You are on page 1of 16

Isi Kandungan

Pengenalan Soalan 1.........................................................................................................2


Laporan................................................................................................................................3
Sejarah Asal Usul.............................................................................................................3
Kepercayaan dan Agama..................................................................................................5
Deepavali Perayaan Keagamaan...............................................................................7
Budaya..............................................................................................................................8
Adat Resam..................................................................................................................8
Adat Perkahwinan.....................................................................................................10
Kesimpulan Keistimewaan Etnik India.......................................................................13
Senarai Rujukan.................................................................................................................14

Pengenalan Soalan 1
Perpaduan dalam kepelbagaian merupakan identiti yang tertanam dalam penduduk di
negara Malaysia. Banyak etnik yang berbeza wujud di negara ini hasil daripada
pertembungan budaya yang telah berlaku pada zaman dahulu. Walau bagaimanapun,
perbezaan cara kehidupan antara etnik-etnik ini bukan sahaja terjadi di antara mereka sahaja,
malah, turut berlaku dalam kalangan sesebuah etnik itu sendiri. Sebagai contoh, didapati
etnik India yang telah bermastautin di negara ini berasal dari pelbagai rantau di India. Oleh
itu, etnik India di Malaysia tidak terhad kepada India Tamil sahaja. Melalui pendalaman
sesebuah etnik, stereotaip terhadap sesebuah etnik dapat disangkal dan segala pandangan
negatif terhadap mereka juga dapat dijernihkan.
Objektif Soalan 1 bagi tugasan pertama kursus Hubungan Etnik adalah untuk
menghasilkan sebuah esei mengenai sesebuah etnik yang terdapat di Malaysia. Laporan ini
adalah hasil daripada kaji selidik yang dilakukan terhadap etnik India yang membincangkan
aspek-aspek asal-usul , kepercayaan serta budaya mereka.

Laporan
Sejarah Asal Usul

Etnik India adalah antara etnik terbesar di dunia. Kajian penyelidikan oleh Mishra (2007)
mendapati penyebaran etnik ini dianggarkan telah mencapai kira-kira 20 juta orang di dunia
dan tersebar luas terutamanya di Asia Tenggara, Afrika Selatan, Australia, United Kingdom,
Timur Tengah, Trinidad dan Amerika Utara. Di Malaysia, masyarakat India membentuk
kumpulan etnik ketiga terbesar di Malaysia selepas Cina dan orang Melayu. Pada abad ini,
penduduk kaum India Tamil didapati berjumlah lebih kurang dua juta (Department of
Statistics Malaysia, 2010) dan kebanyakannya bertempat di negeri-negeri barat Semenanjung
Malaysia. Menurut Haque (n.d.) mereka membentuk sebilangan besar dalam sumbangan
tenaga kerja professional Malaysia per kapita terutamanya dalam bidang perubatan
Etnik India dari benua India bertapak di Tanah Melayu pada tahun 1930-an untuk
membekalkan tenaga kerja bagi projek-projek kerajaan di bawah pentadbiran penjajah
British. Walau bagaimanapun, kehadiran etnik di negara Malaysia sudah mula dirasai
sebelum era penjajahan tersebut. Kemunculan komuniti Mami di Pulau Pinang adalah hasil
daripada aktiviti perdagangan antara Tanah Melayu bersama pedagang-pedagang dari India
yang beragama Islam. Kuala Merbok berperanan sebagai pelabuhan bagi kapal-kapal India
kerana ia merupakan tempat yang paling dekat dan sesuai untuk masuk ke Tanah Melayu.
Setelah beberapa lama, kawasan ini mula memainkan peranan sebagai pusat perdagangan
antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu (Abd. Latif, Hamzah & Mad Aros, 2009).
Sebagai bukti, kebanyakan penemuan arkeologi tentang kedatangan serta pengaruh
masyarakat India terdapat di sekitar negeri Kedah. Kolonel James Low telah menemui
3

tinggalan serpihan patung-patung serta kuil-kuil yang musnah di sepanjang lereng Gunung
Jerai. Beliau juga telah menemukan inskripsi Sanskrit pada abad ke-4 masihi di Bukit
Mertajam. H.C.Q. Wales, seorang ahli kaji purba juga turut mengemukakan bukti kehadiran
etnik India di rantau ini melalui penemuan patung-patung mazhab Saivisme di sepanjang
Sungai Bujang dan di Lembah Merbok.

Rajah 1: Peta Negara India

Sebahagian penghijrah etnik India yang amat besar terdiri daripada penutur bahasa
Tamil dari negeri Tamil Nadu. Pada tahun 1947, mereka merupakan 77% daripada jumlah
penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura. Orang India Selatan yang lain, khususnya
orang Malayalee dan Telugu, merupakan lagi 14% dan baki komuniti India terdiri daripada
orang India Utara, terutamanya orang Punjabi, Bengali, Gurjarati, dan Sindhi.

