You are on page 1of 18

[SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN]

ISI KANDUNGAN

MUKA
BIL KANDUNGAN
SURAT

2
1 PENGENALAN : SEJARAH PENUBUHAN PERNIAGAAN

3
2 MATLAMAT, MISI DAN VISI PERNIAGAAN

4-6
3 CIRI-CIRI USAHAWAN

7-8
4 STRATEGI PERNIAGAAN YANG DIGUNAKAN

9
5 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN PERNIAGAAN

10-11
6 CABARAN/HALANGAN YANG DIHADAPI

12
7 KESIMPULAN/PENUTUP
13
8 RUJUKAN

9 LAMPIRAN 14-18

Page 1
[SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN]

1.0 PENGENALAN

Kim’s Florist And Floral supplies diasaskan oleh keluarga


kim pada Januari 1981 di Johor Bahru, Johor. Perkataan
kim merupakan nama keluarga mereka dan menamakan
kedai bunganya kim’s florist and floral supplies. Siapa
yang dapat menyangka bahawa perniagaan kecil-kecilan
berasaskan daripada pelbagai jenis bunga, akhirnya
menjadikan jenama Kim’s florist sebagai antara peniagaan bunga utama di kawasan
Johor bahru. Walaupun dah dikenali beberapa tahun namun Kim’s florist and floral
supplies masih menjadi kedai bunga pujaan ramai orang berbanding dengan kedai-kedai
bunga yang lain. Ini kerana Kim’s florist and floral supplies mempunyai jenis bunga bunga
tempatan dan juga dari Negara-negara tertentu. Menyedari potensi besar
pembangunaan negeri johor di sekitar johor bahru Kim’s mengambil tindakan drastik
dengan membukakan kedainya di johor bahru pada tahun 1981. Sambutan masyarakat
di sekitar johor bahru menggalakkan mengembangkan perniagaan Kim’s florist and floral
dan produk jualannya dipelbagaikan dan juga memberi keutamaan kepada kualiti bunga
rose yang dibawa masuk dari negar asing iaitu dari ‘Netherland’.

Selepas pemergian pengasas Kim’s florist and floral supplies, perniagaan itu diwarisi
anaknya valentina kim iaitu owner baru kim’s florist. Beliau akur dengan hasrat bapanya
untuk membantu menguruskan perniagaan Kim’s florist. Namun, keupayaan beliau
membuat urusan jual-beli dan mampu menyumbang jualan memberangsangkan kepada
perniagaanya sewaktu awal pembabitannya dalam dunia perniagaan nyata mendapat
pujian daripada bapanya.

Page 2
[SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN]

2.0 MATLAMAT,MISI DAN VISI PERNIAGAAN

MISI

● Sentiasa menjamin kualiti bunga yang dijual bagi memastikan tahap kepuasan
pelanggan diatas par dan sentiasa memastikan ‘trending’ pada masa ke semasa.

● Memberi perkhidmatan terbaik dan memastikan pelanggan akan sentiasa yakin


dan gembira.

VISI

● Sentiasa mengutamakan keselesaan pelanggan dalam menjadikan pengalaman


membeli di kedai Kim’s florist and floral sesuatu yang unik dan tidak dapat
dilupakan.

● Menjadikan Kim’s florist and floral supplies sebagai pembekal (import)bunga


terbesar di sekitar johor bahru bagi memenuhi keperluan pelangan.

● Memberi perkhidmatan jualan serta informasi oleh seorang pelanggan tanpa


mengira status.

● Menyambut pelanggan dengan layanan dan senyuman.

Page 3
[SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN]

3.0 CIRI-CIRI USAHAWAN TERDAPAT DALAM DIRI PEMILIK PERNIAGAAN

Ciri-ciri keusahawanan yang ada pada individu usahawan berupaya membangunkan


bukan sahaja diri usahawan itu sendiri, tetapi juga bertanggungjawab kepada
pembangunan masyarakat dan negara. Malah hasil daripada seorang usahawan mampu
memberikan kesejahteraan kepada masyarakat di seluruh dunia. Ini adalah kerana
usahawan merupakan daya penggerak yang telah mewujudkan, memulakan dan
sentiasa berusaha dalam memperkembangkan sesuatu usaha teroka yang diceburi. Ciri-
ciri usahawan yang dimiliki oleh pengasas Kim’s florist and floral supplies adalah seperti
berikut :-

3.1 BERORIENTASI

Ciri pertama yang dimiliki oleh pengasas Kim’s florist ialah. berorientasikan tugas dan
hasil bagi seseorang usahawan menyatakan kehendak dalam prestasi, berorientasikan
kepada laba, memiliki ketekunan dan ketabahan semasa menjalankan urus niaga,
memiliki tekad yang kuat walaupun menghadapi sebarang masalah, suka bekerja keras,
bersifat energik dan memiliki inisiatif.

