You are on page 1of 98

Budaya Dalam Pembelajaran ( EDU 3106)

NAMA; NOOR ZULIZA BT MOHAMAD SABRI NURUL FAUZIANI BT MD. DAHALAN PENSYARAH; CIK ANITA BT HJ. ABU HASAN

ISTILAH SEJARAH DEMOGRAFI KEGIATAN EKONOMI BAHASA TARIAN ALAT MUZIK PERAYAAN ADAT KEPERCAYAAN ADAT MENGANDUNG SISTEM TULISAN

ADAT KEMATIAN
ADAT PERKAHWINAN

KESIMPULAN

Maksud Iban
Menurut kamus dewan; Suku kaum pribumi yang terbesar di Sarawak yang tinggal di merata daerah, suku kaum ini juga di kenali sebagai dayak laut.

kamus dewan edisi keempat m/s 557


HOME

Sejarah Asal Suku Kaum Iban


Kaum Iban merupakan masyarakat pribumi di Sarawak. Masyarakat pribumi kaum Iban lebih di kenali dengan bangsa Dayak. Ia di percayai berasal daripada tanah besar Indonesia dari bahagian Kalimantan Barat Indonesia.

Suku kaum Iban melakukan migrasi ke kawasan yang baru.


Ini kerana kedudukan geografi terletak begitu hampir dengan negeri Sarawak pada masa tersebut. Migrasi awal di kenal pasti berpusat di Lubuk Antu yang merupakan salah satu daerah yang terdapat dalam bahagian Sri Aman pada masa kini.
HOME

Demografi Suku Kaum Iban


Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak. Jumlah suku kaum Iban di Sarawak adalah sebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlah penduduk di Sarawak. Mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut.

Tetapi kepadatan penduduk iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarekei , Sibu , Kapit , Bintulu dan Miri.
Kebanyakan kaum iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya teletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain

Jumlah Penduduk

600,000 ( sahaja)

Rantau dengan penduduk penting


Bahasa Agama Kelompok etnik terdekat

Sarawak, Brunei & Kalimantan Barat


Iban Kristian & Animist

Kantu, Mualang, Semberuang, Bugau & Sebaru'

Taburan Penduduk Kaum Iban


Suku kaum iban tertumpu di kawasan

HOME

Kegiatan Ekonomi
Segolongan besar orang iban masih melibatkan diri dalam kegiatan pertanian iaitu menanam padi bukit atau padi huma.

Pada zaman dahulu orang iban merupakan peneroka ulung dalam membuka hutan rimba bagi tujuan penanaman padi bukit.
Aktiviti penerokaan ini dilakukan dengan luas bagi mencapai matlamat untuk mendapatkan hasil tuaian tanaman padi yang lebih banyak

Bagi masyarakat iban, sesiapa yang dapat tuaian padi yang banyak maka dia merupakan seorang yang boleh dianggap kaya dan dipandang tinggi ,pintar dan rajin. Justeru itu masyarakat iban pernah dianggap sebagai salah satu masyarakat yang terkenal dengan penanaman padi bukit(Sultive,1978:3).

Suku kaum iban ini masih menjalankan aktiviti memburu dan memungut sumbersumber hutan untuk mendapatkan bekalan makanan dan perubatan.
Pada hari ini sebahagian orang iban mula menetap di bandar- bandar besar di sarawak. Kebanyakan generasi baru iban mempunyai pengetahuan dan kelayakan pendidikan dan berkerja di dalam sektor awam dan sektor swasta.
HOME

BAHASA
Pada awalnya, dalam lingkupan sosial masyarakat Dayak Kalimantan Tengah, bahasa yang digunakan adalah bahasa Dayak. Terdapat beberapa dialek bahasa Dayak, seperti bahasa Dayak Ngaju, bahasa Dayak Maanyan, Dusun, Bakumpai, dan lainnya.

Dari beberapa jenis bahasa tersebut, bahasa Dayak Ngaju boleh dikatakan adalah bahasa yang paling popular di Kalimantan Tengah (diguna pakai oleh semua masyarakat Kalimantan Tengah).

Boleh dikatakan bahawa bahasa Dayak Ngaju merupakan bahasa pengantar (lingua franca) di Kalimantan Tengah.

