You are on page 1of 4

Pelan Integriti Nasional (PIN) telah dilancarkan pada 23 April 2004 dan merupakan pelan

terperinci untuk mencapai cabaran keempat yang digariskan dalam Wawasan 2020 iaitu
“Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya
mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang
luhur”.

Pada tarikh yang sama, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) telah dilancarkan untuk menyelaras,
memantau dan menilai pelaksanaan PIN. Pelan ini memberi tumpuan kepada lapan institusi utama
iaitu keluarga, komuniti, masyarakat sivil, sosiobudaya, agama, ekonomi, politik dan pentadbiran.

Sepanjang sedekad penubuhannya, INTEGRITI telah menganjur dan mengadakan pelbagai


program dan aktiviti di seluruh daerah dan negeri termasuk di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa dalam usaha mempromosi dan mewujudkan kesedaran ke arah mencapai wawasan
negara iaitu untuk menjadi sebuah negara yang berintegriti tinggi.

VISI & MISI


Visi
Membantu Malaysia ke arah mencapai negara berintegriti tinggi, yang berdaya tahan dan mengamalkan
nilai-nilai murni sejagat.
Misi
Menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan Pelan Integriti Nasional.

MATLAMAT & 4 OUTPUT


BAGI MEMUDAHKAN PEMBANGUNAN MALAYSIA MENCAPAI STATUS NEGARA BERINTEGRITI TINGGI, BERDAYA TAHAN DAN
MENGAMALKAN NILAI MURNI SEJAGAT, INTEGRITI MEMFOKUSKAN KEPADA EMPAT OUTPUT UTAMA:

1. Institusi yang mengkoordinasi, memantau dan menilai pelaksanaan Pelan Integriti Nasional.

2. Institusi yang menggerakkan semua lapisan dan sektor masyarakat secara fokus dan negara ke arah mencapai
lima Sasaran Tekad Integriti.

3. Institut pemikir perdana (premier think-tank) berkaitan hal ehwal pengukuhan integriti negara.
4. Institut rujukan integriti dalam negara dan serantau yang mempunyai rangkaian strategik dan mendapat
pengikitirafan global.
LOGO

Warna putih yang mendasari tulisan pula menggambarkan integriti yang suci, bersih dan tidak dicemari.

Pemilihan warna hitam sebagai latar belakang menggambarkan permasaalahan integriti yang berlaku sama
ada dalam diri / negara.

Garisan putih lurus pula menggambarkan bahawa agenda integriti perlu diteruskan walau apa jua halangan.
Ia juga membawa maksud tiada bengkang-bengkok dalam mengamalkan integriti.

Perkataan “INTEGRITI” diboldkan dan menggunakan huruf besar iaitu mesej utama yang ingin
disampaikan.

Di bawah perkataan INTEGRITI diletakkan nama Institut Integriti Malaysia iaitu agensi yang diamanahkan
untuk mengkoordinasikan agenda integriti negara.

Terjemahan Institut Integriti Malaysia dalam Bahasa Inggeris juga diletakkan di bawah dalam usaha
membawa INTEGRITI ke arena antarabangsa.

You might also like