Kepercayaan dan Agama


Dalam masyarakat India, yang kebanyakannya terdiri daripada orang Tamil, Malayalee
dan Telugus; Hindu adalah akidah utama, diikuti oleh agama Kristian dan Islam. Agama
5

Hindu meliputi hampir setiap aspek kehidupan dan menggunakan pengaruh yang kuat ke atas
aktiviti seharian umatnya. Menurut Arvind Sharma, seorang pemikir reformis Hindu dari
McGill University, Canada, nilai utama budaya India bertumpu kepada tiga doktrin Hindu.
Mereka adalah dharma, karma dan samsara.
Dharma (doktrin yang merangkumi kehidupan bermoral) mewakili pelbagai prinsipprinsip moral yang mengikat semua manusia untuk
melakukan tindakan yang betul dan soleh. Contohnya,
bercakap benar, menegakkan keadilan dan menjalankan kerja
amal. Karma adalah undang-undang sebab dan akibat.
Undang-undang ini yang menyatakan bahawa setiap fikiran,
perkataan dan perbuatan seseorang individu membawa

Rajah 2: Simbol Agama Hindu

kepada penciptaan nasibnya sendiri. Penganut-penganut Hindu percaya bahawa roh akan
dihidupkan semula melalui kitaran kelahiran sehingga semua karma telah diselesaikan.
Kemudian, ilmu kerohanian Moksha dan pembebasan dari kitaran kelahiran semula akan
dicapai. Samsara iaitu kitaran kelahiran membantu kaum India menerima takdir. Implikasi
kepercayaan ini menyebabkan kaum India cenderung untuk menerima keadaan mereka
sebagai takdir. Ini merupakan sebahagian daripada nilai-nilai generik yang berkait rapat
dengan budaya India selain sifat merendah diri, rajin, bertakwa dan sifat gembira yang
menyenangkan. Mereka juga percaya bahawa melalui penyembahan kuil dan upacara
keagamaan mereka sedang mewujudkan satu hubungan dengan Tuhan mereka.

Selain ketiga-tiga agama ini wujudnya satu lagi agama yang dikenali sebagai agama Sikh
yang dipraktikkan oleh sekumpulan kecil etnik India. Golongan Sikh terdiri hampir tidak tiga
peratus daripada jumlah penduduk India di Semenanjung Malaysia. Mereka telah ditakrifkan
6

sebagai bukan suatu bangsa dan kewarganegaraan, mahupun


kasta, tetapi terutamanya pengikut agama Sikh (Jackson R &
Killingley D. 1989). Walaupun mereka merupaka golongan
minoriti di Malaysia, pencapaian orang Sikh dalam pelbagai
bidang profesional menjadi kebanggaan negara. Berbanding
dengan kumpulan etnik-etnik yang lain, Sikh mempunyai
Rajah 3: Simbol Agama Sikh

bilangan terbesar profesional dalam populasi yang amat


kecil.

Deepavali Perayaan
Keagamaan
Salah satu perayaan agama
Hindu yang sinonim dengan
etnik kaum India adalah
sambutan Deepavali atau
dikenali juga sebagai Pesta
Cahaya. Perkataan Deepavali
merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang
beerti barisan. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah
penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang
dirayakan sebagai perayaan Deepavali. Semasa perayaan ini seluruh penganut Hindu akan
bersama-sama meraikan kemenangan kebaikan membasmi kejahatan. Rumah akan
dihiasi,banyak jenis manisan akan dimasak dan murukku, hidangan yang paling digemari
ketika perayaan ini, akan dinikmati walaupun seminggu ke 10 hari lebih awal daripada
hari perayaan.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan
penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan
permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu
akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang
dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan
diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi

Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai
hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.

Budaya
Adat Resam
Dalam kalangan penganut-penganut agama Hindu, adat yang berkaitan dengan kelahiran,
perkahwinan dan kematian masih diamalkan berdasarkan kitab suci seperti Veda dan
Upanishad. Walaubagaimanapun ada diantara adat-adat ini telah dipermudahkan. Adat-adat
yang penting sahaja yang masih diamalkan. Segala adat-adat agama ini disusun mengikut
urutan iaitu dari mulanya kanak-kanak itu berada dalam kandungan ibunya hingga ke
kematian orang itu.
Valaikappu - Adat Sebelum Kanak-kanak dilahirkan
Pada bulan ketujuh kehamilan, masyarakat India Tamil akan mengumpul wanitawanita dalam keluarga mereka untuk memberkati dan mendoakan kesejahteraan ibu
yang sedang hamil dan menghadiahkannya

sebentuk gelang tangan. Majlis ini

dipanggil Valaikappu dan diraikan di rumah sebelah bapa si ibu. Si ibu yang hamil
akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baharu yang dipanggil Suulkaappu. Suul
bermaksud kandungan ibu manakala Kaappu bermaksud perlindungan. Tujuan
majlis ini adalah untuk menghormati dan melindungi wanita hamil, yang dianggap
senang terdedah kepada hasad dengki, roh-roh jahat dan makhluk halus dan untuk
memastikan kelahiran anak yang sihat.