3.2 PROAKTIF

Orang yang proaktif sentiasa memikirkan apa yang boleh dilakukan untuk meningkatkan
kualiti kehidupannya. Walaupun perniagaan kim’s florist adalah perniagaan diturun
temuruni oleh keluarga, beliau bersifat proaktif sesuai dengan seorang usahawan kerana
dengan adanya sifat ini, seseorang usahawan akan sentiasa memandang jauh ke depan
dengan penuh keyakinan, dan selalu aktif dalam memikirkan apa cara untuk terus maju
dan meningkatkan kualiti keusahawanannya. Seorang usahawan bukan sahaja perlu
mengambil pelbagai inisiatif malah sifat proaktif juga harus dipupuk untuk kekal bersaing
dalam perniagaan. Seorang usahawan yang proaktif mereka perlu bertanggungjawab
keatas semua keputusan sama ada masa kini dan lampau.

Page 4
[SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN]

3.3 BERWAWASAN

Usahawan yang berwawasan akan mempunyai keupayaan yang tinggi untuk mengesan
peluang keemasan serta dapat berfikir sesuatu secara kreatif dan inovatif. Melalui visi
serta perancangan yang teratur dan berkesan, Hasilnya Kim’s florist and floral supplies
merupakan pembekal bunga yang terbesar di sekitar johor bahru dan memiliki pelbagai
jenis bunga samada bunga tempatan dan juga bunga-bunga dari luar Negara terutamaya
bunga rose yang selalu menarik pemerhatian pelangan.

3.4 TAAT

Taat adalah melaksanakan sesuatu perintah yang diberikan oleh seseorang yang
mempunyai kuasa dalam sesuatu organisasi. Perniagaan Kims florist and flora supplies
ini telah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan berasaskan bunga – bunga
tempatan yang mudah diperolehi oleh semua. Akhirnya menjadikan Kim’s florist sebagai
perniagaan bunga terbesar di sekitar Johor bahru. Sambutan telah mendapat reaksi baik
dapat membantu mengembangkan perniagaan Kim’s florist and floral supplies dan juga
membantu mengambil risiko yang tinggi untuk membawa masuk bunga dari Negara-
negara luar.

3.5 RANGKAIAN

Rangkaian adalah alat perniagaan yang memainkan peranan penting untuk kejayaan
usahawan. Sekiranya usahawan mempunyai rangkaian yang cekap untuk pengguna
luaran dan dalaman, ia akan menjadi mudah untuk usahawan memperolehi kebaikan
terhadap peluang perniagaan juga dalam menyelesaikan masalah mengenai perniagaan
mereka. Ini juga salah satu ciri yang didapai dalam diri pengasas Kims florist and floral
supplies bagi pekembangan perniagaanya. Perrniagaan Kim’s florist mempunyai laman
web sendiri bagi memudahkan pelangan untuk membeli ataupun memperolehi maklumat
pada bila-bila masa sahaja. Hubungan rangkaian yang baik membolehkan perniagaanya
mendapatkan sokongan serta kerjasama dari lingkaran

Page 5
[SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN]

rangkaian. Selain itu, mereka juga membekalkan perkhidmatan penghantaran pintu bagi
memudahkan pelangan untuk mebeli-belah dan juga menjimat kos serta masa.
Rangkaian merupakan hasil dari strategi hubungan yang lepas dan sebagai sumber
untuk strategi akan datang.

