You are on page 1of 7

4.

0 DAPATAN KAJIAN

` 4.1 Mengenal pasti tatacara adat berjojak dalam kalangan masyarakat Rao di Sungai

Itek Gopeng, Perak.

Pengkaji mendapatkan data daripada kaedah temu bual yang dilakukan terhadap masyarakat Rao

yang menetap di Sungai Itek, Gopeng Perak. Berikut merupakan soalan yang diajukan ketika sesi

temu bual.

BIL SOALAN
1. Berapa banyak proses atau tatacara yang perlu dilakukan dalam adat berjojak?
2. Apakah proses atau tatacara yang perlu dilakukan dalam adat berjojak?
3. Apakah bahan- bahan yang diperlukan untuk melaksanakan adat berjajok?
4. Siapakah yang terlibat untuk membantu kanak – kanak berjojak?
5. Bilakah waktu yang sesuai untuk menjalankan upacara ini?
6. Mengapakah kanak- kanak perlu memakai baju berwarna kuning?

Hasil daripada analisis data temu bual didapati terdapat beberapa tatacara yang perlu diikuti oleh

masyarakat Rao dalam pengamalan adat berjojak ini. Hasil temu bual disenaraikan dalam bentuk koding

dan transkrip. Hasil kajian ini dibincangkan secara terperinci di sub-sub bahagian seterusnya.

4.1.1 Bilangan Proses Adat Berjojak.

Hasil daripada temu bual dengan kedua-dua responden, pengkaji mendapati bahawa responden-

responden memberi jawapan yang sama mengenai bilangan proses adat berjojak iaitu sebelum

upacara, semasa upacara dan selepas upacara. Hal ini dapat dibuktikan melalui dialog di bawah.

R1 : “…Proses adat berjojak ni terbahagi kepada tiga iaitu sebelum upacara, semasa upacara

dan selepas upacara.” (R1/B16-19)


R2 : “…Proses adat berjojak ni ada tiga. Yang pertama sebelum upacara. Yang kedua, semasa

upacara dan yang ketiga, selepas acara.” (R2/B16-20)

4.1.2 Proses Adat Berjojak

Mengikut kajian yang telah dilaksanakan, kedua-dua responden memberi jawapan yang sama

mengenai proses adat berjojak iaitu sebelum amalan berjojak dijalankan, kanak-kanak dipakaikan

dengan baju kuning. Barang-barang yang digunakan disusun di dalam dulang dan dilapik dengan

kain kuning, manakala semasa adat berjojak dijalankan, kanaka-kanak tersebut duduk diatas riba

ibu mereka. Ketika itu, tukang ubat membaca selawat dan membaca ayat-ayat al-Quran dan

dihembuskan ke arah kanak-kanak tersebut. Kanak- kanak ini perlu berjalan di atas hamaparan

bunga sambil memegang keris. Selepas amalan ini dijalankan kanak-kanak terbabit perlu berjalan

seorang diri dan berpatah balik ke pintu. Hal ini dapat dibuktikan melalui dialog di bawah.

R1: “…Sebelum upacara dijalankan, kanak- kanak akan dipakaikan dengan pakaian yang

berwarna kuning. Lepas tu, bahan- bahan utama disusun di dalam sebuah bekas dan diletakkan

dalam dulang tapi kena lapik dengan kain kuning. Lima batang lilin dipasangkan dan gong akan

dipalukan. Untuk semasa upacara dijalankan pula, kanak- kanak akan duduk beriba dengan

ibunya. Tukang ubat akan membacakan jampi yang mengandungi selawat dan al-Fatihah dan

dihembuskan kepada umbun- umbunnya. Kanak- kanak tersebut akan dipimpin untuk berjalan di

atas hamparan bunga- bungaan sambil memegang keris kecil sebanyak 7 kali. Sebaik sahaja

kanak- kanak bejojak, seseorang akan membakar mercun. Selesai berjojak, kanak- kanak akan

dijulang oleh bapanya dan dibawa pergi mandi. Bagi selepas upacara pula, tiga hari lepas

berjojak, kanak- kanak tersebut akan dilepaskan ke luar rumah pada awal- awal pagi lagi. Ibu

bapa akan perhatikan sejauh mana kanak- kanak tersebut berjalan sebelum patah balik semula

ke muka pintu. Sebabnya, masyarakat Rao percaya semakin jauh langkahnya, semakin jauhlah

dia merantau dan sebaliknya.” (R1/B25-63)