10

Ibu

hamil akan dipakaikan sari


yang

berwarna

hitam

diberikan

hitam

makanan

dan
serta

hadiah. Mereka akan


memakai gelang di
kedua-dua belah tangan
mereka dalam jumlah yang
ganjil. Pada asalnya, Valaikaapu adalah majlis yang hanya melibatkan pertukaran
gelang tetapi kini hadiah yang diterima ibu yang hamil termasuklah barang kemas,
sari, perkakas rumah, telefon bimbit dan perhiasan emas. Majlis ini adalah majlis
budaya dan bukannya satu majlis keagamaan. Oleh itu Valaikappu turut disambut oleh
etnik India yang beragama Islam dan Kristian.
Perayaan Pongal
Perayaan ini disambut di seluruh India sebagai Pesta Menuai dan lebih sering diraikan
di kawasan luar bandar, di mana penduduk kampung yang meraikannya terdiri dalam
kalangan petani. Perayaan menuai disambut oleh orang-orang Tamil pada akhir
musim menuai yang bermula pada 13 Januari hingga ke 16 haribulan tersebut.
Pertandingan keberanian, pameran dan karnival dijalankan di seluruh kawasan luar
bandar. Di selatan, perayaan ini disambut selama tiga hari.
Dalam bahasa Tamil, perkataan Pongal bermaksud "melimpah" yang menggambarkan
kelimpahan dan kemakmuran yang dinikmati pada musim menuai. Ketika matahari
terbit pada hari perayaan orang-orang Tamil akan menjalankan upacara simbolik
mendidih susu segar dalam periuk tanah liat yang baru. Apabila susu mendidih dan
buihnya melimpah keluar dari periuk tersebut mereka semua akan menjerit "Pongalo
Pongal. Pongal terutamanya disambut untuk meluahkan perasaan penghargaan dan
11

kesyukuran terhadap matahari kerana menjadi faktor tenaga utama dalam aktiviti
pertanian dan penuian. Orang-orang Tamil akan menghiasi rumah mereka dengan
pisang dan daun mangga dan memperindahkan lantai rumah mereka dengan corak
hiasan yang diperbuat
daripada tepung beras.

Adat Perkahwinan
Etnik India, terutamanya
mereka yang beragama Hindu,
berpendapat bahawa perkahwinan terancang yang dipilih oleh ahli keluarga adalah lebih baik
berbanding dengan pemilihan pasangan sendiri. Pendapat ini bercanggah dengan adat orang
Barat yang lebih suka mencari pasangan hidup mereka dengan cara berpacaran dahulu. Fakta
menarik dalam perkahwinan terancang adalah faktor agama, kasta dan maklumat sub-kasta
akan diperhatikan dahulu sebelum membuat pertimbangan sama ada pasangan tersebut
secocok atau tidak.
Adat Sebelum Perkahwinan
Mula-mula ibu bapa akan mengesahkan dahulu kesesuaian perikatan perkahwinan
tersebut dari segi pendidikan, pekerjaan, ketinggian, tarikh lahir dan lain-lain calon
lelaki dan perempuan. Selepas itu, pertukaran horoskop diantara keluarga dilakukan.
Sekiranya horoskop berpadanan gambar calon perempuan dan lelaki ditukar. Jika
kedua-dua pihak keluarga berpuas hati dengan gambar yang dilihat, keluarga calon
lelaki akan bersetuju untuk bertemu dengan calon keluarga gadis itu pada tarikh yang
telah ditetapkan oleh sami.
12

Rombongan keluarga
calon lelaki akan tiba di
rumah calon perempuan
bersama dengan saudaramara yang terdekat. Tuan
rumah akan menjemput
mereka di pintu masuk
rumahnya dan menjemput mereka ke dalam. Pada masa yang ditetapkan, si gadis akan
dipanggil keluar supaya keluarga yang melawat boleh melihatnya. Selalunya, gadis itu
akan berhias dengan berpakaian sari sutera serta bunga di rambutnya. Selain itu, dia
juga akan memakai barang kemas sebagai tanda tahap kemewahannya. Si gadis akan
cuba mencuri-curi pandang si calon lelaki ketika menjamu teh atau kopi yang
disediakannya. Kadang-kala si gadis akan diminta untuk menyanyi atau melaksanakan
bakatnya dalam muzik atau tarian di hadapan tetamu undangan.
Jika keluarga pengantin lelaki bersetuju untuk meneruskan dengan perikatan
perkahwinan, perbincangan bertukar kepada aspek-aspek material perkahwinan.
Sebagai tanda persetujuan, kedua-dua belah pihak bertukar-tukar dulang penuh
dengan buah-buahan, bunga dan daun sirih. Pertukaran dulang yang berlaku dengan
kehadiran semua ahli keluarga melambangkan pertunangan secara tidak formal.

