You are on page 1of 4

Artikel 2 : Kesan Modenisasi Hubungan Kaum Di Malaysia Oleh : Hasnah Hussiin

Saya telah membaca, memahami dan mengkaji artikel yang telah dihasilkan oleh Pn. Hasnah binti Hussiin yang bertajuk Kesan Modenisasi Hubungan Kaum Di Malaysia. Terlebih dahulu saya akan menerangkan sedikit latar belakang pendidikan penulis supaya kita lebih kenal dengan penulisnya. Hasnah binti Hussiin adalah seorang pensyarah di Universiti Malaysia Pahang, yang telah berkhidmat selama sepuluh tahun sebagai pensyarah pendidikan di universiti tersebut. Beliau telah lama bertugas sebagai seorang pendidik dan telah menghasilkan banyak buku dan artikelartikel berguna untuk dijadikan rujukan dan panduan bagi guru-guru, pelajar-pelajar mahupun masyarakat. Beliau juga telah menghabiskan pengajiannya diperingkat Master of History. Sehingga sekarang beliau masih bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Pahang dan masih bergiat aktif dalam bidang penulisan. Artikel ini menyatakan tentang bagaimana modenisasi dapat merubah hubungan di antara kaum-kaum di Malaysia. Pada permulaan artikel ini beliau menerangkan bagaimana terdapatnya kaum-kaum yang pelbagai di Malaysia. Hal ini adalah kerana dasar pemerintahan penjajah pada ketika itu yang membawa masuk imigran dari China dan India bagi memudahkan mereka mengeksploitasi hasil bumi Malaysia yang ketika itu dipanggil Tanah Malaya. Mereka terus menjadi warga tetap Malaysia setelah kemerdekaan berjaya dicapai tanah air kita. Menurut Furnivall ; masyarakat majmuk bernaung di bawah satu un it politik yang sama, interaksi sosial di kalangan mereka hanya terbatas kepada urusan perniagaan. Hal ini terbukti kerana masyarakat Malaysia pada ketika itu masih dalam keadaan yang berpecah-belah yang mana perpaduan pada ketika itu hanyalah berpaksikan kepada sistem ekonomi sahaja. Seterusnya penulis telah terus menjurus kepada aspek modenisasi yang mana beliau menerangkan bagaimana kerajaan menumpukan segala usaha untuk merancang

modenisasi Negara. Saya telah cuba untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan modenisasi yang di utarakan oleh penulis, saya mendapati bahawa modenisasi yang kerajaan lakukan adalah bertujuan untuk menyatukan ketiga-tiga kaum utama pada masa itu bagi menstabilkan ekonomi Negara sekali gus dapat mewujudkan Negara yang rakyatnya bersatu padu dan harmoni. Pada pendapat saya usaha kerajaan untuk memodenisasikan Negara dan rakyat ini adalah satu usaha yang baik, yang mana dengan kesatuan di antara tiga kaum ini Negara tidak lagi perlu risau dengan persengketaan yang telah wujud sekian lama di antara ketiga-tiga kaum ini. Justeru itu kerajaan mampu untuk menumpukan kepada ekonomi Negara dan usaha untuk memajukan Negara Malaysia. DEB iaitu (Dasar Ekonomi Baru) dapat dilaksanakan dengan berkesan sekiranya kaum-kaum ini dapat berbaik dan kemungkinan dapat menjadi sumber pendapatan Negara yang utama. Selain itu, terdapat banyak teori kesan yang buruk dikaitkan dengan modenisasi dan hubungan etnik yang mana dilihat sangat pasti untuk berlaku sekiranya tiada persediaan dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam menjalankan kerangka modenisasi Negara. Walaubagaimanapun sekiranya ia dirancang dengan baik dan dilaksanakan dengan berkesan ia mampu membantu Negara menjadi lebih baik. Saya mendapati kemajuan sesuatu Negara juga bergantung kepada rakyatnya, ini kerana kerjasama di antara rakyat mampu meningkatkan ekonomi Negara secara mendadak apabila tiada lagi berlaku pergaduhan di antara kaum. Tambahan lagi, menurut Fred W. Riggs ; modenisasi mampu memberi tiga kesan kepada hubungan etnik iaitu perindustrian, demokrasi dan nasionalisme. Menurut aspek ini, kerajaan perlu prihatin dalam membina sebuah Negara maju yang mana kerajaan perlu mengambil kira semua kaum dalam menjayakannya. Sekiranya berlaku yang di sebaliknya, kaum yang tersa dipinggirkan akan memberontak dan ini akan menyebabkan timbulnya konflik etnik. Hal ini boleh berlaku kerana dalam proses memodenisasikan Negara secara tidak langsung rakyat yang terlibat akan mempunyai sikap nasionalisme yang tinggi, apabila golongan ini terasa dipinggirkan mereka akan