R2: “…Sebelum upacara dijalankan, kanak- kanak dipakaikan dengan pakaian yang berwarna

kuning siap dengan keris. Seterusnya, bahan- bahan utama disusun di dalam sebuah bekas dan

diletakkan dalam dulang. Dulang tu mestilah dilapik dengan kain kuning. Bunga- bunga perlu

ditaburkan di atas sehampar kain secara memanjang. Lima batang lilin dipasangkan dan gong

akan dipalukan. Semasa upacara dijalankan pula, kanak- kanak akan duduk beriba dengan

ibunya. Tukang ubat akan membacakan jampi yang mengandungi selawat dan al-Fatihah dan

dihembuskan kepada umbun- umbun rambutnya. Kanak- kanak tersebut akan dipimpin untuk

berjalan di atas hamparan bunga- bungaan sambil memegang keris kecil sebanyak 7 kali. Sebaik

sahaja kanak- kanak bejojak, seseorang akan membakar mercun. Selesai berjojak, kanak- kanak

akan dijulang oleh bapanya dan dibawa ke tempat mandian sambil dipayungi oleh ibu. Bagi

selepas upacara pula, tiga hari lepas berjojak, kanak- kanak tersebut akan dilepaskan ke luar

rumah pada awal- awal pagi lagi. Ibu bapa akan perhatikan sejauh mana kanak- kanak tersebut

berjalan sebelum patah balik semula ke muka pintu.” (R2/B25-66)

4.1.3 Bahan-bahan Yang Digunakan Dalam Proses Adat Berjojak.

Hasil daripada temu bual, pengkaji mendapati bahawa kedua-dua responden memberikan

jawapan yang sama mengenai bahan- bahan yang digunakan dalam proses adat berjojak iaitu

beberapa ulas kunyit hidup, beberapa jenis beras iaitu beras putih, beras kuning dan bertih beras.

Selepas itu kita beberapa jenis bedak sejuk yang berlainan warna iaitu putih, hitam dan kuning

tetapi sudah dibancuh sekali. Keperluan seperti tanah liat, limau nipis, 44 jenis bunga- bungaan

minimum 7 jenis bunga. Hal ini dapat dibuktikan menerusi dialog di bawah.

R1: “…Kita perlu ada beberapa ulas kunyit hidup, beberapa jenis beras iaitu beras putih, beras

kuning dan bertih beras. Lepas tu kita kena ada bedak sejuk yang berlainan warna iaitu putih,
hitam dan kuning tapi dah bancuh sekali. Lepas tu kena ada, tanah liat, limau nipis, 44 jenis

bunga- bungaan minimum 7 jenis bunga.” (R1/B71-81)

R2: “…Bahan- bahannya ialah kita mesti ada beberapa ulas kunyit hidup, beberapa jenis beras

iaitu beras putih, beras kuning dan bertih beras. Lepas tu kita kena ada bedak sejuk yang

berlainan warna iaitu putih, hitam dan kuning tapi dah bancuh sekali. Lepas tu kena ada, tanah

liat, limau nipis, 44 jenis bunga- bungaan minimum 7 jenis bunga.” (R1/B71-82)

4.1.4 Sebab Kanak-kanak Perlu Memakai Baju berwarna Kuning

Hasil daripada temu bual, pengkaji mendapati bahawa kedua-dua responden memberikan

jawapan yang sama mengenai sebab kanak- kanak perlu memakai baju berwarna kuning iaitu

untuk menyerupai seorang raja. Penyataan ini dapat dibuktikan dengan dialog di bawah.

