You are on page 1of 8

PROF

IL
TOK
OH
KEUS
Nama :

AHA
Kelas :
Nama Usahawan : Puan Hajah Padzilah Enda

WAN Sulaiman
Produk : Telekung Siti Khadijah
AN
Latar Belakang

Nama yang diberi adalah Padzilah Enda Sulaiman. Beliau berumur 54 tahun.
Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 6 orang anak lelaki. Beliau berasal dari
Sungkai, Perak. Pendidikan Puan Padzilah hanyalah sampai di Sijil Pendidikan
Malaysia (SPM). Walaupun beliau hanya menamatkan pendidikan di tahap
SPM sahaja, namun beliau tetap berusaha gigih untuk mencari rezeki.
Kemunculan Puan Padzilah yang asalnya suri rumah sepenuh masa mampu
menjadi usahawan yang berjaya. Beliau tidak pernah bermimpi untuk menjadi
usahawan apatah lagi untuk menghasilkan telekung eklusif. Tetapi semuanya
berubah apabila beliau merasakan sukar untuk mendapatkan telekung yang
selesa dan memenuhi cita rasanya. Diusia mudanya, beliau berkorban segala
masa dan tenaga untuk mengukuhkan sebuah rumah tangga dan menjalankan
tanggungjawab sebagai suri rumah, isteri dan ibu kepada cahaya matanya.
Seterusnya, Puan Padzilah juga merupakan seorang yang tegas dan garang
kerana beliau selalu membuat keputusan yang cepat kerana tidak suka
menunggu terlalu lama. Beliau juga seorang yang berpandangan jauh. Pada
waktu kecil, beliau telah membayangkan untuk mendapat keluarga yang
bahagia. Puan Fadzilah yang dulunya adalah suri rumah suka memasak
makanan yang mudah. Selalunya 2 atau 3 jenis masakan untuk sekali makan.
Masakannya hanya makanan tradisi Melayu. Walaupun beliau suka memasak
tetapi beliau tidak suka untuk mencuba resepi yang baru.
Tambahan pula, beliau bersikap terbuka kerana beliau boleh menerima
pendapat orang lain. Kata Puan Padzilah, ‘ Sebagai seorang ketua, kita perlu
juga dengar pendapat staff kerana kita tidaknya selalu betul. Beliau berniaga Siti
Khadijah dari kosong yang bermakna rekaan muka telekung tersebut puan
Padzilah yang reka. Jadi dari situ hingga sekarang, beliau telah melalui semua
proses tersebut. Dan sekarang jawatan beliau di Siti Khadijah Sdn Bhd ialah
sebagai pengasas dan Pengarah Eksekutif di butiknya.

Faktor Dorongan
Tamat sahaja Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), puan Padzilah tidak meneruskan
pengajian sebaliknya beliau bekerja dalam pelbagai bidang sehinggalah bertemu
jodoh dengan jurutera, Aminudin Mohd Nasir pada 1985. Puan Padzilah
membuka butik Cantik Hias pada tahun 1995, beliau memberikan khidmat
jahitan langsir dan hiasan dalam kediaman. Bagaimanapun butik beliau terpaksa
ditutup setahun kemudian kerana kegawatan ekonomi dan ketiadaan ilmu
perniagaan yang mantap.
Kemudian, beliau menjadi pengedar kosmetik dan Multi Level Marketing
(MLM). Namun, perniagaan tersebut juga tidak mendatangkan keuntungan yang
meyebabkan beliau berhenti berniaga dan menumpukan perhatian menjadi suri
rumah. Bermula melalui pengalaman sendiri dan rakan-rakan yang mengalami
masalah ketika memakai telekung dan tidak kemas. Ia menyebabkan beliau
menghasilkan kain telekung sendiri supaya semua wanita memiliki telekung
yang selesa untuk bersolat. Maklum balas rakan – rakan beliau terhadap jahitan
telekungnya menyebabkan beliau kembali ingin bergiat dalam dunia jahitan dan
perniagaan telekungnya.
Walaupun fungsi telekung cuma cukup sebagai melengkapkan solat, tetapi
biarlah telekung yang kita gunakan selesa dan cantik dipakai. Lebih- lebih lagi
sewaktu kita ingin menghadap Allah. Situasi itu menyebabkan beliau nekad
untuk mengubah persepsi semua wanita yang sepatutnya memiliki sepasang
telekung yang selesa.

