You are on page 1of 4

KUMPULAN LATIHAN KELANASISWA MALAYSIA

(KLKM USM)

PEMBENTANGAN PROJEK PENDEK:


KELESTARIAN ALAM SEKITAR

NAMA: THANUSHA A/P KARUNAKARAN


NO.MATRIK: 135065
PUSAT PENGAJIAN: ILMU PENDIDIKAN (TESOL)
1.0 PENDAHULUAN
Menurut Kamus Dewan, lestari bermaksud tidak berubabah-ubah, kekal atau tetap. Maka,

kelestarian alam sekitar bermaksud kita membiarkan atau memelihara alam sekitar supaya

kekal seperti sediakala. Alam sekitar bukan sekadar mengurus sisa pepejal, mengawal

pencemaran dan menjaga kebersihan kawasan awam. Perkara ini adalah asas kehidupan dan

perlu dilaksanakan sebagai kewajipan dan kepentingan kesejahteraan masyarakat.

Penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab semua. Dalam konteks kepengakapan,

kelestarian alam sekitar merupakan satu perkara yang amat dititikberatkan oleh setiap ahli

pengakap Selain itu, setiap pengakap menggalas tanggungjawab menjaga khazanah-khazanah

alam semulajadi

2.0 PROJEK-PROJEK KELESTARIAN ALAM

Contoh projek-projek kelestarian alam sekitar bagi setiap peringkat Pengakap.

1. Cub Scouts ( 9 – 12 tahun)

Projek yang dapat dianjurkan pada peringkat ini adalah Program Kawasan Angkat. Boleh

dilaksanakan di sekolah sebagai pendedahan awal kepada Cub Scouts tentang pentingnya

pemeliharaan alam sekitar. Aktiviti yang dapat dijalankan ialah mengutip sampah-sarap di

seluruh kawasan sekolah, penanaman semula menggunakan bahan-bahan

terbuang(plastic,tayar) di sekitar sekolah dan kitar semula. Kita juga perlulah menganjurkan

minggu kitar semula, di mana Cub scouts perlu mencipta sesuatu menggunakan bahan-bahan

kitar semula. Sekiranya, inisiatif ini dilakukan , Cub scouts akan mulai mencintai alam sekitar

pada usia yang muda


2. Junior scouts (13-15 tahun) dan Senior Scouts (15-17 tahun)

Kita boleh menggabungkan kedua-dua peringkat ini. Pada kedua-dua peringkat ini ,Program

Kawasan Angkat boleh juga dianjurkan tetapi kita boleh laksanakannya di luar kawasan

sekolah. Mungkin di kawasan perumahan berdekatan sekolah, kawasan kampung. Kita juga

menganjurkan kempen kelestarian alam sekitar untuk mendedahkan kepada mereka tentang

kepentingan alam sekitar dan juga penjagaannya).Semasa kempen itu, junior dan senior scouts

perlulah membimbing sekolah mereka untuk menguruskan sampah-sarap di sekolah dan juga

di kawasan-kawasan sekitar sekolah. Selain itu, melalui inisiatif ini mereka juga boleh

meningkatkan penggunaan bahan-bahan biodegradable.

3.0 Pengakap Kelana (Rovers) di peringkat pengajian tinggi

Selain Program Kawasan Angkat dan Kempen kitar semula, kita juga bolehlah menganjurkan

program kitar semula secara besar-besaran dengan badan-badan uniform lain atau NGO lain di

Malaysia. Kita juga dapat melibatkan setiap golongan atau peringkat masyarakat untuk

menyertai program ini. Melaui inisiatif kita boleh memperkenalkan cara –cara yang mudah

untuk melestarikan dan memelihara alam sekitar Contohnya, memperkenalkan proses and

procedure dalam menguruskan sampah-sarap domestik di rumah, ‘carpooling’, tingkatkan

penggunaan ‘paperbeg’ . Kita juga boleh membawa nama KLKM ke peringkat antarabangsa

dengan melakukan beberapa projek dengan beberapa badan-badan antarabangsa yang terkenal.

Contohnya, bekerjasama dengan United Nations Environment Programme dalam

melaksanakan projek-projek berkaitan dengan alam sekitar seperti memelihara hutan simpan,

spesis-spesis haiwan terancam, dan meningkatkan penyelidikan dari segi kelestarian alam.

Selain itu, kita juga dapat mengutamakan pendidikan alam sekitar atau geografi bagi setiap

peringkat pengajian di seluruh dunia


Bukan itu sahaja, pengakap juga boleh menganjurkan marathon yang melibatkan setiap lapisan

masyarakat bukan sahaja pengakap untuk mengumpul dana bagi melestarikan alam sekitar di

setiap kota-kota besar di Asia Tenggara selaras dengan inisiatif HIJAU KL2017.

Selain itu, melancarkan Scouts Voluntary Programme bagi setiap ahli pengakap untuk

membersihkan dan mengindahkan tempat-tempat pelancongan seperti persisiran pantai dan

kawasan air terjun yang semakin kotor dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang

ekopelancongan. Akhir sekali, Rovers juga boleh berganding bahu dengan Institut

Pembangunan dan alam sekitar dalam menangani isu berkaitan dengan pembangunan lestari

melalui penyelidikan dan latihan. ( Peringkat Universiti)

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, isu alam sekitar merupakan satu isu global yang bukan sahaja memerlukan

penelitian di peringkat antarabangsa tetapi juga di peringkat rendah (sekolah, komuniti, dalam

negara). Dengan inisiatif-inisiatif yang telah saya gariskan tadi, kita sedikit sebanyak dapat

membantu dalam menangani isu-isu alam sekitar yang berlaku pada masa ini sekali gus

melestarikan alam sekitar dan memelihara khazanah-khazanah alam di bumi ini.

You might also like