You are on page 1of 5

GGGE5014

KAEDAH MENGAJAR

NAMA PENSYARAH:
DR. HAMIDAH BINTI YAMAT

TUGASAN 2:
PENULISAN DAN PEMBENTANGAN PERANCANGAN AKTIVITI PENGAJARAN
BERKESAN

DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN 15

NAMA NO. MATRIK


LIYANA NAURAH BINTI AHMAD NOR P122642
NUR ADILA PUTERI BINTI ZAINI P124597
NOR AZLINA BINTI HARON P124062

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH UKM EKSEKUTIF


FAKULTI PENDIDIKAN
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

MINGGU : 35 HARI : ISNIN TARIKH : 5/12/2022


MATA
PELAJARAN
PERNIAGAAN

TINGKATAN 4 AMANAH
STRATEGI PdP
MASA 2.40 ptg – 3.10 ptg

TAJUK 1.0 TUJUAN PERNIAGAAN Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

STANDARD 1.2: TREND SEMASA DALAM PERNIAGAAN Pembelajaran Berasakan Masteri


KANDUNGAN
STANDARD Murid boleh: Pembelajaran Berasakan Projek

PEMBELAJARAN
Tgfu
1.2.1 Mengenal pasti peranan kerajaan dalam menangani isu-isu
tempatan, negara dan serantau mengenai pertumbuhan, guna Pendekatan Bersepadu
tenaga penuh, inflasi dan deflasi
Pembelajaran Konteksual /

1.2.2 Mengimbas dan menggariskan trend persekitaran Kecerdasan Pelbagai /


perniagaan

1.2.3 Mengaplikasikan peranan kerajaan dalam perubahan


persekitaran perniagaan

KEMAHIRAN ABAD-21

FASA AKTIVITI GURU AKTIVITI


PELAJAR Berdaya Tahan Mahir

Berkomunikasi Pemikir /

Kerja Sepasukan /
Permulaan 1. Guru memberi 1. Pelajar mendengar
penerangan tentang penerangan dari Bersifat Ingin Tahu /
peranan kerajaan dalam guru dengan teliti
menangani isu-isu Berprinsip
tempatan, negara dan 2. Pelajar menulis
serantau mengenai nota berdasarkan
AKTIVITI pertumbuhan, guna tenaga penerangan dari
penuh, inflasi dan deflasi guru
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
2.Guru memberi 3. Pelajar memberi TINGGI (KBAT)
penjelasan berkaitan trend perhatian serta
persekitaran perniagaan menjawab soalan Mengaplikasi /
yang diberikan
3.Guru bertanyakan soalan dengan baik Menganalisis /
berkaitan input yang telah
Menilai /
di sampaikan kepada
pelajar Mencipta
Perkemban 1. Guru menjelaskan 1. Pelajar mendengar
gan peranan kerajaan dalam penjelasan dari
perubahan persekitaran guru dengan teliti
perniagaan
ELEMEN MERENTASI KURIKULUM (EMK)
2. Pelajar
2. Guru membuat rumusan membentuk
berkaitan peranan kumpulan kecil Bahas Melayu /
kerajaan dalam konteks yang terdiri
semasa perniagaan daripada 4 orang Kelestarian Alam Sekitar

ahli Nilai Murni /


3. Guru memberi masa 30
minit kepada pelajar 3. Pelajar mencari Sains Dan Teknologi /
untuk mengumpul maklumat dan
maklumat melalui internet saling berkongsi Patriotisme

berkaitan agensi kerajaan idea sepanjang


dalam menangani isu-isu perbincangan
serantau, negara dan kumpulan
tempatan;Portal rasmi dijalankan
kerajaan Malaysia
(contoh: 4. Pelajar menulis PENTAKSIRAN
www.malaysia.gov.my) maklumat yang
telah di kumpul
Prestasi Kemahiran /
4. Guru memberi kertas dalam helaian
mahjong dan marker pen kertas mahjong Senarai Semak /
kepada pelajar untuk yang telah
menulis maklumat yang disediakan Rubrik /
telah dikumpul untuk
Portfolio
dibentangkan
Penilaian Kendiri /

Kertas-pensel /
Penutup 1. Guru meminta setiap ahli 1. Pelajar perlu
kumpulan tampil di membentangkan
hadapan kelas untuk hasil perbincangan
memulakan sesi sesama ahli
perbentangan kumpulan di
hadapan kelas
2. Guru melakukan sesi soal
jawab di dalam kelas 2. Pelajar menjawab
untuk mengetahui tahap soalan yang
kefahaman pelajar diberikan dengan
baik

REFLEKSI
36/36 orang murid dapat menguasai objektif pembelajaran dan
diberi latihan pengayaan / pengukuhan.

