You are on page 1of 12

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2016

MPU2223
ENTREPRENEURSHIP
NAMA PENSYARAH:
NAMA

NO. MATRIKULASI

NO. KAD PENGENALAN :


NO. TELEFON

E-MEL

PUSAT PEMBELAJARAN

Pusat Pembelajaran Sarawak

ISI KANDUNGAN
Perkara

Muka Surat

1.0

Pengenalan

2.0

Sumber-Sumber Inovasi dalam Organisasi Pendidikan

2.1

Kepimpinan

2.2

Budaya

2.3

Teknologi

3.0

Halangan-halangan Kepada Inovasi Dalam Pendidikan

4.0

Cadangan Penambahbaikan Budaya Inovasi Di kalangan

5.0

Pekerja-Pekerja

4.1

Strategi Pembelajaran

4.2

Komunikasi Terbuka

10

4.3

Penyelesaian Masalah

10

Kesimpulan

11

ENTREPRENEURSHIP (MPU2223)

6.0

Rujukan

1.0

PENGENALAN

12

Tadika Little Sunshine merupakan satu syarikat perkongsian yang menawarkan


perkhidmatan asuhan dan bimbingan kanak-kanak. Tadika Little Sunshine terletak di No 5,
Taman Millenium, Jalan Ang Cheng Ho, 93250 Kuching. Lokasi yang dipilih amatlah strategi
kerana rata-rata penduduk di kawasan ini suami isteri bekerja. Tadika ini telah ditubuhkan
pada tahun 2012 dan telah diperakui pendaftarannya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan
mempunyai lesen perniagaan daripada Majlis Perbandaran Negeri Sarawak untuk
menjalankan perniagaan tadika di alamat di atas.
Tadika ini mempunyai 5 orang pembantu yang terdiri daripada perempuan yang
berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia.
Pembantu-pembantu ini juga telah menghadiri Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK)
seperti yang dikehendaki oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Tadika Little Sunshine ditubuh berdasarkan konsep pendidikan awal kanak-kanak di
Malaysia. Tadika Little Sunshine juga dikenali sebagai Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika)

ENTREPRENEURSHIP (MPU2223)

merupakan program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur
4 hingga 6 tahun.
Konsep Tadika Little Sunshine ialah Belajar Melalui Bermain' yang diselaraskan
dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut
kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira
dan Menaakul). Konsep ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanakkanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima
pendidikan formal di sekolah rendah kelak.
Disamping itu, ia juga bagi meningkatkan kecemerlangan potensi individu kanakkanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pengetahuan dan kemahiran kanakkanak ditingkatkan dengan pemupukan dan pengukuhan kepada amalan nilai-nilai murni
melalui usaha-usaha dan program yang terancang dan berstruktur. Usaha ini bertujuan
melahirkan pewaris cemerlang negara yang dibimbing dan dididik dalam suasana dan
persekitaran yang sihat, ceria dan selamat di samping kerjasama erat dengan ibu bapa.
Berkonsepkan modul pengajaran di pusat didikan ini adalah bersesuaian dengan
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang disediakan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dan modul bahasa, sains dan teknologi supaya menjadi pemangkin
kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang
boleh mencapai kesejahteraan diri bagi memastikan perkembangan emosi dan kognitif kanakkanak lebih optimum dan bersedia apabila memasuki alam persekolahan formal di umur 5
tahun.
2.0

SUMBER-SUMBER INOVASI DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN


Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi? Kebanyakan kamus memberi makna

inovasi sebagai pembaharuan atau perubahan. Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi
merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang. Glosari Teknologi
Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh
mempertingkatkan sesuatu amalan. Manakala, Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya
pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud
pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun
dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau
memenuhi pasaran tertentu.
Di peringkat organisasi, inovasi ialah ciri penting bagi sesebuah organisasi yang

ENTREPRENEURSHIP (MPU2223)

dinamik dan terbuka. Di sini organisasi sentiasa hidup serta berinteraksi secara aktif dan
prospektif dengan persekitaran. Prospektif ialah sifat mencari peluang baru untuk menguasai
keadaan atau untuk meraih keuntungan maksimum.
Organisasi inovatif ialah organisasi yang berwawasan dan bijak merencana rancangan
strategik iaitu dengan cara:

