You are on page 1of 29

SUMBER-SUMBER KEWANGAN :

HUTANG DAN
EKUITI
PEMBELAJARAN

Di akhir bab ini nanti diharap pelajar akan dapat:

 Menerangkan kepentingan keperluan kewangan untuk


pembiayaan perniagaan kecil.

 Menghuraikan pembiayaan hutang dan pembayaan


ekuiti.

 Menerangkan sumber-sumber dana untuk membiayai


operasi perniagaan kecil.
Pentingnya Sumber
Kewangan
 Kewangan merupakan salah satu daripada aspek terpenting
bagi memastikan sesebuah perniagaan dapat beroperasi
dengan lancar.
 Antara aspek yang terlibat meliputi bagaimana
mendapatkan sumber pembiayaan perniagaan.
 Kekurangan pemahaman usahawan berkenaan perkara ini
boleh mengakibatkan kegagalan perniagaan.
 Ramai usahawan selalunya merungut dan mengadu
bahawa mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang
mencukupi selepas beberapa memulakan perniagaan.
Keperluan Kewangan
Perniagaan Kecil
 Kepentingan kewangan bagi perniagaan kecil tidak
pernah terhenti, lebih-lebih lagi bagi perniagaan kecil
yang ingin berkembang.

 Semakin banyak produk dihasilkan dan semakin luas


kawasan pasaran, maka semakin tinggi keperluan
kewangan.

 Keperluan kewangan adalah untuk menyediakan


sumber dana bagi membayar atau membiayai pelbagai
belanja daripada aktiviti perniagaan.
Pembiayaan Kewangan Utk
Perniagaan Kecil
Antara pembiayaan kewangan untuk operasi perniagaan
kecil adalah seperti berikut :

 Pembiayaan Operasi Harian


 Pembiayaan Kredit Oleh Syarikat
 Pembiayaan Pembelian Inventori
 Pembiayaan Pembelian Aset
 Pembiayaan Luar Jangka
Pembiayaan Operasi Harian

 Setiap aktiviti perniagaan memerlukan wang dan


pembiayaan harus dibuat pada tarikh yang ditetapkan.

 Umpamanya gaji akan dibayar pada akhir bulan. Cukai


akan dibayar apabila ia diminta oleh pihak kerajaaan.
Begitu juga dengan pembaharuan lesen syarikat,
pembayaran elektrik, telefon, air, sewan, pengiklanan
dan sebagainya.

 Oleh itu, perniagaan harus mempunyai kewangan yang


cukup bagi membiayai belanja operasi.
Pembiayaan Kredit Oleh
Syarikat
 Persaingan yang pesat dalam perniagaan hari ini membuatkan
sebahagian syarikat menggunakan strategi pemberian kredit kepada
pelanggan untuk mengekalkan pembelian produk mereka dan
pelanggan tertentu.

 Pelanggan juga lebih suka berniaga dengan syarikat yang dapat


membiayai sebahagian daripada perniagaan mereka.

 Masalahnya, syarikat akan terlibat dengan sejumlah hutang daripada


pelanggan.

 Kebiasaanya usahawan akan berhati-hati dalam memberi


pembiayaan kredit ini.

 Pelanggan yang jujur dan telah lama berniaga akan diberi keutamaan
dalam hal ini.

 Apa yang harus dilakukan oleh usahawan adalah menggerakkan staf


kewangan mereka bagi menyediakan prosedur pengutipan hutang
dan pinjaman dengan cekap dan berkesan
Pembiayaan Pembelian
Inventori
 Sebahagian besar perniagaan mempunyai sejumlah
inventori untuk dijual kepada pelanggan.
 Ini lebih jelas bagi perniagaan yang bermusim yang harus
menyediakan cukup inventori untuk dipasarkan dalam
musim-musim tertentu.
 Sekiranya produk yang diminta oleh pelanggan kehabisan
stok, maka perhubungan antara usahawan dengan mungkin
terjejas.
 Pelanggan mungkin akan mencari pembekal yang lain.
Oleh itu, usahawan terpaksa memperuntukkan sebahagian
wang bagi membiayai pembelian inventori.
Pembiayaan Pembelian Aset
 Bagi perniagaan kecil terutamanya yang sedang
berkembang, pembelian aset adalah sesuatu yang
diperlukan seperti pembelian mesin, kelengkapan,
peralatan, kenderaan, bangunan atau tanah.

