You are on page 1of 41

TUTORIAL PGA 103

GURU,SEKOLAH DAN
MASYARAKAT

NAMA AHLI KUMPULAN :


1. MUHAMAD AZIM B WAN HASMADIH
2.MARAHAINI NADZIRAH BT MOHAMED
3.NOR FATIN SHARINA BT MOHD ZAKI
4. NURUL HASYIKIN BT MOHD AZMI
Pada pendapat anda adakah
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) berjaya?Beri contoh di
Malaysia dan kaitkan dengan
sistem pendidikan
negara.
PENGENALAN
 1988, Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
digubal berdasarkan dokumen-dokumen
dasar dan ideologi negara.
 FPN dikenali sbg FPK.
 Menggariskan istilah, pemikiran, dan
prinsip berdasarkan dengan bidang
pendidikan.
 Perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai
pemikiran atau pandangan yang
benar,rasional dan bernas.

Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan


daripada usaha kajian ahli falsafah dengan
cara yang saintifik,sistematik dan logikal

 Tujuan falsafah ialah mencari serta


membuktikan kebenaran dan memberi arah
tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara
yang penting dalam kehidupan
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK)
 “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.”
PENGGUBALAN FPK
 Idea menggubal FPK tercetus pada 1979

 Pembangunan kemanusiaan yang


dihasratkan kerajaan bersifat menyeluruh
merangkumi rohani, emosi, intelek dan
jasmani.

 Menerapkan Rukunegara, Dasar Ekonomi


Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan
RUKUN NEGARA
PERANAN FALSAFAH PENDIDIKAN
NEGARA
 Memberi panduan dan arah tuju dalam
memajukan pendidikan
 Menjadi dasar dan pertimbangan asas
untuk menentukan matlamat pendidikan
negara
 Sebagai rujukan untuk membantu para
pendidik
 Sebagai bimbingan kepada pendidik
dalam melaksanakan tugas- tugas
pendidikan
Huraian FPK
a.Pendidikan ialah satu usaha berterusan.
 Pendidikan ialah satu proses dalam diri seseorang
yang bermula sejak dari kandungan ibu lagi
sehinggalah ke akhir hayatnya.Pendidikan yang
diterima oleh seseorang berlaku dimana-mana
dan bukannya hanya berlaku
disekolah.Pendidikan ini berlaku secara
berterusan secara formal ataupun tidak formal.
b.Memperkembangkan lagi potensi individu

 Kandungan falsafah pendidikan kebangsaan yang


kedua ialah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh.Maksud potensi
individu ialah kebolehan atau pun bakat
seseorang individu dari segi jasmani,emosi,rohani
dan intelek.
c.Insan yang seimbang dan harmonis

 Maksud insan yang seimbang dan harmonis ialah


tiada sebarang perkara yang terabai dan
keseimbangan bagi seseorang individu adalah
penting bagi memastikan kemajuan dirinya.
d.Perkembangan potensi secara menyeluruh dan
bersepadu

 Semua potensi diri dari segi


jasmani,emosi,rohani dan intelek disepadukan
bagi menguasai kemahiran-kemahiran dan juga
bidang ilmu.Selain daripada itu nilai-nilai murni
juga perlu disepadukan demi memenuhi
keperluan nya dalam menjalani kehidupan
e.Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

 Untuk mengawal diri agar tidak melakukan


kejahatan,maka kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan perlu disemaikan dalam diri
setiap individu.Kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan ini juga terkandung dalam
prinsip Rukun Negara.Setiap individu yang
mempunyai kepercayaan agama akan percaya
bahawa setiap yang dilakukan didunia ini
mesti mendapat balasan di akhirat.
f.Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan

 Matlamat kerajaan ialah menjadikan semua


rakyat Malaysia berilmu pengetahuan.Justeru
itu,setiap rakyat perlu mempunyai ilmu
pengetahuan yang secukupnya.
g. Melahirkan rakyat yang berakhlak mulia