Meneliti ciri-ciri kekuatannya dan menggunakannya untuk mempertahankan


kedudukannya dalam sesuatu ekosistem

Meneliti kelemahan-kelemahan dan merangka strategi mengatasi setiap kelemahan


dengan cekap dan pantas

Meneliti ekosistem dan mengenal pasti peluang-peluang yang ada untuk diperoleh
secara sistematik

Melancarkan strategi, dasar dan prosedur untuk menentang bahaya dan ancaman dari
luar dan dalam organisasi (Bryson dan Kaufman, 1988)

Kelly Dan Littman (2000) dalam bukunya The Art of Innovation menggariskan elemenelemen asas inovasi bagi apa jua organisasi, khususnya syarikat-syarikat iaitu:

Inovasi bermula dengan kepekaan terhadap semua benda dan perkara dalam
persekitaran, khususnya tentang perkara yang digemari oleh manusia dan perkara
yang menyusahkan dan dibenci oleh manusia.

Inovasi dibuat bagi meningkatkan keselesaan dan kualiti apa jua perkara dan benda
yang digemari oleh manusia dan sebaliknya mengurangkan masalah pada pengguna
dan klien.

Inovasi yang jitu berlaku melalui sesi muafakat dan perbincangan tentang maklumat
dan fakta yang diperoleh daripada pengguna, klien, masyarakat dan persekitaran. Sesi
muafakat berlaku secara berterusan.

Inovasi memerlukan lapan jenis manusia iaitu, jemaah tadbir berwawasan


(visionaries), penentu masalah (troublesshooter), pengkritik (iconoclast), detektif,
seni ketukangan (craftman), teknokrat, pemaju (enterpreneur) dan pereka bentuk
fleksibel.

Inovasi memerlukan keupayaan mengatasi rintangan (barrier jumping) dan


keberanian untuk mencuba idea yang unik dan ganjil.

Inovasi mesti diiringi dengan keinginan melakukan inovasi, suasana yang mendorong
inovasi dan penyertaan disebabkan keseronokan melakukan perkara baru dan
mencipta nama baru.

ENTREPRENEURSHIP (MPU2223)

Inovasi memerlukan jangkaan tentang keadaan masa hadapan

2.1

KEPIMPINAN
Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting ke arah pencetusan inovasi

organisasi pembelajaran di sekolah. Selain daripada mempunyai latihan, pengalaman,


pendedahan dan pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan, kepimpinan sekolah perlu
mempunyai dorongan dan komitmen bagi membawa perubahan sekolah melalui meluaskan
kreativiti dan inovasi dalam seluruh aspek pengurusan dan pendidikan organisasi sekolah.
Pemimpin perlu merangka strategi yang berkesan bagi membawa perubahan dinamik
dan menjadikan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif.
Organisasi sekolah perlu mempunyai dan membentuk kepimpinan kolektif bagi memimpin
perubahan berasaskan kepada strategi dan pendekatan kreatif dan inovatif dalam pengurusan
pendidikan sekolah.
Kepimpinan sekolah perlu menunjukkan minat dan usaha bagi membangunkan
sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Ketandusan kreativiti dan
inovasi dalam organisasi sekolah boleh dilihat sebagai punca utama kelemahan institusi
sekolah dalam menghadapi perubahan dan cabaran inovasi yang berlaku dalam pelbagai
kehidupan manusia seperti inovasi teknologi, inovasi pengetahuan dan inovasi belajar.
Kejayaan dan perkembangan organisasi pembelajaran banyak bergantung kepimpinan yang
bersifat kreatif dan inovatif. Pemimpin perlu berpandangan jauh, pemikiran terbuka, serta
sedia mendengar pandangan orang lain. Mereka juga perlu mempunyai kewibawaan yang
baik dalam mencorakkan berbagai pembaharuan dalam organisasi terutama di sekolah.
Dengan ciri-ciri yang ada, mereka boleh mendorong dalam meningkatkan kualiti produk,
kualiti intelektual dan kualiti prestasi pelajar. Juga berkeupayaan memotivasikan ahlinya serta
dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan ahli yang ada dalam organisasinya.
2.2

BUDAYA
Ciri budaya sekolah kreatif dan inovatif ialah wujudnya persekitaran belajar yang

mendorong semangat belajar pelajar, membentuk minat yang mendalam, kesedaran dan daya
usaha, dedikasi dan perkembangan potensi pelajar. Pelajar juga tidak menghadapi masalah
bagi mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang dedikasi, terlatih dan
profesional.
Sekolah yang kreatif dan inovatif juga menonjolkan keceriaan fizikal, keceriaan