CONTOH BAHASA IBAN Anang manchal! - "Jangan nakal!" Apa khabar? - Nama berita? Siapakah nama anda? - Sapa nama nuan? Siapa datang dengan anda? - Sapa enggau nuan? Berapakah harga barang ini? - Berapa rega utai tu? Dimana ___ ? - Dini alai ____ ? Anda dari mana? - Ari ni penatai nuan? Sekarang pukul berapa? - Pukul berapa diatu? Sekarang pukul 5 - Diatu pukul 5 Saya mau pulang - Ka pulai dulu

Namun bahasa dayak ini semakin dilupakan oleh masyarakat Iban ini sendiri. Mereka lebih gemar menggunakan bahasa banjar berbandaing bahasa dayak.
Ini terbukti apabila 90% daripada warga sekolah termasuk pihak guru, pentadbir dan pelajar menggunakan bahasa banjar sebagai bahasa komunikasi mereka.

Kurangnya kemahuan dari generasi muda untukmempelajari bahasa dayak

Faktor kelunturan Bahasa dayak


Kurangnya kesedaran dan juga rasa bangga terhadap bahasa sendiri.

Generasi muda merasa bahasa dayak tidak moden

HOME

SISTEM TULISAN
Masyarakat Dayak-Iban merupakan satusatunya bangsa bumiputra di Malaysia yang mempunyai sistem tulisan yang disebut 'Turai'. Ianya mempunyai tidak kurang daripada 59 abjad yang mewakili bunyi sebutan seperti tulisan rumi. Sistem tulisan ini berkesan apabila orang Iban dapat merujuk keturunan sehingga 15 generasi yang terdahulu dengan tepat dan ia juga digunakan untuk merekodkan peristiwa penting.
HOME

PANTANG LARANG
MENGANDUNG

Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang, antaranya seperti berikut;
Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak.

Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.

Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.
Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar.

Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh.

Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan.
Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja.

BERSALIN
- Berikut merupakan beberapa adat yang dilakukan oleh masyarakat Iban semasa menyambut kelahiran bayi.

Pontong
- Dalam masyarakat Iban, sebaik sahaja bayi dilahirkan, buluh yang dipanggil Pontong akan dipalu untuk memanggil jiran-jiran. - Selain pontong, tembakan senapang juga turut digunakan.

Potong Tali Pusat dan Berurut


Sejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan segera dipotong dan bayi akan dimandikan. Seterusnya bayi dibedung dengan kain Pua Kumbu atau selimut yang ditenun cantik. Ketika bersalin, si isteri akan dibantu oleh seorang bidan dan dia akan memastikan ibu dan bayi dalam keadaan baik dan teratur. Seterusnya badan si ibu akan diurut oleh bidan bertujuan untuk menghilangkan rasa sengal-sengal badan akibat bersalin tadi. Selepas diurut, badan si ibu akan diusap pula dengan ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu yang dibalut dengan tekalung, sejenis kain yang dibuat daripada kulit kayu.

SELEPAS LAHIR - Adat-adat berikut diamalkan oleh kaum wanita Iban


selepas bersalin. a) Berpantang Wanita Iban akan berpantang selama tiga puluh hari selepas melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang itu, ibu akan diberi makan nasi dan ikan salai atau ikan kering yang kadang-kadang dicampur dengan pucuk paku dan buah pulur. Semua makanan tersebut pula perlu dicampurkan dengan halia atau air rebusan halia supaya dapat memanaskan badan.

b) Berdiang/ Bersalai
Selepas bersalin, wanita kaum Iban perlu menjalani satu amalan yang dipanggil berdiang atau bersalai, di mana si ibu perlu duduk dekat dengan unggun api. Kayu yang digunakan untuk unggun api ini mestilah dari jenis kayu yang baik. Antara jenis kayu yang lazim digunkan ialah kayu malam, manding atau langsat. Kayu-kayu ini juga dikatakan mampu menyembuhkan penyakit ibu yang baru bersalin. Jika kayu yang digunakan untuk berdiang tersebut basah atau dari jenis beracun, dibimbangi asapnya akan memudaratkan si ibu dan bayi.

Si ibu perlu berdiang atau bersalai selama empat puluh satu hari. Dalam tempoh itu, si ibu perlu menggariskan kapur pada tiang atau dinding rumah untuk menghitung hari kelahiran.
Kesihatan si ibu dianggap pulih seperti sediakala apabila selesai menjalani adat-adat ini.

c) Tanggal Pusat Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila bayi sudah tanggal pusat iaitu ketika bayi berusia empat hari. Bayi tersebut akan dibawa oleh nenek atau saudara perempuannya ke tanju atau luar anjung untuk melihat matahari sambil mulut bayi tersebut dirasakan dengan garam.