 Kerajaan juga mengharapkan rakyatnya


berakhlak mulia,berdisplin dan hidup hormat
menghormati antara satu dengan yang
lain.Rakyat juga diminta untuk bersopan santun
berbudi bahasa
h. Rakyat yang bertanggungjawab
 Menerusi pendidikan juga rakyat dapat dididik
untuk lebih bertanggungjawab terhadap diri
dan negara.
i. Rakyat yang berketerampilan
 Keterampilan bermaksud menonjol kan
diri.Kerajaan mengharapkan rakyat nya
dapat melaksanakan tugas-tugasnya
dengan cekap.
j.Berkeupayaan untuk mencapai
kesejahteraan diri

 Manusia memang mahukan kesejehteraan


diri bagi mencapai kepuasan diri nya.
 Kesejahteraan diri adalah penting dalam
mengharungi kehidupan yang aman dan
damai.
Adakah FPK berjaya?
 Pada pendapat kami FPK telah berjaya
kerana FPK mencerminkan pendidikan di
Malaysia yang merupakan satu usaha
perkembangan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmoni dan
seimbang dalam segala aspek.
 FPK mempunyai unsur-unsur
jasmani,emosi,rohani , intelek dan sosial
yang menjadi prinsip dan panduan program
pendidikan negara.
 Setiap unsur itu dapat dilihat impaknya
dalam pembinaan program dan bagaimana
program itu dilaksanakan di institusi
pendidikan negara
Unsur-unsur JERIS yang seimbang dan
sepadu

JASMANI EMOSI

ROHANI INTELEK

SOSIAL
UNSUR INTELEK-Penjelasan konsepnya

 Mempunyai kemahiran 3M
 Berusaha meningkatkan ilmu dan
menyebarkannya
 Sentiasa berfikiran secara kreatif
dalam mengembangkan daya
pemikiran
Impak unsur intelek terhadap program
pendidikan negara
 Melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan
 Menjadikan rakyat Malaysia
berketerampilan
Pelaksanaan unsur intelek dalam sistem
pendidikan negara
 Unsur intelek jelas dapat dilihat dalam sistem
pendidikan negara pada peringkat sekolah
rendah dan menengah.Pelbagai program telah
dilaksanakan dalam memperkembangkan ilmu
pengetahuan pelajar.Sebagai contoh
pelaksanaan program NILAM telah
menggalakkan minat membaca dalam
kalangan pelajar.Disamping itu,terdapat juga
sekolah yang menganjurkan kelas celik IT
yang memberi kemudahan kepada pelajar
dalam mengakses maklumat.
UNSUR ROHANI-Penjelasan konsepnya

 Menyedari dan menginsafi adanya Pencipta


 Menyedari dan menginsafi tanggungjawab
 Menghargai dan mensyukuri nikmat Pencipta
 Membina disiplin diri
 Membentuk akhlak mulia
Impak unsur rohani terhadap program
pendidikan negara
 Melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak
mulia
Pelaksanaan unsur rohani dalam sistem
pendidikan negara
 Unsur rohani juga penting dalam membentuk
sahsiah dan jati diri pelajar.Dengan adanya unsur
rohani yang mantap pelajar tidak akan mudah
terjerumus dalam gejala negatif.Oleh itu,beberapa
program telah dilaksanakan seperti penetapan
sukatan mata pelajaran Sivik dan
Kewarganegaraan,Pendidikan Moral danPendidikan
Islam.Program lain seperti kem motivasi dan
program KAFA turut dilaksanakan pada peringkat
sekolah rendah dan menengah.Bagi peringkat IPT
pula persatuan berunsurkan rohani seperti
Persatuan Mahasiswa Islam telah ditubuhkan.
UNSUR EMOSI-Penjelasan konsepnya