ENTREPRENEURSHIP (MPU2223)

budaya serta keceriaan iklim sekolah. Penonjolan ini menjadikan sekolah tempat belajar yang
harmoni, menceriakan dan sesuai untuk perkembangan psikologi kreativiti dan inovasi
berlaku. Perasaan dan pemikiran yang ceria juga boleh wujud dalam suasana dan iklim
sekolah yang ceria. Sekolah yang ceria, kreatif dan inovatif boleh mengurangkan pelbagai
gejala sosial dan moral yang tidak diingini.
Penonjolan budaya kreatif dan inovatif boleh berlaku dengan pelbagai cara seperti
aktiviti kreatif sekolah dalam sains dan teknologi, persembahan budaya, sukan, kokurikulum, dan melahirkan tokoh-tokoh tertentu dalam bidang kreatif. Imej organisasi
sekolah kreatif tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata,sebaliknya
menonjolkan imej cemerlang dalam pelbagai bidang lain seperti muzik, pancaragam, sukan
dan budaya. Budaya sekolah yang baik mampu menyemai nilai, norma positif, menghormati
orang lain, memberi dorongan dan mengadakan persaingan yang sihat dan membina di dalam
organisasi.
Pelaksanaan pelbagai aktiviti bagi pembudayaan inovasi, menggalakkan penubuhan
Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) bagi memberi ruang dan peluang kepada anggota
organisasi, untuk menyuarakan sesuatu bagi menyelesaikan sebarang permasalahan kerja atau
cadangan inovasi yang dapat meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan organisasi
tersebut. Program mendekati masyarakat perlu dilaksanakan secara berterusan dan telus bagi
membolehkan rakyat mengemukakan aduan, input, cadangan inovasi atau sebarang cadangan
bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan dalam negara.
2.3

TEKNOLOGI
Teknologi dalam pengurusan organisasi sekolah boleh mencetuskan perkembangan

dinamik kreativiti dan inovasi. Teknologi bukan sahaja suatu alat tetapi boleh mempengaruhi
sistem pengurusan yang lebih efisien dan kreatif. Pengurusan teknologi maklumat dan
penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dapat membina imej baru organisasi
inovatif. Ia juga menjadikan organisasi pendidikan dan pembelajaran sekolah lebih berdaya
saing dan menjadi lebih produktif.
Penggunaan teknologi maklumat dan ICT menjadikan pengurusan lebih canggih dan
moden. Revolusi maklumat dan perubaha teknologi memberi kesan yang positif kepada
inovasi perubahan pengurusan organisasi pembelajaran, khususnya sekolah. Bagaimanapun
penggunaan teknologi sering kali menimbulkan masalah dari segi cost effective, pembiayaan,
penjagaan, dan kewangan. Masalah kekurangan infrastruktur pembelajaran dan teknologi

ENTREPRENEURSHIP (MPU2223)

boleh dilihat sebagai penghalang kepada kreativiti dan inovasi teknologi maklumat yang
perlu disebarkan melalui sistem persekolahan. Usaha bagi meningkatkan masyarakat celik
teknologi maklumat juga belum begitu tercapai disebabkan jurang perbezaan kemudahan
teknologi yang wujud antara sekolah-sekolah, terutama antara sekolah luar bandar yang
begitu ketinggalan dengan sekolah bandar yang lebih terdedah dengan kemudahan ini.
Teknologi maklumat telah banyak digunakan dalam organisasi khasnya dalam dunia
pendidikan. Inovasi organisasi banyak dipengaruhi oleh penggunaan teknologi maklumat
dalam dunia pendidikan. Organisasi dan individu yang menolak inovasi ini akan ketinggalan.
Teknologi maklumat ialah pemangkin atau alat inovasi dalam sesebuah organisasi. Faktor
ilmu dan pembelajaran merupakan penyumbang kepada Teknologi Maklumat memainkan
peranan sebagai to manage, innovate and implement change.
Di awal-awal inovasi, Kementerian Pendidikan telah membekalkan peralatan
pendidikan berasaskan terknologi seperti radio, televisyen, overhead projector ke sekolah
bagi tujuan membantu proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar. Pihak
kementerian juga menyediakan rancangan pendidikan untuk disiarkan ke sekolah rendah dan
menengah melalui Radio dan TV Pendidikan. Bermula pada tahun 2000, penyiaran rancangan
pendidikan melalui TV dipertingkatkan dan diperluas ke sekolah di kawasan luar bandar dan
pedalaman dengan menggunakan teknologi satelit.
Konsep Smart School juga telah menjadi panduan kepada pelaksanaan P&P bestari.
Tumpuan diberikan kepada aplikasi ilmu dalam kehidupan sebenar, merekacipta dan
berinovasi, serta berinteraksi dengan pihak luar. P&P dalam bilik darjah perlu
menterjemahkan konsep meaningful and thoughtful learning dan 4S iaitu self-paced, selftaught, self-access dan self-directed.