 Pembelian ini memerlukan perbelanjaan yang besar.


 Usahawan boleh menyusun pembelian kepentingan
aset untuk pembelian.

 Pengurus kewangan dalam hal ini akan membantu


membuat analisis keperluan pembelian aset dan
membantu melicinkan pembelian aset tersebut
Pembiayaan Luar Jangka

 Merupakan perbelanjaan untuk menghadapi saat-saat


kecemasan dalam sesebuah perniagaan atau sebagai
langkah berjaga-jaga dalam perniagaan.
 Selalunya usahawan akan memperuntukkan 5% daripada
jumlah keseluruhan kos sebagai peruntukan untuk
perbelanjaan luar jangka.

 Contohnya, keadaan kecemasan atau ’darurat’ yang


lazimnya dihadapi oleh usahawan akibat masalah
kesempitan modal pusingan atau tidak mempunyai tunai
yang mencukupi untuk membayar gaji pekerja kilang atau
sebagainya (W.Liz Ozman W.Omar & Sulzari Mohamed,
2002).
Sumber Dana Perniagaan
 Wang merupakan perkara yang penting dalam
perniagaan.

 Dana juga merujuk kepada wang yang dijadikan modal


untuk aktiviti perniagaan.

 Usahawan perniagaan kecil biasanya menggunakan


modal sendiri bagi memulakan perniagaan mereka.

 Mereka tiada pilihan sumber dana lain kerana bukan


sahaja baru dalam perniagaan malah tiada
pengalaman.
Sumber Dana Perniagaan
 Oleh itu, bagi bakal usahawan pula harus mengumpul sedikit
wang yang akan dijadikan modal sebelum memulaan perniagaan.
 Ini kerana, jarang sekali pembiaya yang sanggu memberi
pinjaman atau kredit kepada mereka yang tiada pengalaman atau
baru dalam perniagaan.
 Usahawan kecil kebiasaannya memainkan peranan penting dalam
urusan kewangan dan bertanggungjawab mendapatkan sumber
dana bagi membiayai perniagaan mereka.
 Usahawan boleh mencari dana untuk perniagaan daripada
pelbagai sumber yang akan dibincangkan seterusnya.
 Sumber dana boleh dibahagi kepada dua iaitu dengan cara
pembiayaan hutang dan pembiayaan ekuiti.
Pembiayaan Hutang
 Pembiayaan hutang adalah untuk perniagaan yang
melibatkan pinjaman daripada pihak luar yang perlu dibayar
balik jumlah pinjaman dan faedah atau keuntungan dalam
satu tempoh masa tertentu.
 Pembiayaan hutang ini datang daripada pelbagai sumber
seperti bank, institusi kewangan, agensi kerajaan, atau
pihak tertentu.
 Pembiayaan hutang terdiri daripada pembiayaan hutang
jangka pendek seperti kredit dagangan, overdraf, pinjaman
bank, surat kredit dan pemfaktoran; pembiayaan hutang
jangka panjang seperti terbitan sekuriti hutang dan pinjaman
tetap.
Pembiayaan Ekuiti
 Pembiayaan ekuiti pula merujuk kepada pelaburan atau sumbangan
yang dibuat oleh pemilik perniagaan.
 Sumbangan pembiayaan daripada pemilik adalah dalam bentuk
modal atau terbitan saham dan pendapatan tertahan iaitu
pendapatan yang tidak diagihkan dan dimasukkan kembali untuk
digunakan oleh perniagaan.
 Pemilik tunggal kebiasaannya akan membiayai perniagaan mereka
sendiri terutamanya pada awal perniagaan.