Pada masa itu juga, doa atau mentera dibacakan agar kesihatan bayi sentiasa terpelihara.

d) Menamakan Bayi Kaum Iban begitu mementingkan adat memberi nama kepada anak-anak mereka yang baru lahir. Ini kerana, nama yang baik dan elok mempunyai kesan ke atas masa hadapan kanak-kanak tersebut. Lazimnya sebelum memberi nama yang rasmi, anak-anak kaum Iban akan diberi nama timangan. Bayi yang baru lahir itu seterusnya akan diberi nama sempena nama salah seorang daripada nenek moyangnya yang pernah berjasa dan handal.

Tujuannya supaya bayi itu akan mewarisi jasa serta mengikut jejak langkah nenek moyangnya itu. Seterusnya upacara memilih nama akan dijalankan di mana kepalan nasi akan diletak di atas papan yang tertulis nama-nama yang dipilih itu.
Kemudian seekor ayam akan dilepaskan untuk membuat pilihan dan ini dikenali sebagai Manok Tawai. Kepalan nasi yang dipatuk oleh ayam tersebut akan menjadi pilihan untuk menamakan bayi tersebut. Kemudian barulah nama itu dihebohkan kepada saudara mara yang terdekat.

e) Mandi Sungai
Upacara mandi sungai dijalankan selepas bayi diberi nama. Ia dijalankan semasa bayi itu berumur satu bulan dan adat ini dijalankan bagi membiasakan bayi dengan air sungai. Permulaannya, jiran-jiran akan dimaklumkan untuk meraikan adat tersebut dengan meriah. Dua orang lelaki akan membawa seekor ayam dan panji-panji. Kebiasaannya mereka ini ditugaskan membaca mentera dan menetak air sungai. Dua orang perempuan pula akan mengiringi lelaki tersebut. Seorang akan membawa ancak dan seorang lagi mengendong bayi. Bayi tersebut dipakaikan kain pua belantan dan kumpulan itu akan diikuti pula oleh orang ramai.

Ketika ini doa atau mentera dibaca meminta supaya bayi itu menjadi orang yang sempurna dan berguna. Sebaik sahaja mentera dibaca, dua orang lelaki tadi akan menetak air dan ayam disembelih. Nama bayi juga akan diumumkan ketika itu. Bagi bayi lelaki, sayap ayam akan diikat dengan benang merah yang digantung pada galah berayang. Manakala bagi bayi perempuan pula, benang tersebut digantung pada galah laletan. Selepas bayi dimandikan, dia akan dibawa pulang sambil gendang dipalu. Bayi itu akan dipangku dan pemangku duduk di atas tawak atau gong yang diletakkan di tengah-tengah ruai.

Kemudian, bayi dan pemangkunya diselimutkan dengan kain pua kumbu dan disiram dengan air rendaman batu penawar burung, cincin emas atau wang ringgit lama. Selepas upacara mandi selesai, tetamu-tetamu akan dijamu dengan air tuak dan makanan yang ringkas. Upacara ini diakhiri dengan kenduri mandi anak iaitu menjamu tetamu dan ahli rumah panjang dengan makanan yang lebih banyak.

f) Berkhatan

Kanak-kanak lelaki kaum Iban akan berkhatan ketika berumur sepuluh tahun. Berkhatan lazimnya dilakukan secara senyap dan tidak disertai dengan kenduri. Kanak-kanak yang tidak berkhatan akan digelar sebagai lelaki kulup di kalangan kaum Iban.

HOME

ADAT PERKAHWINAN
Perkahwinan dalam masyarakat Iban agak unik kerana terdapat beberapa peraturan yang dilakukan sebelum seseorang itu layak menjadi suami isteri. Dalam masyarakat Iban, usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua tahun. Ini disebabkan dalam usia yang sebegini, pihak lelaki telah bersedia untuk berkahwin. Bagi pihak si gadis pula, tiada umur khusus yang ditetapkan.

Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban ialah perkahwinan yang mematuhi kehendak adat. Pihak yang melanggar mana-mana adat perkahwinan dikehendaki membayar denda untuk mengelakkan pasangan suami isteri ditimpa kesusahan.

Usaha mencari pasangan bergantung pada keadaan di rumah itu, kalau keluarga itu besar, anak-anak mereka lambat dikahwinkan. Sebaliknya, apabila anggota keluarga di rumah itu kecil, anak-anak mereka akan dikahwinkan secepat mungkin dengan harapan menantu dapat membantu keluarga membuat kerja-kerja tertentu. Terdapat beberapa peringkat tertentu dalam perkahwinan kaum Iban iaitu peringkat merisik, meminang, bertunang, majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan.