3.0

HALANGAN-HALANGAN KEPADA INOVASI DALAM PENDIDIKAN


Dalam sistem pendidikan secara berpusat yang diamalkan di Malaysia, pelaksanaan

inovasi pendidikan adalah bersifat menjunam melalui proses dari atas ke bawah. Proses yang
perlu dilalui untuk menyebarkan inovasi kepada penerima adalah panjang dan berliku,
melibatkan beberapa peringkat penyebaran tertentu. Lazimnya, penyebaran inovasi itu
dilaksanakan secara stereotaip melalui mesyuarat, kursus, bengkel, seminar dan sebagainya.
Berdasarkan cara ini beberapa kekurangan dikenal pasti. Misalnya, apa yang difahami oleh
penerima tidak semestinya apa yang dihajati oleh penyampai asalnya. Ataupun jika difahami

ENTREPRENEURSHIP (MPU2223)

seperti apa yang dihajati, ada kemungkinan tidak dipersetujui.


Selain halangan dari segi pergeseran maklumat mengenai inovasi pendidikan itu,
strategi kursus juga memerlukan kos yang tinggi, bilangan penyampai yang ramai, halangan
pentadbiran yang banyak, hingga dengan itu keberkesanan sistem lain sering dipersoalkan.
Antara masalah lain yang wujud dalam inovasi pendidikan adalah seperti berikut:

Bidang atau sempadan inovasi pendidikan terlalu luas dan umum bagi mendapat sesuatu
persetujuan

Kepakaran dalam bidang inovasi yang ingin diperkenalkan adalah terhad justeru
ketiadaan pengetahuan dan pengalaman mengenainya

Kajian atau penyelidikan yang telah dibuat dalam usaha ke arah inovasi pendidikan
adalah dilakukan secara sendiri-sendiri dan bersifat beberapa usaha di sana sini. Ia tidak
mengkhusus dan tidak berterusan. Justeru timbul masalah kesinambungan antara kajiankajian dan kemantapan hasil

Pengwajaran dan perimbangan untuk tujuan inovasi pendidikan sering mempergunakan


kriteria-kriteria yang terhad. Halangan-halangan dan kekangan-kekangan telah membatasi
kriteria ini ke takat apa yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa dan bukan oleh
keperluan yang berbangkit

Kesan sampingan yang negatif yang berlaku semasa sesuatu inovatif pendidikan
dijalankan telah tidak dipulihkan. Ini mengancam kredibiliti malahan keberkesanan
inovasi yang dihajatkan.

Sokongan untuk sesuatu inovasi pendidikan tidak konsisten. Ini bermakna sokongansokongan yang sangat diharapkan malah diperlukan oleh pentadbir, pendidik dan guruguru dalam usaha menjayakan inovasi ini sering tergugat, tidak kukuh dan tidak
berterusan. Sokongan ini sangat perlu lebih-lebih lagi di peringkat usaha inovasi tersebut.

Wujud perbezaan dan bertentangan pendapat di kalangan pendidik sendiri dalam usaha
memperoleh inovasi pendidikan.

Terdapat kurangnya sambutan daripada pencadang inovasi sendiri terhadap kritikankritikan yang datang daripada orang ramai. Biasanya jika ada sambutan yang diberikan, ia
lebih merupakan ssuatu usaha pewajaran sahaja dari pihak pencadang inovasi dan
bukannya satu penjelasan yang berbentuk teknikal dan empirikal.

Wujudnya kekeliruan berhubung definisi dan keperluan inovasi pendidikan di kalangan


penyampai sendiri dan juga di kalangan penerima.