R1: “…kanak- kanak tersebut dipakaikan baju berwarna kuning kerana untuk menyerupai

seorang raja.” (R1/B87-90)

R2: “…untuk menyerupai seorang raja.” (R1/B90-91)

4.1.5 Individu Yang Terlibat Dalam Adat Berjojak

Mengikut kajian yang telah dilaksanakan, kedua-dua responden memberi jawapan yang sama

mengenai individu yang terlibat dalam adat berjojak iaitu Tukang ubat dan kanak- kanak tersebut,

ibu bapa kanak-kanak tersebut dan ahli keluarga kanak-kanak tersebut. Hal ini dapat dibuktikan

melalui dialog di bawah.

R1: “…kanak- kanak tersebut. Lepas tu, ibu bapa dia. Tak pun ahli keluarga dia. Yang paling

penting mesti kena ada tukang ubat.” (R1/B95-99)

R2: “…tukang ubat dan kanak- kanak tersebut. Lepas tu, ibu bapa dia. Tak pun ahli keluarga dia.”

(R2/B96-99)
4.1.6 Waktu Yang Sesuai Untuk Melakukan Adat Berjojak

Mengikut kajian yang telah dilaksanakan, ketiga-tiga responden memberi jawapan yang sama

mengenai waktu yang sesuai untuk melakukan adat berjojak iaitu antara 9 pagi hingga 11 pagi.

Hal ini dapat dibuktikan dengan dialog di bawah.

R1: “…antara jam 9 pagi sehingga 11 pagi.” (R1/B108-109)

R2: “…antara jam 9 pagi sehingga 11 pagi.” (R2/B106-107)

4.2 Mengenal pasti kepentingan adat berjojak dalam kalangan masyarakat Rao di Sungai Itek,

Gopeng, Perak.

BIL. ITEM 1 2 3 4 5
Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat
Tidak Setuju Setuju Setuju
Setuju
f % f % f % f % f %

1. Adat berjojak dapat 0 0 0 0 0 0 5 25.0 15 75.0


mengekalkan keunikan
masyarakat Rao.
2. Adat berjojak dapat 0 0 0 0 0 0 8 40.0 12 60.0
merapatkan silaturrahim
sesama masyarakat yang hadir
ke majlis berjojak.
3. Masyarakat Rao percaya 0 0 0 0 1 5.0 10 50.0 9 45.0
amalan adat berjojak dapat
menjadikan kehidupan yang
lebih baik terhadap
pengamalnya.
4. Kanak – kanak Rao akan 0 0 3 15.0 6 30.0 5 25.0 6 30.0
menjadi lebih sopan jika
mengamalkan adat berjojak.
5. Masyarakat muda Rao tidak 0 0 0 0 9 45.0 1 5.0 10 50.0
melupakan adat berjojak.
6. Masyarakat Rao percaya 0 0 1 5.0 3 15.0 6 30.0 10 50.0
pengamalan
adat berjojak dapat
menghindarkan kanak – kanak
daripada cirit – birit.
Kanak – kanak Rao yang tidak
berjojak pula didakwa akan
7. 0 0 1 5.0 4 20.0 7 35.0 8 40.0
mengalami masalah fizikal
seperti tidak mampu berjalan.