mudah terasa bahawa kerajaan tidak menghiraukan mereka walaupun mereka menyokong Negara sepenuhnya dan ini akan membawa kepada konflik politik. Secara keseluruhanya saya amat bersetuju dengan artikel ini kerana setiap cadangan yang diberi penulis, disediakan dengan contoh dan pendapat pengkajipengkaji lain yang telah berpengalaman dalam bidang ini. Selain itu, pada pendapat saya adalah benar bahawa kemajuan sesuatu Negara itu terletak pada rakyatnya yang bersatu padu menjunjung Negara. Ada disebut di dalam artikel tersebut bahawa dalam memodenisasikan etnik, mereka harus didedahkan dengan bagaimana untuk mengubah cara hidup tradisional mereka dengan mengadaptasikan cara hidup yang baru yang lebih baik dalam kehidupan mereka. Hal ini sekali gus akan mempengaruhi daya pemikiran mereka dengan membuka fikiran mereka dengan lebih luas dan melihat jauh kehadapan. Pada masa kini dapat kita lihat kesan modenisasi politik dalam Negara ini yang mana corak pemerintahanya berubah kepada demokrasi berparlimen. Dapat kita lihat bahawa masyarakat berbilang kaum ini sudah mula berfikiran jauh dan terbuka, dan ini akan menyebabkan sistem pemerintahan Negara akan lebih sensitif dengan masalah di antara hubungan sesama kaum apabila ketiga-tiga kaum majoriti ini bersatu di dalam politik. Selain itu, masyarakat ini juga mampu terus hidup aman dalam lingkungan bersama apabila modenisasi sosial dapat dicapai oleh semua kaum. Apabila semua kaum berfikiran terbuka dan saling hormat-menghormati akan wujudlah persekitaran yang selamat dan lebih efektif serta proaktif dalam kehidupan bermasyarakat. Tiada lagi pemisahan berlaku di antara kaum di Malaysia seperti pada masa penjajahan british dahulu dan kini semua kaum bebas untuk bergaul. Apabila kedua-dua modenisasi ini sudah tercapai, sudah tentulah modenisasi ekonomi juga akan berlaku dengan baik. Ketiga-tiga kaum ini mampu berniaga sesama mereka dan bertukar-tukar pendapat perniagaan. Ekonomi Negara akan meningkat apabila rakyatnya aman dan bebas dalam melakukan tugas dan kerja masing-masing. Dalam artikel tersebut, penulis telah menggunakan gaya bahasa yang agak tinggi dan banyak terdapat perkataan-perkataan inggeris yang menerangkan pada satusatu ayat. Hal ini menjadikan generasi muda untuk sukar memahami konsep-konsep

yang dikemukakan. Melalui penulisan ini dapat saya simpulkan bahawa sesebuah Negara yang maju dan moden datangnya dari pada rakyatnya yang bersatu padu yang membolehkan ekonomi Negara berjalan seperti yang dirancang kerajaan. Selain itu kerjasama dan penyatuan antara kaum juga penting dalam menjana kestabilan Negara dan rakyatnya.

You might also like