PERINGKAT PERKAHWINAN DALAM KAUM IBAN

Merisik Meminang Bertunang Majlis perkahwinan


Selepas majlis perkahwinan.

MERISIK
Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki. Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik.

Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian dan sebagainya.
Keluarga pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu menggalakkan.

MEMINANG DAN BERTUNANG Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang daripada lima orang dan paling ramai dua puluh orang yang terdiri daripada orang-orang tua. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian atau mas kahwin serta lain-lain yang berkaitan. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan

Seterusnya kedua belah pihak akan berbincang tentang tarikh dan hari perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan itu tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna selain tunangnya.

Dua atau tiga hari kemudian wakil pihak lelaki akan memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga.

MAJLIS PERKAHWINAN
Pada majlis perkahwinan pelbagai persiapan akan dibuat untuk majlis perkahwinan yang bakal tiba. Bagi pihak keluarga lelaki mereka akan menyediakan perbelanjaan serta barang yang harus diberikan kepada keluarga perempuan. Keluarga perempuan juga membuat pelbagai persiapan termasuk memburu binatang untuk disembelih pada hari perkahwinan.

Untuk mengundang tetamu, kedua-dua pihak melantik wakil masing-masing untuk menguruskan jemputan kahwin.
Wakil itu membawa beberapa utas tali bersimpul yang menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan dilangsungkan. Sekiranya tali itu mempunyai lima simpulan, bermakna perkahwinan itu akan berlangsung dalam masa lima hari lagi. Wakil khas akan meninggalkan tali bersimpul itu kepada tuai rumah atau ketua rumah panjang yang bertanggungjawab membuka simpulan tali itu setiap hari.

Pada hari perkahwinan, rombongan lelaki biasanya berarak ke rumah panjang pengantin perempuan dengan menaiki perahu yang dihiasi kain pua kumbu sekiranya pengantin melalui jalan sungai . Jika tidak, pengantin akan berjalan kaki mengikut jalan darat. Di sepanjang jalan, rombongan yang berpakaian menarik itu akan memukul gong. Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah pengantin perempuan, tembakan meriam akan dilepaskan.

Kemudian mereka mandi beramai-ramai di sungai sebelum memakai pakaian tradisional.


Sampai di tangga rumah panjang, kepala rombongan pengantin lelaki dipelawa menyembelih seekor babi sebagai penghormatan dan pada masa itu juga tembakan senapang akan kedengaran secara balas-membalas. Di kepala tangga rumah itu pula, terdapat rangka yang berbentuk seperti kota. Ketua rombongan pengantin lelaki terlebih dahulu terpaksa membuka tiga buah kota iaitu di kepala tangga, di tengah rumah dan di hujung rumah

Setelah itu, rombongan pihak lelaki di kalangan kaum wanita akan masuk ke bilik pengantin perempuan, manakala yang lelaki duduk di ruai. Mengikut adat tetamu perempuan hanya dapat masuk ke dalam bilik pengantin perempuan dengan menggunakan bahasa berirama untuk membuka pintu bilik yang dipalang dengan lembing dan ditutup oleh pua kumbu.
Para tetamu seterusnya akan dijamu dengan sejenis arak iaitu tuak dan pelbagai jenis air seperti air haus, air dahaga dan air untung. Sambil itu mereka akan bergurau senda dan beramai-ramai menyanyikan lagu dan memukul gendang.

Mereka juga akan berpusing di rumah selama tiga kali. Sesudah itu air minuman akan dihantar kepada setiap tetamu dan ini dinamakan air penyuci. Sekiranya perkahwinan berlangsung pada waktu siang, selepas makan tengahari barulah keduadua pihak berbincang tentang perihal pengantin dan susur galur mereka.

Sekiranya dilangsungkan pada waktu malam, perbincangan dilakukan selepas tengah malam.
Mereka akan berbincang dan golongan yang tertua akan melakarkan hubungan antara pengantin lelaki dan perempuan yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Sebelum perbincangan diadakan, tuai rumah sekali lagi akan menghidangkan minuman keras yang dipanggil air perangsang kepada para tetamu. Setelah mengetahui hubungkait kekeluargaan, denda akan dikenakan kepada mereka.