----/---- orang murid tidak menguasai objektif pembelajaran dan


diberi latihan pemulihan.
JUSTIFIKASI PEMILIHAN AKTIVITI/KAEDAH PDP

Kami telah menyediakan satu rancangan pengajaran harian mengenai topik Trend
Semasa Dalam Perniagaan. Aktiviti dalam Rph ini telah disediakan bersesuai dengan kapasiti
pelajar di dalam kelas seramai 36 murid. Aktiviti pengajaran juga dibuat mengambil kira
perbezaan tahap pengetahuan dan kemahiran belajar murid.

FASA PEMULAAN

Pada fasa permulaan kami memilih strategi berpusatkan guru iaitu menggunakan
pendekatan pengajaran kelas. Guru akan berkongsi maklumat dan menerangkan ilmu
pengetahuan selari dalam kandungan standard pembelajaran secara kompleks mengikut tahap
keupayaan murid dan menyuruh murid mengaitkan dengan objektif pengajaran. Antara sebab-
sebab pemilihan kaedah pengajaran ini adalah bertujuan untuk menarik minat murid bagi
memenuhi perbezaan kemahiran belajar mereka seperti kemahiran mendengar dan kemahiran
menulis nota. Selain itu, melalui kaedah ini guru juga dapat berkongsi pengetahuan yang sukar
dicapai oleh murid serta berkongsi pengalaman guru itu sendiri sekaligus dapat meningkatkan
keterujaan dan minat murid untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai topik
pembelajaran.

FASA PERKEMBANGAN

Berlainan dari fasa permulaan, aktiviti PdP yang kami pilih bagi fasa perkembangan
adalah berpusatkan murid. Murid diminta membentuk kumpulan kecil terdiri dari 4 orang.
Tujuan utama memilih hanya 4 murid bagi setiap kumpulan adalah untuk meningkatkan
motivasi murid bagi memastikan setiap ahli dapat menyumbang peranan mereka dengan
berpeluang melibatkan diri dari awal kerja berpasukan sehingga diakhir pembentangan. Ini
memberi peluang kepada murid yang pasif melibatkan diri secara terus dalam kerja
berkumpulan. Pemilihan melaksanakan pendekatan kumpulan sebagai satu kaedah pengajaran
membantu murid menjadi bebas serta yakin dan pada masa yang sama belajar kemahiran
berfikir dan penyelesaian masalah. Ia juga sesuai sebagai satu cara untuk mempertingkatkan
kemahiran sosial murid apabila bekerjasama dengan rakan sekelas.

Seterusnya, dengan memberi peluang murid menggunakan komputer dan mengakses


internet untuk mencari maklumat berkaitan tajuk tugasan dapat memberi kelainan kepada
pengajaran kerana murid zaman ini lebih berminat dengan penggunaan teknologi. Mereka akan
melaksanakan tugasan dengan lebih bersungguh-sungguh dan dapat mencapai objektif tugasan.
Selain daripada itu, dengan penulisan jawapan di dalam kertas mahjong yang disediakan dapat
melatih murid menapis maklumat yang diperoleh dengan mencatat maklumat penting
bersesuaian tajuk tugasan.

FASA PENUTUP

Pembentangan hasil kumpulan bertujuan meningkatkan tahap keyakinan murid


bercakap dihadapan kelas. Ia dapat melatih murid dengan membiasakan diri bercakap
dikhayalak ramai. Menerusi pembentangan juga murid dapat peluang untuk berkongsi
maklumat tambahan dan meningkatkan cara berkomunikasi. Murid juga dapat melibatkan diri
secara aktif dalam PdP bagi mencapai pembelajaran abad ke 21. seterusnya, guru dapat
mengetahui tahap pemahaman murid dari pembentangan serta sesi soal jawab yang telah
dijalankan. Melalui sesi soal jawab guru menggunakan pendekatan soalan-soalan yang beraras
tinggi bagi mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi (kbat) dikalangan murid semasa
PdP.

You might also like