3.6 BERANI MENGAMBIL RISIKO

Usahawan perlu berani untuk mengambil risiko sama ada kecil ataupun besar risiko
tersebut. Risiko memainkan peranan yang penting dalam diri seorang usahawan dan
membantu mematangkan fikiran usahawan. Antara risiko-risiko dalam perniagaan Kims;
florist ialah risiko kerugian, risiko pengorbanan masa dan tenaga ,risiko pasaran, risiko
produk dan risiko dapatkan pekerja. Risiko yang terbesar bagi perniagaan Kim’s florist
ialah harus menjaga bunga-bunga dengan teliti dan sentiasa memastikan dalam keadaan
segar supaya tidak mendatangkan kerugian. Oleh itu, pengurusan risiko haruslah dititik
beratkan supaya dapat menghadapi sebarang risiko dengan lebih tabah dan tenang. Hal
ini menjayakan perniagaan Kim’s florist kerana beliau mempunyai sikap berani
mengambil risiko.

3.7 SIKAP BERTANGGUNGJAWAB

Sikap bertanggungjawab adalah antara sikap yang paling penting dalam diri seorang
usahawan yang berjaya. Usahawan yang berjaya mempunyai sikap bertanggungjawab
bukan sahaja terhadap dirinya malah terhadap perniagaan serta orang disekelilingnya
seperti pekerja, pelabur, pembekal dan pelanggan. Pengasas Kim’s florist
bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan dan bukan melarikan diri apabila berlaku
kesilapan di dalam perniagaannya. Jika beliau membuat kesilapan, dia akan
bertanggungjawab terhadap kesilapan itu dan menjadikannya pengajaran serta bertekad
tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang.

Page 6
[SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN]

4.0 STRATEGI PERNIAGAAN YANG DIGUNAKAN

4.1 MEMBERIKAN KUALITI PERKHIDMATAN YANG TINGGI

Kita sedia maklum bahawa kualiti produk dan perkhidmatan akan menentukan kejayaan
sesuatu perniagaan. Perkhidmatan berkualiti rendah sukar untuk mengekalkan
pelanggan yang sudah sedia ada dan menarik pelanggan baru. Perniagaan Kim’s florist
lebih menekan dan fokus dalam kualiti bunganya supaya tidak menjejaskan nama baik
perniagaannya di dalam kalangan pelangan. Selain daripada itu kim’s florist juga
menpunyai perkhidmatan pintu, pembelian secara online( e-dagang) dan lain-lain bagi
mengekalkan ataupun meningkatkan mutu kualiti perkhidmatan perniagaanya.

4.2 TAWARKAN HARGA YANG BERPATUTAN

Dalam pasaran yang kompetitif, harga memainkan peranan yang penting dalam
pemilihan perniagaan. Ramai pengguna kini adalah pengguna yang bijak dan akan
membandingkan harga sebelum mendapatkan perkhidmatan sesebuah syarikat. Harga
yang berpatutatan oleh Kim’s florist mendapat banyak sambutan daripada pelangan. Ini
merupakan salah satu strategik perniagaan yang digunakan oleh Kim’s florist dalam
perkembambangan perniagaan beliau. Tawan pengguna dengan memberi perkhidmatan
pada harga yang munasabah dan bersesuaian dengan kualiti produk. Kim’s florist turut
menawarkan diskaun pada musim perayaan, hujung bulan dan akhir tahun dan
sebagainya.

Page 7
[SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN]

4.3 PUASKAN HATI PELANGGAN

Memuaskan hati pelanggan dengan memberi layanan yang terbaik. Beri apa yang
dinginkan oleh pelanggan akan menunaikan permintaan mereka dan memberi kepuasan
kepada mereka. Selaras dengan misi Kim’s florist yang berkonsepkan ‘satu jurujual satu
pelanggan’. Hasilnya ialah ia memberi pulangan yang lebih luas. Hal ini disebabkan oleh
pelanggan yang gembira akan berkongsikan pengalaman mereka dengan kenalan-
kenalan mereka. Buah mulut yang baik berkenaan perniagaan akan menawan pasaran
pelanggan yang setia dan meluas.

4.4 TINGKATKAN PROMOSI PERNIAGAAN

Perniagaan yang tidak melakukan promosi tidak akan mendapat prospek. Langkah
pertama dalam mendapatkan jualan adalah menambahkan prospek. Lebih ramai prospek
yang kita perolehi, lebih besar kemungkinannya perniagaan kita akan berjaya. Usaha
mendapatkan prospek adalah melalui promosi dan pengiklanan. Pengiklanan boleh
dilakukan menerusi media sosial seperti Facebook dan Whatsapp. Promosi dan
pengiklanan yang dilakukan secara berterusan- setiap hari oleh Kim’s florist melalui
media massa membantu pelangan datang ke kedainya.