Selepas itu barulah ibu bapa pengantin perempuan meminta berian. Terdapat nilai berian yang telah ditetapkan di kalangan masyarakat Iban. Pihak perempuan juga meminta bayaran memecah tangga iaitu sebilah beliung, bayaran pembuka pintu iaitu sebatang lembing, bayaran pembuka kelambu iaitu sebilah pedang dan pemberian kecil yang lain.

Pihak lelaki pula meminta pencuci kaki , sebuah tempayan, sepasang tempat menggantung gong, penolak haluan iaitu sebatang sumpitan, kajang perahu iaitu sehelai kain pua kumbu dan beberapa pemberian kecil lagi.

Selepas menjelaskan segala berian, mereka menetapkan pula syarat berhubung dengan berian sekiranya berlaku perceraian. Permintaan tersebut akan hilang setelah berlakunya perceraian yang tidak nyata.
Sekiranya perceraian disebabkan oleh pihak lelaki, si suami wajib membayar balik berian yang diterimanya dahulu dan tambahan sebanyak RM50 sebagai denda. Sekiranya berlaku percubaan untuk mencemarkan nama mana-mana pihak, pihak yang bertanggungjawab akan dikenakan denda yang lain. Seterusnya upacara membelah pinang atau mengulang pinang akan dijalankan. Seorang perempuan akan membawa keluar tepak sirih dan kemudian membelah pinang tersebut .

Pecahan pinang itu akan menentukan tempoh masa pengantin perempuan wajib tinggal di rumah suaminya. Kemudian seorang lemambang atau bomoh akan mengadakan upacara menidurkan anak dan mengejutkan anak itu semula dengan beberapa rangkap pantun.
Seterusnya pinang tersebut akan diagihkan kepada tetamu dan diberi sarapan pagi. Upacara perkahwinan telah dianggap tamat dengan menjalankan adat ini sekiranya tiada kesalahan adat yang dilakukan oleh kedua belah pihak.

Jika ada kesalahan adat pengantin baru akan mandi di sungai untuk membersihkan diri. Untuk adat ini juga mereka perlu memegang sehelai kain yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan semasa perkahwinan itu akan hilang pada setiap individu.

Selepas mandi, mereka menyembelih seekor babi sebagai korban dan juga sebagai penebus dosa pengantin.

Setelah menyucikan diri, pasangan pengantin akan memakai pakaian masing-masing untuk pergi ke rumah pengantin lelaki pula. Di sepanjang jalan, rombongan perlu kelihatan gembira kerana segala kesalahan telah dihapuskan. Seterusnya sambutan yang meriah diadakan pula di rumah pengantin lelaki.
Pada sebelah malamnya, kedua pengantin diiringi oleh pengapit masing-masing dan akan disandingkan di atas gong atau kerusi yang dialas kain tenun.

Adat ini juga boleh disamakan dengan adat bersanding di kalangan masyarakat Melayu.
Pasangan ini akan disaksikan oleh hadirin di rumah panjang tersebut. Seterusnya seseorang yang dipanggil tukang ganyang akan memulakan upacara. Ayam yang telah diikat kakinya kemudian dilepaskan dan mentera pun dibaca. Ayam yang telah disembelih itu akan diambil darahnya untuk disemah kepada pengantin. Istiadat ini akan diakhiri dengan jamuan makan dan minum.

Selepas mengadakan majlis di rumah pengantin lelaki, sekali lagi majlis diadakan di rumah pengantin perempuan. Sungguhpun mereka telah sah sebagai pasangan suami isteri, mereka tidak boleh tidur bersama. Si suami masih tidur di ruai iaitu di bilik tetamu. Sebarang bunyi-bunyian yang didengar sepanjang berada di situ akan mempunyai maksud yang tersendiri samada baik atau sebaliknya.

Ada pasangan yang terpaksa dipisahkan buat sementara waktu kerana mendapat petanda buruk.

Pasangan pengantin lelaki dan perempuan. Semoga kekal sehingga anak dan cucu

HOME

ADAT KEMATIAN
Masyarakat Iban menguruskan sesuatu kematian itu mengikut adat-adat tertentu. Setiap adat yang dilakukan mempunyai maksud dan tujuan yang tertentu. Secara keseluruhannya adat kematian masyarakat ini merangkumi peringkat-peringkat berikut:

a) Semasa kematian b) Semasa pengebumian c) Selepas kematian

Semasa kematian Semasa pengebumian Selepas kematian

SEMASA KEMATIAN
- Orang Iban menguruskan mayat dengan penuh kemuliaan. Apabila ada kematian, semua saudara mara dan sahabat handai menghadirinya.

- Perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja mendapati seseorang itu mati ialah merapatkan mulutnya. Ini dilakukan oleh ahli keluarganya.
- Kemudian mayat dimandikan, disikat dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya. Kedua-dua pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu. - Mereka percaya, jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si mati akan membawa pulang roh si mati. Kemudia mayat diletakkan di tengagh-tengah rumah panjang dan dilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil sapat.

- Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan.


- Barang-barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di dunia keduanya kelak (dunia selepas mati). - Mayat itu juga tidak boleh ditinggalkan bersendirian. Seterusnya, seorang wanita yang mahir ditugaskan membaca doa. - Dengan doa itu, roh si mati dipercayai dapat dibawa ke syurga tanpa sebarang halangan.

- Doa itu akan dibaca berterusan sehinggalah mayat dibawa keluar dari rumah panjang.
- Sepanjang malam sebelum pengebumian dijalankan, orang tua-tua akan berbincang tentang jangkamasa berkabung dan berpantang. - Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat itu disuakan makanan menggunakan pinggan. - Kemudian pinggan itu dipecahkan dan dibuang ke tanah melalui celahan lantai. - Mayat itu kemudiannya ditaburi beras supaya petara tidak menyiksa mayat itu. Keranda itu diperbuat daripada kayu yang baik oleh tukang mahir di kampung itu. Keranda itu biasanya dihias dengan ukiran yang mempunyai motif tradisional.

SEMASA PENGEBUMIAN
- Setelah kawasan kubur ditetapkan, seekor ayam dikorbankan di atasnya. Darah ayam itu dikatakan sebagai persembahan kepada sempulang gana supaya menerima mayat itu. - Ketika ini kaum wanita dilarang memasuki kawasan perkuburan. Lubang kubur digali tanpa menggunakan sebarang senjata tajam. - Hanya tangan dan kayu sahaja yang boleh digunakan. Biasanya lubang itu sedalam tiga kaki sahaja kerana penggali kubur tidak boleh memasuki lubang itu.

- Apabila sudah digali, daun atau rumput hijau dielakkan daripada memasuki lubang itu. Jika daun atau rumput itu turut terkubur, mereka percaya roh si mati akan mengganggu orang yang masih hidup.

- Sebuah pondok kayu dibina di atas kubur untuk melindungi kubur.


- Barang-barang tertentu kepunyaan si mati diletakkan di dalam pondok itu. Umpamanya, jika si mati seorang pahlawan, senjata kepunyaannya diletakkan di situ.

SELEPAS KEMATIAN
- Masa berkabung bermula sebaik sahaja pengebumian selesai. Tempoh berkabung ialah tiga bulan bagi keluarga si mati dan sebulan bagi penghuni rumah panjang tersebut. - Dalam tempoh itu unggun api dinyalakan di luar rumah selama tiga malam. Jika tidak, roh si mati akan pulang ke rumah dan mengganggu orang yang masih hidup. - Mereka dilarang mengadakan sebarang majlis hiburan. Ahli keluarga si mati juga dilarang memakai barang kemas dan pakaian bewarna-warni. - Setelah tempoh berkabung tamat, seorang lelaki yang dihormati dijemput untuk menjalankan upacara ngetas ulit sebagai tanda tamat berkabung.

- Tidak beberapa lama kemudian upacara bercerai bunga dijalankan supaya roh si mati berada di dalam keadaan aman. Manang atau dukun menyanyi sepanjang malam meminta supaya petara memisahkan roh si mati daripada roh orang yang masih hidup.
- Adalah dipercayai perpisahan tersebut akan berkekalan selepas gawai orang mati diselenggarakan.

HOME

KESENIAN
Peralatan Muzik Masyarakat Iban
- Peralatan muzik tradsional masyarakat Iban adalah terdiri daripada Tawak ( gong ), Bendai, gendang.
- Peralatan muzik tersebut digunakan semasa melakukan tarian ngajat. - Disamping itu peralatan muzik itu juga turut digunakan semasa melakukan beberapa upacara adat resam antaranya ialah upacara perkahwinan, semasa pindah ke rumah panjang yang baru dan semasa upacara menamakan anak.

Engkoromong
Gong kecil diperbuat daripada perenggu berbentuk periok. Berbusut di tengah permukaannya. Lapan buah gong bagi satu set diatur berbaris di atas para yang panjang. Digunakan dalam muzik iringan tarian, dan dalam muzik kumpulan oleh orang-orang Iban di Sarawak. Gong-gong diatur berbaris melintang di atas satu para yang panjang dan dipalu dengan sepasang pemalu kayu oleh seorang pemain.