 Perniagaan perkongsian akan mendapat dana daripada rakan kongsi


manakala syarikat sendirian berhad pula akan mendapat dana
daripada ahli syarikat.
 Apabila syarikat berkembang dan membesar, terbitan saham akan
menjadi fokus pembiayaan.
Pembiayaan Jangka Pendek
 Salah satu fungsi kewangan adalah bagi memastikan
perniagaan sentiasa mempunyai wang yang cukup bagi
membiayai aktiviti perniagaan.
 Aktiviti operasi harian merupakan teras kejayaan
perniagaan.
 Sehari perniagaan tidak beroperasi, akan memberi kesan
terhadap aktiviti pada hari berikutnya terutamanya bagi
pengeluaran produk yang mempunyai permintaan
bermusim.
 Oleh itu, wang diperlukan untuk tujuan ini. Bagi tujuan ini,
sumber pembiayaan jangka pendek amat diperlukan bagi
meneruskan operasi perniagaan harian.
Pembiayaan Jangka Pendek
Usahawan boleh menggunakan pelbagai sumber
pembiayaan jangka pendek seperti berikut :
 Kredit Dagangan
 Keluarga Dan Rakan
 Pinjaman Bank
 Overdraft
 Pembiayaan Daripada Agensi Kerajaan
 Sumber Pembiayaan Dalaman
Kredit Dagangan
 Sebahagian usahawan menggunakan kredit dagangan sebagai salah satu sumber
perniagaan mereka.

 Kredit dagangan merupakan pembayaran lewat yang diberikan oleh pembekal


kepada usahawan. Dalam percakapan harian, kredit dagangan juga disebut sebagai
hutang yang diberi oleh pembekal.

 Manakala dalam sebutan perakaunan pula, disebut sebagai akaun belum bayar.
 Usahawan biasanya akan membeli bakalan atau bahan mentah daripada pembekal
tertentu.

 Setelah sekian lama berniaga dan pembekal telah dapat menilai kejujuran
usahawan, maka usahawan akan diberi peluang untuk membayar pembelian mereka
pada tarikh tertentu pada masa hadapan.

 Terdapat keadaan di mana usahawan diberi diskaun jika membayar lebih cepat dari
tarikh yang ditetapkan.

 Oleh itu, kejujuran dan komitmen usahawan dalam membentuk dan mengekalkan
hubungan perniagaan usahawan dengan pembekal amat diperlukan kerana ini
adalah sumber pembiayaan yang cepat, mudah dan ringkas.
Keluarga Dan Rakan
 Sumber pembiayaan jangka pendek yang selalu digunakan oleh usahawan
kecil ialah daripada keluarga dan rakan.

 Pembiayaan melalui pinjaman daripada keluarga adalah mudah dan ringkas


tetapi usahawan harus memahami aliran tunai bagi memastikan masa
pembayarn balik pinjaman.

 Sebahagian usahawan cuba menangguhkan bayaran pinjaman daripada


keluarga dan rakan.

 Ini menyebabkan usahawan gagal membayar balik apabila menghadapi


masalah aliran tunai.

 Ini akan memberi kesan negatif tethadap hubungan kekeluargaan.


 Ini boleh menyebabkan imej usahawan akan terjejas.
 Jika berlaku pinjaman daripada keluarga dan rakan, usahawan dinasihati
menulis perjanjian pinjaman dan membayar balik pinjaman mengikut
perjanjian.

 Bayaran pinjaman berserta dengan sebahagian keuntungan syarikat bagi


menggembirakan mereka.
Pinjaman Bank
 Pembiayaan melalui pinjaman bank merupakan salah satu kaedah
pembiayaan yang agak popular dalam kalangan usahawan.

 Walau bagaimanapun, bank jarang memberi pinjaman kepada usahawan


terutamanya usahawan yang baru. Usahawan perlu menggunakan strategi
tertentu bagi menunjukkan mereka usahawan yang jujur dan berpotensi.

 Simpanlah sebahagaian wang di bank yang mereka ingin mendapatkan


pembiayaan.

 usahawan perlu memenuhi syarat tertentu jika terdapat sesuatu yang perlu
dipatuhi dan dibuat perjanjian bertulis.

 Biasanya pihak bank akan meminta anda membuat cagaran harta-harta


syarikat terhadap pinjaman yang dibuat oleh usahawan.

 Pihak bank juga akan meminta usahawan menyediakan rancangan


perniagaan untuk mereka menilai potensi perniagaan anda. Aliran tunai mesti
disediakan kerana pihak bank akan meneliti kedudukan kewangan dan
pembayaran balik pinjaman.
Overdraft
 Secara ringkasnya adalah kebenaran kredit daripada pihak bank
kepada pemegang akaun semasa menggunakan sejumlah wang
bank pada satu tempoh tertentu.

 Overdraft adalah satu kemudahan kredit yang diberikan oleh pihak


bank perdagangan kepada pemegang akaun semasa.

 Usahawan yang mempunyai akaun semasa dengan bank boleh


memohon kemudahan overdraft daripada bank berkenaan.