Page 8
[SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN]

5.0 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN PERNIAGAAN

Ramai yang telah menerokai bidang keusahawanan, ada yang sudah berjaya dan tidak
kurang juga yang menemui kegagalan. Jika terdapat dua orang yang menceburi
perniagaan yang sama, tidak semestinya mereka mendapat keputusan yang sama.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perniagaan kim’s florist and floral
supplies. Antaranya:-

5.1 SOKONGAN DARIPADA KELUARGA

Kejayaan perniagaan Kim’s florist terutamanya ialah sokong daripada ahli keluarga.
Perkara ini dapat dilihat dengan jelas melalaui, Kim’s florist merupakan satu perniagaaan
yang diwarisi oleh turun temurun yang dapat sokongan yang penuh oleh keluarganya.
Valentine kim juga banyak bergantung kepada nasihat arwah bapanya yang menerapkan
disiplin tinggi di kalangan anak-anaknya. Bapanya selalu berpesan agar sentiasa amanah
sama ada kepada diri sendiri mahupun dalam jual beli.

5.2 RANCANGAN PERNIAGAAN

Rancangan perniagaan yang dibuat dan mengambil kira setiap aspek perniagaan akan
berjaya meningkatkan keuntungan syarikat dan lebih berdaya maju. Melalui rancangan
perniagaan ini, usahawan akan dapat mengenal pasti potensi syarikat untuk lebih
berdaya saing di dalam industri yang diceburi. Penjualan bunga merupakan satu
perniagaan yang mempuyai daya saingan yang tinggi kerana sesiapa pun boleh buat
perniagaan bunga ini dan juga perlu berpendidikan yang tinggi. Dalam hal ini valentine
kim iaitu pemilik kim’s florist merancangkan peneniagaan bunga dia dengan teliti supaya
tidak berlaku kerugian.

Page 9
[SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN]

6.0 CABARAN DAN HALANGAN PERNIAGAAN YANG DIHADAPI

6.1 KETAHANAN BUNGA YANG SINGKAT

Ketahanan bunga merupakan salah satu carabaran utama yang dihadapi dalam
perniagaan kim’s florist kerana ketahanan atau kesegaran bunga yang singkat. Bagi
menjaga kualiti bunga yang tinggi kim’s florist terpaksa mengeluarkan kos modal yang
tinggi. Ini menjejaskan pendapatannya bagi mengekalkan pelanggan dengan harga yang
berpatutan. Ada beberapa jenis bunga yang dikenal memiliki kethanan air yang lebih
lama dibandingkan dengan jenis bunga yang lain. bunga ‘Anyelir’ adalah contoh jenis
bunya yang memiliki ketahanan terhadap air lebih baik dibandingkan dengan mawar.
Perniagaan kim’s florist kebanyakan bergantung kepada bunga kerana ia mempunyai
permintaan yang banyak oleh pelanggan. Hal ini mendatangkan kesan yang besar dalam
periagaan beliau.

6.2 LOKASI PERNIAGAAN

Lokasi perniagaan sangat penting untuk usahawan dalam usaha memulakan sebuah
perniagaan dan juga untuk memdapatkan sambuntan daripada orang ramai kerana ia
dapat menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu perniagaan. Tempat perniagaan
perlu berada di lokasi yang strategic yang berhampiran dengan pelanggang. Ini akan
memudahkan pelanggang untuk mengunjungi. Walaupun kim’s florist mempunyai ramai
pelanggang tetapi lokasi perniagaan jauh dari pandangan pelanggan. Ini adalah satu
halangan bagi pelanggan baru ke kedainya.