Engkerurai
Engkerurai merupakan salah satu daripada jenis alat muzik yang jarang dilihat pada ketika ini, baik di pertunjukan umum mahupun dipamerkan dalam bahan cetak. Kewujudannya seolah-olah tidak diketahui umum.

Alat muzik yang dikategorikan sebagai aerofon kerana bunyi nadanya dihasilkan melalui tiupan mulut.
Dari segi bahan, alat muzik ini banyak menggunakan buluh dan sejenis labu. Manakala dari segi lagu atau repertoir, ia banyak meniru bunyi dan aksi dari alam semulajadi

Begitupun, engkerurai tidak pernah dipersembahkan dengan alat muzik lain. Persembahan alat muzik ini lebih bersifat berseorangan ataupun solo. Persembahan engkerurai lebih terserlah di kalangan masyarakat yang mendiami Bahagian Sri Aman.

HOME

Kebudayaan masyarakat Iban : Tarian


- Salah satu identiti masyarakat Iban menjadi pelambangan mereka semua adalah tarian ngajat. - Keunikan dalam setiap persembahan tarian ngajat inilah menjadikan suku kaum ini terlalu istimewa dan tersendiri. - Keindahan tarian ngajat yang terdapat dalam masyarakat ini adalah unik dan asli kerana ianya merupakan satu identiti komuniti Iban yang penuh dengan dunia mistik dan keajaiban serta membezakan kaumnya dari suku-suku kaum pribumi lain di Sarawak.

- Tarian ngajat dibahagikan kepada pelbagai jenis tarian ngajat iaitu ialah Ngajat Lesong, Ngajat Bunuh, Ngajat Induk, Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ), Ngajat Pua Kumbu dan Ngajat Kuta ( persembahan ngajat Tradisional ). - Tarian biasanya di persembahkan semasa meraikan kejayaan atau menyambut kepulangan pahlawanpahlawan Iban yang baru balik dari medan perang dan juga meraikan kejayaan hasil dari cucuk tanam mereka yang merujuk kepada tanaman padi.

Ngajat Bunuh

Ngajat Kuta ( persembahan ngajat Tradisional ).

Ngajat Pua Kumbu

Jenis Tarian Ngajat


Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ),

Ngajat Lesong

Ngajat Induk

Ngajat Lesong

- Merupakan tarian yang di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja. - Persembahan ngajat jenis ini hanya di benarkan untuk di tarikan oleh kaum lelaki kerana ianya memerlukan penari lelakinya untuk menari sambil menggigit lesong. - Kekuatan dan kegagahan yang di tunjukkan dalam persembahan tarian ngajat jenis ini hanya sesuai di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja.

Ngajat berbunuh

- Di persembahkan oleh kaum lelaki dari masyarakat iban. - Tarian ini merupakan satu peniruan atau pengulangan yang di lakukan oleh mereka sebagaimana yang yang mereka lakukan semasa menghadapi musuhmusuh ketika mereka mengadakan aktiviti harian seperti memburu.

Ngajat Induk

- Merupakan persembahan yang di persembahkan oleh golongan wanita yang memaparkan kelembutan dan kehalusan seni budaya serta adat istiadat masyarakat pribumi itu sendiri.

- Gerak tari yang di persembahkan mempunyai maksud yang tersirat serta menggambarkan aktiviti harian masayarakat Iban.

- Tarian yang di persembahkan adalah seperti membuat kraftangan tradisional iaitu menenun pua kumbu. Selain itu kreatif menghasilkan kraftangan yang berasaskan manik. - Kita boleh melihat pakaian tradisional bagi masyarakat Iban khususnya kaum wanita yang kaya dengan keindahan dan kehalusan seni kraftangan tradisi mereka. - Sebagai contoh Marik Empang yang di gunakan oleh penari wanita masyarakat Iban.

Ngajat Kuta

- Merupakan jenis tarian persembahan ngajat yang menggabungkan penari lelaki dan perempuan. - Biasanya diadakan bagi upacara sambutan seperti perasmian sesebuah persembahan kebudayaan dan sebagainya. - Tarian ini berbeza daripada tarian Ngajat Pua Kumbu yang merupakan salah satu daripada jenis persembahan yang terdapat dalam tarian ngajat.

- Persembahan ngajat jenis ini lazimnya di persembahkan oleh golongan wanita.