Cabaran dan Halangan


Dengan sedikit asas jahitan yang dimiliki oleh Puan Padzilah, beliau telah
menggaji seorang pekerja untuk sama-sama membantunya dalam menghasilkan
telekung. Sebelum memulakan perniagaan, beliau tekun melakukan kajian,
pembangunan dan juga inovasi supaya rekaan yang dihasilkan bersesuaian
dengan trend fesyen ketika itu.
Benarlah kata orang, untuk berjaya kita perlu mengorbankan banyak
masa. Puan Padzilah terpaksa bersengkang masa sehingga pukul 3 pagi bagi
menyiapkan jahitannya. Puan Padzilah mula memasarkan telekung rekaannya
dengan harga RM235 sepasang. Namun, telekung rekaannya tidaklah mendapat
sambutan seperti yang diharapkan.
Puan Padzilah mengalami masa yang sukar apabila 200 oasang telekung
yang dijahit tidak mendapat sambutan. Ianya kerana harga telekung rekaanya
yang dirasakan terlalu mahal. Beliau bertekad untuk cuba memasarkan
telekungnya kepada Jemaah umrah dan haji melalui agensi-agensi umrah dan
haji. Namun, usaha beliau masih belum mendatangkan hasil apabila Jemaah
umrah dan haji tidak berminat untuk memasarkan telekung rekaanya kepada
Jemaah mereka.
Dalam rasa kecewa, beliau turut memberikan telekung percuma kepada
kawan-kawan, selebriti yang dikenali termasuklah sahabat media dan saudara
mara terdekat sebagai hadiah untuk menghabiskan telekung yang telah
disiapkan olehnya.
Usaha terakhirnya berjaya apabila mereka yang menerima hadiah
telekungnya itu mula menyatakan kepuasan dan keselesaan menggunakan
telekung rekaannya. Beliau juga melakukan aktiviti promosi dan pemasaran di
pelbagai medium seperti akhbar, majalah, laman web dan sebagainya. Sahabat
medianya turut menzahirkan maklum balas penggunaan telekungnya dalam
artikel penulisannya. Dari saat itulah, bermulanya jenama telekung Siti
Khadijah yang dikenali ramai dan diminati oleh golongan Muslimah yang
mementingkan keselesaan dan rekaanya bukan sahaja cantik, tetapi eksklusif
ini.
Walaupun begitu, dia tidak mampu untuk menjahit telekung yang banyak.
Mungkin ada yang menyangka cabarannya terhenti apabila jenama Siti
Khadijah ini semakin terkenal. Tetapi realitinya, apabila jenama ini mula
mendapat tempat di hati pengguna, masalah lain pula yang timbul. Jenama Siti
Khadijah ini mula mendapat masalah dari segi hak cipta pula apabila ada pihak
lain yang cuba meniru rekaan Siti Khadijah sehingga mereka terpaksa
mengambil tindakan makhamah. Penat lelah yang dicurah oleh mereka selama
ini tidak terbuang apabila meeka memenangi kes ini.
Puan Pazilah mengakui apabila kurang ilmu dalam bidang perniagaan, ia
agak sukar untuk berjaya. Pelbagai cara diusahakan untuk meyakinkan masyarat
mengenai kepentingan telekung dalam sebegai pakaian untuk beribadat. Kata
beliau, ‘ Siapa hendak membeli telekung harga premium kerana pada masa itu,
masyarakat tidak ada lagi telekung berjenama atau dijual dengan harga mahal’.
Usaha kerasnya akhirnya berbaloi apabila jenama beliau diperkenalkan
menerusi media cetak dan elektronik sehingga tidak cukup tangan untuk
melayan permintaan pelanggan.

Cara Menghadapi Cabaran dan


Halangan
Puan Padzilah selalu memantau perkembangan hasil jualannya. Tidak kira kecil
atau besar perniagannya. Beliau juga sentiasa kreatif dalam memastikan
jenamanya menonjol. Selain itu, beliau seorang yang cepat membuat keputusan
seperti apabila pekerjanya memberi idea, beliau terus membuat keputusan sama
ada ingin teruskan ataupun tidak.
Seterusnya, Puan Padzilah juga sentiasa melihat pada perkembangan
pasarannya. Beliau menampilkan idea baru yang memenuhi kehendak dan
menyelesaikan masalah pelanggan. Tetapi beliau akan mengkaji selidik dahulu
sebelum membuat keputusan supaya kehendak pelanggan dapat diterima oleh
pelanggannya yang lain.
Tambahan pula, Puan Padzilah tidak menangguh jika beliau mendapat idea
menarik. Beliau bertindak dengan pantas kerana setiap trend dan kehendak
berubah dengan cepat. Sesiapa yang lambat pasti ketinggalan di belakang
pesaing lain. Puan Padzilah akan kekal konsisten dengan terus menggunakan
laman web online sebagai platform untuk butik atau jenamanya lebih terkenal.
Selain itu juga, beliau akan memastikan perniagaanya seimbang tidak
kisah sama ada jangka masa yang pendek ataupun jangka masa yang panjang.
Puan Padzilah sentiasa berkomunikasi bersama pekerja atau staf nya supaya
mereka dapat mengeratkan hubungan yang baik dan dapat memberi ganjaran
yang setimpal dengan usaha pekerjanya dan juga dirinya untuk mendapatkan
keuntungan pada syarikat.
Akhir sekali, beliau juga sentiasa memikirkan baik buruk tindakannya pada
perniagaan sebelum beliau mengikuti emosinya. Beliau memikirkan yang
dirinya mempunyai jenama yang perlu dijaga dan tidak boleh mencemarkan
jenamanya dengan sesuatu yang akhirnya merugikan beliau.