 Biasanya pihak bank akan meminta usahawan menyimpan sejumlah


wang dalam bank mereka sebagai simpanan tetap.

 Pihak akan membenarkan pemegang akaun semasa menggunakan


wang daripada bank berkenaan dengan jumlah tertentu dalam
tempoh tertentu.

 Kebenaran ini biasanya berdasarkan kejujuran usahawan dalam


berurusniaga dengan pihak bank berkenaan dan rekod baik
usahawan.

 Pembayaran mesti dibuat pada tempoh yang ditetapkan.


Pembiayaan Daripada Agensi
Kerajaan
 Dalam membangunkan perniagaan kecil terutamanya pada
peringkat permulaan perniagaan terdapat pelbagai jenis
agensi kerajaan terlibat secara langsung dalam membiayai
projk usahawan.
 Antara agensi tersebut ialah Majlis Amanah Rakyat Malaysia
(MARA), Perbadanan Kemajuan Negeri, Agensi
Pembangunan Wilayah dan sebagainya.
 Agensi tersebut memainkan peranan dalam membangunkan
usahawan baru dan menyediakan tabung bagi membantu
usahawan memulakan dan mengembangkan perniagaan.
 Usahawan dinasihatkan mewujudkan hubungan dengan
pihak yang berkaitan di lokasi operasi perniagaan mereka.
Sumber Pembiayaan Dalaman
 Usahawan sebenarnya dapat membiayai perniagaan dengan meningkatkan kecekapan
pengurusan syarikat

 Usahawan boleh mempercepatkan pengutipan akaun belum terima.

 Oleh itu, rekod penghutang perlu dikemas kini dan disimpan secara bersistem agar dapat
memberi amaran kepada usahawan bahawa akaun belum terima perlu dikutip dengan
segera.

 Usahawan juga boleh mengurus inventori dengan cekap seperti yang telah dibincangkan.
Jika inventori diminimunkan, maka kos inventori dapat dikurangkan.

 Usahawan juga boleh dibiayai dengan melewatkan pembayaran tertentu seperti bayaran bil
elektrik, air, sewa, cukai dan sebagainya. Wang tersebut boleh digunakan oleh syarikat
dalam urusan yang perlu didahulukan

 Usahawan juga boleh juga menggunakan wang peribadi sebagai pinjaman kepada
perniagaan atau sebagai tambahan kepada modal. Usahawan mungkin boleh mencagarkan
harta peribadi bagi mendapatkan tunai untuk membiayai perniagaan. Dalam hal ini
usahawan perlu berhati-hati dan memahami tindakan dan transaksi perakaunan. Jika ia
sebagai hutang kepada perniagaan, usahawan perlu membayar kembali dengan mengikut
sistem tertentu. Jika tambahan modal, maka ekuiti pemilik usahawan akan bertambah
dalam syarikat (Mohd Asri Hj Abdullah et.al,2000).
Pembiayaan Jangka
Sederhana
 Merupakan kemudahan pembiayaan berbentuk
kemudahan pinjaman yang biasa disediakan oleh
institusi kewangan dan perlu dibayar balik dalam
tempoh 3 hingga 5 tahun. Contoh kemudahan ini ialah
 pinjaman sewa pajak; dan
 sewa beli
Sewa beli
 Perniagaan yang memerlukan aset tetap seperti kenderaan dan tidak
mempunyai tunai yang mencukupi bagi membiayai aset-aset ini boleh
menggunakan kaedah sewabeli.

 Sewabeli merupakan satu lagi pembiayaan kerana ia memungkinkan seorang


peniaga menampung kos perlaksanaan projeknya dengan pembelian aset
secara ansuran.

 Di dalam pembelian aset secara sewabeli, peniaga perlu meletakkan wang


muka sebanyak 20% daripada kos aset tersebut.

 Ini bermakna institusi kewangan akan menyumbangkan 80% daripada kos


aset yang dibeli.

 Peniaga kemudian membuat pembayaran bulanan kepada institusi kewangan


tersebut dengan kadar faedah yang telah dipersetujui.

 Sewabeli mungkin merupakan satu sumber yang agak mahal tetapi di dalam
banyak situasi ia merupakan satu sumber yang amat praktikal.