- Memandangkan nama tarian ini ialah Pua Kumbu jadi sudah pasti para penarinya akan menari tarian ngajat sambil membawa kain pua kumbu sebagai props dalam persembahan mereka.
- Dari segi kostum dan aksesori yang di gunakan ialah hiasan kepala ( kerapu perak ) headgear yang di perbuat daripada tembaga yang bewarna perak di hiasi dengan bulu burung kenyalang, bulu burung Tajai dan bulu burung Ruai dan mengandungi ukiran flora di sekeliling hiasan kepala

-Gagong merupakan nama sejenis pakaian pahlawan atau penari lelaki yang di perbuat daripada kulit binatang yang masih terdapat bulu dari kulit itu tadi. -Biasanya kulit itu diperolehi daripada binatang buruan mereka seperti beruang. -Baju tenung ( wawan attire ) pula merupakan baju burung yang bermotifkan hiasan atau ukiran burung, baju sampang , baju buri ( yang di hiasi kulit tiram yang besar). -Sirat merupakan sejenis kala cawat yang berukuran lebih kurang 30 kaki dan berwarna merah, hitam, biru tua, putih, coklat dan di hiasi dengan bintik-bintik pada kain tersebut.

Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu )

- Dipersembahkan bagi tujuan menyambut kedatangan tetamu khas yang datang. - Biasanya tarian ini di persembahan ketika upacara perasmian atau pembukaan sesuatu majlis rasmi yang di hadiri oleh banyak tetamu-tetamu terhormat dan orang ramai.
HOME

Seni Kraftangan
Kraftangan didefinasikan sebagai penghasilan kerja tangan yang dihasilkan sama ada secara individu atau secara berkumpulan. Ia dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi seperti rotan, daun nipah, kulit kayu dan sebagainya.

Dalam masyarakat Iban, berbagai-bagai jenis kraftangan telah dihasilkan

Takiding.
Takiding adalah merupakan alat untuk menyimpan barang-barang khususnya apabila berada jauh di dalam hutan. Ia diperbuat daripadarotan saga.

Seraong.
Merupakan alat untuk memelihara kepala dari cuaca panas dan hujan ketika masyarakat Iban ini melakukan kerja-kerja di dalam hutan. Pembuatannya kurang jelas namun yang pasti ianya diperbuat daripada rotan saga.

Lampit.
Lampit boleh dikategorikan sebagai alas tikar. Ia biasa digunakan untuk mengalas lantai ketika majlis keramaian diadakan. Ketika majlis Hari Gawai juga sering digunakan. Lampit ini diperbuat daripada daun nipah dan juga rotan. Sebenarnya lampit ini memang berasal dari masyarakat Iban namun masyarakat Dusun mula mempratikkan lampit ini bagi masyarakat mereka.

TAKIDING

SERAONG

LAMPIT

PUA KUMBU

Semua kraftangan ini dihasilkan oleh kaum wanita khususnya warga tua masyarakat Iban.
Selain daripada digunakan untuk kegunaan sendiri, ia juga boleh dimanfaatkan dari segi ekonomi dan boleh dipamerkan kepada orang ramai terutama para pelancong yang ingin mengetahui kebudayaan seni kraftangan di negara ini.
HOME

PERAYAAN
PERAYAAN GAWAI
Disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi.
Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.

Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.

Setelah upacara persembahan telah selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang.

Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tuak.

Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong.
Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya. Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka. Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.

GAWAI BURUNG

- Sambutan hari Gawai Burung disambut awal dari hari Gawai yang sebenarnya. Hari Gawai di Sarawak disambut dari 31 May untuk makan besar dan 1 Jun untuk rumah terbuka.

- Kelihatan di sini sambutan yang diadakan di Rumah Panjang Empati tidak jauh dari Rumah Panjang King.

HOME

KEPERCAYAAN
Dalam Kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan ditulis didalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai raban bansa' atau Chief Paramount dengan berpandukan nasihat 'Beliau' dan 'Lemambang'.

Contohnya apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu. Mereka juga percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai.

Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat untuk menentukan kesesuaian tapak. Semua petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' atau 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka.
Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tetang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. Bagi menghidar alamat yang boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankan mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Chief Paramount.
HOME

Kesimpulan
Pelbagai kebudayaan dalam masyarakat Iban telah dilupakan oleh generasi masa kini. Walaupun dihambat dengan arus kemodenan, kita tidak harus lupa dengan pelbagai kebudayaan menarik yang masih wujud dalam kalangan masyarakat Sarawak terutamanya kaum Iban.

Marilah kita bersama memelihara kesenian warisan yang masih kekal di masyarakat Iban.

You might also like