You are on page 1of 3

KURSUS

GGGD5022: SEKOLAH DAN MASYARAKAT

SESI/SEMESTER
SESI 2022/2023 SEMESTER 2

TAJUK
TUGASAN 1
LAPORAN ISU SEKOLAH & PENDIDIKAN
“GEJALA BULI DI SEKOLAH”

PENSYARAH
DR. SOFWAN MAHMUD

DISEDIAKAN OLEH:
NIK NOR ADILA BINTI NIK MUD @ NIK MAHAMOOD
(P128601)
Gejala Buli Di Sekolah

Mutakhir, aktiviti buli yang didefinisikan sebagai “perbuatan mendera, mempermainkan


seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan perkara baharu” (DBP) dalam kalangan murid
dilaporkan semakin berleluasa. Merujuk kepada data Kementerian Kesihatan pada tahun 2019,
satu daripada enam orang remaja merupakan mangsa kes buli dengan banyak kes berlaku dalam
kalangan remaja tingkatan satu dan kemudiannya berkurang seiring peningkatan usia. National
Health & Morbidity Survey (NHMS, 2019) menujukkan 16% daripada keseluruhan kes buli
adalah disebabkan “mengejek bentuk fizikal atau rupa seseorang” dan sebanyak 38 kes buli di
sekolah-sekolah di Malaysia telah dilaporkan dalam tempoh empat bulan pertama tahun pada
tahun 2022 (Sinar Harian).

Kementerian Pendidikan Malaysia semasa melancarkan Portal Aduan Buli KPM pada
Ogos 2022 telah menggariskan lima perlakuan buli yang dikenal pasti berlaku di sekolah iaitu
peras ugut dengan meminta duit atau menyuruh mangsa menjadi hamba, memulau, menyentuh
fizikal, buli lisan seperti mengejek serta perbuatan membuat isyarat seperti menjelir lidah dan
membuat isyarat lucah. Terdapat banyak kajian menunjukkan gejala buli dimulakan dengan
perbuatan mengejek, dan buli fizikial paling kerap dilaporkan di sekolah dan seterusnya jika tidak
dibendung boleh mendatangkan kematian (Nor Junainah Mohd Isa, Mohd Sobri Ismail & Amelia
Mohd Noor, 2019).

Berdasarkan kajian-kajian lepas berkaitan dengan gejala buli di sekolah, terdapat beberapa
faktor yang mendorong kepada berlakunya gejala buli, antaranya ialah faktor diri sendiri, rakan
sebaya, ibu bapa, sekolah, masyarakat dan media. Faktor rakan sebaya dilihat telah diterapkan
melalui semangat kekitaan untuk melindungi sesama rakan atau pun ahli kumpulan masing-
masing. Selain itu, murid yang mempunyai konflik keluarga juga akan cenderung untuk
melakukan buli untuk mencari perhatian dan kasih-sayang daripada pihak tertentu seperti ibu bapa
dan adik beradik. Seterusnya, pengaruh media massa dan elektronik yang memaparkan aksi dan
tingkah laku kekerasan bagi mendapatkan perkara yang dihajati telah dijadikan ikutan kepada
murid. Pada waktu yang sama, murid yang kurang pengetahuan mengenai akibat dan kategori
perlakuan buli juga mempunyai kemungkinan besar untuk mempraktikkannya tanpa berfikir
panjang (Nur Adlin Yusof & Muhd Izwan Mahmud, 2019).

Buli boleh mendatangkan kesan terhadap kesihatan fizikal dan emosi dalam kehidupan;
sama ada dalam jangka masa yang pendek atau berpanjangan (KPM). Antaranya ialah buli boleh
menyebabkan kecederaan fizikal pada tubuh badan mangsa dan boleh mendatangkan kematian
(Islamika, 2018). Selain itu, buli juga boleh menyebabkan masalah mental seperti hilang
keyakinan diri untuk berjumpa dengan orang ramai yang seterusnya mengakibatkan mangsa
mengalami kemurungan dan suka menyendiri (AgendaDaily, 2021).

Antara langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan diri menjadi mangsa buli adalah
murid perlu mengelakkan diri dari menjadi penonton kegiatan buli dan tidak ketawa semasa
melihat seseorang dibuli. Pada waktu yang sama, pihak sekolah disarankan untuk mewujudkan
peti aduan di sekolah dan mengambil tindakan seperti menyiasat kes yang telah diadukan oleh
murid dan memasang kamera litar tertutp (CCTV) di tempat berisiko di dalam kawasan sekolah.
Pihak KPM melalui penerapan konsep Sekolahku Sejahtera juga telah melancarkan portal aduan
buli dan mewartakan hukuman buli terhadap pesalah seperti digantung dari sekolah selama 14
hari, dibuang dari sekolah atau dirotan tidak lebih daripada tiga kali rotan.

Kesimpulannya, gejala buli yang semakin bercambah pada masa kini berada di tahap yang
membimbangkan dan perlu diatasi dengan segera. Semua pihak sama ada ibu bapa, guru dan
sekolah perlu bersama-sama memikul tanggungjawab agar segala usaha menghapuskan gejala buli
dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.

Rujukan

1. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017. Edisi Keempat.


2. Muhammad Afham Ramli. 38 Kes Buli Di Sekolah Dalam Tempoh 4 Bulan. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/203716/berita/semasa/38-kes-buli-di-sekolah-dalam-
tempoh-4-bulan. [24 Mei 2022].
3. Kementerian Kesihatan Malaysia. Hentikan Buli. (2019). https://www.moe.gov.my/aduanbuli
4. Tinjauan Kesihatan dan Mordibiti Kebangsaan (NHMS). (2019).
5. Nur Adlin Yusof & Muhd Izwan Mahmud. (2019). Faktor Berlakunya Gejala Buli Dalam
Kalangan Pelajar. Konvensyen Kaunseling Kebangsaan Kali Ke-21. 119-126
6. Nor Junainah Mohd Isa, Mohd Sobri Ismail & Amelia Mohd Noor. (2019). Masalah Buli
Dalam Kalangan Murid: Apa Kata Guru? eJournal Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).
Jil 11, Bil. 2. 1-14.
7. Hanan Mardhiah. Buli Pemusnah Masa Hadapan, Apakah Kesannya Kepada Mangsa?
Islamika. https://islamika.com.my/2018/02/22/buli-pemusnah-masa-hadapan-apakah-
kesannya-kepada-mangsa/. [22 Februari 2018]
8. Semua Pihak Perlu Peka Isu Buli. Agenda Daily. [15 Disember 2021].

You might also like