Kejayaan

Kejayaan yang dicapai oleh butik Siti Khadijah bukanlah semudah yang
disangkan. Namun, berkat kesabaran yang tinggi, Puan Padzilah berjaya melalui
pelbagai cabaran untuk bergelar usahawan yang berjaya.
Kini, beliau memiliki 50 orang pekerja termasuklah tukang jahit dan
bahagian eksekutif. Beliau juga mempunyai kilang sendiri di Seksyen 7, Bandar
Baru Bangi yang dibeli sejak 2016. Kos membeli kilang adalah RM 800,000
dan mempunyai 30 mesin jahit automatic dan biasa. Butiknya juga menjual
keperluan haji dan umrah serta pakaian baju kurung dan kemeja.
Puan Padzilah berkata, beliau menubuhkan akademi jahitan untuk
memberikan peluang kepada ibu tunggal dan wanita yang meminati bidang
tersebut untuk meningkatkan kemahiran dan ilmu keusahawanan.
Bagi pemilik dan pengasas Butik Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd.,
kejayaan yang dicapai oleh beliau sekarang adalah hasil daripada minatnya yang
mendalam dalam bidang jahitan. Di samping minat, Puan Padzilah juga
bersungguh-sungguh dalam melakukan kajian, pembangunan dan inovasi untuk
produk rekaanya seiring dengan dunia fesyen yang terkini.
Dalam tempoh sembilah tahun, empayar Siti Khadijah telah berkembang
dengan terdirinya 30 cawangan butik di Semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak. Lebih membanggakan lagi, produk telekung Siti Khadijah berjaya
menembusi pasaran Indonesia, yang terkenal dengan lambakan telekung yang
penuh warna-warni dan variasi.

Kini, terdapat dua cawangan butik Siti Khadijah di negara burung garuda
itu, di Jakarta dan juga di Bandung. Kewibawaan Puan Padzilah Enda Sulaiman
dalam meneraju bidang keusahawanan telah mendapat pengiktirafan di tanah air
tercinta iaitu pada tahun 2016, beliau mendapat anugerah Women Entrepreneur
Award 2016. Pada tahun 2017, beliau telah mendapat Anugerah Usahawan
Wanita E50 2017.
Beliau juga telah menerima anugerah Perdana dan anugerah Pemasaran
Digital oleh SME Corp. Puan Padzilah juga telah mendapat augerah Superbrand
Deloitte, yang meletakkan jenama Siti Khadijah sebaris dengan nama besar
seperti 7 Eleven dan Bank CIMB.
Pengiktirafan yang diperoleh ini bukanlah satu nikmat yang dikecapi
dalam masa sehari semalam. Ada kesungguhan, kegagalan, pengorbanan dan
seribu satu cabaran yang dilalui dan didepani. Di sebalik kejayaan jenama Siti
Khadijah, ada watak utama seorang wanita mempunyai impian yang besar dan
kecekalan hati yang tinggi.
Baginya, penghasilan telekung bukan hanya mematlamatkan keselesaan,
malah ia memenuhi tuntutan ukhrawi iaitu sebagai pelaburan untuk saham
akhirat.
Prinsip Hidup
Prinsip hidup Puan Padzilah Enda Sulaiman adalah beliau mahu mendidik,
mengubah minda dan persepsi masyarakat khususnya wanita Muslimah
menggunakan telekung yang benar-benar selesa untuk beribadah. Beliau juga
mahu memberikan peluang kepada lebih ramai pelanggan untuk merasai kualiti
premium produk Siti Khadijah dan dapat melakukan inadah mereka dengan
lebih selesa.
Kata Puan Padzilah, tiada apa yang terlewat selagi ada usaha dan mahu
mencuba. Cuma kita perlu ada identiti dan lahirkan produk berbeza daripada
sedia ada. Keberanian juga mesti ada dalam diri usahawan untuk cuba perkara
baru. Beliau tetap teguh dengan matlamat, memberi keselesaan, kualiti fabrik
dan rekaan ringkas tetapi praktikal.
Walau apapun, mengenai isu ciplak dan meniru rekaan telekung
jenamanya, Puan Padzilah menganggap ia adalah fenomena khusus pada jenama
kukuh. Beliau mengatakan ia sudah menjadi lumrah, jenama yang melahirkan
produk yang berkualiti sering menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.
Beliau hanya melihat dari sudut positif sahaja kerana setiap hari beliau tidak
menang tangan mengeluarkan telekung.
Tidak tertinggal juga apabila prinsip Siti Khadijah bukanlah semata-mata
berpaksikan keuntungan tetapi untuk membantu orang ramai dan
bertanggungjawab terhadap ummah dan negara. Beliau bukan saja berperanan
sebagai usahawan tetapi mempunyai matlamat untuk membantu wanita di
negara ini memiliki pendapatan sendiri.

You might also like