Page 10
[SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN]

6.3 PENGUNAAN E-DAGANG

e- dagang mengunakan sepenuhnya kemudahan teknologi maklumat terutama


telekomunikasi canggih yang dapat melindungi dan memuaskan penguna-pengunanya.
Namun begitu , masih terdapat pelbagai masalah sama ada di pihak pengguna, mahupun
peniaga. Budaya masyarakat di Malaysia kurang yaking terhadap system keselamatan
e-dagang dan lebih selesa dengan berinteraksi atau bersemuka dengan penjualnya
semasa membeli belah. Daripada hasil kajian penguna lebih gemar atau suka membeli
di keadai atau pasaraya iaitu sebanyak 66.3 peratus berbanding membeli secara online.
Kim’s florist membekalkan pembelian secara online tidak mendapatkan sambutan yang
banyak dari pelanggang kerana perasaan kurang yakin dan juga masih ada yang
kekurangan pengetahuan dan pembedahan di kalangan pengguna tempatan berkaitan
dengan konsep e-dagang terutama di kawasan-kawasan pendalaman. Selain itu
penipuan dalam perniagaan e-dagang menimbulkan kerisauan di kalangan pembeli.

6.4 KOS INTERNET YANG TINGGI

Akses internet yang tinggi menjadi menjadi penghalang sesebuah organisasi perniagaan
dan para pelanggan untuk mencari atau info berkaitan dengan produk. Perniagaan kim’s
florist menghadapi masalah kerana pengakses internet melibatkan kos yang tinggi.
Malah, ianya turut membantutkan perkembangan khasnya e-dagang kerana asas utama
sistem e-dagang adalah internet.

Page 11
[SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN]

KESIMPULAN

Walaupun terdapat pelbagai mitos yang sering diperkatakan terhadap usahawan, namun
dengan ilmu pengetahuan yang mantap, masyarakat mula sedar akan kepentingan
usahawan dalam membangunkan ekonomi negara. Bukan mudah untuk menjadi seorang
usahawan yang berjaya lebih-lebih lagi dalam tempoh masa yang singkat. Justeru, ia
memerlukan kesabaran yang sangat tinggi dalam menempuh pelbagai cabaran
perniagaan. Individu atau masyarakat yang ingin mengecapi kejayaan seperti usahawan
perlulah memiliki ciri-ciri usahawan yang mana telah diberi penekanan dalam penulisan
ini. Setiap individu berpeluang untuk mengecapi kejayaan sebagai seorang usahawan
kerana ciri-ciri keusahawanan yang ada pada kebanyakan usahawan seperti tokoh
usahawan yang dibincangkan tersebut bukanlah dilahirkan secara semula jadi, tetapi
adalah disebabkan faktor-faktor seperti berwawasan tinggi, sanggup mengambil risiko,
daya inisiatif dan kejayaan yang tinggi, budaya terbuka, proaktif serta perkara yang paling
penting adalah berkeyakinan terhadap kebolehan diri yang menjadikan mereka begitu
perkasa di pelosok dunia. Kebanyakan usahawan yang berjaya pernah mengalami saat
kegagalan untuk mencapai kejayaan yang sebenar. Ini menunjukkan, usahawan perlu
berani mengambil risiko dan semangat tidak putus asa itu mampu menghasilkan
kejayaan yang lumayan kepada usahawan. Seseorang usahawan yang baik juga tidak
perlu bermatlamatkan keuntungan semata-mata malah mereka turut perlu menjaga
kebajikan masyarakat.Bak kata Dr. Azizan Osman yang mana juga merupakan seorang
usahawan berjaya “80% kejayaan adalah bermula dengan keyakinan dalam diri dan
keberanian bertindak luar biasa”.Akhir sekali, jika kita ingin menjadi seorang usahawan
yang berjaya kita mesti mempunyai ciri-ciri seorang usahawan yang baik dan perlu
diaplikasikan dalam diri kita jika kita mahu menjadi usahawan yang berjaya.

Page 12
[SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN]

RUJUKAN

Website - http://www.kim@kimflorist.com.my

Facebook - http;//www.facebook.com/kimflorist.com.my

https://allaboutentreprenuers.wordpress.com/2015/11/15/9-ciri-ciri-keusahawanan/

Page 13
[SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN]

LAMPIRAN

(KAD PERNIAGAAN KIM’S FLORIST AND FLORAL SUPPLIES)

Page 14
[SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN]

Page 15
[SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN]

Page 16
[SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN]

CONTOH ‘BOUQUET’ BUNGA DIBEKALKAN OLEH


KIM’S FLORIST AND FLORAL SUPPLIES

GAMBAR KEDAI KIM’S FLORIST AND FLORAL SUPPLIES DI JOHOR BAHRU

Page 17
[SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN]

GAMBAR BERSAMA PEKERJA KIM’S FLORIST AND FLORAL SUPPLIES

Page 18

You might also like