Berdasarkan jadual di atas, hanya 5 orang bersamaan 25.0% memilih setuju terhadap

pernyataan adat berjojak dapat mengekalkan keunikan masyarakat Rao. Walau bagaimanapun, 15

orang yang bersamaan 75.0% memilih sangat setuju bahawa adat berjojak dapat mengekalkan

keunikan masyarakat Rao di Sungai Itek, Gopeng, Perak. Namun begitu, tiada seorang pun yang

memilih sangat tidak setuju, tidak setuju dan kurang setuju. Kesimpulannya, kebanyakan

responden bersetuju adat berjojak dapat mengekalkan keunikan masyarakat Rao. Selain itu bagi

soalan kedua iaitu adat berjojak dapat merapatkan silaturrahim sesama masyarakat yang hadir ke

majlis berjojak. Terdapat 8 orang responden bersamaan 40.0% memilih tidak setuju mengenai

kepentingan ini. Walau bagaimanapun, terdapat 12 orang responden bersamaan 60.0% memilih

sangat setuju. Kesimpulannya, majoriti responden bersetuju bahawa adat berjojak dapat

merapatkan silaturrahim sesama masyarakat yang hadir ke majlis berjojak. Seterusnya 9 orang

bersamaan 45.0% responden sangat setuju dengan soalan yang ketiga iaitu masyarakat Rao

percaya amalan adat berjojak dapat menjadikan kehidupan yang lebih baik terhadap

pengamalnya. Seterusnya, terdapat 10 orang responden bersamaan 50.0% memilih setuju Selain

itu, hanya seorang sahaja responden yang memilih kurang setuju. Kesimpulannya, kebanyakan

responden bersetuju adat berjojak dapat mengekalkan keunikan masyarakat Rao.

Manakala 6 orang bersamaan 30.0% responden sangat setuju dengan soalan yang

keempat iaitu kanak – kanak Rao akan menjadi lebih sopan jika mengamalkan adat berjojak.

Seterusnya, terdapat 5 orang responden bersamaan 25.0% memilih setuju . Selain itu, 9 orang

responden bersmaan 45% yang memilih kurang setuju. Kesimpulannya, kebanyakan responden

bersetuju adat berjojak dapat menjadikan kanak – kanak Rao akan menjadi lebih sopan jika
mengamalkan adat berjojak. Seterusnya kepentingan yang kelima iaitu masyarakat muda Rao

tidak melupakan adat berjojak. Dalam jadual ini, terdapat 9 orang responden bersamaan 45.0%

memilih kurang setuju. Terdapat juga seorang responden memilih setuju bersamaan dengan 5.0%

dan 10 orang responden bersamaan 50.0% responden sangat setuju dengan penyataan ini.

Kesimpulannya, majoriti responden memilih setuju dengan item masyarakat muda Rao tidak

melupakan adat berjojak. Selain itu, terdapat 00 orang responden bersamaan dengan 50.0%

sangat setuju terhadap soalan keenam pengamalan adat berjojak iaitu masyarakat Rao percaya

pengamalan adat berjojak dapat menghindarkan kanak – kanak daripada cirit – birit. Selain itu,

terdapat 6 orang responden bersamaan 30.00% memilih setuju bagi pernyataan ini. Seterusnya,

terdapat 3 orang responden bersamaan 15.00% memilih kurang setuju. Terdapat seorang (5.0%)

sahaja responden memilih tidak setuju dengan pernyataan ini. Oleh itu, majoriti responden

memilih setuju terhadap terhadap kepentingan pengamalan adat berjojak iaitu masyarakat Rao

percaya pengamalan adat berjojak dapat menghindarkan kanak – kanak daripada cirit– birit.

Bagi soalan terakhi iaitu ketujuh adat berjojak iaitu kanak – kanak Rao yang tidak

berjojak pula didakwa akan mengalami masalah fizikal seperti tidak mampu berjalan. Terdapat 8

orang responden bersamaan 40.0% memilih sangat setuju dan 7 orang responden bersamaan

35.0% memilih setuju. Seterusnya, terdapat 4 orang (20.0%) responden memilih kurang setuju

dengan pernyataan ini. Hanya seorang (5.0%) responden yang memilih tidak setuju.

Kesimpulannya, hasil perbincangan dapatan kajian temu bual menunjukkan bahawa terdapat

pelbagai proses dan proses adat berjojak dalam kalangan masyarakat Rao di Sungai Itek, Gopeng Perak.

You might also like