 Berperasaan tenang dan tingkah laku yang


terkawal
 Memiliki dan memupuk perasaan kasih
sayang
 Memiliki semangat kekitaan dan
perpaduan
Impak unsur emosi dalam sistem
pendidikan negara
 Melahirkan rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab.
Pelaksanaan unsur emosi dalam sistem
pendidikan negara
 Unsur emosi ini boleh dilihat melalui sesi
kaunseling yang dijalankan di setiap
sekolah.Melalui sesi berikut pelajar yang
mempunyai masalah mengurus emosi
boleh mendapat nasihat daripada
kaunselor.Selain itu,kempen tangani stress
antara program penting dalam memberi
panduan kepada pelajar untuk mengawal
emosi mereka.
UNSUR JASMANI-Penjelasan konsepnya
 Menjaga kesihatan badan
 Melakukan riadah
 Mengembangkan bakat
 Menggunakan tenaga fizikal untuk
kepentingan masyarakat
Impak unsur jasmani dalam sistem
pendidikan negara
 Melahirkan rakyat Malaysia yang
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
 Menggalakkan rakyat Malaysia memberi
sumbangan terhadap keharmonian
masyarakat dan negara
Pelaksanaan unsur jasmani dalam sistem
pendidikan negara
 Sistem pendidikan negara pada hari ini bukan
hanya menekankan aspek kurikulum tetapi
turut mengambil kira aspek
kokurikulum.Dengan ini pelbagai akiviti
kokurikulum telah dilaksanakan di peringkat
sekolah iaitu program 1 Murid 1
Sukan,Larian 1 Malaysia dan sebagainya.Di
samping itu,pada peringkat IPT kokurikulum
masih dilaksanakan seperti pertandingan
sukan antara universiti yang di kenali sebagai
MASUM.
UNSUR SOSIAL-Penjelasan konsepnya

 Merapatkan perpaduan antara kaum tanpa


mengira bangsa dan agama
 Memberi ruang kepada pelajar untuk
berinteraksi antara satu sama lain
 Merapatkan hubungan pelajar dengan
pendidik dalam menjayakan sesuatu
program
Impak unsur sosial dalam sistem
pendidikan negara
 Melahirkan pelajar yang bijak
berkomunikasi
 Pelajar mampu menyesuaikan diri dalam
pelbagai situasi masyarakat
 Melahiran pelajar yang mempunyai
keyakinan yang tinggi
Pelaksanaan unsur sosial dalam sistem
pendidikan negara

 Unsur sosial dalam pendidikan negara lebih


kepada mengukuhkan perpaduan antara
kaum.Melalui impian tersebut kerajaan
menubuhkan Sekolah Wawasan . Konsep ini
bermaksud dua atau tiga buah sekolah yang
berlainan aliran dan pentadbiran dibina
dalam kawasan yang sama dan berkongsi
kemudahan-kemudahan asas seperti padang
permainan, dewan, pusat sumber, bilik
komputer, kantin dan sebagainya.
 Aspek kurikulum
Unsur sosial juga diterapkan dalam
proses pembelajaran di sekolah.Hal ini
kerana dalam proses PnP guru
menggalakkan pelajarnya membuat
perbentangan dan perkongsian maklumat
antara satu sama lain.Secara tidak langsung
dengan cara ini dapat melatih pelajar berani
untuk menyampaikan pendapat dan
menerima pandangan rakan-rakan yang
lain.Di samping itu, kaedah ini dapat melatih
pelajar berinteraksi dan berkomunikasi
dengan baik dalam menyampaikan idea.
 Aspek kokurikulum.
Unsur sosial dalam aspek kokurikulum
pula,lebih menitikberatkan kepada
kepimpinan pelajar,disiplin dan
sebagainya.Hal ini kerana,pelajar telah
dilatih untuk mempunyai sifat kepimpinan
hasil daripada penyertaan pelajar dalam
unit beruniform dan persatuan.Malah,
disiplin pelajar pula dapat diterapkan
melalui sukan dan permainan iaitu dengan
mengikuti jadual latihan seperti mana yang
ditetapkan untuk berjaya.
KESIMPULAN
 Falsafah pendidikan kebangsaan telah
berjaya dalam memberi panduan kepada
sistem pendidikan negara menjadi lebih
maju dan sistematik.
 Falsafah pendidikan kebangsaan juga perlu
dihayati oleh semua warga pendidik dalam
melahirkan pelajar yang berketerampilan
dan berilmu pengetahuan..
SEKIAN TERIMA
KASIH…

You might also like