 Ini kerana, pembelian aset tetap secara sewabeli memberi kemudahan


kepada peniaga untuk memiliki sesuatu aset tanpa pembayaran sekaligus
yang tinggi.
pinjaman sewa pajak
 Peniaga-peniaga yang memerlukan aset tetap tetapi tidak mahu
memiliki aset tersebut kerana sebab-sebab tertentu boleh
menggunakan kaedah sewapajak sebagai satu cara mendapatkan
aset tersebut.
 Peniaga yang ingin menggunakan aset boleh meminta institusi
kewangan membeli aset tersebut dan kemudiannya
menyewakannya kepada peniaga.
 Sewapajak merupakan satu sistem yang praktikal bagi sebab-
sebab tertentu :
 Peniaga tidak mempunyai modal yang mencukupi bagi membeli
sesuatu aset.
 Peniaga dibebankan dengan hal-hal penyelenggaraan aset
tersebut.
 Peniaga tidak mahu terikat dengan sesuatu aset yang tidak
bertahan lama.
 Peniaga tidak mahu melabur dalam aset tetap yang terlalu mahal
tetapi jarang digunakan
Pembiayaan Jangka Masa
Panjang
 Penyediaan rancangan perniagaan membantu usahawan meramal
dan merancang keperluan kewangan mengikut jangka masa tertentu.
 Perancangan kewangan yang dibuat berasaskan persoalan apakah
matlamat jangka panjang perniagaan, keperluan kewangan bagi
mencapai matlamat dan sumber modal jangka panjang yang terbaik.
 Pembiayaan jangka panjang biasanya adalah untuk membeli aset
modal seperti bangunan, kilang, peralatan, dan sebagainya.
 Bagi perniagaan kecil, usahawan atau pemilik perniagaan akan
terlibat secara langsung dalam membuat keputusan mengenai
pembiayaan jangka masa pangjang.
 Perniagaan kecil dapat menggunakan pembiayaan melalui
pembiayaan ekuiti dan pembiayaan hutang.
Pembiayaan Hutang
 Pembiayaan pinjaman bertempoh iaitu pinjaman daripada
institusi kewangan agensi kerajaan di mana tempoh
matangya lebih daripada setahun.
 Terdapat kontrak secara rasmi antara syarikat yang
meminjam dan institusi kewangan yang terlibat.
 Antaranya jumlah pinjaman, tempoh matang, masa bayaran,
ansuran -bayaran bulanan dan sebagainya.
 Biasanya perniagaan yang telah lama beroperasi dan ingin
berkembang serta mempunyai rekod yang baik akan
berpeluang mendapat pembiayaan ini.
 Satu lagi jenis pembiayaan ini ialah dengan cara
mengisukan bon kepada awam yang biasanya dibuat oleh
syarikat besar atau korporat.
Pembiayaan Ekuiti
 Selain daripada menggunakan pinjaman, usahawan boleh
mendapatkan pembiayaan dengan cara melabur kembali
pendapatan syarikat, mengisu saham, modal sendiri atau
membuat pajakan harta peribadi, meminjam daripada rakan dan
keluarga, mendapatkan rakan kongsi atau peneroka modal
(venture capitalist).
 Pendapatan tertahan iaitu pendapatan yang dimasukan kembali
dalam perniagaan.
 Dalam hal ini, usahawan perlu memastikan perniagaan dapat
membuat keuntungan yang maksimun.
 Usahawan juga boleh menambah modal sendiri daripada wang
simpanan atau memajak aset peribadi seperti rumah, kenderaan,
kilang dan sebagainya. Penjualan saham syarikat juga dapat
membantu usahawan membiayai pembelian harta modal.
 Selain itu pinjaman daripada rakan atau keluarga serta
mendapatkan rakan kongsi boleh membantu dalam hal ini
Rumusan
 Secara keseluruhannya, bab ini telah membincangkan
tentang kepentingan sumber kewangan kepada
usahawan bagi membiayai operasi perniagaan yang
dijalankan.

 Tajuk ini dapat membantu usahawan mengetahui


jenis-jenis pembiayaan yang terdiri daripada
pembiayaan hutang dan pembiayaan ekuiti.

 Selain itu, usahawan juga diperkenalkan kepada


beberapa kategori sumber-sumber dana yang boleh
diperolehi sama ada pembiayaan jangka pendek,
jangka sederhana dan pembiayaan jangka panjang.

You might also like