbagai

Pengetahuan Sedia Ada

: Murid pernah menghadiri ceramah kesihatan yang disampaikan oleh jururawat di sekolah.

Sistem Bahasa

: Tatabahasa Kosa kata

: kata kerja, penanda wacana, ayat tanya : kesejahteraan, karbohidrat, protein, vitamin

Kemahiran bahasa : mendengar dan bertutur, membaca dan g k menulis

30

Langkah Masa

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan BBM : laptop,

Set induksi (5 minit)

Mendengar irama muzik yang dimainkan.

1. Guru mengarahkan semua murid berdiri dan melakukan senaman ringan mengikut arahan guru.

muzik

Penggabungj alinan: P.Muzik,PJK

1. Guru mengaitkan aktiviti Soal jawab tentang Langkah 1 (5 minit) senaman yang dilakukan sebentar tadi. senaman tadi dengan bahan bacaan yang akan mereka baca. Penyerapan : 2. Guru menayang petikan tentang kesihatan di komputer. 1. Murid membaca petikan mengikut guru dengan sebutan dan intonasi yang betul. Membaca petikan Langkah 2 (15 minit) mengikut bacaan dan tunjuk ajar guru 2. Guru mengarahkan murid membaca petikan mengikut kumpulan. Pemulihan BBM : laptop, LCD, petikan PJK BBM : laptop, LCD

3. Murid membaca petikan mengikut kumpulan.

31

1. Senaraikan penanda wacana yang terdapat dalam petikan.

1. Murid menyenaraikan penanda wacana yang terdapat dalam petikan.

2. Membuat ayat Langkah 3 (20 minit) menggunakan penanda wacana

2. Seorang murid mewakili setiap kumpulan menulisnya di papan tulis.

BBM : papan tulis, buku latihan

Penilaian: Guru melihat semua hasil kerja murid dari meja ke meja.

3. Guru mengarahkan murid membuat ayat menggunakan penanda wacana yang ditulis di papan tulis ke dalam buku latihan mereka. 1. Guru mengedar lembaran

Penilaian

Langkah 4 (10 minit)

Kelaskan makanan mengikut kumpulan

kerja yang mengandungi borang pengurusan grafik.

BBM : lembaran kerja

2. Murid mengisi lembaran kerja mengikut kumpulan. Guru bersoaljawab dengan murid tentang penanda wacana

Pengayaan

Penutup (5 minit) Rumusan

yang telah mereka pelajari dan penanda wacana lain yang murid tahu selain yang terdapat dalam petikan.

32

Rujukan

Tuan Jah Tuan Yusof (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Ahmad Mahmood Musanif (2001). Kamus Pelajar karisma. Kuala Lumpur: Tinggi Press Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj Husin (1990) Pedagogi 4. Selangor Darul Ehsan- Siri pendidikan Longman

Tengku Sarina Aini Tengku Kassim(2006).Kaedah Mengajar Dan Kemahiran Interpersonal Guru.Selangor Darul Ehsan:PTS Profesional.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran dimuat turun pada 16 Februari 2013

http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/ dimuat turun pada 18 Februari 2013

33

You might also like