Terdapat kecenderungan di kalangan penyampai inovasi mengambil, menerima,

ENTREPRENEURSHIP (MPU2223)

memperaku dan menggunakan inovasi pendidikan yang di bentuk oleh negara lain dengan
andaian ia sesuatu untuk kegunaan di negeri ini.
4.0

CADANGAN

UNTUK

PENAMBAHBAIKAN

BUDAYA

INOVASI

DI

KALANGAN PEKERJA-PEKERJA.
Pada asasnya, terdapat tiga ciri utama penambahbaikan budaya inovasi di kalangan
pekerja-pekerja, iaitu, keadaan matlamat, keadaan awal, dan pelaksana. Biasanya
penambahbaikan budaya inovasi dan penyelesaian masalah dilihat sebagai mencari ruang
masalah yang terdiri daripada beberapa masalah yang memerlukan penyelesaian. Keadaan
awal ialah kesedaran tentang masalah atau halangan kepada inovasi dan pemilihan tindakan
untuk menukar keadaan awal dalam ruang masalah. Apabila sesuatu tindakan di ambil, maka
individu itu adalah pada tahap keadaan pertengahan, iaitu dia telah menukar keadaan kepada
keadaan yang lain. Apabila ia mencapai matlamatnya dia dikatakan telah sampai pada
keadaan matlamat atau penyelesaian masalah.
4.1

STRATEGI PEMBELAJARAN
Organisasi pendidikan yang kreatif dan inovatif perlu di rangka berlandaskan kepada

pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Kaedah tersebut dapat meningkatkan pengetahuan,


kemahiran dan mencungkil idea baru daripada pelajar. Juga dapat menggalakkan pelajar
untuk berkomunikasi. Strategi pembelajaran yang berkesan dapat mengembangkan potensi,
dan bakat pelajar yang terpendam dan seterusnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan
harian. Contoh-contoh yang boleh digunakan ialah seperti brainstorming, pembelajaran
berpusat masalah, simulasi, kerja secara berkumpulan dan sebagainya.
Untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif seseorang itu perlu berkemahiran dan
berilmu pengetahuan. Budaya pembelajaran seperti membaca, berbincang, membuat
penyelidikan, berkursus, berseminar, melanjutkan pelajaran dan penganjuran perbagai majlis
ilmu yang melibatkan anggota organisasi, perlu terus dipupuk dan dikembangkan kerana ia
akan menjadi sumber kepada cetusan idea kreatif dan inovatif para pekerja.
4.2

KOMUNIKASI TERBUKA
Komunikasi terbuka dapat mendorong perkembangan dan kemajuan organisasi

pembelajaran. Komunikasi terbuka membolehkan maklumat diperoleh dengan mudah tanpa


banyak halangan birokrasi. Maklumat yang diperoleh dari luar organisasi dapat digunakan

ENTREPRENEURSHIP (MPU2223)

untuk membantu perkembangan kreativiti dan inovasi serta meningkatkan produktiviti dan
kreativiti di kalangan pekerja. Maklumat yang diperoleh bukan sahaja mengalir daripada atas
ke bawah tetapi juga dari bawah ke atas. Ia juga dapat menggalakkan pencarian fakta dan
maklumat terkini berhubung perkembangan organisasi. Maklumat yang pantas dan terkini
boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat bagi menangani berbagai perkembangan
organisasi pendidikan.
4.3

PENYELESAIAN MASALAH
Setiap hari kita dilanda dengan pelbagai masalah, sama ada di tempat kerja, rumah

ataupun di sekolah. Sebagai contoh, kerapkali kita terdengar pelajar yang diberikan kerja
seperti projek sejarah, masalah matematik, menulis karangan, mangatakan Saya tidak tahu
tanpa mencuba. Aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah membawa pelbagai manfaat kepada
pemantapan pemikiran kreatif dan inovatif pekerja (Fisher, 1992).
Kegiatan penyelesaian masalah tidak hanya menambah penguasaan pengetahuan,
memperkukuhkan kemahiran dan melahirkan sikap tertentu, tetapi memberi peluang kepada
majikan memerhati cara pekerja mendekati masalah, berkomunikasi dan bekerja. Bagi
menentukan sama ada pekerja memahami sesuatu prinsip atau butir maklumat ialah dengan
memberinya masalah untuk diselesaikan. Aktiviti-aktiviti corak bermasalah juga memberi
peluang kepada pekerja menunjukkan kebolehannya mengaplikasikan sesuatu prinsip, kaedah
atau teori kepada penyelesaian masalah berkenaan.
Penyuburan nilai-nilai inovasi dan kreativiti dalam persekitaran dan budaya kerja
dalam organisasi juga penting. Perubahan sikap bagi memupuk budaya inovasi dan kreativiti
di dalam organisasi perlu bermula daripada pucuk kepimpinan atasan sehingga ke pucuk
pimpinan bawahan. Pihak pengurusan organisasi mesti berjiwa kreatif dan inovatif mencuba
perkara baru, bagi memastikan nilai-nilai kreativiti dan inovasi benar-benar dihayati dan
menjadi budaya kerja sekalian anggota di dalam organisasinya.
5.0

