You are on page 1of 3

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH EKSEKUTIF

SEMESTER 2 SESI 2022/2023

GGGS 5132

KEUSAHAWANAN DALAM PENDIDIKAN

TUGASAN INDIVIDU

REFLEKSI PERTEMUAN PERTAMA

DISEDIAKAN UNTUK:

CIK NORMAULIDA ANIS CANDRA

DISEDIAKAN OLEH:

HADZRIN SYAHMI BIN NOR HASMAN

(P123688)
Refleksi Pertemuan Pertama

Pada pertemuan pertama ini, saya telah didedahkan mengenai pelaksanaan pendidikan
keusahawanan dalam kalangan murid sekolah. Menyedari kepentingan pendidikan
keusahawanan untuk membekalkan pelajar dengan peluang dan potensi untuk memilih
kerjaya sebagai usahawan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menunjukkan
komitmen mercka terhadap pelaksanaannya. Hal ini kerana keusahawanan merupakan
bidang kerjaya yang sangat penting di negara ini. Saya mendapati kerajaan bermatlamat
menjadikan bidang keusahawanan terutamanya scktor industri kecil dan sederhana sebagai
penyumbang utama peluang pekerjaan baru, seterusya membantu perkembangan ckonomi
negara pada abad ke-21. Antara dokumen yang telah dipelajari adalah Elemen Merentas
Kurikulum (EMK), Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030), Pelan Tindakan
Keusahawanan (PTK IPT 2021-2025) dan Panduan Pendidikan Keusahawanan Bersepadu.

Dari apa yang saya dapati, Elemen Merentas Kurikulum ialah nilai tambah yang perlu
diterapkan dalam proses pdpc selain yang ada dalam standard kandungan. Tujuannya
adalah mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta
dapat menangani cabaran semasa dan akan datang. Ia juga bagi membentuk ciri-ciri dan
amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid sekolah. Saya
berpendapat bahawa penerapan melalui pdpc seperti mewujudkan aktiviti yang boleh
memupuk sikap rajin, jujur, amanah, bertanggungjawab serta membangunkan minda yang
kreatif dan inovatif dapat memupuk sikap pelajar untuk terlibat dalam aktiviti
keusahawanan.

Seterusnya, antara perkara yang telah saya selidik adalah Dasar Keusahawanan
Nasional (DKN). Ini merupakan strategi jangka panjang negara dalam menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan yang unggul menjelang tahun 2030. Dasar
ini akan bertindak sebagai pemangkin kepada pencapaian Malaysia sebagai sebuah negara
yang bersatu, makmur dan bermaruah serta terus membangun secara mapan dengan
pengagihan ekonomi yang lebih adil dan inklusif, seterusnya muncul sebagai paksi
ekonomi Asia. Antara lima objektif utama yang saya dapati di bawah DKN ialah
mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif bagi menyokong agenda
pembangunan sosioekonomi Malaysia yang inklusif, seimbang dan mapan. Kedua,
membentuk masyarakat Malaysia yang berpemikiran dan berbudaya keusahawanan.
Ketiga, meningkatkan bilangan usahawan negara yang berkualiti, berdaya maju, berdaya
tahan, berfikiran global dan kompetitif. Keempat, mempertingkatkan keupayaan
perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta koperasi. Kelima, menjadikan keusahawanan
sebagai kerjaya pilihan

Selain itu, saya mendapati bahawa aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2015-2025 adalah untuk melahirkan graduan yang seimbang dan holistik yang mempunyai
pemikiran keusahawanan dengan menjadi 'penjana pekerjaan', bukan hanya 'pencari
pekerjaan'. Saya mendapati potensi keusahawanan di Malaysia adalah cerah dimana ramai
usahawan menunjukkan minat untuk mengukuhkan perniagaan mereka menggunakan
teknologi dan inovasi terkini. Kerajaan juga berusaha keras untuk mentransformasikan
negara ini menjadi negara keusahawanan. Setelah saya selidik, pada peringkat IPT kini
terdapat pelbagai aktiviti dan inisiatif berkaitan keusahawanan, termasuk kolaborasi
strategik dengan agensi kerajaan dan syarikat swasta yang telah diatur untuk
mempromosikan bidang keusahawanan demi melahirkan lebih ramai graduan program
keusahawanan dan usahawan siswazah. Tujuan inisiatif ini adalah untuk memberikan
kesedaran keusahawanan, memangkin kajian tindakan untuk menambah baik pendidikan
dan persekitaran keusahawanan serta meningkatkan pembangunan penyelidikan dan
pengkomersialan berkaitan keusahawanan. Program ini telah berjaya melahirkan ramai
usahawan siswazah termasuk ketua pegawai eksekutif pelbagai syarikat terkemuka. Usaha
ini perlu diteruskan untuk mengatasi pelbagai isu dan cabaran pada peringkat tempatan dan
global.

Selanjutnya, saya juga telah didedahkan bahawa pendidikan keusahawanan telah


menjadi salah satu agenda utama kerajaan untuk memacu pembangunan modal insan dan
pertumbuhan ekonomi negara. Industri Pendidikan Tinggi diberi mandat untuk memastikan
program dan kurikulum akademik relevan dengan pertumbuhan ekonomi semasa dan masa
depan. Hala tuju untuk membangun dan mempraktikkan pendidikan keusahawanan yang
inovatif menyokong visi Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara
keusahawanan menjelang 2030 (Dasar Keusahawanan Nasional, 2030). Oleh itu, saya
berpendapat bahawa mengembangkan dan melaksanakan pendidikan serta ekosistem
keusahawanan yang tepat sangat penting untuk memastikan industri pendidikan tinggi
menghasilkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran, pemikiran, sikap dan tingkah
laku untuk menjamin pelajar-pelajar dapat bertahan dengan persekitaran perniagaan.

Kesimpulanya, bagi saya kewujudan empat dokumen yang telah dipelajari mengenai
pendidikan dalam keusahawanan ini adalah tepat pada masanya. Di kala negara kita sedang
bergerak menjadi salah sebuah negara yang maju di dunia, sistem pendidikan juga perlulah
seiring dengan kemajuan negara kita. Guru-guru novis seperti kami juga perlulah
membentuk kerjasama seiring bersama guru-guru lama bagi memupuk semangat murid-
murid dalam nilai usahawan. Justeru itu, semenjak kewujudan pelbagai program
keusahawanan dalam sekolah ini, kebanyakan sekolah di negara kita telah menjadi sekolah
yang berprestasi tinggi yang mana telah melahirkan ramai murid yang mempunyai kualiti
dalam pelajaran dan nilai usahawan berjaya.

You might also like