13

Upacara Perkahwinan
Upacara perkahwinan bermula dengan doa kepada Tuhan Ganesha. Bacaan daripada
kitab Rig Veda dinyanyikan untuk menandakan permulaan upacara itu. Ketibaan
pengantin lelaki bersama
rombongannya diiringi dengan
muzik dan tarian. Ayat-ayat
daripada kitab Yajur Veda
dinyanyikan untuk menyambut
pengantin lelaki dan keluarganya.
Orang-orang penting dalam upacara perkahwinan iaitu pengantin perempuan dan
pengantin lelaki, keluarga terdekat dan paderi akan duduk di atas pelamin. Api akan
dinyalakan kerana api mempunyai hubungan rapat dengan dewa api Agni. Pemujaan
akan dibuat ke atas api suci tersebut sambil upacara perkahwinan dilangsungkan.
Tanda sahnya pasangan pengantin bergelar suami isteri terletak pada rantai berloket
emas yang diikat oleh pengantin lelaki pada leher pengantin perempuan. Orang-orang
dari Tamil Nadu memanggilnya Thali. Ia diperbuat daripada rantaian manik hitam
yang diikat bersama dengan locket emas. Pada hari perkahwinan, loket emas tersebut
akan diikat pada seutas tali kuning yang telah dicelup kunyit dan kemudiannya
pengantin lelaki akan menyimpulkan tali tersebut sebanyak tiga kali.

14

Kesimpulan Keistimewaan Etnik India

Setiap etnik mempunyai keistimewaannya tersendiri. Setelah kajian ini disediakan,


keistimewaan yang dapat diperhatikan dalam etnik ini adalah bahawa walaupun berada dalam
etnik yang sama tetapi wujudnya perbezaan adat dan budaya disebabkan perbezaan dari aspek
lokasi serta agama yang dianuti. Kadangkala adat yang sama masih dipraktikkan tetapi
terdapat perbezaan dari segi cara ia disambut atau kisah disebalik perayaan itu. Satu contoh
yang baik yang dapat membuktikan perbezaan ini adalah perayaan Deepavali yang disambut
oleh orang Tamil dan orang Punjabi. Kedua-dua kumpulan ini menyambut perayaan ini
berkisahkan cerita yang berbeza. Kaum India Tamil meraikan Deepavali untuk menghormati
kemenangan kebaikan mengalahkan keburukan manakala penganut Sikh pula meraikannya
sebagai tanda peringatan ketibaan Guru Hargobind Sahib yang selamat keluar dari penjara.
Selain itu, walaupun berbeza agama, etnik India akan tetap mengamalkan budaya dan
adat resam nenek moyang mereka selagi tidak bercanggah dengan agama yang dianuti.
Mereka yang beragama Islam ataupun Kristian masih mempraktikkan Valaikappu sebagai
tanda kegembiraan menyambut ketibaan cahaya mata yang akan lahir dalam beberapa bulan
lagi.

15

Senarai Rujukan
1. Mishra, V. (2007) The Literature of the Indian Diaspora: Theorizing the Diasporic
Imaginary. Taylor & Francis: Kentucky
2. Abdullah, A. & Pedersen, P. B. (2003) Understanding Multicultural Malaysia:
Delights, Puzzles & Irritations. Pearson: Petaling Jaya
3. Haque, A. S. (n.d.) The Role of the State in Managing Ethnic Tensions in Malaysia: A
Critical Discourse. National University Singapore. Boleh didapati di:
http://ap4.fas.nus.edu.sg/fass/polhaque/abs.pdf
4. Abd. Latiff, A. Z., Hamzah, A. & Mad Aros, A. (2009) Tamadun Islam dan Tamadun
Asia (TITAS) Oxford Fajar: Shah Alam
5. Soundar, C. (2003) Gateway To Indian Culture. Asiapac: Singapore
6. Jackson, R & Killingley, D. (1988) World Religions in Education: Approaches to
Hinduism. British Library cataloguing in Publication Data
7. Jabatan Perangkaan Malaysia (2010) Taburan Penduduk dan Ciri-Ciri Asas
Demografi
Boleh didapati di: http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?
option=com_content&id=1215
8. Indian-Malaysian Online (1998) Social & Culture. Boleh didapati di:
http://www.indianmalaysian.com/archaive_2010/social.htm

16

You might also like