KESIMPULAN
Inovasi dan kreativiti merupakan penyumbang ke arah perubahan organisasi,

perkembangan dan pembangunan negara. Bagi menghasilkan sebuah organisasi pendidikan


yang kreatif dan inovatif faktor-faktor yang perlu diberi perhatian ialah pengurusan
organisasi, kepimpinan, budaya, teknologi, pemikiran, strategi pembelajaran, penyelesaian
masalah dan juga komunikasi terbuka.

10

ENTREPRENEURSHIP (MPU2223)

Kreativiti dan inovasi yang dibentuk atau dibina perlulah bersesuaian dengan
keperluan dan kehendak masyarakat, individu dan juga negara. Ianya juga hendaklah bebas
daripada sebarang kebimbangan dan ketakutan yang merupakan pra syarat untuk
mengembangkan potensi pelajar yang seharusnya mempunyai daya kreativiti dan inovasi
yang aktif dan berdaya maju. Individu yang bersifat kreatif dan inovatif perlu diganjari
dengan sepatutnya supaya bakat yang ada tidak dipersiakan begitu sahaja.
Bagi guru/pekerja yang kreatif dan inovatif pula, mereka harus sentiasa mengkaji dan
menyelidik apa yang berfungsi dan tidak berfungsi dalam profesion mereka. Mereka perlu
menanya beberapa persoalan dengan diri mereka. Di antara persoalan-persoalan tersebut
ialah:

Bagaimana perasaan beliau dengan kualiti dan kuantiti atau aktiviti dalam
perkembangan organisasi pendidikan?

Bagaimana beliau membina dan mengukuhkan faktor yang telah memberi sumbangan
kepada kejayaan lepas?

Bagaimana beliau mengalih atau mengelakkan penghalang yang mengganggu


aktiviti?

Bagaimana

beliau menetapkan

matlamat untuk

dan mengukur kesesuaian

perkembangan aktiviti dalam pembelajaran baru?

Bahagian mana yang paling perlu beliau pertingkatkan perkembangan proses hasil
pembelajaran baru?

Jadi jelas menunjukkan ciri-ciri kreatif dan inovatif bukan sahaja wujud pada seseorang
individu sahaja tetapi ia berkait rapat dengan penyumbang atau faktor-faktor lain seperti
kepimpinan, pemikiran dan budaya sesuatu organisasi itu untuk menentukan kejayaan,
pembangunan dan perkembangan sesebuah organisasi khasnya organisasi pendidikan.
Kesimpulanya, segala apa yang dirancangkan perlu dilaksanakan bagi mengembangkan
budaya inovasi dan kreatif dalam organisasi. Tranformasi harus dilakukan supaya kakitangan
dalam organisasi, tidak kira dari sektor mana dapat melahirkan pekerja yang produktif dan
secara tidak langsung akan meningkatkan imej organisasi dan negara.
6.0
i.

RUJUKAN
http://prabestariku.blogspot.my/2011/12/inovasi-dalam-pengajaran-pembelajaranp.html#!/tcmbck

ii.

http://rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-content/uploads/2014/12/SATU-INOVASI-

11

ENTREPRENEURSHIP (MPU2223)

DALAM-PENDIDIKAN-PRASEKOLAH.pdf
iii.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121210/re_01/Kreativiti-inovasi-dalampendidikan

iv.

http://saputradavid.blogspot.my/2013/06/inovasi-dalam-organisasipendidikan_3304.html

v.

https://www.scribd.com/doc/36822784/INOVASI-DALAM-ORGANISASI

12

You might also like